Majikan Hong Kong dera pembantu rumah Indonesia dipenjara 6 tahun

Saturday, February 28, 2015 0 Komen

Majikan Hong Kong dera pembantu rumah Indonesia dipenjara 6 tahun

Seorang wanita Hong Kong dipenjara selama enam tahun kerana mendera dua pembantu rumah Indonesia dan mengugut untuk membunuh ahli keluarga mangsa, kes yang mencetuskan kemarahan serantau dan mendedahkan penderitaan berjuta-juta pembantu rumah di Asia.

Ibu kepada dua orang anak, Law Wan-tung, 44, turut didenda sebanyak HK$15,000 (RM6,943) selepas didapati bersalah terhadap 18 daripada 20 tuduhan termasuk menumbuk dan memukul dua pembantu rumahnya menggunakan batang mop.

Selain itu, hakim mahkamah, Amanda Woodcock mendapati Wan-tung bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk pada mangsa dan mengeluarkan ugutan terhadap Erwiana Sulistyaningsih, 24, dan seorang lagi pembantu rumah Indonesia kira-kira dua tahun lalu.


Menurut Woodcook, keputusan itu dibuat selepas bukti jelas menunjukkan betapa sedikit kebajikan yang diperoleh oleh Erwiana dan seorang lagi mangsa sepanjang bekerja untuk Wan-tung.

Penderitaan yang dialami Erwiana selama lapan bulan itu mendapat tumpuan ramai pihak di Hong Kong dan luar negara yang mendesak kerajaan agar mengkaji semula dasar pengambilan pekerja asing.
Dalam pada itu, ketika ditemui pihak media selepas keputusan mahkamah, Erwiana berkata, hukuman penjara selama enam tahun tidak mencukupi, walaupun sebelum ini dia sedia memaafkan bekas majikannya itu.

“Ketika kita menyedari pekerja asing dizalimi dan wujud kegiatan perhambaan di Hong Kong, pihak kerajaan seolah-olah bertolak-ansur dalam perkara tersebut.

“Keputusan mahkamah itu menunjukkan kerajaan negara ini tidak kisah dengan isu penderaan pekerja asing,” katanya sambil disokong kira-kira 30 orang yang membantah penderaan pembantu rumah. – REUTERS

15.2 Per Cent Of Adults Are Obese

Saturday, February 28, 2015 0 Komen

15.2 Per Cent Of Adults Are Obese

At least 48 per cent of Malaysians, of whom 15.2 per cent are adults, are obese, based on a National Health and Morbidity Survey (NHMS) in 2011.

Public Health Institute (IKU) director Dr Mohd Tahir Aris, who disclosed this, said it showed that the number of adults suffering from diabetes had gone up by 3.6 per cent compared to 11.6 per cent during the national survey in 2006.

"One in every three adult Malaysians is found to have high blood pressure while infectious diseases such as tuberculosis and vector borne diseases such as dengue fever are still hard to curb and always need appropriate attention," he said.

He said this to reporters after a ceremony to launch the 2015 National Health and Morbiditi Survey at Bukit Merah Laketown Resort here, Friday.

Malaysians had the highest rate of obesity in the Asian region in 2011, he added.

Earlier, Health deputy director-general (Research and Technical Support) Dr Shahnaz Murad said the Health Ministry (KKM) had picked 10,000 houses randomly with 40,000 respondents nationwide for the 2015 NHMS.

"Fifty-seven data gathering teams comprising research supervisors, nurses and part-time workers nationwide have been trained in preparation for the survey.

"The data-gathering survey, which will be conducted house-to-house, will be carried out from March to June," he said.

He said the modules entered into 2015 NHMS, among others, were related to cardiovascular diseases, namely, diabetes, hypertension, blood cholestrol level, smoking, lack of physical activities and diet status.

"Other than the main module, other modules found in 2015 NHMS include adult and children mental health, tuberculosis and leprosy, dengue fever and traditional and complementary treatments," he said.

According to Shahnaz, the findings of NHMS would assist KKM in evaluating, planning and implementing numerous health programmes in the country.

"The outcome of the survey can support periodical monitoring activities of non-communicable diseases other than contributing to the evaluation of the National Strategic Plan Indicator to tackle health problems in Malaysia," he said.

His speech text was read by Mohd Tahir.

-- BERNAMA

Waad (ikrar) perpaduan Melayu ganti 'Sumpah Melayu 1946'

Saturday, February 28, 2015 0 Komen

Waad (ikrar) perpaduan Melayu ganti 'Sumpah Melayu 1946'

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Acara menandatangani 'waad' atau ikrar menjadi agenda penting Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam esok.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, waad tersebut disusun dan ditulis oleh empat individu termasuk beliau pada 25 Mac 2013 dan akan ditandatangani setiap hadirin perhimpunan perpaduan berkenaan.

"Secara simbolik 57 pemimpin Melayu termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan naik ke atas pentas dan menandatangani waad ini pada malam esok.

"Kita rangka waad ini dalam Forum Negara di Dewan Negara, Parlimen dan akan mengantikan 'Sumpah Melayu 1946'. Waad ini akan dimasukkan dalam direktori perpaduan Melayu," jelas Dr. Hasan.

Dr. Hasan yang ditemui ketika meninjau persiapan terakhir perhimpunan berkenaan berkata, lebih 30,000 dijangka akan menghadiri perhimpunan berkenaan.

Jumlah itu melebihi sasaran awal penganjur iaitu kira-kira 20,000 hadirin.

"Menurut sumber yang kita terima bilangan yang hadir akan melebihi 30,000 orang berbanding sasaran awal MPM," jelas Dr. Hasan.

Perhimpunan dengan tema 'Hebat, Bermaruah, Tegas" tersebut diadakan sebagai tanda sokongan terhadap usaha mengukuhkan perpaduan umat Melayu tanpa mengira ideologi politik.

Perhimpunan itu adalah hasil inisiatif MPM dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM); Majlis Amanah Rakyat (Mara); Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) serta Biro Tatanegara (BTN).

Sebanyak 284 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat secara langsung dalam perhimpunan berkenaan.

Dr. Hasan berkata, perhimpunan esok bermula dengan lawatan gerai-gerai pameran oleh Perdana Menteri diikuti dengan solat maghrib berjemaan dengan hadirin di dalam Stadium Putra yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara doa selamat, persembahan pentas disusuli amanat Perdana Menteri mewakili pemimpin-pemimpin Melayu.

Majlis disusuli demgan penjelasan'maqasid syariah' oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), diikuti majlis menandatangani 'waad' dan akhir sekali majlis membaca mandat yang sepatutnya dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Tetapi disebabkan Tan Sri Muhyiddin tidak dapat hadir kerana menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di Teluk Intan, Perak maka beliau akan digantikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi," jelas Dr. Hasan.- UTUSAN ONLINE

Keuntungan Petronas sebelum cukai RM77.7 bilion

Friday, February 27, 2015 0 Komen

Keuntungan Petronas sebelum cukai RM77.7 bilion

Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2014, susut kepada RM77.7 bilion daripada RM94.3 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Kewangannya Datuk George Ratilal, semasa mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu di sini, hari ini, berkata keuntungan rendah itu adalah disebabkan kejatuhan harga minyak yang membawa kepada penjejasan tinggi sebanyak RM22.6 bilion.

Bagaimanapun, hasil meningkat sebanyak 4.0 peratus kepada RM329.1 bilion daripada RM317.3 bilion sebelumnya.

Perbadanan minyak nasional itu juga buat pertama kalinya mencatatkan kerugian sebelum cukai suku tahunan pada suku keempat 2014 sebanyak RM400 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM17.6 bilion dalam suku yang sama pada 2013, berikutan hasil rendah sebanyak RM79.4 bilion daripada RM84.8 bilion sebelumnya.

"Kami mula melaporkan bagi asas suku tahunan kira-kira lima tahun lalu dan kami tidak pernah mencatatkan kerugian pada suku tahunan sepanjang tempoh itu, saya tidak ingat pernah melihat kerugian dicatatkan Petronas bagi suku tahunan, jadi 2014 (secara keseluruhan) bukan satu kerugian," katanya.

Mengenai penjejasan tinggi itu, Ratilal berkata sekiranya harga minyak berdasarkan kepada prospek kumpulan, Petronas tidak menjangkakan penjejasan lebih besar pada masa hadapan.

"Penjejasan itu adalah berdasarkan kepada apa yang kami nilai, disebabkan oleh harga minyak semasa, apakah jenis pendapatan yang akan kami peroleh bagi tempoh beberapa tahun akan datang. Penjejasan itu telah dinilai setiap suku tahun. Ia pada asasnya adalah satu perkara yang sementara, bukan kekal.

"Apa yang kami lakukan, sebagai sebuah syarikat minyak, ialah standard perakaunan, berdasarkan kepada pendapatan masa depan dan harga semasa. Sekiranya harga minyak meningkat (pada masa depan), kami akan masuk kira semula," katanya.

Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Monday, February 23, 2015 0 Komen

Johan menang 3 trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP.

Pelakon Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015: 

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP - Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP - Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP - Johan

15. Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP - Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Azmil Mentor Legend jadi juara

Monday, February 23, 2015 0 Komen

Azmil Mentor Legend jadi juara

Protoge Azmil telah dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentor Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.
Azmil Mentor Legend jadi juara

Manakala tempat ketiga disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan tiga lagu secara solo serta berduet dengan artis jemputan dan mentor masing-masing.

Aina bersama Ella berduet dalam lagu Layar Impian. Dia kemudian secara solo menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu sebelum berduet dengan Mila Jirin dalam lagu Fallin.

Azmil bersama Dayang Nurfaizah berduet Aku Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok diikuti persembahan solo Menanti Sebuah Jawapan dan duet bersama Mimi One Nation Emcees dalam lagu Naluri Lelaki.

Sarah pula berganding dengan Amy Search dalam medley lagu Isabella dan Pawana. Dia kemudian menyampaikan lagu medley Dangerously In Love dan Tanpa Kekasihku secara solo dan diakhiri dengan Ikut Rentakku dan Mercy duet bersama Atilia.

Turut memeriahkan pentas final Mentor Legend adalah penyanyi popular Indonesia Cakra Khan yang turut hadir sebagai juri undangan menggantikan Datuk Ramli MS.

Bayi sedang tidur mati dipatuk ular

Sunday, February 22, 2015 0 Komen

Bayi sedang tidur mati dipatuk ular

Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor.

"Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.

"Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah," kata Zundin ketika dihubungi di sini.

Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal.

Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh. - BERNAMA

Pembunuhan Nur Syuhada: rakan sekampung di dakwa

Monday, February 16, 2015 0 Komen

Pembunuhan Nur Syuhada: rakan sekampung di dakwa

Pembunuhan penuntut UITM Nur Syuhada merupakan satu kes pembunuhan yang menjadi perhatian dan tumpuan. Ramai orang ingin tahu apa perkembangan seterusnya kes tersebut.

Ini adalah perkembangan terbaru kes pembunuhan Nur Syuhada.

Rakan sekampung kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, yang mati dikelar di leher di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini 2 Februari lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh wanita itu.

Tertuduh, Syarafi Abu, 25, yang memakai baju lokap dilihat bersahaja ketika prosiding kes bunuh itu bermula kira-kira pukul 10.50 pagi.

 Nur Syuhada

Tiada pengakuan direkodkan oleh mahkamah daripada tukang masak itu memandangkan pertuduhan membunuh itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Syarafi yang kelihatan tenang sepanjang prosiding bagaimanapun menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil berkata ‘tidak faham, tidak faham’ sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Eyu Ghim Siang menetapkan sebutan semula kes pada 21 April ini sementara menunggu laporan kimia dan post mortem. - UTUSAN ONLINE

Judi guna WhatsApp, Wechat

Monday, February 16, 2015 0 Komen

Judi guna WhatsApp, Wechat


Sekarang ini WhatsApp, Wechat digunakan untuk perjudian internet.

Setelah operasi pembanterasan dijalankan pihak berkuasa dilihat sudah menampakkan hasil sejak beberapa bulan lalu, sindiket perjudian dalam talian kini mencari jalan lain untuk mengumpan pelanggan.

Menurut sumber, memandangkan peng­usaha judi terpaksa menutup premis cafe siber buat sementara waktu kerana khuatir diserbu, mereka memilih untuk mempromosikan laman judi melalui aplikasi sosial termasuk WhatsApp dan Wechat.

Katanya, kebanyakan kaki judi yang ‘ketagih’ untuk bertaruh akan menghubungi tauke kedai dan bertanyakan sama ada pusat judi sudah beroperasi semula.

“Tauke akan meminta pelanggan mereka meninggalkan nombor telefon untuk disimpan. Kemudian pengusaha pusat judi akan mengarahkan ejen-ejennya menghantar mesej melalui aplikasi berkenaan kepada pelanggan.

“Dalam mesej tersebut akan dinyatakan laman web mana yang perlu mereka layari dan memuat turun dalam telefon bimbit, tablet atau komputer riba masing-masing,” katanya.

Jelas sumber itu, sebelum memuat turun, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web terbabit dan akan menerima kredit percuma RM10 untuk memulakan permainan. ~ Utusan

Penjenayah siber multinasional curi AS$1 bilion

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Penjenayah siber multinasional curi AS$1 bilion
 
Dianggarkan sejumlah AS$1 bilion (RM3.5 bilion) dari 100 institusi kewangan di seluruh dunia telah dicuri kumpulan penjenayah siber multinasional sejak dua tahun lalu, menurut syarikat keselamatan komputer Russia, Kaspersky Lab.

Syarikat itu menyatakan, ia sudah bekerjasama dengan Interpol, Europol dan pihak berkuasa negara lain untuk cuba mendedahkan maklumat terperinci mengenai apa yang dipanggil mereka sebagai rompakan tidak disangka.

Kumpulan itu yang digelar Kaspersky Carbanak, menggunakan pendekatan luar biasa mencuri terus dari bank dan bukan menyamar sebagai pelanggan untuk mengeluarkan wang dari syarikat atau akaun individu.

Menurut syarikat itu, kumpulan berkenaan terdiri daripada penjenayah siber dari Eropah termasuk Russia dan Ukraine serta dari China.

Carbanak menggunakan emel yang direka khusus untuk menipu mangsa disasarkan bagi membolehkannya membuka fail perisian, satu teknik yang biasa dikenali sebagai 'spear phishing'.

Mereka kemudian memasuki ke dalam rangkaian dalaman dan mengesan komputer pentadbir untuk melakukan pengawasan video.

Menerusi cara ini, menurut Kaspersky, penjenayah siber terbabit akan mempelajari bagaimana kerani bank bekerja dan boleh meniru aktiviti mereka apabila memindahkan wang.

Dalam sesetengah kes, Carbanak mengapungkan baki akaun sebelum meraih dana tambahan melalui penipuan transaksi. Oleh kerana dana yang sah masih ada, pemegang akaun tidak akan mengesyaki sebarang masalah.

Kaspersky berkata, Carbanak juga membuat kawalan ATM dari jauh dan mengarahkan pengeluaran tunai pada masa yang telah ditetapkan ujtuk ahli kumpulan itu mengambilnya.

"Serangan itu menunjukkan hakikat bahawa penjenayah akan mengeksploitasi apa juga kelemahan yang terdapat pada mana-mana sistem.

"Ia juga menyerlahkan hakikat bahawa tidak ada sektor boleh menganggap ia kebal daripada serangan dan mesti sentiasa memantapkan prosedur keselamatan," kata Pengarah Pusat Jenayah Interpol Digital, Sanjay Virmani, dalam satu kenyataan disediakan Kaspersky.

- Reuters

Meninggal dunia ketika ceramah Ustaz Kazim Elias di rumah MB Perak

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Wanita meninggal dunia ketika ceramah Ustaz Kazim Elias di rumah Datuk Zambry

Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias di kediaman Menteri Besar Perak, di Ipoh hari ini.


Lat Senawi, 75, yang datang dengan rombongan seramai 40 orang menaiki bas dari Kampung Bahagia, Kuala Perlis, Perlis, meninggal dunia kira-kira jam 8.20 pagi tadi ketika baru sampai ke lokasi ceramah.

Difahamkan, wanita warga emas itu bersama rombongan bertolak dari Kuala Perlis jam 12 tengah malam tadi dan sampai di Ipoh pada jam 8.10 pagi, namun sebaik turun dari bas serta ingin duduk di kerusi, beliau tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan wanita warga emas itu sudah meninggal dunia dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ustaz Kazim turut menziarahi jenazah Allahyarhamah di Jabatan Forensik HRPB. ~ BH

Filem The Imitation Game

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Filem The Imitation Game

Filem The Imitation Game mengisahkan kehidupan sebenar seorang lelaki pintar bernama Alan Turing seorang pakar matematik, logik, kriptologi dan pakar komputer, yang mengetuai usaha untuk memecahkan kod Enigma Jerman yang membolehkan pihak bersekutu memenangi Perang dunia kedua.

Beliau meneruskan usahanya selepas perang dengan kerjasama University of Manchester untuk membangunkan teknologi komputer.

Filem ini juga memaparkan kisah hidup Turing termasuk kisah pahit sewaktu zaman remajanya, rahsia kemenangannya sewaktu peperangan dan kisah beliau telah ditangkap dan didakwa oleh kerajaan kerana melakukan perbuatan homoseksual pada tahun 1952.

Naskhah thriller bersejarah ini diarahkan oleh Morten Tyldum dan diadaptasi berdasarkan buku biografi, Alan Turing: The Enigma oleh Andrew Hodges.

Filem ini menampilkan pelakon hebat yang terkenal menerusi watak detektif dalam siri “Sherlock” iaitu Benedict Cumberbatch dan turut dijayakan oleh Keira Knightley, Matthew Goode dan ramai lagi.

Secara keseluruhannya pada pandangan penulis, ia adalah sebuah kisah yang menarik untuk dihayati. Bagaimana seorang lelaki yang pakar dalam matematik, dianggap bapa sains komputer dan pelopor kecerdasan buatan.

Menjadi seorang individu yang memainkan peranan penting ketika Perang Dunia Kedua dan melalui kehidupan yang cukup tragik.

Filem ini akan membawa penonton melayari kehidupan Turning, bagaimana dia bermula dan bagaimana dia akhirnya memikirkan sesuatu yang tidak difikirkan oleh pihak Axis yang seterusnya membawa kejayaan beliau kepada pemecahan kod Enigma.

Lebih menyedihkan bagaimana seorang lelaki hebat yang disanjung serta mempunyai seorang tunang yang cantik, akhirnya mengakui bahawa dia lebih meminati kepada kaum sejenis.

Biarpun filem ini tidak memberikan memberi inspirasi kepada penonton melalui kisah yang negatif-seperti kecenderungan seksualiti Turning, namun di sebaliknya ia memberi inspirasi kepada masyarakat hari ini agar bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Bahkan individu seperti ini tanpa dijangka berjaya mengukir namanya dalam sejarah dan dikenang sehingga kini biarpun diliputi kisah peribadi yang tidak boleh dicontohi.

Perjalanan filem ini pada pandangan penulis di susun cukup baik biarpun ada beberapa komen dan kritikan berpendapat perjalanan filem ini telah ditokok tambah untuk menarik perhatian penonton.

Tapi itu tidak mengejutkan kerana menjadi kebiasaan dalam sesebuah filem apabila penulis skrip atau pengarah memerlukan sesuatu yang mampu menambah drama atau menarik perhatian penonton.

Namun penambahan itu secara keseluruhannya tidak mengganggu jalan cerita atau mengubah keseluruhan jalan cerita filem ini.

Di tambah pula dengan rekaan set dan kostum yang menyamai zaman tersebut berserta syot peperangan dunia kedua mencantikkan lagi keseluruhan jalan cerita filem ini.

Seperkara yang menarik lagi bagi penulis tentu sekali lakonan hebat aktor berusia 38 tahun itu.

Apatah lagi, membawa watak individu yang telah 61 meninggal dunia ini dan hanya merujuk perwatakan serta kisah Alan Turning melalui pembacaan sememangnya bukan tugas mudah.

Namun Cumberbatch membuktikan tiada apa yang mustahil apabila dia berjaya menterjemahkan gaya Turning dengan cara tersendiri dan berkesan sekali.

Keberkesanan emosi dan watak yang dibawakan banyak mempengaruhi penonton untuk terus setia menyaksikan kehidupan Alan Turning sehingga ke penghujung jalan cerita.
 ~ MH

The Imitation Game
PENGARAH : Morten Tyldum
PELAKON : Benedict Cumberbatch, Keira Knightley & Matthew Goode.
GENRE : Biografi/Drama/Thriller/Perang

The Imitation Game - Official Trailer 

(Info) Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia - 25 Februari 2015

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia - 25 Februari 2015

Jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia Februari 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Lembaga Koko Malaysia sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir - N 27

2. Pemandu Kenderaan - H11

3. Pembantu Awam - H11 (Kekosongan 43 orang)

Tarikh tutup permohonan pada 25 Februari 2015

Sektor: Kerajaan

Lokasi: Sabah, Pahang, Perak

Borang Permohonan

Apokalips X Sinopsis

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Apokalips X Sinopsis

Apokalips X merupakan sebuah filem fantasi aksi berlatarkan kehidupan selepas berlakunya perang kimia. Hanya tinggal lima orang ketua klan, X (Farid Kamil), Kala (Jehan Miskin), Sri Gala (Peter Davis), Kulat (Zoee Tan) serta Melur (Vassan) yang masih bertahan dengan masing-masing mempunyai pengikut tersendiri.

Perjanjian damai diwujudkan demi menghentikan pertempuran maut yang telah pun meragut nyawa Zara (Sarimah Ibrahim), isteri kepada X satu ketika dahulu. Namun, perjanjian itu terancam sejak terjalinnya hubungan cinta di antara Aman Chai (Adam AF), pengikut X dan Qiqi (Miera Leyana), anak kesayangan Sri Gala. Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Kala tiba-tiba muncul atas kepentingan sendiri iaitu untuk menakluki semua kawasan yang ada.

Pelakon Apokalips X
Farid Kamil
Jehan Miskin
Peter Davis
Zoee Tan
Vassan
Adam AF
Miera Leyana
Fantasi Aksi

Anwar mengadu sakit belakang di Penjara Sungai Buloh

Sunday, February 15, 2015 0 Komen

Anwar mengadu sakit belakang di Penjara Sungai Buloh

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR berkata, ayahnya juga mengalami sakit belakang ketika berada dalam sel.

“Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit.

“Tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” katanya selepas hadir memberikan sokongan dalam himpunan #KITALAWAN bagi menyokong kempen untuk membebaskan Anwar di sini, semalam.


Beliau berkata, Anwar dilayan sama seperti banduan lain di penjara.

Allahyarham Nik Abdul Aziz pemimpin Islam dikagumi

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Allahyarham Nik Abdul Aziz pemimpin Islam dikagumi

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bahru.
  
"Al-Fatihah ... Tok Guru Nik Aziz seorang pemimpin Islam yang dikagumi dan dihormati," titah baginda dalam kumpulan media sosial pegawai-pegawai baginda.
  
Tengku Mahkota Pahang telah menitahkan Setiausaha Sulit Khas baginda, Left Kol (B) Nor Hashim mengutus ucapan takziah daripada baginda sekeluarga kepada keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz.
  
Baginda turut menitahkan semua masjid di Pahang supaya mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham selepas solat Jumaat hari ini.
  
Titah baginda itu dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Khas baginda kepada semua imam masjid di seluruh Pahang awal pagi ini.
  
Sementara itu, lebih 2,000 jemaah Masjid Lapang Besar di sini mengadakan tahlil untuk Allahyarham selepas solat Jumaat sebagaimana titah Tengku Mahkota Pahang.
  
Nik Abdul Aziz, 84, yang juga Mursyidul Am Pas dan Adun Chempaka meninggal dunia di kediamannya di Pulai Melaka di sini pukul 9.40 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 19 Jan lalu kerana kanser prostat.
  
Di KOTA BHARU, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri dan rakyat Kedah berkongsi kesedihan dengan rakyat Kelantan yang kehilangan pemimpin kesayangan mereka.
  
"Saya sebagai mewakili rakyat Kedah, mengucapkan takziah kepada rakyat Kelantan terutama keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada upacara pengebumian jenazah Nik Abdul Aziz di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka hari ini.
  
Mukhriz berkata soal politik yang berbeza tidak menghalang rakyat kedua-dua negeri berkongsi kesedihan.
     
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar buat negara.

"Ia merupakan satu kehilangan besar bagi negara meskipun kami berbeza pendapat dari segi politik dan aliran parti tetapi sebagai Muslim kami rasai kehilangannya.
  
"Beliau (Allahyarham) mendidik masyarakat dan umat Islam dalam pendekatan dakwah, saya bagi pihak kerajaan mengucapkan takziah kepada anggota keluarga (Allahyarham," katanya.
  
Di ALOR SETAR, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan pemergian ke rahmatullah Nik Abdul Aziz merupakan suatu kehilangan yang besar kepada umat Islam di nusantara dan dunia.
  
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Allahyarham telah meninggalkan khazanah ilmu serta kebijaksanaan sebagai seorang pendakwah.
  
"Kami meletakkan Almarhum sebagai guru umat yang sangat besar jasanya bukan sahaja dalam arena politik Islam malah dalam pentarbiahan umat yang sangat mendalam kesannya," katanya dalam kenyataan. -Bernama

Video bayi diikat pada stereng viral di internet

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Video bayi diikat pada stereng viral di internet

Sebuah video berdurasi 14 saat mendedahkan seorang lelaki Cina mengikat anaknya yang dikatakan hanya menginjak usia satu bulan pada stereng kenderaan.

Video tersebut memaparkan bayi tersebut diikat dalam keadaan tidak selesa dan berbahaya.

Memetik laporan dari Metro.co.uk, bayi itu hanya dilepaskan setelah ia mula menangis.

Suara seorang wanita turut kedengaran dalam video terbabit; mentertawakan keadaan bayi tersebut.

Klip video itu dimuatnaik oleh ibu bapa bayi berkenaan ke media sosial dan tersebar pantas di Taiwan dan China.

Paparan kandungan video itu mengundang pelbagai pandangan negatif dan kritikan dari netizen.

Video itu kemudiannya dipadamkan. Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Taiwan, Wang Wei-Jun berkata, video tersebut tidak menunjukkan sebarang tandapenderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit.

“Tapi saya rasa ia merupakan contoh ibu bapa tidak baik dan wajar dijadikan pengajaran kepada semua. Apa yang dilakukan kepada bayi tersebut adalah sangat merbahaya,” katanya.

PKR tak bersedia untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Friday, February 13, 2015 0 Komen

PKR tak bersedia untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

PKR Pulau pinang hari ini mengaku parti itu tidak pernah bersedia untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh kerana menjangkakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bebas daripada sabitan kesalahan meliwat.
  
Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata sebelum ini, parti itu yakin Anwar yang merupakan ketua umum PKR dan anggota Parlimen Permatang Pauh akan menang dalam kes rayuannya.
  
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya Pulau Pinang berkata segala persiapan parti sebelum ini adalah untuk menghadapi PRU14.
  
"Sekarang kami menukar mood persiapan untuk menghadapi PRK Permatang Pauh dan yakin parti akan mampu mengekalkan majoriti kemenangan lepas," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
  
Selasa lepas, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
  
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
  
Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000. -Bernama

Gambar dan video wanita bogel berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Gambar dan video wanita bogel berjalan-jalan di Kuala Lumpur

Wanita bogel ‘bersiar-siar’ dalam keadaan tiada pakaian bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara kita biarpun ia boleh dianggap sebagai kes terpencil.

Hari ini, tersebar satu lagi video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita bogel sedang diawasi oleh dua anggota polis trafik.
Wanita Bogel


Wanita Bogel Kuala Lumpur

Wanita tersebut dilihat berjalan pantas di atas jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu-lalang di sekelilingnya.

Ramai yang mengandaikan dia mengalami masalah mental dan tindakan itu dilakukan di luar kewarasannya.

Hasil carian kami di Twitter mendapati kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur, namun lokasinya tidak diketahui secara tepat.

Jika dilihat pada raut wajahnya, dia mungkin dalam lingkungan usia 30-an.– MYNEWSHUB.CC

Sajian ‘makan besar’ sempena Tahun Baru Cina

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Sajian ‘makan besar’ sempena Tahun Baharu Cina

Makan malam atau ‘makan besar’ bersama ahli keluarga merupakan acara wajib pada sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu ini peluangnya untuk berkumpul bagi bertanya khabar dan mengukuhkan silaturahim sesama ahli keluarga selepas setahun sibuk dengan urusan kehidupan dan kerja masing-masing.

Kalau dahulu, makan besar diadakan di rumah ahli keluarga yang paling tua dengan semua ahli keluarga bersama-sama menyediakan hidangan.

Namun, kini banyak keluarga memilih untuk mengadakannya di restoran atau hotel kerana lebih mudah.


Banyak restoran atau hotel menawarkan promosi-promosi menarik, termasuk di Hotel Palm Garden, Putrajaya, yang tampil setahun sekali dengan sajian istimewa di dua restoran utamanya, Aroi Dee Thai dan Palm Cafe, sempena Tahun Kambing kali ini.

Chef Baquet dan Kateringnya, Sin Jee Yip berkata, terdapat dua sajian istimewa yang hanya dibuat dan disajikan setahun sekali di hotel tersebut, iaitu Yee Sang dan kuih bakul goreng.

Katanya, kedua-dua makanan tersebut boleh dikatakan sajian wajib yang mesti ada di atas meja ketika makan besar.

“Apa yang diutamakan dalam menyajikan sajian untuk Tahun Baharu Cina adalah kepelbagaian warna dalam sajian kerana menjadi tradisi masyarakat Cina yang sukakan warna-warna ceria seperti merah dan oren ketika menyambut perayaan.

“Warna-warna tersebut saya adun dalam sajian Yee Sang dengan penggunaan sehingga 13 ramuan. Lebih banyak ramuan lebih bagus kerana Yee Sang dikatakan simbol kepada kemakmuran dan kekayaan,” kata chef yang mempunyai 13 tahun pengalaman itu.

Dalam pada itu sempena Tahun Baharu Cina ini, tiga set menu boleh dipilih pengunjung bagi sajian Prosperity New Year di Aroi Dee Thai pada harga bermula RM688 hingga RM988 untuk 10 orang bagi makan tengah hari atau malam.

Antara sajian yang boleh dinikmati sup makanan laut bersama ikan roe, ayam panggang bijan ala Kantonis, ikan siakap kukus dengan sos soya, nasi kukus daun teratai dan banyak lagi. Tidak ketinggalan bubur labu bersama sagu dan bebola tepung beras serta kuih bakul goreng sebagai pencuci mulut.

Jika ingin lebih santai boleh juga ke Palms Cafe yang menyediakan bufet Tahun Baharu Cina, dengan tawaran pelbagai sajian lazim seperti sup sirip ikan yu bersama isi ketam, udang mentega bersama sos keju, itik panggang ala Cina, daging rusa goreng bersama halia dan daun bawang, dan banyak lagi. Bufet untuk makan malam (RM78++) dan makan tengah hari (RM68++).

'Dua Kuih, Satu Minuman' Peraturan Baru Mesyuarat Kementerian Pendidikan elak pembaziran

Friday, February 13, 2015 0 Komen

'Dua Kuih, Satu Minuman' Peraturan Baharu Mesyuarat Kementerian Pendidikan

Pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan yang menghadiri mesyuarat peringkat kementerian mulai sekarang hanya akan dihidangkan dengan dua jenis kuih dengan satu pilihan minuman.

Peraturan tersebut terpakai setiap kali mereka menghadiri mesyuarat di sebelah pagi, petang atau waktu rehat makan tengah hari.

Makanan berat seperti nasi lemak, nasi goreng atau mi tidak lagi dibenarkan.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata perintah baharu itu bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan dan juga pembaziran.

"Berdasarkan tinjauan kami, banyak makanan dibazirkan setiap kali mesyuarat diadakan.

"Semasa mesyuarat di sebelah pagi, setiap individu dihidangkan dengan makanan berat seperti sepinggan nasi lemak bersama buah-buahan dan minuman manakala pada waktu petang (mesyuarat), mereka dihidangkan dengan tiga jenis kuih, pencuci mulut, minuman panas dan air mineral," katanya.

Perintah tersebut turut dikuatkuasakan terhadap kakitangan di semua Jabatan Pendidikan Negeri, universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Madinah berkata langkah tersebut untuk memastikan bahawa kementerian itu mempunyai peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan tahunannya.

"Langkah itu juga sebahagian daripada pendekatan kawalan dalaman yang diperkenalkan oleh kementerian tersebut untuk meneliti pembaziran," katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz selamat disemadikan

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Allahyarham Nik Abdul Aziz selamat disemadikan

Jenazah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Jenazah bekas Menteri Besar itu disemadikan bersebelahan pusara ayahandanya, Allahyarham Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia pada tahun 1975.


Yang turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Terdahulu Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tok Guru bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi puluhan ribu rakyat negeri ini.

Malam tadi negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di malam Jumaat

Thursday, February 12, 2015 0 Komen

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia

KOTA BHARU 12 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghidap kanser prostat tahap empat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, di sini pada pukul 9.40 malam ini.

Pemergian Nik Abdul Aziz, 84, dimaklumkan ahli keluarga terdekat.

Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.


Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas.


 Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi.

Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

>> Biografi Datuk Nik Azik Nik Mat
 

Kelayakan Anwar Sebagai Anggota Parlimen Hilang Selepas 14 Hari Dari Tarikh Disabitkan

Thursday, February 12, 2015 0 Komen

Kelayakan Anwar Sebagai Anggota Parlimen Hilang Selepas 14 Hari Dari Tarikh Disabitkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh beliau disabitkan dan dihukum, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata ia selaras dengan perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

"Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat mengambil maklum akan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 yang mengekalkan hukuman pemenjaraan selama lima tahun sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap YB Permatang Pauh atas kesalahan jenayah meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Merujuk kepada penghakiman tersebut, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan.

Namun, katanya sekiranya Anwar memfailkan petisyen bagi suatu pengampunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Persekutuan, kehilangan kelayakan berkenaan hanya akan mula berkuat kuasa sebaik petisyen itu diputuskan sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Pandikar Amin berkata beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi parlimen itu sebaik sahaja kehilangan kelayakan Anwar sebagai Anggota Parlimen mula berkuat kuasa mengikut Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Petisyen pembebasan Anwar di laman White House

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Petisyen pembebasan Anwar di laman White House

Sebuah petisyen telah dibuat bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepatkan pembebasan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia.
Petisyen yang dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat, JM dari Alexandria, Virginia, itu menegaskan bahawa Anwar ialah seorang pendokong demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan rakan lama Amerika Syarikat.

Setakat berita ini ditulis, seramai 9,500 penyokong telah menandatanganinya dengan sasaran sebenar sebanyak 100,000 tandatangan menjelang 12 Mac, 2015.

Petisyen yang dibuat beberapa selepas penghakiman itu turut mendakwa Anwar telah disabit dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka pada Selasa dan menambah bahawa kenyataan daripada Rumah Putih yang menyatakan kekecewaan negara Uncle Sam itu sahaja tidak memadai.

Petisyen itu telah dibuat di petitions.whitehouse.gov, sebuah laman web yang membolehkan rakyat Amerika untuk membuat petisyen mendesak kerajaan AS dalam pelbagai isu.

Namun tiada jaminan bahawa petisyen itu akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kenyataan di laman web itu menyebut: "Petisyen ini diwujudkan kerana kerajaan mahu mendengar daripada rakyat Amerika.

"Jika petisyen mendapat sokongan yang cukup, kakitangan White House akan menyemaknya, memastikan ia dihantar kepada pakar-pakar dasar yang sesuai, dan diberikan respon rasmi

Anak Babi 'Mutan" Wajah Seakan Manusia (Pelik tapi benar)

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Anak babi pelik ada kemaluan di dahi

Beijing: Seorang petani terkejut apabila babi peliharaannya melahirkan anak ‘mutan’ dengan wajah seakan manusia serta kemaluan lelaki pada dahinya.

Tao Lu, 40, berkata, anak babi itu dilahirkan hidup, tetapi tidak diterima ibunya. Haiwan ganjil itu mati selepas enggan minum susu dari botol.

Tao kemudian memuat naik gambar haiwan malang itu ke Internet sebelum menjadi viral dan dibeli agensi berita China.


Katanya, sebaik gambar itu viral dia mendapat pelbagai tawaran wang yang tinggi daripada pihak yang mahu membeli haiwan itu kerana disangka masih hidup.

“Sayang anak babi itu mati, jika tidak pasti kami sekeluarga dapat merasa habuannya,” katanya.

Sebanyak 18 lagi anak babi dilahirkan tidak menunjukkan sebarang kecacatan.

Berikutan itu, Tao berkata dia akan mempamerkan bangkai babi itu untuk mereka yang berminat melihatnya. - Agensi

Rokok tiruan dirampas,tumpas sindiket penyeludupan rokok antarabangsa

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Rokok tiruan dirampas,tumpas sindiket penyeludupan rokok antarabangsa        
  
Nilai: Cubaan satu sindiket penyeludupan rokok antarabangsa menjadikan negara ini transit bagi memasarkan produk itu ke Timur Tengah dan Eropah gagal apabila sebanyak 154,500 karton rokok jenama tiruan bernilai RM7.7 juta dirampas di Pelabuhan Klang, Selangor pada 23 Januari dan 5 Februari lalu.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayuddin berkata, aktiviti membawa masuk rokok berjenama tiruan Gauloises Blondes dipercayai dilakukan sindiket dari Asia dengan menjadikan Pelabuhan Klang transit sebelum dipasarkan di Lubnan dan Turki.

“Kami menerima aduan pemilik cap dagang syarikat itu, Imperial Tobacco Limited berpangkalan di United Kingdom pada pertengahan Januari lalu.

“Pada 22 Januari lalu, risikan dibuat bersama anggota polis, kastam dan wakil syarikat sebelum mendapati wujud aktiviti penyeludupan.

“Keesokannya, kami menyerbu sebuah kontena dan merampas 1,030 kotak rokok berisi 50 karton setiap satu,” katanya yang memaklumkan rampasan yang dibuat bernilai RM2.575 juta.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Bahagian Penguatkuasa KPDNKK di Jalan Permata 2, di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati rokok terbabit adalah jenama tiruan sebelum risikan kedua dilakukan semula pada 4 Februari lalu.

Mohd Roslan berkata, pada 5 Februari lalu, pihaknya menyerbu dua lagi kontena di Pelabuhan Klang dan merampas 2,060 kotak rokok bernilai RM5.15 juta.

“Rampasan keseluruhan menyaksikan 3,110 kotak rokok mengandungi 154,500 karton dirampas. Ia bersamaan dengan 1,545,000 peket rokok yang mempunyai 30.9 juta batang rokok putih,” katanya.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan ahli sindiket tiada di lokasi.

“Kami kini bekerjasama dengan polis, kastam dan Polis Antarabangsa bagi mengesan sindiket berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

~ Metro

Akta Hasutan : Kartunis Zunar ditahan polis

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Kartunis Zunar ditahan polis

Kuala Lumpur: Kartunis Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee SM Anwar UlHaque ditahan polis di bawah Akta Hasutan di Pantai Dalam, 9 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan Zunar.

Menurutnya, polis menahan kartunis itu di hadapan kediaman lelaki itu di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam.


Penahanan itu dijalankan susulan arahan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Zunar.

Zunar sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.” selepas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara berkaitan kes liwat. ~ Metro

Lelaki dianggap gila tinggal dalam rumah ditimbuni sampah

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Lelaki dianggap gila tinggal dalam rumah ditimbuni sampah

Alor Gajah: “Ada yang mendakwa saya tidak siuman, mungkin kerana hidup terkurung dalam rumah tidak terurus seorang diri selepas kedua ibu bapa meninggal dunia, lima tahun lalu.

“Hakikatnya saya seperti insan lain yang mempunyai impian dan harapan untuk terus hidup dalam mengecap bahagia biarpun sedar kekurangan diri ini membuatkan saya berazam untuk menjalani kehidupan serba sederhana tanpa menyusahkan orang lain.”

Itu keluhan Zainurin Suman, 34, dari Kampung Ramuan China Kecil, Lubuk Cina, di sini, yang hidup bersendirian dalam sebuah rumah batu separuh siap dan dipenuhi timbunan sampah sarap selain berbau hanyir sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menyayat hati apabila Zainurin yang lebih rapat dengan arwah ibunya turut menyimpan koleksi pakaian dan baju kurung milik arwah sebagai peneman tidur bagi menghilangkan kerinduan.
Malah, anak keenam daripada lapan beradik itu berkata, rumah dua bilik separuh siap terbabit dibina hasil daripada titik peluh arwah bapanya yang bekerja kampung.

Diskaun tol 20 peratus Prolintas sempena Tahun Baru Cina

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Diskaun tol 20 peratus Prolintas sempena Tahun Baru Cina 

Prolintas akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula pukul 6 pagi 19 Februari hingga pukul 6 pagi keesokannya (20 Februari).

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Zainudin A. Kadir berkata, diskaun berkenaan ditawar kepada pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go atau SmartTag di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthire (GCE) serta Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

"Diskaun ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memberi nilai tambah kepada pengguna lebuh raya dan penggalakan penggunaan ETC untuk perjalanan yang lebih cepat dan selesa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pengedaran pek limau di ketiga-tiga lebuh raya yang berlangsung selama dua hari bermula 17 Februari depan juga sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya berkenaan yang menjadikan AKLEH, GCE dan LKSA laluan pilihan mereka.

Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik Prolintas terkini di Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my. - Bernama

Tweet Dia Bukan Anak Orang Kaya Jadi Viral

Wednesday, February 11, 2015 0 Komen

Tweet Dia Bukan Anak Orang Kaya Jadi Viral

Nama seorang gadis tiba-tiba menjadi sebutan pengguna laman mikro Twitter selepas seorang lelaki melemparkan tuduhan dia gila harta kerana berpasangan dengan individu yang dilihat tidak sepadan dengannya.

Tweet berbunyi "ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri. Biasalah, nak harta" itu bagaimanapun mendapat respons mengagumkan daripada wanita berkenaan yang dilihat tenang dengan kata-kata lelaki itu.

"Minta maaf ni suami saya. Dia kerja bawak lori je bukan anak orang kaya. Tak baik sebar fitnah. Tak kenal jangan teka-teka sahaja", katanya dipetik daripada laman mikro Twitternya.

Tweet berkenaan menyebabkan lelaki tersebut memohon maaf atas tuduhannya.

Wanita yang berasal dari Raub, Pahang itu telah mendirikan rumah tangga 5 bulan lalu dan kini sedang hamil.

Wan Azizah akan teruskan perjuangan PKR walau Anwar dipenjara

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Wan Azizah akan teruskan perjuangan PKR walau Anwar dipenjara

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keluarganya akan meneruskan perjuangan parti susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kesalahan meliwat, tujuh tahun lalu.

"Alhamdulillah, ini salah satu daripada perjuangan kami, mungkin sedikit pengorbanan daripada saya, anak-anak dan cucu.

"Anwar pesan (kepada saya) supaya terus tabah," katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa keluar dari bilik bicara Mahkamah Persekutuan selepas mendengar penghakiman dan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat suaminya yang juga Penasihat PKR, di sini hari ini.

Dr Wan Azizah berkata beliau dan keluarganya akan meneruskan perjuangan parti walaupun mereka terpaksa berdepan dengan saat sedih dan tragik ini.

"Saya tidak kata yang kami kuat tetapi kami mendapat kekuatan daripada rakyat dan sokongan," katanya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan masa depan parti itu dan pengganti Anwar sebagai ketua pembangkang.

Sementara itu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata keputusan mahkamah hari ini merupakan hari yang tragik bagi keluarganya.
"Ya kami rasa amat sedih ... tetapi kami pastinya akan meneruskan perjuangan kami," kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu. - BERNAMA

Pesawat American Airlines pula mendarat cemas

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Pesawat American Airlines pula mendarat cemas

TULSA, Oklahoma: Sebuah pesawat American Airlines melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa dan dikosongkan selepas asap dilaporkan dalam kokpit.

Jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang, Alexis Higgins, berkata pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas-Fort Worth ke Cedar Rapids, Iowa, dikosongkan di landasan pada jam 6.15 petang selepas mendarat dengan selamat.


Higgins berkata, tiada daripada 67 penumpang dan kru pesawat berkenaan yang cedera.

Katanya, punca asap itu masih belum diketahui.

Jurucakap American Airlines, Victoria Lupica, berkata pihak syarikat masih menyiasat puncanya. - AP

Liwat II: Anwar Ibrahim dibawa ke Penjara Sungai Buloh

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Liwat II: Anwar dibawa ke Penjara Sungai Buloh
 
PUTRAJAYA: Laungan 'reformasi' dan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bergema di perkarangan pintu belakang Istana Kehakiman sebaik kenderaan pasukan pengiring yang dipercayai membawanya keluar tepat jam 2.58 petang tadi.

Anwar dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail berwarna perak ke Penjara Sungai Buloh selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir rayuan akhir ketua pembangkang itu.

Mahkamah kemudian memutuskan untuk mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau sebelum ini kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, keadaan di pintu belakang Istana Kehakiman sedikit kecoh selepas seorang penyokong Anwar ditahan kerana cuba mencetuskan provokasi ketika kenderaan Anwar keluar dari bangunan.

Gilakan gadis 'pose' manja punca insiden tembakan

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Siapa sangka 'pose' manja boleh menjadi punca pergaduhan?

Seorang gadis berusia 23 tahun menjadi rebutan di laman sosial Facebook hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.

Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial  hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.

Berang dengan kejadian itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke arah kereta jenis Toyota Avanza milik orang awam serta Perodua Kelisa dinaiki sebahagian anggota kumpulan tujuh orang.

“Dua kumpulan itu mengadakan perbincangan untuk merebut perempuan itu. Akibat tidak puas hati, salah seorang daripada kumpulan itu telah melepaskan tembakan ke arah beberapa kereta.

“Suspek cuba melepaskan diri selepas kejadian itu tetapi kami berjaya menahannya,” kata Mazlan kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, siang tadi.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Polis juga telah menahan kesemua suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Mazlan berkata, polis juga merampas sepucuk pistol jenis Steyr Mannlicher buatan Australia yang berisi tiga peluru hidup.

Kesemua suspek berusia  20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok.~ Awani

Kenyataan kerajaan Malaysia mengenai sabitan kesalahan Anwar Ibrahim

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Kenyataan kerajaan Malaysia mengenai sabitan kesalahan Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau.

Kenyataan itu memetik seorang jurucakap kerajaan sebagai berkata:

“Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif. Malaysia mempunyai badan kehakiman yang bebas dan sebelum ini terdapat banyak juga keputusan yang membawa hukuman terhadap tokoh kerajaan.
Advertisement

“Laporan polis terhadap Anwar Ibrahim dibuat seorang individu secara peribadi - pekerja dan pembantu peribadi Anwar - bukan oleh kerajaan. Sebagai mangsa serangan seksual yang serius, dia berhak membawa kesnya ke mahkamah.

“Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif, yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman.” - BERNAMA

Keputusan Terkini Kes Liwat Anwar Ibrahim: Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan berkenaan, hampir tujuh tahun lalu.

Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun

Panel berkenaan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar rayuan balas pendakwa raya untuk menambah hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

 Mohd. Saiful Bukhari sambut baik keputusan mahkamah

Peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Zamri Idrus memberitahu anak guamnya menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan keputusan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwatnya.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh Zamri kepada Mohd. Saiful Bukhari melalui panggilan telefon.

Puak Hazda: Suku kaum yang dilupakan masa

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Puak Hazda: Suku kaum yang dilupakan masa

Di tebing Tasik Eyasi, utara Tanzania, wujud satu puak yang terpisah daripada kemodenan dan hidup dengan cara purba-mungkin puak terakhir seumpamanya di dunia.

Mereka tidak bercucuk tanam, menternak atau membina rumah. Kehidupan mereka tidak berubah sejak lebih 10,000 tahun lalu.

Dunia mereka adalah satu gambaran kebebasan mutlak yang mungkin manusia moden kini tidak mampu bayangkan, apatah lagi merasainya. Mereka hanya berbekalkan kemahiran untuk kekal hidup.

Tiada pekerjaan, bos, jadual mahupun struktur sosial atau agama.


Tanpa undang-undang, cukai dan hidup tanpa duit perkara paling hampir dengan wang bagi mereka ialah pertukaran barangan untuk mendapatkan seluar atau sandal dengan puak yang berjiran dengan mereka.

Sekumpulan pengkaji bertemu dengan puak Haz­da itu. Mereka mengikuti kaum lelaki Hazda pergi memburu babun dalam cuaca panas terik.

Keadaan persekitaran kehidupan puak Hazda dikelilingi bahaya dengan semak berduri, ular berbisa dan singa yang sedia membaham bila-bila masa. Namun, pemburuan tetap dilakukan demi kalangsungan hidup.

Kira-kira 1,000 puak Hazda masih mendiami gua di sekitar kawasan Tasik Eyasi.

Mereka kekal tersisih dan boleh dianggap kaum yang dilupakan masa.

Mereka tidak pernah terbabit dalam konflik dan tidak pernah mengalami penyebaran wabak berjang­kit atau kebuluran. Populasi mereka tidak pernah melebihi jumlah yang mampu diberi makan melalui hasil buruan.

Makanan puak Hazda ringkas, daging termasuk burung, babun, kijang dan kerbau-yang diburu meng­gunakan panah buatan sendiri.

Bahasa pertuturan mereka dipercayai yang tertua yang masih digunakan sehingga hari ini.

Tidak seperti kehidupan kita hari ini yang dibelenggu beban kerja, puak Hazda menikmati banyak masa lapang. Mereka ha­nya memburu apabila ingin makan dan ia mangambil masa kira-kira lima jam sehari.

Sepanjang kewujudan mereka sejak ribuan tahun lalu, mereka meninggalkan lebih daripada sekadar kesan jejak.

Puak Hazda mewakili sebahagian pembentukan budaya dunia yang sudah hilang, malah mereka juga mungkin mewakili apa yang hilang daripada masyarakat hari ini.

Indeks Syariah Malaysia dilancar

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Indeks Syariah Malaysia dilancar

Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Indeks Syariah Malaysia sempena Majlis Perdana Ulama Umara 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini esok.

Indeks kajian tersebut yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) bertujuan mengukur dan menilai pencapaian Malaysia dalam melaksanakan tuntutan syarak berdasarkan kepada lima 'maqasid syariah'.

Lima maqasid syariah itu ialah memelihara agama, akal, nyawa, keturunan dan harta.

Menerusi pelaksanaan indeks tersebut, Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang mewujudkan indeks syariah secara komprehensif bagi mengukur secara saintifik dari empat sudut iaitu ketepatan syariah di Malaysia, kepatuhan prinsip urus tadbir dalam membuat keputusan dasar negara, mengukur pencapaian prestasi berasaskan piawaian terbaik dan mengenal pasti ruang penambahbaikan amalan serta dasar kerajaan.

Perdana Menteri sebelum ini berkata, program yang dibangunkan itu juga bertujuan mengukur tahap keseriusan usaha Malaysia dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.

Menurutnya, penggunaan indeks itu juga dapat menjawab banyak persoalan dan polemik berhubung beberapa perkara mengenai negara ini antaranya merungkai persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sebaliknya.~ Utusan

Pelik tapi benar! Lelaki terkejut disahkan boleh mengandung

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Lelaki terkejut disahkan boleh mengandung

LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.

QZ8501: Mayat Sii Chung Huei penumpang Malaysia ditemui

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

QZ8501: Mayat Sii Chung Huei penumpang Malaysia ditemui

Mayat Sii Chung Huei, rakyat Malaysia tunggal yang terbabit dalam insiden AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 yang terhempas pada 28 Disember tahun lepas, telahpun ditemui dan dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia.
  
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, mayat Sii ditemui beberapa hari lepas namun hanya disahkan hari ini setelah pihak berkuasa menjalankan ujian DNA pagi tadi di Hospital Bhayangkara, Surabaya.
  

"Pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan dan menyerahkan jasad Sii kepada warisnya di Surabaya esok sebelum menguruskan penerbangan ihsan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia untuk membawa mayat itu ke Sarawak pada Rabu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Zahrain berkata, beliau sendiri akan menemui waris Sii yang telah lama menunggu dan berada di Surabaya dan seorang pegawai kedutaan akan dihantar untuk mengiringi jasad Sii sehingga ke Sarawak.
  
Sii, 56, ahli perniagaan berasal dari Kuching dan berpangkalan di Jakarta, berada di dalam pesawat malang yang terhempas sejurus berlepas dari Surabaya ke Singapura pada pagi 28 Disember lepas.
  
Pesawat itu membawa 162 orang dan setakat ini sebanyak 100 mayat ditemui dan pihak berkuasa juga telah menemui kotak hitam pesawat itu dua minggu lepas.
  
Operasi mencari mayat masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional. - Bernama

Penumpang MAS dibenar bawa rokok elektronik dlm beg bimbit saja

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Penumpang MAS dibenar bawa rokok elektronik dlm beg bimbit saja

Penumpang Malaysia Airlines (MAS) kini dikehendaki membawa rokok elektronik (e-cigarettes) dalam beg bimbit masing-masing.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah mengeluarkan ingatan keselamatan yang memperakukan agar semua pengendali syarikat penerbangan menentukan rokok elektronik dibawa oleh penumpang secara eksklusif dalam kabin pesawat dan tidak dalam bagasi yang diperiksa berikutan insiden kebakaran baru-baru ini membabitkan rokok elektronik.

Langkah sedemikian dapat menangani risiko keselamatan dengan jaminan jika sesuatu insiden terjadi, ia dapat dikesan segera dan diatasi, kata kenyataan itu.

Peraturan baharu ini bagaimanapun tidak mengubah peraturan larangan merokok dalam kabin, tambah kenyataan itu. – Bernama, 9 Februari, 2015.

Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Eminem grabs record sixth Best Rap Album

Eminem won the Grammy today for Best Rap Album for “The Marshall Mathers LP 2”, beating out newcomers to cement his role as the most awarded and top-selling rapper ever.

With the win, Eminem has won a record six Grammys for Best Rap Album.

“The Marshall Mathers LP 2” was his eighth studio album, and was considered a sequel to his largely autobiographical “The Marshall Mathers LP” from 2000, which remains the fastest-selling album by a solo artist in the United States.

The now 42-year-old Eminem beat out a field that included Iggy Azalea, who would have been the first solo woman to win in the category.

Eminem raised controversy with a recent song in which the rapper — or, he says, a character he is playing — threatens to rape Azalea.

Azalea hit back by charging that Eminem was old and could not think of anything new other than to threaten a young woman.

Eminem did not appear to accept the award, presented at a ceremony ahead of the main televised Grammy gala that features major pop performers.

On “The Marshall Mathers LP 2”, Eminem teamed up with veteran producer Rick Rubin, who brought in hard rock elements, as well as his veteran mentor Dr. Dre.

Erica Campbell holds the award for Best Gospel Album for 'Help' backstage during the awards pre-telecast at the 57th annual Grammy Awards in Los Angeles, California February 9, 2015. — Reuters pic
The album features the hit “The Monster”, in which Eminem again collaborated with singer Rihanna.

Eminem – who is sober after a long history of substance use – on the album reflected at length on his trajectory into superstardom from his troubled youth in Detroit, where he grew up as Marshall Bruce Mathers III in a largely African American community.

But Eminem also encountered further controversy on the album by using anti-gay slurs. Eminem had for years tried to battle accusations of homophobia, going so far as to perform at the 2001 Grammys in a duet with Elton John, who is gay.

Eminem argued that he supports gay rights but that he uses the slur as a narrative device.

On “The Marshall Mathers LP 2,” Eminem also patches up with his mother after a notoriously difficult relationship, including past lyrics in which he hinted at violence against the “selfish bitch.” — AFP

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin akan dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas berkuat kuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.


Dalam satu kenyataan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Azhar di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.
Beliau telah berkhidmat dengan Petronas sejak 1975 dan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran. -BERNAMA

Jemaah umrah pesawat AirAsia X D7172 hadapi detik cemas

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Jemaah umrah pesawat AirAsia X D7172 hadapi detik cemas

Seramai 371 penumpang pesawat AirAsia X D7172 terdiri daripada jemaah umrah berdepan detik cemas selama empat jam selepas berada dalam penerbangan yang mengalami masalah teknikal dan terpaksa berlegar-legar di ruang udara perairan Selat Melaka untuk mengurangkan bahan bakar sebelum mendarat.

Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.20 tengah hari menuju ke Jeddah, Arab Saudi.

Selepas empat jam membuat pusingan, pesawat yang dijadual tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada pukul 11.15 malam pada hari sama, selamat melakukan pendaratan cemas di KLIA2.

Tidak ada penumpang yang cedera manakala secara fizikal pesawat itu tidak mengalami kerosakan. Air­Asia X merupakan salah satu unit di bawah kumpulan AirAsia.

Dalam satu mesej teks kepada AFP, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memberitahu, masalah tersebut berpunca daripada kerosakan pada sistem auto-thrust dalam ruang kokpit pesawat.

Kanak-kanak maut tidak sengaja dilanggar ibu

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Kanak-kanak maut tidak sengaja dilanggar ibu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut selepas dilanggar kereta yang dipandu ibunya di pekarangan sebuah rumah di Kampung Lahar, Malau di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Nur Umairah Salaiman mengalami kecederaan parah di kepala.

Insiden menyayat hati itu berlaku ketika ibu mangsa, Rasikhah Nik Nyan, 48, cuba mengalih kedudukan kereta jenis Ford Lancer di rumah ibu saudara mangsa.

Nur Umairah dan kakak tirinya, Nurul Syuhada Amir Nasuridin, 21, dikatakan turun dari kereta terlebih dahulu sebelum Rasikhah menga­lih kedudukan kenderaannya dan tidak menyedari mangsa berlari ke hadapan kereta lalu merempuhnya.

Sepupu mangsa, Nurul Hanisah Johari, 19, berkata, ketika kejadian, ibu Nur Umairah datang ke rumah untuk mengambil tiga lagi anaknya yang lain.

“Ketika itu saya tengah bermain tele­fon bimbit di dalam rumah, apabila mendengar bunyi enjin kereta, saya terus buka pintu dan melihat kereta yang dipandu mak cik terus berlalu pergi.

“Selepas itu, baru saya ternampak kesan darah yang banyak dan daripada situ saya menyedari mak cik menuju ke Hospital Jitra,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Hanisah berkata, ibu saudaranya yang bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Jitra itu masih terkejut dengan kejadian tersebut.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini dan mak cik saya masih trauma dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun,” jelasnya.

Menurut Nurul Hanisah, ibu saudaranya itu tinggal di Taman Cermai di sini.

“Saya jaga tiga anaknya dan menjemput mereka dari sekolah. Mereka akan tinggal bersama saya sementara menunggu ibu mereka pulang bekerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dengan cuai memandu sehingga menyebabkan kematian. ~ Utusan

Jabatan Mufti siasat kes pensyarah mualaf

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Jabatan Mufti siasat kes pensyarah mualaf

Jabatan Mufti negeri sedang menyiasat sama ada pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tunku Bainun, Dr. Teh Koon Hoo yang ditemukan meninggal dunia semalam telah memeluk Islam sejak tahun lalu seperti didakwa seorang guru wanita yang juga tunangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan perkara berkenaan petang semalam selepas mayat Koon Hoo dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

Katanya, keputusan dijangka diumumkan esok oleh Jabatan Mufti negeri dan siasatan telah bermula sejak semalam.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, semua aspek diteliti termasuk menghubungi pihak berkuasa agama Islam di negeri lain bagi menentukan status agama Koon Hoo. Pada masa sama, kita juga mahu berlaku adil kepada keluarga Koon Hoo di Sarawak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Koon Hoo, 55, yang juga pensyarah di Jabatan Sains Sosial IPG berkenaan dipercayai meninggal dunia di rumahnya di Kondominium Kelisa Height di sini akibat sakit jantung dan mayatnya ditemukan oleh adik lelaki wanita berkenaan bersama kakitangan perubatan.

Menurut Abdul Malik, Jabatan Mufti negeri kini telah meminta mayat berkenaan disimpan di hospital itu buat sementara waktu sebelum siasatan selesai.

Menurut jiran Koon Hoon yang enggan dikenali, guru berkenaan yang mengajar di Kuala Lumpur menghubungi Koon Hoo pagi semalam namun tidak berjawab menyebabkan beliau meminta bantuan adiknya yang tinggal di Kepala Batas untuk ke rumah lelaki berkenaan.

“Saya difahamkan Koon Hoo telah memeluk Islam sejak tahun lalu dan sering menghadiri kelas agama di bawah tunjuk ajar seorang ustaz di daerah ini namun ketika ini tiada dokumen untuk membuktikan perkara itu.

“Anak lelaki Koon Hoo juga telah dimaklumkan perkara ini dan katanya, jika ada bukti keluarganya bersedia untuk menyerahkan mayat bapanya bagi diuruskan cara Islam,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan keluarga Koon Hoo juga telah tiba dari Miri, Sarawak untuk menuntut mayat berkenaan.

Sementara itu, guru berkenaan yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau mahu menenangkan diri dan berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Komplot guling Hadi: Hatta didakwa jadi dalang

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Komplot guling Hadi: Hatta didakwa jadi dalang

Pas berdepan ancaman komplot te­rancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang digerakkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli itu bertujuan menyusun dan merancang untuk menguasai Pas Pusat.

Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepemimpinan ulama.

“Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.

“Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecah­belahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan peranca­ngan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepemimpinan ulama,” katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.

Fadhli seterusnya menyerahkan memorandum mendesak pe­mimpin-pemimpin terbabit untuk meletakkan semua jawatan dalam parti kepada wakil Pas Pusat.

Beliau turut mengedarkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu termasuk salinan akuan berkanun dan cetakan skrin perbincangan kumpulan yang terlibat dalam komplot itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik mengetuai bacaan doa selepas sidang akhbar bagi memohon kepada Allah SWT supaya melindungi parti itu serta Abdul Hadi dan golongan ulama daripada ancaman komplot dan pengkhianatan sama ada dari dalam atau luar Pas.

Lebih 300 ahli Pas yang menyokong kepemimpinan Abdul Hadi dan golongan ulama berhimpun di lokasi tersebut sambil me­maparkan sepanduk untuk mendesak pemimpin-pemimpin parti yang didakwa terlibat dalam komplot supaya meletakkan jawatan.

Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.

“Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami peroleh bahawa komplot ini me­nguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat,” ujarnya.

Fadhli mendakwa, mereka berupaya mensabotaj dan mencaturkan keputusan parti sehingga menjadikan Abdul Hadi kelihatan seperti boneka.

“Sehubungan itu, kami mendesak mereka yang terlibat dengan komplot jahat ini meletakkan semua jawatan dalam parti,” katanya.

Beliau menambah, lebih banyak pendedahan akan dibuat sekiranya pemimpin-pemimpin Pas terbabit tidak meletak jawatan.

Sementara itu, Mohd. Hatta berkata, tuduhan Fadhli adalah tidak berasas dan beliau tidak berminat untuk memperbesarkannya kerana perkara sedemikian dianggap lumrah dalam parti.

“Saya sudah tengok memorandum itu, yang gambar perbualan tersebut saya tengok bukan cetakan skrin tetapi gambar yang dirakam (snapshot),” jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Dividen KWSP 6.75 peratus, pulangan terbaik

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Dividen KWSP 6.75 peratus

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.75 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 sebagai perkembangan yang amat memberangsangkan.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berharap, perkembangan positif itu akan berterusan pada setiap tahun.

“Tahniah diucapkan kepada KWSP. Peningkatan kadar dividen ini juga membuktikan komitmen agensi itu untuk meningkatkan nilai simpanan pencarumnya.
Advertisement

“Ini merupakan pulangan terbaik dan kami berharap momentum dan prestasi ini dapat dikekalkan secara berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman mengumumkan kadar dividen 6.75, meningkat berbanding 6.35 peratus pada 2013.
Advertisement

Menurut beliau, bayaran dividen itu berjumlah RM36.66 bilion, berbanding RM31.2 bilion pada 2013.

Katanya, dana simpanan persaraan terbesar negara itu juga mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.08 bilion bagi 2014, meningkat 11.66 peratus berbanding RM35 bilion pada 2013, dipacu terutamanya oleh ekuiti dalam pasaran domestik dan global.

Dalam pada itu, Mohd. Khalid turut berpendapat antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan secara berterusan setiap tahun itu adalah disebabkan oleh kecekapan pengurusan oleh agensi tersebut.~ Utusan

Al-Quran laris sejak serangan di Paris

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Al-Quran laris sejak serangan di Paris

Jualan naskhah al-Quran dan buku tentang agama Islam meningkat mendadak sejak insiden serangan pengganas di ibu pejabat akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo di Paris pada 7 Januari lalu.

Portal berita Islam Pos yang memetik laporan laman web Pages Halal dari Perancis, menyebut, naskah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan jualan apabila disenaraikan sebagai 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan, Amazon sepanjang tempoh 26 hari.

Menurut Francois Maillot, Pengurus Besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, sejak serangan pada awal bulan lalu, ramai orang mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskah terjemahan al-Quran.

“Rakyat Perancis mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel.

“Selain al-Quran, buku ber-kenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat termasuk buku tentang sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata beliau.

Maillot turut mendedahkan bahawa buku berkenaan ajaran Islam dalam hidup berkeluarga, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun, mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.

Jelas beliau, buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine juga laris dalam kalangan pembeli.

“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar membaca buku a maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb.

Lelaki suspek culik kena ‘kutip’

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Suspek culik kena ‘kutip’

Polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, kanak-kanak terbabit dikatakan berada di halaman rumah rakan ibunya di Kampung Paya, dekat sini, sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak melarikan mangsa menggunakan kereta Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Baharudin Mustapha berkata, ibu mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan kereta suspek di Jalan Sua Betong menghala ke Lukut, di sini.

Menurutnya, polis kemudian mengejar kereta dipandu suspek sebelum berjaya menahannya di Kilometer 28.8 Jalan Sua Betong, kira-kira 4.10 petang.

Katanya, mangsa diselamatkan dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Malaysia Juara Piala Emas Bangabandhu 2015

Sunday, February 08, 2015 0 Komen

Malaysia Juara Piala Emas Bangabandhu 2015

Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, Ahad.

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada aksi Ahad, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.

Enam minit kemudian, Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi Yeasin Khan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh kapten pasukan, Mohd Mamunul Islam.

Mohd Faizat Ghazli, bagaimanapun muncul wira skuad negara apabila menanduk masuk gol kemenangan, hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak pada masa kecederaan, bagi mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Razip Ismail itu.

Kejohanan berkenaan merupakan persediaan Razip bagi menghadapi Liga Singapura 2015, awal bulan depan selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2016, dari 27 hingga 31 Mac ini.

Selain Malaysia dan Bangladesh, Piala Emas Bangabandhu turut disertai Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura.

KPN sindir pihak gelar polis anjing

Sunday, February 08, 2015 0 Komen

“Satu jari kita menuding kepada orang lain, empat jari lagi menghala kepada diri sendiri.”

Itu sindiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada individu yang menghina dan merendahkan martabat polis dengan gelaran serta caci-maki yang mengaibkan.

Khalid ketika dihubungi memberitahu, orang ramai tidak sepatutnya menghina polis kerana apa yang dilakukan hanyalah kerana menjalankan tugas sahaja.

“Berhati-hatilah bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit.

“Sekalipun marah kepada polis, tidak payahlah kita menggelar kami ‘itu’ dan ‘ini’,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan seorang individu yang dipercayai bekas kakita­ngan sebuah syarikat televi­syen swasta yang menggelar polis sebagai ‘anjing’.

Lelaki yang dikenali sebagai @nadzwanfauzi di laman Twitter itu dipercayai bertindak sebegitu selepas keretanya disaman oleh PDRM atas kesalahan lalu lintas, baru-baru ini.

Antara luahan di laman sosialnya yang mendapat kecaman ramai pihak ialah ‘Dulu sekolah malas, kawan-kawan pakai uniform jadi pilot (juruterbang). Lu pakai uniform jadi anjing’.

Selain menyamakan polis dengan anjing, lelaki ber­kenaan turut dilihat bongkak apabila merendah-rendahkan kerjaya sebagai polis.

Mengulas tentang tindakan yang diambil terhadap individu itu, Khalid memberitahu, pihaknya akan menyerah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

 

ZONFINITI