MH370: Kapal selam HMS Tireless milik British bantu operasi SAR

Wednesday, April 02, 2014

MH370: Kapal selam HMS Tireless milik British bantu operasi SAR
 
Operasi mencari pesawat MH370 yang masih berjalan mendapat suntikan terbaru dengan ketibaan kapal selam British di Lautan Hindi menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke sini hari ini.

Tentera Laut Diraja Britain berkata, HMS Tireless tiba di lokasi sasaran dan "dengan peralatan canggih bagi mengendalikan pencarian dasar laut yang diharap dapat membantu mengesan pesawat itu".

Kehadiran HMS Tireless adalah kapal selam pertama menyertai operasi berkenaan.

Sementara itu, jet peribadi milik pengarah filem tersohor, Peter Jackson juga dilaporkan digunakan dalam operasi antarabangsa bagi mencari pesawat terbabit yang hilang sejak 8 Mac lalu dengan membawa 239 orang.

Walaupun gerakan mencari begitu intensif di Lautan Hindi menggunakan kapal terbang dan kapal di barat daya Perth, masih tiada penemuan dibuat setakat ini yang mungkin ada kaitan dengan pesawat itu.

"Tiada perkembangan signifikan untuk dilaporkan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia menerusi Twitter selepas 10 pesawat pulang lewat petang semalam selepas rutin pencarian. - AFP

http://bit.ly/1hyvAhC

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI