Sinopsis Filem Duhai Si Pari-Pari

Sunday, January 03, 2010


Sinopsis Duhai Si Pari-Pari

SYADON merasakan kehidupan sempurna dengan kehadiran Mala . Pada satu hari, Syadon menemui Mala cedera dipukul dan diugut seorang penjahat bernama Budi. Untuk menyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya tanpa mengetahui mereka sebenarnya berpakat menipunya. Syadon dipukul oleh Budi di lorong gelap. Setelah tersedar, Mala dan keretanya hilang. Di depan matanya hanya ada sebuah teko keemasan, lalu dia membawa teko itu pulang. Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis bernama Pari tidur di sebelahnya. Pari menerangkan yang dia sedang mencari kekasih.

Bapa Pari pula kurang bersetuju dengan pilihan hati anaknya kerana Syadon tidak kelihatan seperti jejaka idaman wanita tetapi dia berkeras mahukan Syadon. Bapa Pari kemudian memberikan sekuntum mawar kepada Pari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yang Pari ada untuk mengahwini jejaka idamannya itu.

Duhai Si Pari-pari
Pengarah : Azmi Mohd Hata
Syarikat Penerbit : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 31 Disember 2009
Durasi : 110 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI