Video bayi diikat pada stereng viral di internet

Friday, February 13, 2015

Video bayi diikat pada stereng viral di internet

Sebuah video berdurasi 14 saat mendedahkan seorang lelaki Cina mengikat anaknya yang dikatakan hanya menginjak usia satu bulan pada stereng kenderaan.

Video tersebut memaparkan bayi tersebut diikat dalam keadaan tidak selesa dan berbahaya.

Memetik laporan dari Metro.co.uk, bayi itu hanya dilepaskan setelah ia mula menangis.

Suara seorang wanita turut kedengaran dalam video terbabit; mentertawakan keadaan bayi tersebut.

Klip video itu dimuatnaik oleh ibu bapa bayi berkenaan ke media sosial dan tersebar pantas di Taiwan dan China.

Paparan kandungan video itu mengundang pelbagai pandangan negatif dan kritikan dari netizen.

Video itu kemudiannya dipadamkan. Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Taiwan, Wang Wei-Jun berkata, video tersebut tidak menunjukkan sebarang tandapenderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit.

“Tapi saya rasa ia merupakan contoh ibu bapa tidak baik dan wajar dijadikan pengajaran kepada semua. Apa yang dilakukan kepada bayi tersebut adalah sangat merbahaya,” katanya.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI