Ketua kumpulan Rabbani, Ustaz Asri meninggal dunia

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.


Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Ustaz Asri Rabbani meninggal duniaUstaz Asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 11pagi tadi. - Foto ikhsan RTM




Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

Syurga Selalu Bersamaku

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku." ~ Ustaz Asri

--------------
ان لله و ان اليه راجعون

Al-Fatihah untuk arwah.....Semoga Allah menempatkan Arwah dikalangan orang2 yg soleh dan ahli syurga. Amin...

Sedihnya...saya amat menyukai perwatakan dan semua lagu2 nasyid Ustaz Asri...Pemergiannya adalah kehilangan besar pada industri nasyid negara. Saya mengikuti perkembangan arwah dan meminati irama nasyid yang dibawa arwah sejak Rabbani dikenali sebagai Nadamurni lagi. Bagi saya, dialah yang terbaik...

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI