Mahkamah Illinois tolak permohonan Ribbeck Law peroleh reka bentuk MH370

Wednesday, April 02, 2014

Mahkamah Illinois tolak permohonan Ribbeck Law peroleh reka bentuk MH370

Mahkamah Illinois semalam menolak permohonan sebuah firma guaman Amerika Syarikat (AS) untuk memperoleh reka bentuk pembinaan pesawat dari Boeing Co dan Malaysia Airlines (MAS) berhubung insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Hakim Kathy Flanagan turut memberi amaran akan mengenakan sekatan terhadap syarikat guaman berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law yang sebelum ini pernah memfailkan petisyen sama berhubung nahas Asiana Airlines yang terhempas pada tahun lalu di San Francisco.

“Meskipun perintah telah dikeluarkan sebelum ini, firma guaman yang sama sekali lagi memfailkan petisyen walaupun mengetahui tidak ada asas untuk berbuat demikian," katanya. - Reuters

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI