Si pokai kaki perempuan

Sunday, August 30, 2009

Entah apa kelebihan yang ada pada Keith MacDonald. Hidupnya bergantung kepada bantuan kebajikan bernilai £44 (RM259) seminggu kerana tidak memiliki pekerjaan, tetapi setakat ini tujuh wanita terkulai dalam pujuk rayunya dalam tempoh hanya tujuh tahun.

Tidak cukup dengan itu, bagi setiap seorang wanita yang menjadi pasangannya, MacDonald mewariskan mereka seorang anak. Selepas berpisah, MacDonald, 24, tidak pernah menjenguk atau memberi nafkah kepada bekas pasangan atau anaknya.

Dalam keadaan begitulah dia berpacaran lagi dengan wanita kelapan dan berusaha mendapatkan anak kelapannya secara peribadi. Namun tiada yang melunturkan cinta Clare Bryant terhadapnya.

Bagi Clare, MacDonald kini berubah dan dia bercadang untuk memberinya bukan sekadar seorang anak, malah dua.

“Sesetengah orang menganggap MacDonald bukan bapa yang baik kerana mengabaikan anaknya, tetapi kini saya rasa dia berubah,” katanya.

Clare, 20, keluar kali pertama dengan MacDonald pada Mac lalu di sebuah stesen bas di Sunderland.

Pada hari itu, MacDonald terserempak dengan Clare dan terus mempelawanya keluar bersama. Kata Clare, MacDonald mabuk tetapi masih sedar apa yang diperkatakannya.

“Jadi, saya menerima pelawaannya,” katanya.

Tiga hari kemudian, mereka menaiki bas menuju Middlesborough untuk menghabiskan masa bersama sebagai pasangan bercinta. Clare berkata, MacDonald pokai ketika itu kerana berhenti kerja sebagai pengutip troli dua bulan sebelumnya.

Maka, Clare membiayai makan tengah hari mereka sambil MacDonald bercerita mengenai kisah silamnya.

“Dia mengaku mengabaikan anaknya, tetapi ia bukan masalah kepada saya, sebaliknya saya lebih bimbangkan tabiat kaki botolnya atau jika dia menipu.

“MacDonald berkata, dia mahu memulakan hidup baru dan saya rasa, apa salahnya memberi peluang sekali lagi kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, Clare mengaku dia dianggap bodoh kerana menerima MacDonald dalam hidupnya.

“Ibu dan bapa tiri saya memberi amaran supaya jangan membiarkan MacDonald menghamilkan saya. Namun selepas beberapa bulan, saya teringin mengandungkan anaknya,” katanya.

MacDonald melamar Clare pada Jun dengan membeli cincin bernilai £30. Sejak bertunang, mereka hidup bersama dalam rumah dua bilik milik pihak berkuasa tempatan Sunderland dan memohon mendapatkan elaun menganggur bersama sebanyak £100 seminggu.

Sentiasa dapat mengawasi gerak-geri MacDonald, Clare berkata, mereka hanya pergi ke pub dua kali seminggu dan tunangnya hanya meminum satu atau dua gelas arak.

Untuk masa depan, setiap pagi Clare menonton televisyen beberapa jam manakala MacDonald melayari Internet mencari kerja kosong.

Apabila bosan, mereka berjalan-jalan di bandar dan sesekali mengunjungi pusat pendaftaran penganggur.

“Setakat ini kami gagal mendapat pekerjaan,” kata Clare.

Sementara itu, MacDonald berkata, kali pertama dia meniduri wanita ketika berusia 10 tahun dan setakat ini 40 wanita dapat ditaklukinya.

Dia menjadi bapa ketika berusia 15 tahun apabila bekas teman wanitanya, Michelle Purvis, kini 31, melahirkan Jamie Leigh, kini berusia sembilan tahun.

Selepas berpisah, MacDonald berkenalan dengan Charlotte Anderson, kini 24, dan melahirkan anak perempuan, Kady, 7.

Pasangan MacDonald seterusnya adalah Jordan Banks yang dihamilkannya ketika baru berusia 15 tahun. Korban lain MacDonald adalah June Garrick, kini 25; Stephanie Jubb, 17; Stacey Barker, kini 21; dan Bec Wright, juga 21. — Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI