Pas kekalkan kerusi Permatang Pasir

Wednesday, August 26, 2009

Pas mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang apabila calonnya, Mohd. Salleh Man, 52, diumumkan memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperoleh majoriti 4,551 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Salleh yang memperoleh 9,618 undi telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, 38, yang memperoleh 5,067 undi.

Kemenangan yang memihak kepada Salleh itu menjadikan ia kemenangan pertama baginya dalam tujuh pilihan raya yang pernah disertainya sejak 1986 mewakili parti Pas.

Bagaimanapun, majoriti undi yang diperolehi Pas kali ini merosot berbanding 5,433 undi yang diperolehi bekas wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abd. Rahman.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya kira-kira pukul 7.30 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Berapit, di sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI