Konsert Roket! Destinasi: Bintang

Friday, January 15, 2010

Konsert Roket! Destinasi: Bintang akan diadakan di Kelab Boreo Rainforest, Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 31 Januari ini pukul 8.30 malam selama 90 minit dengan mengenakan tiket berharga RM38.

Menyedari pentingnya persediaan sebelum muncul di atas pentas persembahan, Ten On Ten Pictures (TOTP) telah menganjurkan program realiti TV Roket! Destinasi: Bintang buat tiga bekas finalis AF7 iaitu Hafiz, Aril dan Akim.

Difahamkan Astro Ria yang menayangkan cerita-cerita di sebalik tabir persiapan Konsert Roket! Destinasi: Bintang juga akan menyiarkan rakaman konsert itu di saluran TV tersebut sekitar bulan Mac ini.

Sebarang pertanyaan atau tempatan tiket menyaksikan Konsert Roket! Destinasi: Bintang yang konsepnya disediakan oleh Chedd Yusoff itu sila hubungi talian telefon 03-79587877 atau emel kepada kitkatklub@enfiniti.com.my

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI