Mihrab arah kiblat masjid

Wednesday, January 29, 2014 0 Komen

Mihrab istilah berasal daripada Arab (al-mihrab, jamaknya maharib). Ia merujuk kepada penjuru di bahagian depan yang menunjukkan arah kiblat di sebuah masjid, yakni arah Kaabah.

Dalam Tanbihul Ghafilin, mihrab diertikan sebagai medan perang. Dinamakan mihrab sebab menjadi medan perang (orang bersolat) melawan syaitan yang berusaha untuk meninggalkan solat manusia.

Mihrab menjadi tumpuan bagi Muslim yang mengerjakan solat di dalam masjid, kerana imam juga akan mengimamkan solat dari penjuru itu.

Bagi mereka yang mula memasuki masjid kerap kali tertumpu pandangan ke arah itu, sementelah ia dihias rapi dan indah. Namun, hiasan yang mengganggu khusyuk dalam solat adalah tidak digalakkan.

Istilah mihrab ada disebutkan dalam al-Quran seperti pada ayat 37 daripada surah Ali-Imran yang bermaksud: "Maka dia (Maryam) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta dipeliharai dia oleh Nabi Zakaria.

"Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) disisinya.

"Nabi Zakaria bertanya: Wahai Maryam, dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Maryam menjawab: Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira."

Kemudian pada ayat 39, surah yang sama bermaksud: "Maka malaikat memanggilnya sedang dia berdiri solat di mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakan-Mu, dengan (kelahiran) Yahya, yang membenarkan Kalimah dari Allah dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang yang soleh."

Bagaimanapun, menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Tuntutan Membangun Masjid, pada zaman Rasulullah SAW, Masjid Nabi tidak memiliki mihrab dan demikian juga pada masa khulafa ar-Rasyidin.

Diceritakan, sewaktu era pemerintahan Uthman bin Affan, khalifah memerintahkan suatu tanda yang akan ditampal pada dinding Masjid di Madinah. Justeru, penziarah akan mudah mengetahui arah kedudukan kiblat sebenar yang terus menghadap ke Makkah.

Namun, tanda itu hanya sebuah tanda di dinding dan tembok yang tetap dalam keadaan mendatar.

Orang pertama dikatakan meletakkan mihrab di dalam Masjid Nabawi ialah Umar Abdul Aziz, ketika menjadi gabenor Madinah pada masa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik.

Ketika itu Umar melakukan ubah suai kepada Masjid Nabawi yang kemudiannya selesai pada 91 Hijrah.

Disebabkan belum ada pada masa Nabi dan khulafa ar-Rasyidin, malah tidak ada sunah dari sudut perkataan, perbuatan mahupun persetujuan (takrir), ahli fiqah berbeza pendapat hukum mengadakannya.

Mazhab Syafie berpendapat bahawa solat di mihrab tidak makruh. Sementara mazhab Hanafi dan Maliki menunjukkan dibolehkannya. Mazhab Hanbali berpendapat mendirikan mihrab adalah mubah (harus).

Imam Zarkasyi dalam I'laamus Saajid pula mengatakan, sebahagian salaf memakruhkan pendirian mihrab di dalam masjid.

Bagaimanapun, kini mihrab hadir secara menyeluruh dalam pelbagai saiz dan dekorasi. Lazimnya dengan kalimah suci al-Quran dan gabungan corak geometri.

Sesetengah masjid direka dengan penuh ciri keunikan bagi membolehkan setiap jemaah melihat mihrab, misalnya Masjid Jamek Damsyik. Dewan solatnya memuatkan jemaah yang ramai dan masing-masing dapat melihat ke arah mihrab.

Bahagian dalam masjid itu dihias jubin berbentuk geometri, membangkitkan kenangan silam Kubah Batu di Baitul Maqdis. Dikatakan masjid itu menggunakan paling banyak jubin membabitkan lebih 4,000 meter persegi.

Hina Rasulullah terkeluar daripada agama Islam

Wednesday, January 29, 2014 0 Komen

Syahadah kedua iaitu `Wa Asyahadu Anna Muhammad Rasulullah" bererti "Dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah", adalah syarat sah keislaman seseorang. Tanpa mengakui dan percaya Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah SWT sebagai Nabi dan Rasul maka keislaman seseorang tidak diterima.

Ini berdasarkan dalil firman Allah SWT bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) taatilah (berimanlah) kepada Allah dan Rasul, maka jika mereka enggan sesungguhnya Allah tidak menyukai golongan yang kafir." (Surah Ali-Imran, ayat 32)

Nabi Muhammad SAW insan yang mulia dari segala makhluk-Nya. Nabi Muhammad SAW diangkat martabatnya oleh Allah SWT di atas segala kemuliaan daripada ciptaan-Nya.

Dua kalimah

Seorang yang mengakui dua kalimah syahadah wajib meletakkan dalam sanubari bahawa Muhammad bin Abdullah Nabiyullah Rasulullah itu makhluk yang paling dicintai dan sangat disayangi daripada segala makhluk lain, maka barulah dia akan mendapat halwa serta kemanisan iman.

Nabi SAW bersabda: "Tiga keadaan sesiapa yang berada dalamnya, maka dia akan mendapat kemanisan iman iaitu pertama, mencintai serta menyayangi Allah dan RasulNya." (Sahih al-Bukhari)

Bagaimana seseorang itu tidak mahu menyayangi Baginda Rasul sedangkan Nabi Muhammad SAW sangat mencintai umatnya.

Kita amat dukacita pada zaman mutakhir ini wujud manusia yang mendakwa mengucap dua kalimah syahadah, mengaku pula sebagai seorang beragama Islam, malangnya pada masa sama sanggup menghina keperibadian manusia mulia teragung ini.

Pelbagai gambaran

Laman radio, majalah, Facebook dan laman sosial lain dijadikan medan menghina Rasulullah SAW. Pelbagai gambaran dilukis dan perkataan dicoret memperlekehkan Nabi Muhammad SAW disebarkan.

Itu semua membawa kepada kufur lagi murtad tanpa khilaf dalam hukum Islam seperti dinyatakan seluruh ulama Islam bahawa hukum ke atas sesiapa yang menghina Nabi dan Rasul adalah terkeluar daripada agama Islam.

Mereka wajib diminta bertaubat jika dia enggan maka dilaksanakan hukum bunuh ke atasnya oleh pemimpin berkedudukan khalifah.


Oleh Mohd Rasyiq Mohd Alwi
* Penulis ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA)

Permainan congkak tertua ditemui di Jordan

Wednesday, January 29, 2014 0 Komen

Permainan congkak tertua ditemui di Jordan

Permainan congkak dipercayai berasal dari Afrika atau Arab dan dibawa masuk ke Asia Tenggara.

Bukti tertua permainan ini dijumpai oleh pencari gali purba melalui Persatuan National Geographic dan menemui kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang bertarikh 5,000 sehingga 7,000 Sebelum Masihi di Jordan.

Permainan ini berasal dari Timur Tengah sebelum tersebar ke Afrika seterusnya ke pelosok dunia.

Congkak sampai ke Asia melalui pedagang dan dibawa masuk ke Asia Tenggara dan bermula di Melaka yang menjadi pusat perdagangan pada zaman dulu.

Di Indonesia congkak dikenali dengan nama congklak manakala Filipina dikenali sebagai sungka.

Pada zaman dulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah. Manakala rakyat jelata bermain dengan mengorek lubang di tanah. Kini congkak semakin berkembang di seluruh dunia dan diminati ramai dengan terciptanya pelbagai laman web berkenaan permainan ini. Di zaman teknologi ini, permainan ini boleh dimainkan secara dalam talian.

Azmin cabar Najib turun berentap tentang Anwar di Kajang

Wednesday, January 29, 2014 0 Komen

Azmin cabar Najib turun berentap tentang Anwar di Kajang

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mencabar kepimpinan UMNO untuk menurunkan calon mereka berentap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 DUN Kajang yang akan datang.

"Kita mencabar UMNO menurunkan calon mereka termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya turun bertanding di Kajang ini. Mereka tak perlu menurunkan calon-calon daripada MCA, MIC atau Gerakan tetapi calon-calon UMNO yang kononnya dikatakan berwibawa dan menjadi pejuang untuk segala hal dan inilah tempatnya jika mereka berani," kata Azmin.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor menyatakan bahawa tindakan Anwar untuk bertanding di Kajang bukanlah kerana Ketua Umum PKR itu begitu berkehendakkan jawatan ADUN tetapi ianya dilakukan semata-mata untuk membuat satu perubahan besar kepada Kajang dan penduduk Selangor amnya.

"Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk sangat nak jadi ADUN tetapi perubahan besar yang hendak kami lakukan akan bermula dari sini di Kajang sebelum perlahan-lahan menginjak ke peringkat negeri Selangor dan kemudiannya ke Putrajaya dan insyallah, dalam masa tiga tahun lagi Putrajaya bakal kita duduki," katanya ketika berucap ketika Majlis Taklimat Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 Kajang di Dewan Orang Ramai, Sungai Sekamat disini.

Azmin turut menyatakan bahawa pengunduran Lee sebagai Adun Kajang merupakan suatu gerakan taktikal politik dalam mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Ianya satu gerakan taktikal politik dan kami memerlukan satu tempat untuk dikosongkan dan segala tindakan dilakukan kerana Anwar merupakan “pemimpin utama” negara yang berkaliber dan bertaraf dunia. Beliau bukan sahaja milik Malaysia, kajang dan Selangor malah, negara Timur Tengah turut memerlukan beliau,” katanya lagi.

Azmin menambah, sebelum Kajang dipilih sebagai tempat untuk meletakkan Anwar bertanding disitu, beliau juga ada menawarkan tempat beliau sendiri, DUN Bukit Antarabangsa kepada Anwar namun ditolak oleh Anwar.

“Malah, Adun Sri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar turut menawarkan tempat beliau kepada Anwar namun akhirnya setelah perbincangan dibuat Kajang dipilih sebagai

Azmin juga menegaskan sekali lagi supaya tiada sebarang spekulasi berkenaan perlantikan Menteri Besar Selangor dilakukan.

“Saya telah menegaskan semalam jangan buat sebarang spekulasi tentang perlantikan Menteri Besar. Hari ini, kita tumpukan seluruh tenaga untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Kajang,” katanya.

Oleh hal demikian, Azmin berkata PKR menghormati sentimen rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti PAS yang dipetik melalui HarakahDaily menyatakan bahawa seandainya jawatan menteri besar Selangor kosong, PAS Selangor sedia kemukakan senarai calon.

“Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dan menyatakan saya menghormati pandangan dan keprihatinan rakan-rakan dalam PAS dan kita akan berbincang dalam satu pertemuan dengan PAS esok,” katanya.

Azmin akan mengadakan perbincangan bersama dengan Iskandar dan juga Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu nanti.

Taklimat yang dihadiri kira-kira 300 orang membincangkan perlaksanaan jentera-jentera pilihan raya PKR bagi menghadapi pilihan raya kecil Kajang.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kapar, G.Manivannan dan mantan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dan pimpinan PKR Selangor yang lain.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, kerusi DUN Kajang dimenangi oleh Lee Chin Cheh dari PKR menewaskan saingannya, Lee Ban Seng (BN) dengan majoriti 6,824.

Kerusi tersebut turut ditandingi oleh Mohamad Ismail dari Berjasa yang memperoleh 1,014 undi dan tiga calon Bebas, iaitu Ir. Mohd Iwan Jefry Abdul Majid, Mohd Khalid Kassim dan Ong Yan Foo. ~ awani

Anwar Ibrahim sah bertanding di Kajang

Tuesday, January 28, 2014 0 Komen

Anwar Ibrahim sah bertanding di Kajang

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang pada pilihan raya kecil itu nanti.

Khalid mengumumkankan demikian dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh diumumkan meletak jawatan berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan pilihan raya itu.

Dalam sidang akhbar hari ini, The Star Online melaporkan ketika ditanya adakah Khalid bersetuju untuk Anwar bertanding dalam pilihan raya itu, beliau berkata: "Jika saya tidak bersetuju, saya tidak akan berada di sini."

Jika Anwar memenangi pilihan raya itu, ia akan membolehkan Ketua Pembangkang itu menyertai DUN Selangor dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar negeri itu seperti yang diwar-warkan oleh banyak pihak sebelum ini.

Ditanya bagaimana pemilihannya untuk bertanding di Kajang dilakukan, Anwar berkata, ia berasaskan kepada keputusan bersama dalam PKR dan seterusnya dipersetujui oleh DAP dan PAS.




Tahniah! Hafiz pemenang AJL28 (Anugerah Juara Lagu ke-28)

Monday, January 27, 2014 0 Komen

Hafiz pemenang AJL28 (Anugerah Juara Lagu ke-28)

Lagu ciptaan LY, manakala lirik ditulis oleh Baiduri dan dinyanyikan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.

Hafiz yang tampil bertenaga dengan persembahan solonya berjaya memukau penonton yang memenuhi stadium apabila vokalnya begitu mantap mendendangkan lagu tersebut.

Kemenangan tersebut melayakkan komposer serta penyanyi lagu berkenaan membawa pulang RM35,000 berserta trofi AJL28.

Sementara itu, lagu Hanya Aku yang dicipta oleh Hyper Act manakala lirik oleh Frozen diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dan memenangi wang tunai berjumlah RM15,000.

Tempat ketiga yang menawarkan wang tunai RM12,000 dimenangi oleh lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta Omar K dan Audi Mok dengan lirik ditulis Altimet.

Vokal Terbaik pula menjadi milik Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Hafiz.

Pemenang untuk kedua-dua kategori itu masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.


8 bangunan tertinggi di Malaysia

Saturday, January 25, 2014 0 Komen

8 bangunan tertinggi di Malaysia

Ramai mengetahui Bangunan Berkembar Petronas pernah dijulang sebagai bangunan tertinggi di dunia. Mari kita lihat senarainya dalam negara sendiri 8 bangunan tertinggi.

1) Bangunan Berkembar KLCC Ketinggian : 452 meter / 88 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

2) Menara Kuala Lumpur Ketinggian : 421 meter / 6 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

3) Menara Telekom Ketinggian : 310 meter / 55 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

4) Menara Maybank Ketinggian : 243.5 meter/ 50 tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

5) Empire Tower Ketinggian : 238.1 meter/ 62 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur 5) Menara Komtar Ketinggian : 232.0 meter / 65 Tingkat Lokasi : Pulau Pinang

6) Menara Maxis Ketinggian : 212.1 meter/ 49 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

7) Bangunan AM Finance Ketinggian : 210 meter / 50 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

8) Berjaya Times Square Ketinggian : 203.0 meter/ 48 Tingkat Lokasi : Kuala Lumpur

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib meninggal dunia

Saturday, January 25, 2014 0 Komen

Datuk Harun Taib meninggal dunia

Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahiran (HSNZ) di sini pada jam 12.17 awal pagi ini.

Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS).

"Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini.

Allahyarham pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir selama empat penggal bermula 1982 (Pilihan Raya Umum ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7.

Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin Pas yang hadir. - Bernama

Kecekapan tentera tangani komunis

Tuesday, January 21, 2014 0 Komen

Kecekapan tentera tangani komunis

Kebangkitan semula pengganas Komunis (1968-1989) adalah satu usaha oleh Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan di Malaysia bagi membolehkan penubuhan sebuah kerajaan berfahaman komunis.

Selepas Darurat diisytiharkan tamat pada 1960, gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand dan buat beberapa tahun tidak membuat serangan dan penyusupan ke Malaysia. Buat seketika, pasukan keselamatan Malaysia boleh menumpukan perhatian kepada pengukuhan bilangan anggota tentera, melengkapkan pasukan dengan kelengkapan baru dan meningkatkan latihan.

Pada 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mencabar pasukan keselamatan Malaysia dalam konflik bersenjata. Parti Komunis Malaya sudah bersiap sedia selama lapan tahun untuk pemberontakan kali kedua berhajat untuk merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan.

Kali ini, pemberontakan dilakukan serentak dengan pemberontakan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara. Sekali lagi, pasukan gerak khas Tentera Darat Malaysia dan pasukan Polis Diraja Malaysia memikul tanggungjawab menghapuskan pemberontakan ini.

Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara juga menjalankan operasi pembunuhan ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh di kawasan bandar. Parti Komunis Malaya berjaya membuat dua pembunuhan nekad dengan pembunuhan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Perak.

Pembesaran Tentera Darat Malaysia

Dalam tempoh ini, sistem Pemerintah Medan Tentera Darat ditingkatkan taraf dengan penubuhan Markas Kor Tentera Darat di Kem Sungai Besi. Markas Divisyen Kedua Infantri telah ditempatkan di Pulau Pinang dan Markas Divisyen Ketiga Infantri telah ditubuhkan di Melaka. Markas Divisyen Pertama Infantri kekal di Kuching, Sarawak.

Tentera Darat Malaysia membuat beberapa operasi `cari dan musnah' di kawasan sempadan Malaysia - Thailand dan di Sarawak. Operasi besar-besaran dalam siri GONZALES dilancarkan untuk menjejak, mengesan dan seterusnya menghapuskan unit penggempur Parti Komunis Malaya. Operasi itu berjaya menghapuskan sebilangan anggota pengganas di Pahang dan Perak.

Unit penggempur Parti Komunis Malaya menggunakan taktik serang dan lari ke atas unit pasukan keselamatan. Selepas membuat serangan, mereka menyusup semula masuk ke kawasan hutan dalam sempadan Thailand, yang mana mereka tahu pasukan keselamatan Malaysia tidak mempunyai kuasa mengejar (hot pursuit). Taktik ini membantutkan kejayaan operasi siri Gonzales.

Untuk menangani kekangan ini, kerajaan Malaysia berunding dengan Kerajaan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan Malaysia mengejar unit penggempur Parti Komunis Malaya walaupun mereka kembali memasuki wilayah Thailand. Hasil rundingan diadakan, kerajaan Thailand akhirnya bersetuju membenarkan pasukan Tentera Darat Malaysia membuat kejaran hot pursuit pengganas komunis masuk ke dalam wilayah Thailand sehingga satu kawasan tidak melebihi bandar Sadao, Thailand.

Operasi Daoyai Musnah

Pada 1976, Operasi Daoyai Musnah dilancarkan oleh Tentera Darat Malaysia untuk menghapuskan ancaman pengganas komunis di kawasan operasi 2 Divisyen Infantri. Operasi Daoyai Musnah berbeza kerana pasukan Tentera Malaysia membuat operasi cari dan musnah dalam kawasan operasi di wilayah Malaysia sehinggalah ke kawasan operasi di wilayah Thailand. Satu markas hadapan ditubuhkan di Sadao untuk tujuan perintah dan kawalan operasi.

Pasukan Tentera Darat Malaysia ditempatkan di wilayah Thailand untuk bertindak sebagai pasukan menghalang (blocking force). Kumpulan pengganas komunis mendapat kejutan kerana pasukan Tentera Malaysia tidak menghentikan operasi apabila kumpulan pengganas masuk ke wilayah Thailand, sebaliknya, mereka terus diburu. Kumpulan pengganas terus berundur sehingga bertembung dengan kumpulan Tentera Malaysia yang menjadi pasukan menghalang.

Operasi di Sarawak

Di Sarawak, ancaman Parti Komunis Kalimantan Utara ditangani oleh Markas Divisyen Pertama Infantri. Operasi besar seperti yang dijalankan oleh 2 Divisyen di Semenanjung Malaysia juga dilancarkan di kawasan operasi Sarawak.

Ancaman paling nyata dirasai kawan operasi Sungai Rejang. Keadaan keselamatan di Rejang mendorong Markas 1 Divisyen menubuhkan Markas Khas dipanggil Markas Keselamatan Kawasan Rejang (Rejang Area Security Command) ataupun RASCOM. 1 Divisyen membuat serangan balas dengan meningkatkan skop operasi cari dan musnah menentang Parti Komunis Kalimantan Utara.

Serang hendap di Lundu

Parti Komunis Kalimantan Utara berjaya membunuh 15 orang anggota Bn 7 Rejimen Renjer dalam satu serang hendap di Lundu pada 26 Mac 1972.

Serangan ini dibuat oleh segerombolan 30 hingga 40 orang pengganas ke atas konvoi terdiri dari sebuah Land Rover dan tiga lori tiga tan mengandungi askar jurutera yang dipinjamkan ke Batalion 7 Rejimen Renjer dan askar dari kompeni bantuan. Land Rover dan lori Bedford membawa askar jurutera tidak diserang dan dibiarkan melepasi kawasan serang hendap. Apabila lori ketiga masuk ke dalam kawasan pembunuhan, kumpulan pengganas melepaskan tembakan.

Askar Jurutera yang terlepas dari serang hendap tidak berhenti untuk melawan kerana bilangan mereka kecil (1 Seksyen). Mereka memecut ke Titi Akar dan meminta bantuan pasukan 1 Rejimen Askar Peninjau.

Batalion 7 Rejimen Renjer bertindak balas dengan melancarkan operasi cari dan musnah secara besar-besaran. Dalam operasi susulan, ramai pengganas dibunuh dan senjata dirampas.

Akibat tekanan ketenteraan yang semakin meningkat, unit penggempur komunis tidak dapat bertapak dengan berkesan di Semenanjung ataupun di Sarawak. Akhirnya, ramai menyerah diri kepada pihak berkuasa. ~ BH

Gadis Thailand Hamil Tanpa Berkahwin Meningkat

Tuesday, January 21, 2014 0 Komen

Bilangan gadis Tahiland yang hamil tanpa berkahwin meningkat setiap tahun apabila pendidikan seks hanya diberi tumpuan kepada pasangan suami isteri.

Seorang remaja Ying, 16, berkata, dia terpaksa tinggal berasingan dengan keluarga ketika hamil sehingga selamat melahirkan seorang bayi.

“Ibu bapa saya menyuruh saya menetap di rumah persatuan di Bangkok apabila saya hamil enam bulan kerana takut dimalukan oleh kawan-kawan.

Menurut wakil negara untuk Tabung Kependudukan PBB Caspar Peek, kadar kelahiran oleh remaja di Thailand terus meningkat sejak lapan tahun lalu.

“Bagaimanapun program perancangan keluarga yang dijalankan di sekolah berjaya mengurangkan kadar kelahiran pada tahun lalu.

PBB pula memberitahu bahawa kadar kelahiran oleh gadis Thailand adalah 47 orang bagi setiap 1,000 kanak-kanak perempuan dari tahun 2006 hingga 2010 dan lebih tinggi dari Malaysia.

Menteri Kesihatan Pradit Sintavanarong berkata, terdapat 130,000 kelahiran oleh remaja-remaja di negara ini pada tahun 2012.

“Angka sebenar kehamilan di kalangan remaja yang berusia 20-an adalah dua kali ganda dan mereka memilih untuk menggugurkan kandungan.

Pengarah Kumpulan Maklumat Somchai Kamthong berkata, kita tidak dapat mengelak sesiapa untuk melakukan hubungan seks kerana ia adalah perkara semula jadi. ~ mstar

Lee Chong Wei kasihan dengan isteri, Mew Choo

Tuesday, January 21, 2014 0 Komen

“Ramai tidak tahu, saya suruh isteri (Wong Mew Choo) dan anak kami tinggal di rumah ibu mertua sepanjang Terbuka Malaysia berlangsung kerana saya mahu bersendirian," itu antara pendedahan Datuk Lee Chong Wei ketika bercerita mengapa dia mengambil keputusan hendak menggantung raket secara mengejut.

Jaguh No. 1 dunia itu mendedahkan, dia terpaksa melakukan pengorbanan yang mungkin ‘menguris’ hati isterinya dalam usaha merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia ke-10.

"Hanya semalam (kelmarin, selepas kejohanan) saya berkesempatan duduk dan meminta maaf kepadanya (Mew Choo) kerana tidak dapat bersama dan menjenguk Kingston.

“Tumpuan saya hanya untuk menjuarai Terbuka Malaysia kali ke-10. Saya bernasib baik kerana isteri saya juga bekas atlet, jadi dia amat memahami saya," ujarnya lagi, yang muncul juara selepas mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19, 21-9.

Kelmarin, Chong Wei mengejutkan peminat badminton tanahair apabila menyuarakan hasrat untuk bersara hujung tahun ini kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

Menghurai mengenai keputusan mengejutnya itu Chong Wei berkata, sudah tiba masanya dia menghabiskan lebih banyak masa bersama isteri, anak mereka serta ahli keluarganya yang lain.

“Memang saya ada masalah peribadi, terutama yang membabitkan isteri dan anak.

“Selama ini saya tidak ada masa untuk mereka, bila balik berlatih sudah penat," katanya.

Dia berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan XOX Berhad semalam.

Jelasnya, dia ada berbincang dengan Mew Choo tentang persaraan tersebut kerana hanya isterinya sahaja yang tahu dan memahami.

Dalam masa yang sama Chong Wei juga sempat meluahkan perasaan yang terpendam selama ini sejak menggalas tanggungjawab berat sebagai perseorangan No. 1 negara.

Menurut Chong Wei, ketika dia menang semua orang gembira tetapi selepas dia kalah orang bercakap perkara yang tidak baik tentangnya.

“Saya terima semua itu kerana saya seorang atlet.

“Apa pun, saya gembira dengan segala pencapaian yang diraih selama ini," katanya, yang akan menimbang semula keputusannya itu selepas tamat Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.

~ Utusan

Kedutaan Bantu Pindah Anak Warga Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Kepada Keluarga Islam

Sunday, January 19, 2014 0 Komen

Kedutaan Bantu Pindah Anak Warga Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Kepada Keluarga Islam

Kedutaan Malaysia akan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa Sweden untuk menempatkan anak kepada pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di negara itu dengan keluarga angkat beragama Islam.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, wakil Kedutaan Malaysia sudah mengadakan pertemuan selama dua jam dengan keempat-empat kanak-kanak berkenaan pada Sabtu, demikian lapor Buletin Utama.

Sebelum ini dilaporkan Aisyah, 14, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu menyuarakan rasa tidak selesa mereka untuk tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama.

Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun itu kini diuruskan Jabatan Kebajikan Sweden dan ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat sejak ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa Sweden pada 14 Disember lalu.

Ketika berita mengenai nasib Azizul Raheem dan Shalwati yang ditahan kerana didakwa memukul seorang anak mereka yang tidak bersolat, nasib empat anak pasangan itu tidak diketahui, susulan pihak kedutaan Malaysia tidak dibenarkan bertemu mereka.

Sejak pasangan terbabit ditahan 14 Disember lalu, tiada wakil dari kedutaan Malaysia di sana dibenarkan bertemu dengan keempat-empat beradik itu dan pihak kedutaan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk kebenaran mengadakan pertemuan.

Syamsul Yusof tak berniat rahsia majlis risik dgn Puteri Sarah

Sunday, January 19, 2014 0 Komen

Syamsul Yusof tak berniat rahsia majlis risik dgn Puteri Sarah

Syamsul Yusof mengakui tiada niat merahsiakan majlis merisik calon isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung Ahad lalu.

Melalui kemaskini status Facebook terbaru malam tadi, Syamsul berkata pernikahannya nanti bakal diwar-warkan.

"Saya tiada niat rahsiakan majlis merisik. Risik saja jadi saya pilih untuk tidak kecoh-kecoh.

"Waktu nikah nanti saya war-warkan ya. Itu yang utama," tulisnya.

Isnin lalu tersebar gambar ibu bapa Syamsul bersama Puteri Sarah di dalam sebuah majlis yang di atas pelamin.

Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail, pasangan ini bakal bernikah bulan depan.

Isteri menteri India ditemui mati di hotel

Sunday, January 19, 2014 0 Komen

Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pasangan itu dikatakan tinggal di hotel berkenaan kerana banglo rasmi Tharoor sedang dicat semula.

Tragedi berlaku ketika laman Twitter dibanjiri kemarahan dan perbincangan orang ramai tentang Tharoor, Sunanda dan wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Mehr Tarar.

Mereka yang berbual dengan Sunanda dua hari lepas menyifatkan beliau berada dalam keadaan amat terganggu dan tidak keruan berhubung dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Tarar.

Terdapat juga laporan bahawa Sunanda pernah menyebut tentang perceraian, tetapi perkara itu dinafikannya pada Khamis.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk bunuh diri, keracunan atau serangan jantung. Sebuah pasukan forensik pergi ke hotel berkenaan dan seorang majistret dipanggil untuk menyoal siasat Tharoor serta setiausahanya.

Tidak terdapat kecederaan pada mayat Sunanda, yang ditemukan pada pukul 8 malam apabila Tharoor masuk ke bilik. Menurut laporan, Sunanda dilihat kali terakhir berada di lobi hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3.30 petang.
  
Autopsi mungkin dijalankan di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS) hari ini.

Tharoor, yang meninggalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas gagal dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung, kembali ke India pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau bercerai dengan isterinya, seorang diplomat dari Kanada dan berkahwin dengan Sunanda pada 2010, perkahwinan ketiganya.

Tharoor mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan isteri pertamanya, Tillotma.

Media India melaporkan Tharoor, yang mengadu mengalami sakit dada dan palpitasi pada Jumaat malam, kini dipindah keluar dari Unit Rawatan Rapi AIIMS ke wad biasa. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ketua Jabatan Sains Forensik AIIMS Dr Sudhir Gupta berkata laporan awal autopsi menunjukkan kematian Sunanda bukan kematian secara biasa.

"Ia kematian mengejut luar biasa dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan. Kami akan beri pendapat muktamad kami beberapa hari lagi dan satu laporan holistik akan dikemukakan kepada majistret.

"Pakar patologi menolak keracunan (menyebabkan kematian Sunanda) kerana sampel yang dihantar untuk dibuat analisis toksikologi menunjukkan hasil negatif, tetapi terdapat kecederaan tertentu pada mayatnya. 

"Jenis kecederaan ini tidak boleh didedahkan. Saya tidak mahu memberi komen mengenainya (kecederaan) sekarang. Berilah saya masa untuk memberi pendapat holistik. Laporan yang dikeluarkan nanti akan bersifat telus," katanya.

Sekumpulan tiga doktor, diketuai Dr Gupta, melakukan autopsi terhadap mayat Sunanda.

Sunanda, ahli perniagaan berketurunan Indo-Kanada, bertugas sebagai pengurus jualan dengan TECOM Investments, yang berpejabat di Dubai dan pemilik bersama Rendezvous Sports World dari di India. - Bernama

Polis temui bukti, kes bunuh tiga beradik selesai

Saturday, January 18, 2014 0 Komen

Polis Kedah dapat menyelesaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Ahmad berkata dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.

Beliau berkata mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam.

"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya.

Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 November lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.

Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati. - Bernama

Ragam Manusia: Lelaki saman syarikat ubat gigi gagal pikat wanita

Saturday, January 18, 2014 0 Komen

Lelaki saman syarikat ubat gigi kerana gagal pikat wanita

Seorang lelaki memfailkan saman terhadap sebuah syarikat pembekal ubat gigi jenama “Close-Up” apabila gagal memikat wanita seperti yang diiklankan syarikat berkenaan.

Athony Olatunfe, 26, memfailkan saman terhadap Unilever Nigeria Ltd dan meminta syarikat berkenaan membuktikan keberkesanan produk mereka melalui ujian makmal.

Iklan ubat gigi berkenaan memaparkan wanita tertarik kepada lelaki yang menggunakan ubat gigi syarikat terbabit.

“Tiada wanita yang mahu keluar minum dengan saya walaupun saya yakin mereka mampu menghidu nafas saya.

“Saya sering menggunakan ubat gigi berkenaan untuk memastikan wanita tertarik dengan kesegaran nafas saya seperti yang disiarkan dalam iklan syarikat itu di televisyen,” kata Anthony yang telah tujuh tahun menggunakan produk berkenaan.


Anthony turut menyerahkan semua tiub ubat giginya kepada mahkamah sebagai bukti.

Anthony juga menuduh syarikat Unilever menipu hingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan.- AFP

Pelajar dirasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort

Thursday, January 16, 2014 0 Komen

Pelajar dirasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort

"Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam," kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.

Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu 'lembaga hitam' berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.

Mereka dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan, namun keadaan menjadi lebih teruk apabila lebih ramai pelajar turut menjerit-jerit akibat dirasuk hingga memaksa pihak sekolah memanggil pengamal perubatan Islam untuk memulihkan mereka.

Mohd Noor berkata, dia bergegas ke sekolah dari tempat kerjanya di Pasir Gudang untuk mengambil Noryana selepas dihubungi pihak pentadbiran sekolah pada jam 7.30 pagi dan memaklumkan anaknya diserang histeria.

"Sebaik tiba di sekolah, saya dapati Noryana dalam keadaan keletihan, tetapi dia sudah ditenangkan. Kemudiannya, saya mengangkatnya ke dalam kereta sebelum pulang ke rumah.

"Namun, apabila tiba di rumah dia enggan masuk. Saya terpaksa mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam untuk memulihkannya dan Alhamdulillah dia akhirnya berjaya dipulihkan," katanya.

Seorang lagi bapa, Rahmat Kudri, 34, berkata anaknya Norsyahidah, 17, turut menjadi mangsa serangan histeria di sekolah sama, namun bersyukur apabila berjaya dipulihkan.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang Fatimah Ahmad berkata, gangguan histeria membabitkan pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri Resort, sudah beberapa kali terjadi sebelum ini, namun kejadian semalam paling teruk.

Menurutnya, disebabkan kejadian itu beberapa ustaz sekolah terbabit membantu pelajar diserang histeria dan pengamal perubatan Islam dibawa oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke sekolah untuk memulihkan pelajar. ~ metro

Fahami ketulenan emas

Monday, January 13, 2014 0 Komen

Memiliki barang kemas menjadi idaman setiap wanita kerana ia melengkapkan penampilan individu, sama ada digayakan untuk pelbagai majlis atau dipakai setiap hari.

Pada masa sama, kilauan emas bukan saja boleh dijadikan aksesori yang mampu mengubah gaya wanita, malah sebagai aset terbaik untuk simpanan atau pelaburan masa depan berikutan nilainya yang lebih stabil berbanding ringgit.

Justeru, tip membeli emas sangat penting supaya pembeliannya boleh dijadikan pelaburan pada masa depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR), Anuar A Rahman, berkata ketulenan emas aspek yang paling penting dalam pemilihan emas kerana ia pengukur untuk nilai tertinggi jangka panjang.

Katanya, ketulenan emas yang paling baik ialah Emas 999 yang mengandungi 99.9 peratus emas (24 karat) atau Emas 916 yang mengandungi 91.6 peratus emas (22 karat).

"Kebiasaannya, Emas 999 tidak dilentur menjadi barang kemas pelbagai reka bentuk kerana strukturnya yang sangat lembut dan mudah lekuk.

Simpan resit

"Cara mudah mengenali Emas 999 dan Emas 916 ialah dengan menyemak bahagian belakang barang kemas berkenaan yang ditempa dengan cop," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pembeli dinasihatkan mem-beli barang kemas padu kerana ia amat penting bagi memudahkan proses penilaian ketulenan apabila dipajak gadai.

Walaupun barang kemas yang dilengkapkan dengan batu permata sangat menarik perhatian, tetapi tidak digalakkan membeli kerana nilainya jatuh jika dijual balik dan dan tidak diterima untuk gadaian.

"Mereka patut tahu harga kos upah paling rendah kerana setiap kedai emas menawarkan harga berlainan.

"Simpanlah resit pembelian supaya mudah membandingkan harga emas yang dibeli pada tahun pembelian dengan harga pasaran" katanya.

Lazimnya, kedai emas yang membeli semula barang kemas akan memotong nilainya antara 20 hingga 25 peratus atau ada yang 15 peratus.

Orang ramai yang berminat membeli emas sebagai pelaburan, boleh menghubungi Anuar di talian 017-7990016 atau berkunjung ke kedai emas miliknya, Syifa Jewellery di Aeon Bukit Tinggi atau Pengurus Pembangunan Usahawan GSR, Azrul Syahrizan Ab Rahman di talian 013-7785446 atau layari GSR www.gsr2u.com.my

UniSZA tuan rumah Karnival Sukan Pantai Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

Friday, January 10, 2014 0 Komen

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dipilih sebagai tuan rumah Karnival Sukan Pantai Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2013 yang bakal berlangsung pada 18 hingga 24 Januari ini.

Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi UniSZA, Riduan Mohamed Arof berkata, karnival yang pada awalnya dijadual berlangsung pada Disember lalu tetapi terpaksa ditunda ke bulan ini berikutan banjir yang melanda Pantai Timur, baru-baru ini.

Lima acara

Katanya, karnival kali ketiga itu julung kali dianjurkan UniSZA selepas dua edisi sebelum ini menyaksikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi tuan rumah karnival yang berlangsung di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Penganjuran karnival ini turut mendapat kerjasama penuh Majlis Daerah Besut, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan Syarikat Air Terengganu.

"Hampir 500 orang atlit dan pegawai akan terbabit dengan karnival ini yang membabitkan penyertaan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara akan bertanding," katanya.

Beliau berkata, lima acara bakal dipertandingkan iaitu bola sepak pantai, bola jaring pantai, bola tampar pantai dan sepak takraw pantai di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu.

INFO

Pencapaian Prof Madya Md Amin Md Taff

* Jurulatih dan pengurus sukan kayak Negeri Johor dan Malaysia (1996 - 2008)

* Pengurus pasukan Malaysia ke World Freestyle Championships di Atlanta, USA, 2013

* Wakil delegasi Malaysia ke Mesyuarat Agung International Canoe Federation.

* Setiausaha Agung Persatuan Kanu Malaysia (2000 - 2003)

* Setiausaha Agung Persekutuan Kanu Asia Tenggara (2001 - 2003)

* Penolong Pengurus pasukan Sukan SEA Malaysia di Sukan SEA Palembang, 2011

* Setiausaha Agung Persatuan Kanu Johor (1994 -1998)

* Naib Presiden 1, Persatuan Kanu Malaysia (2010 - kini)


Harga RON95 Tidak Naik - Ahmad Maslan

Friday, January 10, 2014 0 Komen

Harga RON95 Tidak Naik

Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini (Khamis) seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi akaun Twitternya pada Khamis malam berkata: "Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar".

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi. BERNAMA

5 ramalan siber 2014

Wednesday, January 08, 2014 0 Komen

5 ramalan siber 2014

Syarikat keselamatan `online', Fortinet mendedahkan ramalan keselamatan siber yang dilaporkan dalam Fortiguard Lab 2014 merangkumi lima aspek utama tahun ini.

Antara yang mencuri tumpuan termasuk penularan `malware' dalam Android yang mula diterima dalam industri lebih meluas.

Oleh kerana jualan telefon bimbit mungkin mendatar pada tahun akan datang, pembangun Android mula mencari pasaran baru untuk sistem operasi Google seperti tablet, konsol permainan mudah alih, peranti boleh pakai, peralatan automasi rumah dan sistem kawalan industri (ICS /SCADA).

Maka, akan muncul malware jenis baru menyamai `mobileStuxnet' pada 2014 selain penjenayah siber akan tertarik ke platform penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) biasa.

Ia termasuk alat automasi rumah baru yang mempunyai kawalan ke atas penggunaan elektrik seperti suhu peti sejuk dan lainlain.

Selain itu, perang terhadap laman perkongsian seperti Megaupload akan mengakibatkan peningkatan serangan balas daripada `Anonymous' yang mula kelihatan.

Tahun 2014 juga menjadi cabaran kepada vendor keselamatan rangkaian yang dipaksa untuk menjadi lebih telus.

Ini dibuktikan dengan arahan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Amerika Syarikat yang mengenakan penalti kepada syarikat yang memasarkan teknologi pemantauan video kepada pengguna.

Satu lagi ramalan mengejutkan termasuk peningkatan serangan menyasarkan kepada perisian Windows XP apabila Microsoft menamatkan sokongan kepada Windows XP pada 8 April 2014.

Ini sekali gus bermakna kelemahan yang baru ditemui tidak akan diperbaiki menyebabkan sistem di seluruh dunia terdedah kepada serangan.

Sistem biometrik yang mula diperkenalkan kepada pengguna biasa seperti diumumkan Apple melalui iPhone 5S akan menjadi `daya penarik' kepada penggodam untuk cuba memecahkan kod keselamatan.

Hal itu bakal mengakibatkan kepentingan dua faktor pengesahan keselamatan akan mula diambil kira yang mana faktor tunggal kata laluan log masuk semakin berkembang.

Fortinet meramalkan pengguna akan melihat pertambahan syarikat mudah alih yang memasukkan faktor pengesahan kedua dalam peranti mereka.


Oleh Afiq Hanif

Pensyarah tikam kepala isteri di hotel

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Pertemuan sepasang suami isteri yang dipercayai cuba menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di bandar ini tidak berakhir seperti diharapkan apabila pasangan itu ditemui cedera parah sebelum meninggal dunia, awal pagi semalam.

Pensyarah berusia 58 tahun dan isterinya berusia 49 tahun itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum seorang pekerja hotel terdengar jeritan mangsa lalu bergegas ke bilik berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebaik menghampiri bilik itu, pekerja berkenaan melihat lelaki terbabit duduk di atas badan isterinya sambil menikam kepala wanita berkenaan bertubi-tubi.

"Terkejut dengan kejadian itu, pekerja terbabit terus memaklumkan kepada penyelianya sebelum mereka menghubungi polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian menemui suspek sedang duduk di atas katil, manakala mayat seorang wanita terbaring di atas lantai.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan yang juga suami wanita itu, bagaikan dirasuk kerana bertindak kejam menikam kepala isterinya bertubi-tubi sebelum mengelar leher pasangannya itu hingga hampir putus.

Lelaki terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri sebelum dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Mohamad Shukor berkata, mangsa cuba diselamatkan dan dikejarkan ke HTAR, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan akibat luka parah di lehernya yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

"Difahamkan, pasangan berkenaan mendaftar masuk kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, dan dipercayai datang bersama-sama dengan menaiki Toyota Vios milik suspek.

"Hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau dan sebatang tukul besi dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat pasangan berkenaan dibedah siasat di HTAR dan pihaknya masih menyiasat kemungkinan kejadian disebabkan tindakan mangsa wanita memfailkan perceraian di mahkamah baru-baru ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kita jangka kes ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.
~ Metro

Remaja diculik,dibogel dan dipuja

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Remaja diculik,dibogel dan dipuja

Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.

Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.

Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

"Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.

"Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru minggu lalu saya diculik selama tiga hari dan individu yang terbabit juga ramai iaitu kira-kira 50 orang termasuk beberapa wanita," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Azmi berkata, dia sendiri tidak tahu apa motif anggota kumpulan berjubah hitam itu berbuat demikian ke atasnya, namun percaya ia ada kaitan dengan kebolehan istimewa dimilikinya.

"Sejak berusia 14 tahun saya diberi Allah deria keenam kerana boleh melihat objek alam ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh orang lain.

"Jadi, bila saya tanya kepada kumpulan penculik itu kenapa mereka culik dan puja saya mereka kata saya istimewa, daripada keturunan Nabi Sulaiman dan berdarah suci.

"Tapi saya sendiri tak tahu apa maksud mereka itu," katanya yang membuat laporan polis mengenai keempat-empat kejadian penculikan dan penderaan ke atasnya di Balai Polis Rawang.

Menceritakan lebih lanjut pengalamannya sepanjang tiga hari diculik minggu lalu, Azmi berkata selepas dipaksa masuk ke dalam kereta dia diberi sejenis minuman seperti susu menyebabkan dia terus tidak bermaya.

"Seperti tiga kejadian sebelum ini mereka membawa saya ke dalam kawasan hutan namun saya tidak tahu di mana. Saya kemudian dibogelkan dan seluruh badan saya ditulis simbol aneh.

"Mereka kemudian membalut badan saya dengan kain putih sebelum memulakan upacara pemujaan bermula selepas waktu Maghrib hingga ke Subuh," katanya.

Ditanya bagaimana upacara pemujaan berlangsung, Azmi berkata, kira-kira 50 orang yang bercampur gaul lelaki dan wanita dengan semuanya memakai jubah hitam mengelilinginya.

Menurutnya, mereka membaca jampi di dalam bahasa pelik yang tidak difahaminya, tambahan pula dia tidak dapat berfikir dengan sempurna kerana masih berada dalam keadaan separuh sedar.

"Paling menyeksakan apabila mereka menjerut kemaluan saya dengan tali plastik dengan alasan untuk melengkapkan upacara pemujaan. Selain itu, mereka juga memasang lilin dan membawa patung serta pisau," katanya.

Azmi berkata, dia kemudian dibebaskan Sabtu lalu kira-kira jam 7 pagi di Batu Arang dalam keadaan masih berkain kapan dan diikat di tiang sebuah pondok.

"Mereka kemudian menghubungi bapa sebelum dia datang dan menyelamatkan saya," katanya sambil memberitahu dia kemudian menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sebelum dibenar pulang sehari kemudian.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman tiga kejadian sebelum ini dia tidak banyak melawan kerana bimbang dikasari kumpulan individu itu.

"Ketika kali pertama diculik dulu, saya cuba melarikan diri selepas dibawa ke dalam hutan. Mereka kemudian berjaya menangkap saya dan saya kemudian dipukul.

"Mereka juga membawa saya ke sungai sebelum menekan kepala ke dalam air sehingga saya lemas dan sukar bernafas," katanya.

Sementara itu, bapa Azmi yang enggan dikenali berkata, dia juga percaya anaknya menjadi mangsa kumpulan individu berjubah itu disebabkan deria keenam dimilikinya.

"Apapun, saya cuma berharap pihak polis akan melakukan siasatan sebaik mungkin dan seterusnya menangkap mereka kerana sudah empat kali anak saya dianiaya mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi; Meor Azlan Meor Kamarul Shahid
~ Metro

Remaja dinoda penjual buah yang dikenali menerusi Facebook

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Seorang bapa terkejut apabila anak gadisnya yang masih bersekolah tiba-tiba meluahkan hasrat berkahwin menyebabkan ahli keluarga mengesyaki perkara buruk menimpanya.

Sumber berkata, ketika berada di rumah mereka di Labu, Seremban pada pagi Ahad lalu, si anak berusia 15 tahun mengejutkan ahli keluarganya apabila menyatakan keinginan berkahwin dengan teman lelaki berusia 27 tahun, dikenali melalui laman sosial Facebook beberapa bulan lalu.

Bapa mangsa berusia 56 tahun itu mula berasa tidak sedap hati dan meminta anaknya berterus terang mengenai sebab sebenar mahu berkahwin.

"Selepas didesak, mangsa memberitahu dia tidak pergi ke rumah kawan perempuan di Seremban, sebaliknya selama sebulan cuti persekolahan lalu, dia tinggal bersama teman lelaki di sebuah rumah sewa dekat Bongek," katanya.

Menurut sumber, sepanjang tempoh berada di rumah sewa berkenaan, mangsa mendakwa dirogol lebih 10 kali oleh suspek yang bekerja sebagai penjual buah.

"Terkejut dengan pengakuan anaknya itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai," katanya.

Remaja curi dan jual otak manusia di Ebay

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Remaja curi dan jual otak manusia di Ebay

Tindakan seorang remaja berusia 21 tahun menjual otak manusia yang dicuri dari sebuah muzium di Amerika Syarikat (AS) menerusi laman web eBay, ternyata membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa yang menerima laporan daripada pembeli organ itu.

David Charles, 21, dari Indianapolis, ditahan pada 16 Disember lalu kerana didakwa memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Indiana sebanyak beberapa kali antara 7 September dan 16 Oktober lalu sebelum mencuri balang mengandungi tisu manusia termasuk sampel otak.

Muzium berkenaan merupakan bekas Pusat Hospital Negeri yang digunakan untuk merawat pesakit metal dan psikiatri dari 1848 hingga 1994 dan kini dijadikan pusat pameran kira-kira 2,000 organ pesakit yang pernah dirawat di situ.

Charles ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pembeli organ berkenaan, Brian Kubasco dari San Diego yang berasa curiga terhadap label yang terdapat pada enam balang tisu otak yang dibeli dengan harga AS$670 (RM2,198) termasuk caj penghantaran.

Menurut laporan polis, sehari sebelum ditahan, remaja berkenaan mencuri 60 balang yang mengandungi tisu organ manusia dan kebanyakannya telah dipulangkan semula.

Selain mencuri, Charles turut didakwa atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja dan kelengkapan untuk mencuri.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif muzium, Mary Ellen Hennessey Nottage berkata, kejadian rompakan berkenaan sangat mengejutkan kerana barangan yang disimpan di muzium itu perlu dipelihara untuk kepentingan orang awam. - AGENSI

Persiap zahir, batin untuk solat apabila azan

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Cara menetapkan tumpuan hati ketika mengerjakan solat bergantung kepada tahap hawa nafsu seseorang.

Sesetengahnya mungkin boleh dengan cara lembut seperti dijelaskan pada siri sebelum ini, namun bagi orang yang nafsunya meluap-luap dan sukar dikendalikan tidak harus menggunakan cara berkenaan, sementelah berlaku tarik-menarik dengannya.

Kemudian hawa nafsu menewaskan orang terbabit dan berlalulah seluruh solat dalam gangguan itu.

Umpama seorang lelaki di bawah sepohon kayu. Dia bermaksud hendak menjernihkan fikirannya, tetapi nyanyian burung pipit mengganggunya. Sentiasalah diusirnya burung pipit itu dengan sepotong kayu pada tangannya.

Dia kembali menenangkan fikirannya. Namun, burung itu kembali lagi, lalu dia mengusirnya dengan kayu pada tangannya.

Justeru, kata orang kepadanya: "Ini adalah pekerjaan yang tak ada hasilnya! Dan tidak akan selesai. Jika kamu mahu terlepas, tebanglah pohon itu!"

Demikianlah dengan pohon hawa nafsu. Apabila bercabang dan banyak rantingnya, nescaya tertarik kepadanya segala fikiran, sebagaimana tertariknya burung pipit kepada pohon.

Tertariknya lalat kepada barang buruk dan lamalah usaha untuk mengusirkannya.

Lalat itu setiap kali dihancurkan kembali lagi berkembang. Daripada itulah ia dinamakan lalat.

Begitu jugalah segala lintasan di dalam hati. Hawa nafsu itu banyak jenisnya dan sangat jarang manusia terlepas daripadanya. Semuanya itu dikumpulkan oleh satu pokok iaitu mencintai dunia.

Sesiapa yang mempunyai hati mencintai dunia sehingga cenderung kepada sesuatu daripadanya, bukan untuk mencari bekal daripadanya dan memperoleh pertolongan untuk akhirat, janganlah diharapkan akan jernih kelazatan bermunajat dalam solat.

Ini kerana orang yang senang dengan dunia nescaya dia tidak senang dengan Allah Taala dan bermunajat dengan-Nya.

Cita-cita seseorang adalah berserta kesayangannya. Jika kesayangannya ada pada dunia, sudah pasti kemahuannya berpaling kepada dunia itu.

Namun, dalam pada itu tidak wajar meninggalkan mujahadah, mengembalikan hati kepada solat dan mengurangkan punca yang menjadi gangguan.

Ini sememangnya ubat (cara) yang pahit dan kerana pahitnya, maka dimuntahkan oleh tabiat manusia, sehingga tinggallah penyakit itu melumpuhkan badan dan jadilah penyakit sebagai penghalang.

Bagaimanapun, semoga solat kita terselamat daripada gangguan hati, sama ada setengah atau sepertiga daripadanya agar kita setidak-tidaknya termasuk orang yang bercampur dengan amalan kebaikan.

Kesimpulannya, cita-cita dunia dan akhirat di dalam hati adalah seperti air yang dituangkan ke dalam gelas penuh dengan cuka.

Seberapa banyak air yang masuk ke dalam gelas, sudah pasti sebanyak itu pula cuka keluar. Ini kerana kedua-duanya tidak berkumpul menjadi satu.

Perkara selayaknya hadir dalam hati pada setiap rukun dan syarat solat

Jika benarlah kita dari kalangan orang yang mencari akhirat, pertama sekali tidak melengahkan segala peringatan mengenai syarat dan rukun solat.

Syarat yang mendahului solat ialah azan, bersuci, menutup aurat, menghadap kiblat, berdiri betul dan niat.

Apabila kita mendengar seruan muazin, hadirkanlah ke dalam hati kita huru-hara seruan pada hari kiamat serta bersiaplah dengan zahir dan batin kita, memperkenan dan menyegerakannya.

Orang yang menyegerakan diri kepada seruan ini adalah mereka diserukan dengan lembah-lembut pada hari pertemuan akbar (besar) itu. Bawalah hati kepada seruan ini!

Jika anda memperolehnya penuh dengan kesenangan dan kegembiraan, melimpah-limpah dengan keinginan untuk bersegera, ketahuilah bahawa anda didatangi seruan dengan berita gembira dan kemenangan di hari keputusan yang akan tiba.

Nabi SAW bersabda, mafhumnya: "Berikanlah kesenangan kepada kami wahai Bilal." (Riwayat Abu Daud)

Hadis itu membawa maksud, berikanlah kesenangan dengan solat dan seruan kepadanya. Ini kerana kecintaan hati Nabi SAW adalah padanya. (Susunan berpandukan Kitab Ihya Ulumiddin)

Penciplak rekaan tudung Fareeda akan disaman

Tuesday, January 07, 2014 0 Komen

Pengusaha jenama tudung Fareeda, Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memberi amaran kepada syarikat yang menciplak rekaan tudung keluaran syarikat itu yang dipatenkan di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 supaya menghentikan pengeluaran dan penjualan produk terbabit.

Pengasasnya, Faridah Zakaria berkata, sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sudah dikenal pasti menciplak tujuh reka bentuk tudung dipatenkan di bawah akta berkenaan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha terbabit mengaut keuntungan mudah daripada titik peluh syarikatnya serta kos pelaburan untuk pengiklanan dan pemasaran bernilai jutaan ringgit setiap tahun.

"Sudah lama kami perhatikan banyak peniaga dan pengusaha menciplak rekaan tudung Fareeda, namun paling ketara sepanjang tahun lalu apabila hasil pemantauan, ada beberapa syarikat pesaing turut meniru rekaan kami dan menjual produk palsu secara besar-besaran.

"Itu belum termasuk produk palsu Fareeda yang dijual secara meluas melalui online. Dianggarkan jualan syarikat terbabit mencecah RM5 juta sebulan melalui tudung rekaan Fareeda yang dipatenkan, malah ada antaranya yang sudah mempunyai kilang sendiri untuk mengeluarkan produk rekaan kami," katanya.


Sehubungan itu Faridah berkata, satu notis amaran sudah dikeluarkan menerusi peguamnya bagi memberi peringatan kepada semua pihak, terutama syarikat dan pengusaha yang melanggar hak mereka selaku pemilik sah rekaan tudung Fareeda.

Katanya, tindakan undang-undang yang akan diambil antaranya, mendapatkan ganti rugi atau perintah pengemukaan akaun keuntungan dan perintah injunksi bagi menghalang perlanggaran lanjut oleh syarikat terbabit di bawah undang-undang.

Sementara itu Nadzim berkata, kerajaan perlu lebih tegas dalam memastikan hak intelek produk dikeluarkan syarikat tempatan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

"Perkara yang berlaku terhadap Fareeda hanya sebahagian saja kes harta intelek diciplak. Ini jelas memberi isyarat tidak betul, kita bimbang apabila pada masa akan datang orang lain buat begini (ciplak) pun tidak mengapa.

"Lebih membimbangkan apabila sekarang ini pun negara kita memang dikenali dengan pendekatan penguatkuasaan yang lebih berlembut.

"Justeru, tiba masa kerajaan melalui kementerian dan agensi berkaitan bertegas dalam hal membabitkan perlindungan harta intelek melalui akta berkaitan," katanya.

Beliau turut mengingatkan pengusaha dan peniaga Islam supaya menjalankan perniagaan dengan lebih berhemah dan beretika supaya rezeki diperoleh mendapat keberkatan.

Black Money bernilai RM1.7 juta dirampas

Friday, January 03, 2014 0 Komen

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Polis menumpaskan satu sindiket Black Money yang didalangi warga China dengan tertangkapnya tiga lelaki selepas menyerbu sebuah hotel apartmen di Jalan Ampang, di sini Khamis minggu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 malam itu, polis berjaya merampas 5,373 keping dipercayai wang palsu USD100 dolar dan 831 keping dipercayai wang palsu RM100 dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.7 juta.

Tangkapan ini merupakan kes pertama membabitkan warga China kerana kebiasaannya sindiket Black Money didalangi warga Afrika dan polis tidak menolak kemungkinan jenayah ini dilakukan bersama-sama dengan warga Afrika,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, pihaknya menyerbu kediaman tersebut selepas mendapat aduan tentang pergaduhan antara tiga lelaki warga asing di kediaman tersebut.

"Pemeriksaan awal kita mendapati terdapat dua lelaki dalam keadaan mabuk dan cedera akibat pergaduhan yang disiasat berpunca daripada masalah hutang pelaburan mata wang asing.

"Bertindak daripada maklumat itu, polis membuat pemeriksaan lanjut ke dalam rumah tersebut dan menahan kesemua suspek setelah menemui wang-wang palsu dalam peti besi serta barang-barang yang disyaki digunakan untuk memproses wang palsu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Cheras, di sini hari ini.

Jelas Izany, ekoran kejadian itu, suspek berusia 45 hingga 54 tahun itu ditahan di kediaman berkenaan kerana disyaki menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat beroperasi serta pusat menyimpan semua wang yang dipalsukan.

"Semakan kita mendapati mereka telah mula memasuki negara ini sejak 2011 dan polis percaya sindiket tersebut aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang sejak berada di sini," katanya lagi.

Izany berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas beberapa peralatan elektronik seperti komputer riba, tiga buah telefon bimbit pelbagai jenama, lima unit pemacu simpanan data mudah alih (USB pen drive) dan seunit jalur lebar.

"Turut ditemui dalam kediaman tersebut ialah tujuh botol plastik dan 10 botol kaca cecair kimia disyaki digunakan untuk mencuci wang palsu bersama empat bungkus serbuk putih dan sebungkus serbuk berwarna kuning.

"Siasatan polis mengenai status kediaman tersebut pula mendapati mereka menyewa di situ sejak memasuki negara ini yang didaftarkan atas nama salah seorang suspek ditahan," katanya lagi.

Menurut Izany, kesemua suspek telah direman sejak Jumaat lalu sehingga 15 Januari ini mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan kerana memiliki mata wang palsu.

3 kereta mewah Tan Sri hangus terbakar

Friday, January 03, 2014 0 Komen

3 kereta mewah Tan Sri hangus terbakar

Tiga kenderaan yang diletakkan di garaj kediaman bekas Presiden Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di SS12, dekat sini hangus terbakar dalam kejadian, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu turut menyebabkan sebahagian daripada rumah didiami mangsa bersama isteri dan seorang anak lelaki musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jiran mangsa, Chandrasekaran berkata, pada mulanya dia menyangka rumah jirannya dimasuki pencuri selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Tidak lama selepas itu, Chandrasekaran mendapati asap tebal memenuhi rumahnya menyebabkan dia bingkas bangun mengejutkan lima ahli keluarga yang nyenyak tidur.

Ketika itu katanya, bekalan elektrik sudah terputus dan dia terpaksa memecahkan pintu pagar automatik untuk keluar menyelamatkan diri.

“Memang keadaan gelap ketika itu, saya sedar kebakaran berlaku dan segera mengejutkan isteri dan anak-anak,” katanya.

Jelasnya, kebakaran turut menyebabkan kereta dan dua motosikal miliknya rosak terkena api marak dari rumah sebelah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada jam 6.50 pagi.

Lima jentera bersama 42 anggota tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu, api berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit.

Beliau berkata, tiga kereta yang hangus termasuk jenis Honda CRV, Peugeot dan Audi.

Api dikatakan bermula dari bahagian depan dan marak membakar ketiga-tiga kereta berkenaan tetapi hanya bahagian depan rumah tingkat bawah dan atas kediaman dua tingkat yang hangus dalam kejadian itu.

“Bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua memberitahu Sinar Harian, polis menolak wujudnya unsur khianat yang menyebabkan kejadian berlaku.

Beliau berkata, penghuni rumah memaklumkan ia berkemungkinan terjadi akibat masalah pendawaian yang berlaku di salah sebuah kenderaan. ~ SH

Khairy Jamaluddin teruja hari pertama persekolahan anak

Thursday, January 02, 2014 0 Komen

Khairy Jamaluddin teruja hari pertama persekolahan anak

Hari ini 2 Januari merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, semestinya  yang paling teruja adalah ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang baru memasuki Tahun Satu.

Kegembiraan ini terserlah bila ada di antara mereka memuatnaik gambar anak masing-masing di media sosial.

Ini termasuk ahli-ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkongsi gambar hari persekolahan pertama anaknya di laman Twitternya.

Prof Dr Sahol Hamid dilantik semula Naib Canselor UiTM

Thursday, January 02, 2014 0 Komen

Prof Dr Sahol Hamid dilantik semula Naib Canselor UiTM

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

Dalam satu kenyataan hari ini, pelantikan semula Dr Sahol Hamid adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan kementerian di samping memastikan kesinambungan pelan pembangunan UiTM berjalan lancar.

 "Kementerian Pendidikan berharap agar pelantikan semula ini dapat membantu UiTM untuk menghasilkan graduan Bumiputera yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Di samping itu, kementerian juga berharap agar pencapaian UiTM dapat dipertingkatkan menerusi pemantapan barisan kepimpinan dan organisasi, kualiti staf akademik, kualiti pembelajaran dan pengajaran dan pembangunan aplikasi sains dan teknologi," kata kenyataan itu kepada Bernama.

Suami lumpuh, isteri curang

Thursday, January 02, 2014 0 Komen

Suami lumpuh, isteri curang

Seorang suami yang lumpuh separuh badan bukan saja hidup menderita, malah isterinya turut berlaku curang apabila terlanjur dengan teman lelakinya sehingga melahirkan seorang bayi yang kemudian diserahkan kepada sepasang suami isteri.

Difahamkan, lelaki malang berusia 60 tahun itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal berjumlah RM600 serta dibantu seorang peniaga yang menawarkan tempat tinggal serta membiayai persekolahan dua daripada empat anak pasangan berkenaan.

Selama ini, wanita lingkungan 30-an itu dikatakan membantu suaminya yang terlantar di rumah, namun pada masa sama dia dikatakan curang hingga terlanjur dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila dikunjungi seorang jururawat sebuah pusat perubatan swasta, baru-baru ini.

Peniaga yang membantu keluarga itu dikenali sebagai Abdullah, 40, berkata, dia menawarkan perlindungan kepada wanita berkenaan, suami dan empat cahaya mata mereka sejak lebih setahun lalu kerana bersimpati dengan nasib malang keluarga terbabit.

Menurutnya, sebelum ini keluarga berkenaan tinggal di sebuah rumah setinggan yang usang selain kerap terputus bekalan makanan.

"Selain menerima bantuan JKM dan Baitulmal, saya kerap membelikan barangan dapur dan membiayai persekolahan dua orang anak pasangan berkenaan yang berusia belasan tahun.

"Bagaimanapun apa yang mengecewakan, isteri pesakit itu bersikap tidak bertanggungjawab kerana kerap mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu termasuk berfoya-foya di luar rumah.

"Ketika wanita itu tiada, anak sulung pasangan itu berusia 14 tahun akan menjaga bapanya yang lumpuh sejak lebih tiga tahun lalu," katanya.

Abdullah berkata, dia terkilan mengetahui sikap curang isteri warga emas berkenaan yang melahirkan bayi pertengahan Disember lalu.

"Wanita terbabit mengaku menyerahkan bayi berkenaan kepada satu pasangan suami isteri yang tinggal di Ulu Tiram, di sini, sejurus selepas melahirkannya.

"Suami wanita berkenaan menyatakan tidak menyedari dia hamil atau melahirkan anak dan ketika dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, wanita berkenaan membohongi keluarga dengan menyatakan mengalami sakit jantung hingga terpaksa dimasukkan ke wad," katanya.

Abdullah berkata, dia berharap JKM menyiasat kejadian itu terutama berkaitan penyerahan bayi bagi mengelak masalah tidak diingini.

Penyakit tak berjangkit (NCD) ancaman baru

Wednesday, January 01, 2014 0 Komen

Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.

Penyakit tidak berjangkit ini berpunca daripada empat cara hidup masyarakat iaitu akibat amalan kehidupan tidak sihat, pengambilan diet tidak seimbang, pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan.

NCD juga dilaporkan menjadi punca kematian bayi pramatang di Malaysia dan lebih menyedihkan, dianggarkan sebanyak 17 peratus peningkatan kes bakal dicatatkan dalam tempoh 10 tahun lagi.

Sehubungan itu, Pertubuhan Penyakit Tidak Berjangkit Malaysia atau NCD Alliance Malaysia yang baru ditubuhkan, mengambil langkah inisiatif sebagai penggerak kesedaran, sekali gus menyampaikan maklumat kepada umum mengenai risiko peningkatan penyakit berbahaya itu.

Penaungnya, Puan Sri Akmal Abdul Salam, berkata empat faktor penting bagi membimbing kesedaran risiko penyakit NCD, termasuk perubahan obesiti, tekanan darah tinggi, peningkatan kandungan glukosa dan peningkatan kolesterol dalam darah.

"Seramai 4.4 juta rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti dan satu pertiga daripada mereka sengsara akibat kegemukan. Ia menunjukkan senario kritikal menjadi amalan masyarakat setempat. Jadi, penting untuk kita ubah corak kehidupan untuk mencapai komuniti sihat," katanya pada majlis perasmian pertubuhan itu, di ibu negara, baru-baru ini.

Gaya hidup tidak sihat

Katanya, perubahan rutin harian moden seperti kurang aktif juga menjadi punca utama peningkatan kes penyakit, berbanding masyarakat dulu yang lebih aktif menjalani rutin harian seperti bercucuk tanam dan sebagainya.

"Kita harus menerima hakikat bahawa gaya hidup kita yang semakin tidak sihat ekoran tuntutan kerja dan cabaran hidup yang semakin kompleks akan menjerumuskan kepada risiko penyakit berbahaya itu. NCD bukan saja memberi kemerosotan kualiti hidup kerana penghidap akan bergantung sepenuhnya terhadap rawatan perubatan, tetapi menjejaskan kualiti kehidupan dan boleh memberi bebanan kepada ekonomi negara.

"Hari ini, penghidap NCD juga dicatatkan semakin muda usianya dan perkara ini amat membimbangkan jika generasi muda hilang kualiti kehidupan," katanya.

Pendedahan awal

Akmal berkata, pendedahan awal terhadap penjagaan kesihatan dapat mengelakkan peningkatan kes dalam kalangan masyarakat.

Tegasnya, ibu bapa perlu berperanan penting dalam usaha mendidik generasi sihat selain perkhidmatan kesihatan ditawarkan kementerian.

"Bukan mudah untuk mengubah persepsi dan tabiat manusia terutama jika dikaitkan dengan corak rutin penjagaan kesihatan. Oleh itu, kami perlu bermula daripada asas, termasuk pengetahuan mengenai diet sihat. Kehadiran pertubuhan ini juga diharapkan dapat menjana kerjasama antara semua pihak bagi meningkatkan mutu kehidupan dan pemulihan kualiti hidup jangka masa panjang," katanya.

Pelan tingkat kesedaran

Sementara itu, kata Timbalan Setiausaha Agung (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Harjeet Singh, lebih membimbangkan, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghidap NCD. Bahkan, ramai lagi tidak sedar mengenai risiko penyakit ini dan menganggap ia perkara remeh.

"Kementerian bakal mengambil langkah proaktif dengan menjalankan Pelan Tindakan Global bagi pencegahan dan kawalan NCD menerusi rangka kerja pemantauan global lebih komprehensif untuk mencegah penyakit ini.

"Antara sembilan sasaran dirangka, ialah penurunan risiko kematian bayi pramatang, kekurangan penggunaan alkohol dan peningkatan aktiviti fizikal dan penurunan populasi pengambilan sodium.

"Objektif pelan dijalankan itu bertujuan mengukuhkan keupayaan negara, kepimpinan, tadbir urus, tindakan pelbagai sektor dan perkongsian mempercepatkan tindak balas negara bagi mengawal pencegahan dan NCD," katanya.

Penyakit tidak berjangkit

- Peragut nyawa nombor satu di Malaysia menyebabkan kelumpuhan fizikal, emosi dan sosial serta pendapatan ekonomi.

- Sasaran penurunan NCD 2014-2020 di peringkat global.

- 25 peratus penurunan kes kematian bayi pramatang akibat NCD.

- 10 peratus pengurangan pengambilan alkohol.

- 30 peratus pengurangan dalam pengambilan sodium.

- 30 peratus pengurangan pengambilan tembakau.

- 25 peratus atau tiada peningkatan dalam hipertensi.

Laungan Selamat Tahun Baru diganti Hidup Rakyat di Dataran Merdeka

Wednesday, January 01, 2014 0 Komen

Laungan Selamat Tahun Baru diganti Hidup Rakyat di Dataran Merdeka

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari.

Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.


Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta  Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan.

Kronologi di Dataran Merdeka

12.07 malam: Peserta dan orang ramai mula beredar meninggalkan Dataran Merdeka.

12 tengah malam: Sehingga jam 12 tengah malam, tiada 'countdown' dan bunga api seperti kelaziman. Sebaik memasuki tahun 2014, semua peserta dan orang ramai di Dataran Merdeka menyanyikan lagu Negaraku.

11.58 malam: Detik-detik ambang tahun baru, suasana semakin gamat. Peserta mula melaungkan slogan 'Turun'

11.52 malam: Datuk Bandar KL beri ucapan namun di 'boo' peserta himpunan

11.32 malam - Konsert di Dataran Merdeka dihentikan kerana peserta Turun mula merempuh masuk dan mengganggu orang ramai.

11.30 malam: Sekumpulan peserta Turun rempuh halangan polis untuk naik ke pentas konsert hingga persembahan terganggu.

11.15 malam: Keadaan Dataran Merdeka tenang. Para peserta hanya berlegar-legar di sekitar Dataran Merdeka.

11 malam: Peserta yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka berarak ke kawasan lebih hampir tetapi terpaksa berhenti di hadapan benteng polis. Slogan seperti 'Turun' dan 'Hidup Rakyat' kerap dilaungkan para peserta.

10.30 malam: Kebanjiran peserta yang cuba untuk memasuki ke kawasan padang utama  Dataran Merdeka  disekat oleh pihak polis,namun begitu, peserta Turun tetap menghormati keputusan tersebut dengan hanya berarak dikawasan sekitar Dataran Merdeka tersebut.
   
9.30 malam: Perarakan peserta himpunan terhenti di kawasan Dataran Merdeka.

9.25 malam: Kelihatan peserta Turun, sedang berarak masuk ke Dataran Merdeka.

9.15 malam: Peserta himpunan mula berarak dari Sogo dengan memegang pelbagai sepanduk. Mereka melaungkan Turun dan Hidup Rakyat.

8.50 malam: Semakin ramai pengunjung membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan kelihatan beberapa kumpulan kecil peserta himpunan yang memakai T-shirt Turun.

8:41 malam: Kelihatan sekeluarga yang memakai T-Shirt yang tertera tulisan Turun, tiba di Dataran Merdeka. Kini orang ramai mula memenuhi ruang Dataran Merdeka.

7.45 malam: kelihatan segelintir peserta memakai topeng dan ada juga yang melaungkan 'Allahuakbar'.

7.35 malam: Hampir 200 peserta berkumpul disekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo. Segelintir peserta himpunan bersolat berjemaah di hadapan Sogo.

7 malam: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  mula membanjiri sekitar kawasan Dataran Merdeka.

6.30 petang: Pihak polis telah melakukan penutupan jalan  di Dataran Merdeka.

5.30 petang: Kelihatan dua unit udara PDRM dan juga helikopter Nuri  memantau di persekitaran Kuala Lumpur dan juga  Dataran Merdeka

Merompak untuk bayar hutang beli senjata M-16

Wednesday, January 01, 2014 0 Komen

Merompak untuk bayar hutang beli senjata M-16

Akibat terdesak untuk membayar hutang senjata api M-16, tiga lelaki menyamun sebuah kedai  serbaneka 24 jam di bandar Tanah Merah, malam kelmarin.

Senjata itu dibeli di Thailand secara hutang

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tiga lelaki itu pada mulanya merancang untuk merompak sebuah kedai emas, tetapi setelah mendapati kedai itu sudah ditutup, mereka menukar  rancangan merompak kedai  serbaneka berkenaan.

“Mereka tiba di situ jam 6.30 petang, sedangkan kedai emas itu sudah tutup pada jam 6 petang. Kerana itu, mereka rompak kedai berdekatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, semalam.

Mazlan berkata, bagaimanapun sangkaan mereka akan mendapatkan wang banyak di kedai serbaneka itu meleset apabila mereka hanya memperoleh RM300 daripada penjaga kaunternya.

“Dua daripada mereka masuk ke kedai dengan bertopeng, dan salah seorang membawa senapang M-16 serta seorang lagi bersenjatakan parang. Satu das tembakan amaran dilepaskan mengenai peti ais.

“Lelaki yang memegang parang  pula meluru ke kaunter dan mengacu senjata itu ke bahu pembantu kedai wanita dan meminta wang. Selepas mengambil wang itu, mereka melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama seorang lagi yang sedia menunggu dalam kereta,” katanya.

Mazlan berkata, polis, bagaimanapun, menahan seorang daripada suspek setengah jam kemudian di sebuah kedai makan berhadapan Depot Imigresen, dua kilometer dari tempat kejadian.

“Anggota polis terserempak dengan kereta jenis Proton Wira hitam yang digunakan dalam rompakan itu. Ketika menghampiri kereta tersebut, perompak yang sedang duduk dalam kedai cuba melarikan diri.

“Polis bertindak pantas dengan mengejar suspek dan menahan seorang daripada mereka.

“Suspek yang ditahan adalah seorang penyeludup beras berusia 51 tahun dari Rantau Panjang dan diperintah reman selama seminggu. Sementara, dua lagi suspek dikenali sebagai Lan dan Mizi dari Wakaf Bharu, Tumpat, sedang diburu.

"Di dalam kereta itu, polis menemui senapang M-16, yang mana nombor sirinya sudah diubah, dua topeng, parang serta sabit. Turut dijumpai satu kelopak berisi 15 peluru dan 20 butir lagi ditemui dalam satu kotak putih,"katanya.

Sementara itu, pembantu kedai makan, Siham Abdul Aziz, 23, berkata, tiga penjenayah tersebut tidak sempat menjamah nasi goreng ikan masin yang dipesan mereka setelah diserbu polis.

“Nasi sudah pun siap dimasak tetapi belum sempat hendak bawa ke meja, saya mendengar seorang daripada mereka menjerit ‘polis’ lalu melarikan diri, seorang ke belakang dan dua lagi ke arah jalan besar," katanya.

Dalam pada itu, penjaga kedai serbaneka, Rozailan Irwan Mohd Jefri Ooi, 17, pula berkata, dia bersyukur terselamat walaupun tembakan itu mengenai peti ais terletak kurang dua meter dari tempatnya berdiri.

“Selalunya dapat tengok kes tembak di skrin televisyen tetapi tak sangka pula hari ini (kelmarin), saya sendiri nyaris terkena tembakan,” katanya.

Rozailan, yang merupakan anak saudara pemilik kedai itu berkata, kejadian kurang daripada lima minit itu turut mengejutkan pembantu kedai wanita yang menjaga kaunter bayaran.

“Sebelum itu saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila kereta dinaiki penjenayah terbabit diletakkan jauh sedikit dari pintu kedai yang terletak di tepi jalan utama itu.

“Cuma saya tak sangka, penjenayah terbabit terus lepaskan tembakan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai sebelum seorang lagi meluru ke kaunter sambil mengacu parang,” katanya.

Kes rompakan menggunakan senjata jenis M-16 itu adalah yang pertama berlaku di Kelantan.

Polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. ~ SH

 

ZONFINITI