Apa Tujuan Memuatnaik Video Yang Telah Diedit? - Ustaz Don Daniyal

Thursday, April 17, 2014

Apa Tujuan Memuatnaik Video Yang Telah Diedit? - Ustaz Don Daniyal

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda.

"Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

"Saya juga tidak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah,” demikian ulas Ustaz Don Daniyal mengenai video yang dimuatnaik Wardina pada Rabu.

Menurut Ustaz Don lagi, sebelum ini Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

“Tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya,” katanya.

Ustaz Don turut menyarankan Wardina berjumpa ustaz atau alim ulama’ bukannya menggunakan ustaz goggle, facebook atau twitter.

Selain itu beliau turut menjemput Wardina hadir ke ceramahnya untuk mendengar sendiri, bukan mengambil jalan mudah dengan mempercayai ‘video sekerat-sekerat’ seperti yang dimuatnaiknya sebelum ini.

“Datang dengar sendiri ceramah saya supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan itupun jika beliau betul-betul ikhlas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut mempesoalkan tujuan individu yang menyiarkan video kompilasi ceramahnya yang telah diedit tersebut.

“Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

"Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa tetapi ada orang yang memilih untuk menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya.

“Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

“Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah," terangnya panjang lebar .

“Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk," katanya lagi.

Terdahulu Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakan laman facebook menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Sumber: Mymediahub

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI