Amuk kerana hamburger

Friday, January 08, 2010

Polis memburu seorang wanita yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera McDonald's di sini selepas dia tidak menyukai hamburger yang dibelinya.

Menurut polis, wanita itu menyebabkan restoran tersebut mengalami kerugian ribuan dolar pada 27 Disember lalu kerana dia telah merosakkan beberapa barang di restoran tersebut.

Wanita itu berasa kecewa selepas kakitangan restoran tidak memulangkan semula wangnya selepas dia mengadu tidak menyukai hamburger tersebut.

Dia turut menuntut wang ganti rugi tetapi seorang kakitangan restoran enggan memenuhi permintaannya.

Polis menyiarkan rakaman video yang menunjukkan wanita itu mencurahkan sebaldi air ke arah kaunter restoran sebelum dia bertindak menolak tiga mesin juruwang sehingga jatuh.

Wanita itu memaki kakitangan restoran itu sebelum beredar. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI