Karnival Usahawan Desa 25-29 Sept 2013

Wednesday, September 04, 2013

Karnival Usahawan Desa 25-29 Sept 2013, Laman 1 Malaysia, Putrajaya

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 bakal berlangsung di Laman 1Malaysia, Presint 2 di Putrajaya bermula 25 hingga 29 September 2013.

KUD adalah usaha berterusan untuk membantu usahawan desa industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk terkini termasuk produk makanan, kraf, herba dan perkhidmatan.

Karnival kali ini membabitkan penyertaan institusi kewangan bagi membolehkan usahawan meneroka ruang dan peluang dalam pengukuhan modal dan pinjaman selain penyertaan 11 agensi kementerian.

Antara pengisian menarik karnival ialah padanan perniagaan membabitkan lima pasar raya besar seperti Tesco Store, Jaya Jusco, Aeon Big, Mydin dan Giant.

Karnival yang mendedahkan usahawan desa kepada pasaran dan jaringan perniagaan lebih luas itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 September ini.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI