88 selebriti China mangsa ugutan gambar seks

Wednesday, August 12, 2009

Polis Beijing menahan seorang lelaki yang didakwa cuba memeras ugut berpuluh-puluh selebriti China menggunakan gambar bogel serta rakaman video aksi seks mereka di Internet, lapor media semalam.

Dikenali hanya sebagai Wang, dia didapati menghantar lebih 120 mesej pesanan ringkas kepada 88 pelakon, penyanyi dan pengarah filem pada Julai lalu.

Memetik pegawai polis, Global Times melaporkan, Wang meminta kira-kira RM154,000 jika mangsa tidak mahu aksi intim mereka disebarkan di Internet.

“Saya memiliki gambar bogel dan video seks anda. Beri saya 300,000 yuan (RM154,000) sebelum jam 2 petang. Selepas itu, hantar alamat emel dan kita boleh berbincang mengenai butiran lain.

“Jika tidak, perhatikan berita online pada jam 3 petang,” tulis Wang.

Lelaki terbabit turut memberikan nombor akaunnya kepada selebriti terbabit.

Polis menahan Wang hasil aduan dibuat seorang penyanyi wanita yang menerima mesejnya.

Sumber berkata, Wang mendakwa gambar bogel itu diperoleh daripada komputer milik pengarah filem yang dibaikinya.

Global Times melaporkan, dia sebenarnya tidak memiliki gambar serta rakaman video itu tetapi seseorang tidak dikenali memasukkan RM1,500 ke bank akaunnya pada 30 Julai lalu - hari sama dia ditangkap. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI