Info majlis perkahwinan Serina & Gavin (Salahuddin)

Friday, August 14, 2009

Gambar Bakal Suami Serina
Info majlis perkahwinan Serina & Gavin (Salahuddin)

# 31 Disember 2009 akan diadakan majlis berinai kecil dan kemungkinan juga akan diadakan majlis pertunangan.

# 1 Januari 2010 pada sebelah petang di adakan majlis pernikahan di bilik khas Dewan Nikah, Masjid Wilayah

# 2 Januari 2010, majlis persandingan berkonsepkan taman di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Chef Wan menyifatkan bakal menantunya, Salahuddin Ghaffar sebagai lelaki yang sangat baik dan mengakui cinta mereka bukan diukur daripada wang ringgit sebaliknya daripada hati yang tulus menyayangi diri masing-masing.

“Sebagai bapa saya mendoakan terbaik untuk anak. Saya nak pilih menantu bukan hantu. Dia (Salahuddin) saudara baru yang memeluk agama Islam sejak setahun lalu sebelum bertemu dengan Serina. Dia seorang ahli perniagaan dinamik yang mempunyai budi bahasa.

“Saya menerima kekasih Serina bukan soal pangkat atau kerja yang dimilikinya. Kalau Serina kahwin dengan pemandu teksi sekalipun dan bahagia, saya tidak akan menghalang. Serina pun semakin teruja untuk bergelar pengantin tak lama lagi. Harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya yang memberi tumpuan lebih 80 peratus memastikan persiapan perkahwinan Serina lancar.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI