The Princess and the Frog

Saturday, December 19, 2009

Filem The Princess and The Frog diarahkan dua sutradara, Ron Clements dan John Musker. Ia mengisahkan seorang gadis, Tiana (suara Anika Noni Rose), yang tinggal di New Orleans mengimpikan perniagaan restorannya sendiri. Suatu hari, pekan yang didiami didatangi seorang putera dari Maldonia. Puter Naveen (Bruno Campos) yang baru saja tiba di situ bertemu dengan tukang sihir, Dr. Facilier (Ketih David).



Termakan pujukan Dr Facilier, putera itu bertukar menjadi katak. Satu cara untuk menukarkan diri kembali ke bentuk asal, iaitu dengan mencium seorang puteri.

Putera Naveen kemudian bertemu Tiana di kediaman rakan baiknya, Charlotte (Jennifer Cody), anak gadis seorang hartawan. Menyangka Tiana seorang puteri, jejaka itu meminta gadis terbabit menciumnya. Malang sekali, dirinya kekal jadi katak. Lebih memburukkan keadaan, Tiana turut bertukar menjadi katak.

Setelah kedua-duanya tercampak ke kawasan paya, mereka bertembung dengan buaya yang sukakan muzik jazz, Louis (Michael-Leon Wooley) dan seekor kunang-kunang yang begitu romantik, Ray (Jim Cummings). Dua makhluk itu cuba membantu Tiana dan Naveen berubah ke bentuk asal dengan membawa mereka bertemu Mama Odie (Jenifer Lewis), ahli sihir buta berusia 197 tahun.

Mampukah kedua-duanya kembali ke rupa asal atau kekal sebagai katak, semua itu terjawab apabila anda menontonnya di pawagam berdekatan.

The Princess and the Frog sememangnya animasi menghiburkan, bukan saja dek lawak yang sarat dimuatkan dalam ceritanya, malah, kerana latar tempatnya sendiri ialah New Orleans, maka lagu yang dimuatkan di dalam filem ini semuanya kuat dipengaruhi muzik jazz. Dihasilkan pemenang Grammy, Randy Newman, muzik yang menghiasi filem kartun ini bukan sekadar kaya dengan bunyi berkenaan, bahkan irama soul, gospel serta blues turut dapat dinikmati sepanjang tayangan.

Penonton pasti akan menghentak kaki mengikut irama tatkala lagu menarik seperti Almost There (nyanyian solo Tiana), Dig a Little Deeper (lagu nyanyian Mama Odie), When We're Human (dendangan Louis, Tiana & Naveen sebagai katak), Friends on the Other Side (nyanyian Dr Facilier), serta Gonna Take You There dan Ma Belle Evangeline (nyanyian Ray).

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI