Kimma kecewa ahlinya dilabel pengundi hantu PRU-13

Sunday, May 12, 2013

Kimma kesal ahlinya dilabel pengundi hantu PRU-13

Masyarakat India Muslim turut menjadi mangsa apabila dituduh sebagai pengundi hantu oleh pihak pembangkang di beberapa pusat mengundi di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harisrajudin Alaudin berkata, pembangkang cuba menafikan hak mereka dengan menghalang daripada menunaikan tanggungjawab dengan menuduh golongan itu sebagai warga Bangladesh dan Myanmar.

Tambahnya, petugas daripada parti pembangkang termasuk DAP bertindak kasar, termasuk merampas kad pengenalan ahli-ahli Kimma, dengan menuduh mereka dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN).

"Kami sedang mengumpul maklumat daripada ahli-ahli Kimma dan masyarakat India Muslim yang lain sebelum membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

"Mentang-mentanglah kulit kami gelap dan muka seiras warga Bangladesh, mereka bukan sahaja cuba menghalang kami daripada menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara tetapi tindakan itu sangat biadap dan merupakan satu penghinaan kerana menjadikan warna kulit sebagai alasan untuk menidakkan hak kami," katanya. - Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI