Lirik Lagu Pintal Tali - Lagu Rakyat Terengganu

Saturday, August 15, 2009

Lirik Lagu Pintal Tali - Lagu Tradisional Rakyat Terengganu

Marilah kita memintal tali
Tali dipintal buat mengikat
Samalah kita menyanyi-nyanyi
Menyanyi lagu senandung rakyat

Buatlah apa tali dipintal
Buat mengikat si kayu api
Buatlah apa lagu dinyanyi
Buat menghibur hati nan sepi

Tali dipintal buat mengikat
Buat mengikat sikayu api
Inilah lagu senandung rakyat
Buat menghibur hati nan sepi

Buatlah apa si kayu api
Buat merebus ubi keladi
Buatlah apa ubi keladi
Buat makanan si anak tani

Buat mengikat si kayu api
Untuk dijual di pekan sari
Sama berkerja sambil menyanyi
Supaya tidak merasa sunyi

Buatlah apa kayu dijual
Buat mencari rezeki yang halal
Buatlah apa rezeki dicari
Buat menanggung si anak isteri

Marilah kita memintal tali
Tali dipintal buat mengikat
Samalah kita menyanyi-nyanyi
Menyanyi lagu senandung rakyat

Untuk dengar lagu ni, sila klik sini

1 Komen:

Anonymous said...

sdap lirik lagu memintal tali ni

Post a Comment

 

ZONFINITI