Rozita Che Wan (Che Ta) kuat makan ketika mengandung

Monday, April 07, 2014

Rozita Che Wan (Che Ta) kuat makan ketika mengandung

Terpaksa berdepan dengan permasalahan ini diwaktu hamil, bagaimanapun, Che Ta memberitahu, ia langsung tidak menjejaskan kesihatan dan emosinya ketika ini.

Katanya, di usia kandungan kini yang mencecah tiga bulan, dia masih boleh mengawal emosi dan segalanya masih seperti biasa.

“Saya tak rasa tertekan pun kerana ada cara penyelesaiannya. Cuma, sejak hamil, saya perasan saya selalu cepat nak marah.

“Dalam apa-apa hal, kalau lambat, mesti saya marah. Namun, tak adalah sampai perubahan ketara.

“Tapi, dalam bab makan, memang berubah habis. Kalau dulu saya makan nasi sekali sehari, sekarang dua kali. Jam 11 pagi, saya dah kena makan dan asyik lapar sahaja,” katanya sambil ketawa.

Tambah Che Ta, kehamilan ketiga ini membuatkan dirinya sentiasa penat dan tidak bermaya. Malah, banyak masa dihabiskan untuk tidur sahaja.

“Kalau nak dibandingkan dengan kehamilan sebelum ini, saya tak pasti sama atau tidak kerana ia 16 tahun yang lalu.

“Tapi, ada orang beritahu, hamil di usia ini akan member kesan seperti cepat letih. Saya perasan, kalau di rumah, saya banyak tidur dan rasa lemah badan.

“Tapi, bila dah keluar, seronok pula. Hilang segala sakit-sakit yang ada. Alhamdulillah, saya tidak alami sebarang alahan, Zain pun sama. Kalau saya makan, dia pun makan,” katanya yang mengakui berat badannya bertambah empat kilogram (kg).

Bertanya mengenai jantina anak, Che Ta mengakui dia lebih teringin untuk memiliki anak perempuan kerana sudah ada dua anak lelaki.

“Kalau saya, saya nak perempuan. Tapi, anak-anak saya nak adik lelaki. Namun, saya tak kisah, lelaki ke perempuan, sama sahaja,” katanya yang bakal menyambut kehadiran cahaya mata pada pertengahan Oktober nanti. ~ Sinar Harian

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI