Judi guna WhatsApp, Wechat

Monday, February 16, 2015

Judi guna WhatsApp, Wechat


Sekarang ini WhatsApp, Wechat digunakan untuk perjudian internet.

Setelah operasi pembanterasan dijalankan pihak berkuasa dilihat sudah menampakkan hasil sejak beberapa bulan lalu, sindiket perjudian dalam talian kini mencari jalan lain untuk mengumpan pelanggan.

Menurut sumber, memandangkan peng­usaha judi terpaksa menutup premis cafe siber buat sementara waktu kerana khuatir diserbu, mereka memilih untuk mempromosikan laman judi melalui aplikasi sosial termasuk WhatsApp dan Wechat.

Katanya, kebanyakan kaki judi yang ‘ketagih’ untuk bertaruh akan menghubungi tauke kedai dan bertanyakan sama ada pusat judi sudah beroperasi semula.

“Tauke akan meminta pelanggan mereka meninggalkan nombor telefon untuk disimpan. Kemudian pengusaha pusat judi akan mengarahkan ejen-ejennya menghantar mesej melalui aplikasi berkenaan kepada pelanggan.

“Dalam mesej tersebut akan dinyatakan laman web mana yang perlu mereka layari dan memuat turun dalam telefon bimbit, tablet atau komputer riba masing-masing,” katanya.

Jelas sumber itu, sebelum memuat turun, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web terbabit dan akan menerima kredit percuma RM10 untuk memulakan permainan. ~ Utusan

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI