ETS Ipoh-Padang Besar akan beroperasi Julai 2015

Friday, February 06, 2015

ETS Ipoh-Padang Besar akan beroperasi Julai 2015

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), yang menghubungkan Ipoh dan Padang Besar, akan mula beroperasi pada Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ini antara langkah kerajaan negeri dalam mempertingkat sistem pengangkutan awam bagi membantu serta memudahkan penduduk di kawasan Ipoh dan seluruh Perak.

"Jarak dari Ipoh ke Padang Besar adalah sejauh 329 kilometer dan harga serta masa perjalanan untuk ke destinasi akan diumumkan kelak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di sini hari ini.

Perkhidmatan ETS pertama negara, yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010.

Tren pertama buatan Korea Selatan yang mempunyai enam gerabak setiap unit itu mampu bergerak 160 kilometer sejam serta hanya mengambil masa dua jam bagi perjalanan antara Kuala Lumpur dan Ipoh.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI