Keldai dadah bodoh lapor bagasi hilang

Thursday, April 17, 2014

Keldai dadah bodoh lapor bagasi hilang

Seorang ‘keldai dadah’ ditahan kerana menyeludup candu bernilai hampir £200,000 (RM1.1juta) ke Britain selepas mengadu beg mengandungi dadah itu hilang.

Amir Rahnama, 43, menyorokkan dadah di dalam tiub krim rambut yang disimpan di dalam beg pakaiannya sebelum berlepas dari Iran.

Bagaimanapun, beg pakaiannya tertinggal ketika dia singgah di Dubai. Dia kecewa apabila ia gagal tiba di Lapangan Terbang Manchester.

Dia melaporkan perkara itu di tempat aduan kehilangan beg dan mengisi beberapa borang meminta beg itu dihantar ke Britain.

Beg itu dijejaki di Dubai dan diterbangkan ke Manchester apabila polis sempadan dan anjing pengesan mengesan candu itu.

Mereka menjumpai 15 tiub krim rambut mengandungi 10 kilogram candu yang dianggarkan bernilai £197,000 (RM1.07 juta).

Tidak sedar dirinya disyaki, Amir menuntut beg yang mempunyai namanya dan menggunakan pasport membuktikan beg itu miliknya.

Apabila polis mengelilingi dan menahannya, dia berkata, dia membeli candu itu di Teheran dengan harga £1,000 (RM5,425) dan merancang menjualnya dengan harga £9,000 (RM 48,830).

Amir menangis di kandang tertuduh semalam apabila seorang jurubahasa memberitahunya hakim menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atasnya.

Mahkamah itu diberitahu Amir mulanya memaklumkan kepada polis bahawa dia menyeludup dadah itu untuk membayar pembiayaan rawatan kanser isterinya.

Bagaimanapun dia mengubah ceritanya dan mengaku menjadi ‘keldai dadah’ untuk bos dadah.

Pendakwa raya Duncan Wilcock berkata: ‘Dia tahu ia salah, tetapi dia menjualnya untuk membayar kos perubatan isterinya di Iran. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI