Lady Gaga diselamatkan Oprah

Monday, May 10, 2010

Penyanyi berimej pelik, Lady Gaga perlu diheret keluar dari bilik persalinannya oleh hos terkenal, Oprah Winfrey selepas berdepan dengan perasaan gemuruh di atas pentas.

Dia yang popular dengan lagu Telephone bersembunyi di dalam biliknya sebelum membuat persembahan pada majlis Costume Institute Gala di Metropolitan Museum of Art.


Pada majlis itu yang dihadiri oleh tetamu eksklusif seperti Anne Hathaway, Taylor Swift dan Jennifer Lopez, Lady Gaga perlu dibantu oleh Oprah untuk menangani perasaan cemasnya.

Menurut satu sumber kepada surat khabar New York Post: "Dia tidak mahu keluar dari biliknya. Ramai kawan yang cuba untuk menenangkan dia.

"Eksekutif Warner Music, Lyor Cohen juga mencuba tetapi tidak berjaya. Kemudian Oprah datang dan berjaya menenangkan emosi Lady Gaga."

Namun, penyanyi itu diberitahu bahawa dia hanya boleh membuat persembahan pada malam itu jika dia berjanji untuk lebih sopan dan tidak menyumpah di atas pentas.

Katanya kepada penonton: "Saya tidak akan lupa apabila editor majalah Vogue, Anna Wintour menelefon saya untuk membuat persembahan pada majlis ini. Dia mahu memastikan supaya saya tidak memaki di atas pentas. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik malam ini."

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI