Abby Sedia Berlakon Bersama Norman

Monday, December 01, 2008

Pelakon Abby Abadi menegaskan bahawa beliau bersedia untuk bergandingan dengan Norman Hakim dalam drama Gerak Khas jika suaminya itu kembali berlakon dalam drama terbitan Skop Production itu selepas tamat tempoh 'rehat' selama tiga bulan.

"Saya tiada masalah untuk berlakon dengan sesiapa sahaja termasuk Norman Hakim,'' jelas Abby Abadi ketika ditanya perasaannya jika suaminya kembali mewarnai Gerak Khas selepas 'direhatkan' oleh Yusof Haslam.

Menurutnya, beliau menceburi bidang lakonan secara profesional dan sebagai seorang pelakon, beliau sedia menerima siapa sahaja gandingan yang diberikan oleh pengarah filem atau drama.

"Saya akan teruskan langkah saya tanpa menoleh ke belakang dan semuanya atas dasar profesionalisme, justeru baik saya mahupun Norman akan meneruskan langkah masing-masing.

"Dan jika ditakdirkan kami akan bergandingan semula dalam Gerak Khas, saya menerimanya dengan terbuka,'' ujarnya yang bertekad meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon biarpun terpaksa bergandingan dengan suaminya yang sedang menghadapi krisis rumah tangga.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI