Laman Cinta Ashraf - Bunga - bashinlove.com

Sunday, November 02, 2008

WAH! Seronoknya menjadi Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Sudahlah cinta direstui, kini hubungan selebriti dua negara bakal disatukan.

Akan meraikan kemuncak asmara dengan pernikahan pada 8 November ini, Joyah dengar perkahwinan di dua negara itu akan mendapat liputan meluas.

Khabarnya rombongan wakil media dari Malaysia juga akan berduyun-duyun ke sana untuk menyaksikan pernikahan Ashraf dan Bunga yang sensasi dengan pelbagai gosip.

Yang seronoknya Joyah dengar khabar kisah perkahwinan Ashraf dan Bunga juga akan disiarkan menerusi laman web khas yang dibuat khusus untuk pasangan pengantin baru itu. Bertuahnya badan!

Laman web itu dibangunkan oleh syarikat miliknya bersama Aishah dan Sazzy Falak, SinclairFalak Sdn. Bhd. untuk pasangan tersebut.

Bagus juga kerana dengarnya ramai betul yang berminat untuk mengetahui perkembangan perkahwinan itu. Iyalah, ia berlangsung jauh di seberang.

Lagipun majlis-majlis begini tentunya diraikan oleh tetamu jemputan maka para peminat pun teringin juga nak ikuti perkembangannya. Tak gitu?

Maka diwujudkan laman web ini untuk para peminat yang boleh dilayari di alamat bashinlove.com.

Menariknya, tidak sahaja menyiarkan tentang perkahwinan Ashraf dan Bunga tetapi juga the making of majlis yang berlangsung termasuklah kisah-kisah percintaan, majlis nikah hinggalah majlis sanding.

- Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI