Nombor 888888888 bawa kematian

Thursday, May 27, 2010

Nombor telefon bimbit 888888888 telah digantung perkhidmatannya di Bulgaria selepas tiga pengguna yang memiliki nombor itu tidak hidup lama, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketua-ketua perkhidmatan telekomunikasi telefon bimbit telah menggantung nombor itu kerana tiga pemilik nombor tersebut mati dalam tempoh 10 tahun.

Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Mobitel yang mengeluarkan nombor tersebut mati pada 2001 kerana penyakit kanser semasa berusia 48 tahun.

Seorang ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov yang merupakan pemilik kedua nombor itu mati pada 2003 selepas ditembak di Armsterdam, Belanda dalam satu lawatan untuk memeriksa empayar dadahnya semasa berumur 31 tahun.

Dia ditembak semasa makan bersama seorang model wanita yang cantik.

Seorang ahli perniagaan, Konstantin Dishliev yang mengendalikan operasi penyeludupan kokain dan menjadi pemilik nombor itu turut ditembak mati di luar sebuah restoran India di sini pada 2005.

Dia mati selepas sejumlah dadah miliknya dipintas oleh polis semasa dalam perjalanan ke Bulgaria dari Colombia.

Sejak Dishliev mati, nombor itu tidak digunakan lagi.

Pemanggil yang menghubungi nombor itu akan menerima satu mesej bagi memberitahu bahawa telefon bimbit bernombor 888888888 berada di luar kawasan liputan. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI