Pasangan bakal pengantin, Mawi dan Ekin, semalam membatalkan tempahan bilik suite bulan madu, sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini.
Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan Ekin atau Nora'shikin Rahmat, 29, sepatutnya menginap di hotel itu selepas majlis pernikahan mereka Sabtu ini.
Berikutan itu hotel berkenan dikatakan sudah mengetatkan kawalan keselamatan bagi menerima kehadiran penyanyi popular bersama pasangannya, namun tempahan dibatalkan pada saat akhir.
Difahamkan pasangan bakal pengantin itu akan bermalam di situ kerana hotel terbabit satu-satunya hotel yang menyediakan suite bulan madu di bandar raya ini menyebabkan kerja kemasan terakhir bilik berharga lebih RM1,500 semalam itu rancak dijalankan mengikut konsep kontemporari moden oleh kontraktor dilantik hotel berkenaan.
Bagi memastikan kehadiran artis popular itu selesa, pengurusan hotel dikatakan bakal mengetatkan kawalan keselamatan terutama di pintu masuk dan keluar ke tingkat menempatkan bilik yang dihuni Mawi.
Bagaimanapun semua perancangan tidak menjadi apabila Ekin dikatakan menghubungi pihak hotel terbabit petang semalam bagi memaklumkan pembatalan tempahan.
Mengikut jadual, pasangan itu akan diijabkabulkan di sebuah masjid di Johor Bahru pada jam 11 pagi Sabtu dan selepas itu majlis resepsi keluarga Ekin diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada malam sama.
Pada 28 Disember pula majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara.
Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.
~ Berita Harian
Mawi, Ekin batal tempahan bilik suite bulan madu
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Mawi, Ekin batal tempahan bilik suite bulan madu
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment