Ratu Amcorp Mall 2010

Sunday, May 09, 2010

Kepada mereka yang gemar bergaya dan berpenampilan menawan, pertandingan Ratu Amcorp Mall 2010 menyediakan peluang menyerlahkan kebolehan masing-masing.
Anjuran J&M Anggun Entertainment dengan kerjasama Amcorp Mall, ia bakal berlangsung pada 14 sehingga 16 Mei ini sempena sambutan meraikan Hari Ibu.

Justeru, penyertaan turut dibuka kepada semua wanita pelbagai kaum yang berusia daripada 17 tahun sehingga 30 tahun termasuk mereka yang bertudung dan sudah berumah tangga.

Peringkat saringan pertama dan kedua diadakan pada 14 dan 15 Mei manakala 20 finalis akan ke peringkat akhir pada 16 Mei.

Bermula seawal jam 10 pagi, pertandingan terbabit menawarkan hadiah menarik untuk juara iaitu wang tunai RM2,500, percutian empat hari tiga malam ke Bali, barangan elektrik, hamper serta peluang untuk bernaung di bawah syarikat J&M Anggun Entertainment di samping trofi dan sijil penyertaan.

Pemenang kedua dan ketiga turut meraih wang tunai, percutian dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

Juri yang bakal mengadili pertandingan termasuk penyanyi Fairuz Hussein dan Pengarah Urusan J&M Anggun Entertainment, Meary Chu Abdullah.

Antara penaja termasuk Amcorp Mall, Almaas Travel & Tours Sdn Bhd, Fashion Channel, Almari Studio serta Qarasha Hair & Beauty Salon.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI