Iklan gugur bayi dikritik di Britain

Saturday, May 22, 2010

Iklan mengenai perkhidmatan pengguguran bayi yang pertama di Britain akan disiarkan di televisyen pada minggu depan, kata pihak pengurusan sebuah syarikat penjagaan kesihatan, Marie Stopes International semalam.

Iklan itu akan disiarkan pada Isnin ini menerusi stesen televisyen Channel 4 dan berakhir Jun depan.

"Pada tahun lalu, kami menerima 350,000 panggilan di talian bantuan 24 jam," kata ketua eksekutif syarikat itu, Dana Hovig.

"Jelas, terdapat ratusan ribu wanita yang memerlukan maklumat mengenai kesihatan seksual, nasihat dan akses perkhidmatan kami," katanya.

Namun, iklan itu mendapat bantahan daripada kumpulan yang menentang pengguguran bayi.

Jurucakap sebuah pertubuhan kebajikan, Michaela Aston berkata, membenarkan pihak penyedia perkhidmatan pengguguran menyiarkan iklan di televisyen merupakan satu tindakan yang ganjil. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI