KPN sindir pihak gelar polis anjing

Sunday, February 08, 2015

“Satu jari kita menuding kepada orang lain, empat jari lagi menghala kepada diri sendiri.”

Itu sindiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada individu yang menghina dan merendahkan martabat polis dengan gelaran serta caci-maki yang mengaibkan.

Khalid ketika dihubungi memberitahu, orang ramai tidak sepatutnya menghina polis kerana apa yang dilakukan hanyalah kerana menjalankan tugas sahaja.

“Berhati-hatilah bila kita mahu menggelar orang lain itu dan ini kerana kita mungkin lebih teruk daripada orang terbabit.

“Sekalipun marah kepada polis, tidak payahlah kita menggelar kami ‘itu’ dan ‘ini’,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan seorang individu yang dipercayai bekas kakita­ngan sebuah syarikat televi­syen swasta yang menggelar polis sebagai ‘anjing’.

Lelaki yang dikenali sebagai @nadzwanfauzi di laman Twitter itu dipercayai bertindak sebegitu selepas keretanya disaman oleh PDRM atas kesalahan lalu lintas, baru-baru ini.

Antara luahan di laman sosialnya yang mendapat kecaman ramai pihak ialah ‘Dulu sekolah malas, kawan-kawan pakai uniform jadi pilot (juruterbang). Lu pakai uniform jadi anjing’.

Selain menyamakan polis dengan anjing, lelaki ber­kenaan turut dilihat bongkak apabila merendah-rendahkan kerjaya sebagai polis.

Mengulas tentang tindakan yang diambil terhadap individu itu, Khalid memberitahu, pihaknya akan menyerah kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI