Karya Audi Mok menangi pencarian lagu 1Malaysia

Friday, September 04, 2009

Lagu Malaysia Satu ciptaan Audi Mok dan dinyanyikan Faizal Tahir dipilih menerusi undian rakyat Malaysia sebagai pemenang pertandingan Pencarian Lagu 1Malaysia, menewaskan sembilan finalis lain.

Kemenangan lagu berkenaan berirama rancak dengan lirik nukilan Nur Fatima Abd Wahab, membolehkan mereka meraih hadiah RM25,000.

Lirik Lagu Malaysia Satu - Faizal Tahir


Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia,
kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang,
kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu,
semangatku terus membara janji ku pada mu,
harapanmu ingin ku laksanakan

KOMPOSER:
Audi Mok

PENULIS LIRIK:
Nur Fatima

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI