Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

ZTE lancar telefon pintar siri Blade terbaru, Blade S6

Thursday, January 29, 2015 0 Komen

ZTE lancar telefon pintar siri Blade terbaru, Blade S6

Hong Kong: ZTE Corporation (ZTE) melancarkan telefon pintar siri Blade terbaru, Blade S6, di sini, hari ini.

Naib Presiden Eksekutif ZTE, Adam Zeng Xuezhong berkata, telefon pintar itu disasarkan kepada generasi muda.

Katanya, enam ciri-ciri utama yang diperkenalkan pada Blade S6 termasuk kawalan gerak isyarat 'Smart Sense' yang membolehkan penggunaan beberapa aplikasi dengan hanya menggerakkan sedikit telefon itu.

Selain itu, Blade S6 dengan paparan skrin 5 inci itu dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm Snapdragon 615 lapan teras dengan memori 2GB RAM DDR3 selain menggunakan Android 5.0 Lollipop.


"Ciri-ciri baru yang diperkenalkan memberi banyak kemudahan kepada pengguna," katanya pada pelancaran Blade S6, petang ini.

"Keseluruhan telefon pintar itu menyeronokkan, cantik dan praktikal.

Rangkaian 4GLTE yang disokong oleh telefon itu juga memberi pengalaman melayari Internet dengan pantas.

Siri Blade sehingga kini terjual 20 juta unit seluruh dunia dan Blade S6 dijangka berada di pasaran Malaysia 10 Februari depan dengan harga mampu milik.
~ Metro

5 ramalan siber 2014

Wednesday, January 08, 2014 0 Komen

5 ramalan siber 2014

Syarikat keselamatan `online', Fortinet mendedahkan ramalan keselamatan siber yang dilaporkan dalam Fortiguard Lab 2014 merangkumi lima aspek utama tahun ini.

Antara yang mencuri tumpuan termasuk penularan `malware' dalam Android yang mula diterima dalam industri lebih meluas.

Oleh kerana jualan telefon bimbit mungkin mendatar pada tahun akan datang, pembangun Android mula mencari pasaran baru untuk sistem operasi Google seperti tablet, konsol permainan mudah alih, peranti boleh pakai, peralatan automasi rumah dan sistem kawalan industri (ICS /SCADA).

Maka, akan muncul malware jenis baru menyamai `mobileStuxnet' pada 2014 selain penjenayah siber akan tertarik ke platform penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) biasa.

Ia termasuk alat automasi rumah baru yang mempunyai kawalan ke atas penggunaan elektrik seperti suhu peti sejuk dan lainlain.

Selain itu, perang terhadap laman perkongsian seperti Megaupload akan mengakibatkan peningkatan serangan balas daripada `Anonymous' yang mula kelihatan.

Tahun 2014 juga menjadi cabaran kepada vendor keselamatan rangkaian yang dipaksa untuk menjadi lebih telus.

Ini dibuktikan dengan arahan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan di Amerika Syarikat yang mengenakan penalti kepada syarikat yang memasarkan teknologi pemantauan video kepada pengguna.

Satu lagi ramalan mengejutkan termasuk peningkatan serangan menyasarkan kepada perisian Windows XP apabila Microsoft menamatkan sokongan kepada Windows XP pada 8 April 2014.

Ini sekali gus bermakna kelemahan yang baru ditemui tidak akan diperbaiki menyebabkan sistem di seluruh dunia terdedah kepada serangan.

Sistem biometrik yang mula diperkenalkan kepada pengguna biasa seperti diumumkan Apple melalui iPhone 5S akan menjadi `daya penarik' kepada penggodam untuk cuba memecahkan kod keselamatan.

Hal itu bakal mengakibatkan kepentingan dua faktor pengesahan keselamatan akan mula diambil kira yang mana faktor tunggal kata laluan log masuk semakin berkembang.

Fortinet meramalkan pengguna akan melihat pertambahan syarikat mudah alih yang memasukkan faktor pengesahan kedua dalam peranti mereka.


Oleh Afiq Hanif

2,753 Laman Web Disekat Dalam Tempoh Januari-Oktober 2013

Wednesday, November 06, 2013 0 Komen

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,611 ialah laman 'Phishing' (laman web bank palsu); kandungan lucah (103); dan kandungan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (10).

Turut disekat 15 laman web yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah; Akta Rahsia Rasmi (dua); Kanun Keseksaan (dua); Akta Hasutan (satu); dan lain-lain (sembilan).

"Setakat ini, SKMM sedang menyiasat 10 laman web," katanya kepada Bernama di sini.

Zulkarnain berkata Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan polis dan agensi penguatkuasa lain di dalam dan luar negara dalam penguatkuasaan undang-undang penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Sepanjang Januari sehingga Oktober tahun ini, beliau berkata Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan (JPS) SKMM menerima 268 aduan yang disiasat di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada jumlah aduan yang diterima, 108 aduan adalah laporan polis yang dirujuk kepada JPS. Jenis aduan yang dirujuk oleh PDRM ialah kandungan palsu 35 peratus, sumbang (23 peratus), mengancam (14 peratus), jelik (15 peratus), lucah (10 peratus) dan lain-lain yang bukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (11 peratus)," katanya.

Beliau berkata aduan yang paling banyak diterima SKMM ialah berhubung akaun palsu atau penyamaran, termasuk penyalahgunaan maklumat dan data peribadi, penyebaran fahaman atau ajaran sesat dan 'love scam'.

Sementara itu, Zulkarnain berkata undang-undang sedia ada seperti Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 untuk menangani jenayah siber dan penyalahgunaan laman sosial adalah mencukupi.

Namun begitu, beliau berkata SKMM menghadapi cabaran dalam penguatkuasaan dan pendakwaan, khususnya dalam pembuktian kes jenayah siber.

"SKMM juga berdepan dengan pengendali laman sosial yang enggan membekalkan maklumat kerana individu yang melanggar peruntukan undang-undang di Malaysia tidak semestinya menjadi satu kesalahan di negara pengendali laman web itu.

"Selain itu, SKMM juga berdepan dengan cabaran mengesan individu yang menyalahguna media sosial dengan menggunakan wifi percuma di tempat awam kerana penyedia perkhidmatan tiada log transaksi," katanya.

Selain mendapatkan maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, beliau berkata SKMM perlu membuat analisa forensik ke atas alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba yang membolehkan siasatan dijalankan.

"Ini merupakan antara cabaran yang dihadapi SKMM namun begitu orang ramai masih tidak faham dan menyalahkan SKMM leka dalam siasatan dan gagal menyelesaikan kes," katanya.


Oleh Linda Khoo Hui Li
-- BERNAMA

Samsung NX, harga jualan RM4,199 seunit

Monday, October 07, 2013 0 Komen

Samsung NX
Samsung menerusi inovasi penciptaan kameranya memperkenalkan sistem kamera kompak berhubung (CSC), Samsung NX yang mempunyai ciri mudah guna terutama untuk golongan amatur kerana ia tidak memerlukan penyelarasan yang rumit untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik setara dengan kualiti DSLR.

Menampilkan pelbagai jenis kualiti gambar yang diinginkan sama ada potret, pemandangan atau mengambil gambar yang pelbagai dalam satu masa dengan anda hanya menyentuhnya saja untuk mendapatkannya dengan mudah.

Samsung NX menampilkan ciri skrin 4.8 inci dan perisian platform Andorid 4.2 (Jelly Bean) membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan Google Mobile antaranya Chrome, Downloads, Google Map, Gmail, Google Search dan Google Settings.

Malah, kemudahan untuk memindah turun aplikasi Edit ke dalam perisiannya juga memudahkan pengguna untuk mengubah suai gambar sebelum dikongsi dalam laman sosial atau dihantar kepada penerima.

Melihat kepada kepesatan penggunaan jalur lebar pada masa depan yang menggunakan platform 4G, peranti ini juga dibangunkan dengan platform yang serupa bagi memenuhi keperluan sama. Pada masa sama, jaringan Internet WiFi juga dibangunkan bersama dalam Samsung NX.

Dari segi kualiti gambar, secara teknikalnya ia dibangunkan dengan sensor 20.3 MP APS-C CMOS membolehkan pengguna mendapat hasil gambar tanpa noise dan tidak pecah sekiranya menggunakan lensa yang sesuai.

Ini kerana Samsung NX memberi pilihan kepada orang ramai untuk membeli 13 lensa dalam keluarga Samsung NX sendiri untuk mendapatkan kualiti gambar yang baik.

Pada masa sama, melihat kepada keperluan pengguna gajet masa kini yang inginkan sebuah peranti yang bukan saja boleh mengambil gambar dan memindah turun dalam media sosial, Samsung NX turut dibangunkan dengan ciri rakaman video dengan format MP4.

Samsung NX berada di pasaran tempatan bermula 30 September lalu dengan harga jualan RM4,199 seunit. Ia disasarkan kepada semua golongan pengguna terutama mereka yang bekerja dalam industri media.

Pengeluar: Samsung

Pertanyaan: Samsung Malaysia

Laman web: www.samsung.com

Spesifikasi Ciri: Separa DSLR

Kontra: Sedikit berat

Keseluruhan: ****

Reka Bentuk: ****

Mesra Pengguna: ****


Media Prima pemilik aset media digital terbesar

Monday, October 07, 2013 0 Komen

Media Prima pemilik aset media digital terbesar

Kumpulan Media Prima muncul sebagai pemilik aset media digital tempatan terbesar pada Ogos berdasarkan penilaian yang dibuat oleh syarikat pemantauan digital antarabangsa.

Di Malaysia, gabungan aset media digital kumpulan itu berada di senarai teratas selepas jenama laman web terkemuka antarabangsa seperti Google, Facebook, Yahoo, Microsoft dan Wikimedia, demikian mengikut laporan terkini yang dikeluarkan Persatuan Digital Malaysia (MDA) dan comScore Inc.

Mengikut laporan yang disiarkan Jumaat lalu, sementara jenama antarabangsa terus menguasai majoriti senarai 10 aset media digital teratas di negara ini, lebih banyak jenama tempatan kini disenaraikan dalam 30 laman web utama berbanding sebelum ini.

Media Prima buat pertama kalinya disenaraikan sebagai pemilik media digital utama pada kedudukan keenam, manakala kumpulan perbankan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan penyedia perkhidmatan pengiklanan Mudah.my mengekalkan kedudukan dalam senarai 10 teratas, masing-masing di tempat kelapan dan kesembilan.

Agensi pengiklanan

MDA mewakili penerbit dalam talian tempatan, agensi pengiklanan dan penyedia perkhidmatan digital manakala comScore yang disenaraikan di Nasdaq, adalah syarikat pengukuran digital antarabangsa.

Laporan itu berdasarkan perangkaan daripada comScore Media Metrix yang mengukur jumlah pengunjung internet termasuk butiran penggunaan media dalam talian, demografik pengunjung dan kuasa membeli dalam talian.

Bagi Malaysia, laporan comScore Media Metrix adalah berdasarkan perangkaan yang diperoleh daripada 150,000 orang.

Ia juga menunjukkan bagaimana pengguna internet di Malaysia menggunakan kandungan dalam talian.

Trafik antarabangsa bagaimanapun tidak diambil kira dalam laporan berkenaan.

Aset digital Media Prima termasuk lawan web yang dimiliki tiga rangkaian akhbarnya iaitu News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro; empat stesen televisyen (TV3, NTV7, 8TV dan TV9); tiga stesen radio (Fly FM, Hot FM dan One FM) serta beberapa laman web gaya hidup termasuk tonton dan gua.

Mengikut laporan itu, tonton.com.my muncul sebagai laman video paling popular di negara ini, manakala hmetro.com.my yang diterbitkan Harian Metro muncul sebagai laman web bahasa Melayu paling terkemuka.

Pelbagai produk

Semua aset digital Media Prima adalah di bawah anak syarikatnya, Media Prima Digital.

Mengulas mengenai laporan itu, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Digital, Datuk Zainul Arifin, (gambar) berkata kedudukan unggul Media Prima dalam ruang media digital mencerminkan kedudukannya sebagai kumpulan media bersepadu terbesar negara.

"Senarai kedudukan itu mengesahkan yang Media Prima juga adalah terbesar dari segi media digital. Kami bukan sebuah syarikat jenama tunggal kerana syarikat menyediakan pelbagai produk daripada berita, hiburan dan video untuk segenap masyarakat.


~ BH

Permainan Amok (Terato) game buatan tempatan dikemas kini

Thursday, October 03, 2013 0 Komen

Aplikasi game buatan tempatan, Amok oleh syarikat Terato Tech Sdn Bhd (Terato) telah dikemaskini versi baru.

Permainan ini mengisahkan Jebat yang melawan seorang raja memerintah dengan gaya kuku besi pada zaman dahulu kala di Melaka.

Terdapat banyak pilihan skil ketika anda bermain untuk menewaskan musuh dengan tiga karakter berbeza (Damak dan Teja) yang turut mempunyai kemahiran unik masing-masing dengan lebih 100 tahap kesukaran untuk ditempuh.

Bukan senang mahu menewaskan semuanya, jadi naluri `marah' anda bertambah untuk terus ke peringkat seterusnya hingga anda puas bertarung ditambah 10 jenis persekitaran yang baru dikemas kini.

Setiap musuh diakhiri dengan bos masing-masing. Pastinya lagi tinggi tahap bos jahat terbabit, lagi sukar untuk bertarung, tapi bersabarlah.

Amok dikategorikan sebagai permainan 2D `scroller hack' dan slash.

Rasai kekuatan Jebat yang mempunyai kapasiti kuasa menakjubkan diperoleh ketika bertarung seperti pukulan maut.

Amok memang terhibur dimainkan hingga anda boleh lupa segala tekanan kerja atau belajar.

Apple iPhone 5S dan iPhone 5C diperkenal

Wednesday, September 11, 2013 0 Komen

Syarikat teknologi gergasi dunia, Apple hari ini memperkenalkan dua varian iPhone baharu iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C pagi tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, dua jenis model telefon bimbit itu akan menggantikan model terdahulu, iaitu iPhone 5 ekoran perkembangan pesat per niagaan telefon pintar tahun ini.

Sementara itu, Naib Presiden Apple, Phill Schiller berkata, iPhone 5S merupakan telefon pintar paling kehadapan yang pernah dihasilkan.

“Ia merupakan piawaian emas bagi semua telefon pintar,” katanya.

Schiller menambah, iPhone 5S dikuasakan dengan cip pemprosesan yang lebih laju, peningkatan sehingga 10 jam masa berbual atau 40 jam bagi mendengar muzik serta didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu angkasa.

Manakala, iPhone 5C yang dihasilkan untuk pasaran pertengahan hadir dengan storan terbina dalaman sebanyak 16 gigabait, binaan berasaskan plastik polikarbonat serta didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah biru, putih, merah jambu, kuning dan biru.

iPhone 5C bakal dijual dengan harga serendah AS$99 (RM323) dengan kontrak syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat.

Apple juga berkata, perisian iOS7 yang diumumkan be berapa bulan lepas bakal dilancarkan pada 18 September ini.

Perisian itu bakal dilengkapi dengan Servis Radio iTunes yang bakal memberikan pilihan sebanyak 200 stesyen radio kepada pengguna. - AFP


Telur ayam rendah kolesterol

Wednesday, June 26, 2013 0 Komen

Telur ayam rendah kolesterol
Industri penternakan ayam telur pernah diperkenalkan dengan telur ayam rendah kolesterol diperkaya dengan Omega-3.

Telur ciptaan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Wong Hee Kum dibangunkan menggunakan formulasi makanan semula jadi.

Teknologi menghasilkan telur ayam diperkaya vitamin E turut menggunakan formula selenium organik tanpa antibiotik.

Pakej teknologi lengkap itu mudah dilakukan kerana menggunakan infrastruktur dan peralatan sedia ada.

Ini bermakna, pengeluar tidak perlu menanggung lebihan kos bagi membina infrastruktur baru.

Kelebihan telur itu kerana membantu menurunkan kolesterol jahat dan meninggikan kolesterol baik dalam tubuh.

Namun, tiada siapa tahu, usaha mengkomersialkan Telur Omega-3 banyak di pikul Marditech Corporation Sdn Bhd (Marditech), anak syarikat MARDI.

Pengurus Unit Teknologi Pengkomersialan Marditech Corporation Sdn Bhd, Faizal Ramli berkata, walaupun teknologi Telur Omega-3 sudah ada, ia mengambil masa untuk sampai ke pasaran.

Ramai melihat prosesnya mudah, tetapi teknologi mengeluarkan telur Omega-3 mengambil masa lebih tiga tahun.

Marditech perlu memastikan syarikat terbabit berpotensi untuk membawa produk itu ke pasaran, katanya.

Beliau berkata, Marditech bertanggungjawab mengkomersialkan pelbagai teknologi dan produk inovasi ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Misi penubuhannya untuk menjadi pemangkin dalam pengkomersialan inovasi teknologi bagi sektor makanan dan pertanian, katanya.

Sejak ditubuhkan pada 1992, 10 teknologi dan inovasi dibangunkan penyelidik Mardi dikomersialkan.

Marditech juga popular dalam kalangan negara luar berikutan kepakarannya memberikan khidmat nasihat mengenai pertanian dan makanan.

MARDI dikenali sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan (RD) terunggul untuk pertanian dan makanan di negara ini.

Memandangkan peranannya sebagai pusat penyelidikan, Marditech ditubuhkan bagi memasarkan teknologi MARDI, katanya.

Katanya, Marditech juga memberikan khidmat nasihat mengenai pelbagai perkara termasuk pelan perniagaan kepada usahawan, katanya.

Katanya, dua dana disediakan kerajaan seperti Dana Pra Pengkomersilan (Techno Fund) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Tabung Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Marditech juga membantu syarikat untuk mendapatkan pensijilan Analisis Bahaya dan Kritik Kawalan Kritikal (HACCP), sekali gus membolehkan pensijilan Halal diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, Nigeria dan Afghanistan antara dua negara yang sudah mendapatkan khidmat nasihat Marditech.

Di Nigeria, Marditech menggunakan kepakaran dalam tanaman padi manakala di Afghanistan, MARDI membina pusat pengeringan buah-buahan, katanya.

Katanya, isu jaminan bekalan makanan penting untuk sesebuah negara dalam menghadapi detik sukar seperti peperangan kerana kebergantungan terhadap bahan makanan import menyebabkan bilangannya terhad.

Jalan terbaik bagi negara terbabit adalah mendapatkan teknologi negara ini yang mempunyai banyak kepakaran dalam bidang berkenaan, katanya.

Video kini di Instagram

Friday, June 21, 2013 0 Komen

Facebook telah mengumumkan aplikasi video untuk laman perkongsian gambar terkenal Instagram dengan video berdurasi 15 minit, penstabilan imej dan 13 filter.

Aplikasi video Instagram boleh didapati di Apple's App Store dan Google's Play.


Instagram mempunyai 100 juta pengguna aktif.

Groupon lancar aplikasi percuma untuk iPad

Wednesday, May 08, 2013 0 Komen

Pembelian dalam talian tanpa henti

Laman kupon popular, Groupon melancarkan aplikasi percuma untuk iPad kepada pengguna di Malaysia melalui Groupon HD yang membolehkan pengguna melayari dunia pembelian `online' tanpa henti.

Pengurus Besar Negara Groupon Malaysia, Rafiq Razali berkata, pengguna iPad boleh menggunakan perkakasan mereka untuk membeli-belah serta menebus diskaun daripada peruncit tersedia.

Pada masa sama, pengguna iPad boleh mendapatkan manfaat daripada Groupon Goods dan Groupon Getaways yang disediakan, katanya.

Groupon di Malaysia menawarkan harga berpatutan untuk pembeli dan terdapat tiga segmen produk ditawarkan kepada orang ramai iaitu makanan dan minuman, kecantikan dan perkhidmatan.

Ia beroperasi di 48 negara termasuk Malaysia mencatatkan 36.9 juta pengguna tahun lalu dan lebih 100,000 juta pekedai menawarkan pelbagai produk menerusi Groupon membantu untuk terus mengekalkan kedudukan bukan saja di Malaysia malah di peringkat global.

Sebagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan jualan secara online, Groupon mendapati penambahan bilangan pengguna setiap tahun menunjukkan orang ramai semakin gemar menggunakan sistem atas talian untuk membeli-belah.

Punca dropped calls

Wednesday, March 20, 2013 0 Komen

Punca dropped calls

Sehingga kini, antara punca dropped calls berlaku termasuk:

* Pemanggil bergerak ke kawasan yang tiada isyarat atau liputan atau `titik buta'.

* Gangguan yang terhasil daripada penggunaan semual frekuensi.

* Kerosakan peralatan peranti di stesen pusat atau alat pemancar.

* Terputus kerana telefon tidak dapat bertahan dengan isyarat lemah dari satu stesen pusat ke stesen pusat lain (kegagalan penyerahan panggilan).

Jika anda mengalami apa-apa masalah berkaitan syarikat telekomunikasi, antara langkah yang perlu diambil mungkin dengan melayari laman web SKMM dan kemudian segera ke bahagian menu.

Bermula di menu terbabit, terdapat ikon `Dropped Calls' dan klik pada `Make a Complaint' yang menyenaraikan borang `online' yang boleh diisi terus di bawah senarai `Dropped Call Feedback'.

Namun, pengguna perlu memasukkan maklumat yang memberitahu dengan jelas masalah dropped calls seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan operator telekomunikasi yang digunakan.

Pada masa sama, anda perlu mengingati maklumat lain yang penting seperti lokasi tempat panggilan anda sering terganggu secara tepat dengan melihatnya di Google Maps.

Anda boleh memasukkan lokasi daripada Google Maps terbabit untuk diteliti terutama berkaitan perincian lokasi.

Malah, maklumat lain juga perlu dipastikan seperti bandar, kampung atau alamat jalan.

Mungkin lebih baik jika anda berupaya untuk merakam foto lokasi tempat ia berlaku dan sekiranya lokasinya berubah, ambil beberapa foto berbeza.

Setakat ini, hak untuk menyelesaikan masalah ini boleh didapati melalui `hak anda sebagai pengguna' dan `hak untuk menyelesaikan aduan'.

Jika ia berkaitan hak anda sebagai pengguna, anda berhak untuk mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada pemberi perkhidmatan anda.

Ia memandangkan semua pemberi perkhidmatan komunikasi dan multimedia dikehendaki berurusan secara munasabah dengan pengguna dan menyelesaikan aduan pengguna menurut Kod Amalan Pengguna Am (KAPA).

KAPA adalah kod amalan kawal selia kendiri industri yang berdaftar dengan SKMM.

KAPA digubal oleh Forum Pengguna Malaysia (CFM) untuk menggalakkan piawaian etika perniagaan dan tatalaku paling tinggi menerusi urus tadbir kendiri.

Hak untuk menyelesaikan aduan termasuk jika anda tidak mendapat perkhidmatan komunikasi yang memuaskan, anda hendaklah menangani rasa tidak puas hati anda dengan segera.

Sebenarnya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberikan pengguna hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.

Penjagaan kepentingan pengguna seterusnya diperhebatkan lagi dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang memberikan peruntukan kepada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.

Di sinilah wujudnya kewajipan bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi untuk melaksanakan tanggungjawab syarikat telekomunikasi dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

Ini bermakna pihak yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi harus memberikan maklumat yang terperinci mengenai sesuatu perkhidmatan ditawarkan supaya pengguna lebih memahaminya.

Mereka juga wajib memastikan tiada sebarang maklumat yang mengelirukan disalurkan kepada pengguna dan perlu bertindak dengan adil dan segera jika menerima sebarang aduan bagi memelihara hak pengguna.

Oleh itu, pengguna perlu menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum membeli sesuatu perkhidmatan telekomunikasi dan haknya untuk membuat aduan serta mendapatkan ganti rugi.

 

(Ulasan) ASUS VivoBook S200E

Wednesday, March 13, 2013 0 Komen

Mencari notebook yang mempunyai prestasi tinggi pada saiz kasing nipis, tetapi masih cantik mungkin agak komplikated.

Bagaimanapun, notebook ASUS model S200E seakan-akan memberikan penguji jawapan kepada permintaan di atas, sekali gus memberi kelegaan sekiranya anda mencari notebook saiz sederhana 11.6 inci.

Secara teknikalnya, notebook pada saiz terbabit mudah dibawa dan tidak membebankan selain keluasan 11.6 inci tidak menyakitkan mata meskipun jarak anda dan skrin agak jauh.

Pastinya ia bersesuaian sekiranya anda sedang duduk di kafe yang tidak mempunyai kerusi dan meja seperti dikehendaki berbanding jika duduk di rumah sendiri. ASUS boleh dikatakan berjaya memperkasakan produk pengkomputeran mobiliti mereka menerusi notebook ini dengan sokongan sistem operasi Windows 8 bagi memberi peluang pengguna berinteraksi secara lebih semula jadi.

Ini kerana, fungsi kawalan sentuhan pada skrinnya bakal memberi kemudahan pelaksanaan aktiviti tugasan dan hiburan harian di samping sokongan pemproses cemerlang generasi ketiga Intel Core i3.

Meskipun salah satu ciri baru pada Windows 8 termasuk tempoh `resume' yang pantas, namun penguji masih kurang berpuas hati dengan masalah kemas kini kerap berlaku selepas mahu `shut down' notebook terbabit.

Windows mengambil tempoh agak lama untuk kemas kini yang kadang-kadang menjengkelkan.

Ia bukan masalah ASUS, tetapi lebih kepada sistem operasi itu sendiri yang memerlukan pemerhatian Microsoft.

Bahagian luar notebook ini mungkin nampak biasa dengan warna perak pada reka bentuk aluminium tetapi selepas anda membuka monitornya dan melihat papan kekunci serta pad sentuh, pasti anda terpegun.

Barulah nampak rekaan premium ditambah pula masingmasing menawarkan ciri responsif berpatutan.

Terdapat dua pembesar suara disertakan dan hanya satu slot untuk pengudaraan yang bermakna S200E mungkin panas jika diletakkan atas riba anda tetapi ia bukan masalah serius.

Menggunakan pemprosesan Intel i3 mungkin agak biasa bermakna anda tidak perlu mengharapkan magik ketika fungsi pelbagai tugas tetapi ia masih tidak menunjukkan tanda `bermasalah' sekiranya digunakan secara aktif.



Notebook terbabit dilengkapkan RAM sebanyak 4GB, pemacu keras 500GB dan cip grafik HD 4000. Spesifikasi itu sudah cukup memberitahu beban kerja yang ditanggung sepadan dengan wang ringgit dikeluarkan daripada poket anda.

Ia menempatkan tiga slot, HDMI keluar, fon telinga dan slot kad SD di samping beberapa lampu di sebelah kanan papan kekunci yang menunjukkan kuasa, WiFi dan status cakera keras.



Oleh Afiq Hanif

Info

Ciri: Notebook dengan skrin sentuh, sokong Windows 8

Pro: Papan kekunci yang menarik

Kontra: Sedikit berat

Produk: ASUS VivoBook S200E

Pengeluar: ASUS

Pertanyaan: ASUS

Laman Web: asus.com.my

Komen

Keseluruhan: ****

Reka Bentuk: ****

Inovasi: ****

Pengguna: ****

Dokumentasi: ****

Nilai Wang: ****


Tablet Samsung Galaxy Note 8.0

Thursday, March 07, 2013 0 Komen

Samsung kembali menggegarkan dunia gajet pintar dengan Galaxy Note 8.0 .

Biarpun bahang kehangatan Galaxy Note II masih dirasai, fenomena tersebut tidak mempengaruhi syarikat elektronik gergasi tersebut untuk terus memperkenalkan inovasi terbaru mereka.

Tablet Galaxy Note 8.0 diperkenalkan dengan pelbagai kelebihan dan juga ciri-ciri yang telah dinaik taraf.

Peranti terbaru tersebut juga merupakan penerusan delegasi teknologi pintar Note bagi tablet pada saiz medium yang diperkenalkan oleh Samsung pada tahun 2010.

Menurut Presiden IT dan Bahagian Komunikasi Mobil, Samsung Electronics, JK Shin, keputusan memperkenalkan Samsung Galaxy Tab dengan paparan bersaiz tujuh inci tiga tahun dahulu kini membuka lembaran baru buat dunia komunikasi mudah alih

''Berikutan permintaan yang tinggi untuk produk tersebut, Samsung terus melibatkan diri di dalam sektor tersebut.

"Kini, Galaxy Note 8.0 memberikan nafas baru kerana peranti ini menawarkan segala kelebihan yang diperlukan pada masa kini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Galaxy Note 8.0 atau Note 8.0 merupakan pelopor kepada peranti yang lebih mesra pengguna, bersaiz poket yang mana mampu memberikan keceriaan dalam kehidupan seharian sama ada untuk kegunaan kerja mahupun keperluan untuk berhibur.

Antara kelebihan Note 8.0 adalah tawaran solusinya yang inovatif seperti pilihan tetingkap pelbagai (multi-window) untuk memisahkan paparan skrin lapan inci kepada beberapa paparan lain dalam masa yang sama.

Manakala, teknologi pintar S Pen juga bakal memudahkan tugasan mencipta, menyunting, mengurus serta berkongsi dokumen seharian.

Lebih nipis dan kompak, Note 8.0 dilihat cukup sempurna untuk memenuhi syarat peneman on-the-go untuk aktiviti pekerjaan dan juga hiburan.

Direka untuk menyimpan dan menguruskan kecekapan data personal anda, peranti era baru tersebut menawarkan kepada pengguna peralatan organisasi atau pengurusan bersaiz poket yang hands-on.

Contohnya aplikasi Practical S Note dan S Planner membantu menguruskan tugasan harian termasuk nota minit mesyuarat, senarai tugasan malah diari peribadi anda.

Note 8.0 juga turut dilengkapi kandungan serta perkhidmatan yang terbaru seperti, chat-On yang telah dipertingkatkan menawarkan kemudahan berhubung menerusi khidmat pesanan ringkas dan perbualan berkumpulan dalam format yang pelbagai seperti imej, video, suara dan juga hubungan (contacts).

Malah, aplikasi terbaru bagi Note 8.0 adalah penggunaan aplikasi yang pelbagai tanpa perlu menutup aplikasi lain seperti Memo, Diary dan senarai mesti ingat (must-remember list).

Era baru penggunaan pen pintar S Pen adalah apabila pen tersebut tidak lagi perlu menyentuh skrin.

Penggunaan aplikasi Air View menjadikan S Pen hanya perlu terawang-awang sahaja di atas paparan skrin untuk melihat pra tonton video, e-mel, gambar dan juga temujanji pada aplikasi S Planner tanpa perlu membuka aplikasi tersebut.



Manakala kelebihan S Pen Gesture membolehkan anda menyunting imej dan kandungan dengan lebih mudah bersama Paper Artist dan Photo Note.

Malah, buat pertama kalinya dalam katogeri Galaxy Note, anda boleh menggunakan S Pen untuk mengawal butang fizikal menu atau back menerusi teknologi WACOM.

Seterusnya aplikasi Dual View yang membolehkan pengguna Note 8.0 membuka dua tetingkap pelbagai guna sekali gus.

Contohnya anda boleh membuka S Note di skrin paparan laman web dan dalam masa yang sama mengecilkan, menyeret, serta memadamkan kandungannya mengikut kehendak pengguna.

Pop- Up Note pula membolehkan pengguna membuka aplikasi S Note pada bila-bila masa untuk memerhatikan mana-mana indak balas kekunci walaupun sedang melayari laman web.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.samsungmobilepress.com
 

Chromebook Pixel dilancar Google

Monday, February 25, 2013 0 Komen

Chromebook Pixel Google
Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.
Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).



“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.

“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet. - AFP

One Touch Idol Ultra, telefon pintar paling nipis di dunia

Thursday, January 10, 2013 0 Komen

Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

 
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean. Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi

Penyebar berita palsu/fitnah di internet diberi amaran SKMM

Wednesday, January 09, 2013 0 Komen

SKMM beri amaran penyebar berita palsu di internet

CYBERJAYA 9 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," kata beliau lagi.- BERNAMA

12 sorotan teknologi anda tertinggal

Wednesday, December 19, 2012 0 Komen

12 sorotan teknologi anda tertinggal

Tahun 2012 bakal berakhir tidak lama lagi dengan meninggalkan kita 1,001 memori berkaitan teknologi yang berlaku di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, perkembangan pantas teknologi dari hari ke hari mengakibatkan 2012 berlalu pantas tanpa disedari meskipun mungkin ada sesetengah kita merasai Januari tahun ini seakan baru saja berlalu.

Disebabkan 2012 berlalu pantas, mungkin ada di kalangan pembaca yang ketinggalan mengikuti sorotan teknologi sepanjang tahun. Oleh itu, kami di it@Metro sediakan 12 sorotan teknologi untuk anda.

WINDOWS 8

MICROSOFT sudah lama tidak mengemaskini sistem operasinya selepas pelancaran Windows 7 iaitu kira-kira tiga tahun lalu.

Malah, disebabkan persaingan yang sengit, syarikat itu akhirnya melancarkan sistem operasi Windows 8 yang mesra dua peranti iaitu komputer peribadi (PC) dan tablet sekali gus menggembirakan kebanyakan pengguna walaupun ia hanya sampai di Malaysia pada Oktober lalu.

Tablet Android seakan 'memerintah' pada 2011 tapi tahun ini ia mungkin lonjakan Windows 8 dan Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2012 Januari lalu menjadi platform untuk memaklumkan kepada pengguna kesediaannya dipadankan bersama pasaran tablet.

TELEFON QUAD CORE

PENGGUNA perlu bersedia mengenai teknologi baru telefon dengan kuasa Quad Core yang bermakna, kelajuan telefon akan bertambah untuk memproses kerja dilakukan.

Buat pertama kali, telefon berkuasa Quad Core akan ditampilkan dengan pemampatan pemprosesan seperti nVIDIA Tegra 3 dan Qualcomm Snapdragon S4.

Pasaran pertama telefon pintar berasaskan Quad Core akan mula melihat model dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2012 dan ramai pemerhati teknologi menjangka ia masa depan mudah alih di dunia.

SYARIKAT MALAYSIA TEMBUSI LEMBAH SILIKON

SYARIKAT teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) berjaya menyusup ke Lembah Silikon di San Francisco, Amerika Syarikat dalam usahanya mengembangkan operasi syarikat ke negara berkenaan.

Ia sekali gus menjadikan Terato sebaris dengan syarikat antarabangsa yang bertapak di hab ICT dunia itu seperti facebook, Intel, Google, twitter, Yahoo!, eBay dan banyak lagi.

Pengarah Urusannya, Reza Razali (gambar) patut berbangga dapat membawa masuk nama Malaysia di persada antarabangsa terutama berkaitan industri pembangunan aplikasi.

Antara tujuan utama Terato bertapak di sana adalah disebabkan pembangunan dan pelancaran beberapa produk yang lebih fokus kepada pengguna di Amerika Syarikat selain langkah penting untuk mengglobalkan syarikat terbabit

Reza yang baru berusia 28 tahun menumpukan operasi pemasaran di pejabat baru dalam usaha menaikkan jenama produk dan syarikat.

KEBANGKITAN DIABLO

SUDAH lama game terkemuka, Diablo menemui pengguna dengan versi barunya tetapi tidak diketahui punca pengeluarnya tiba-tiba memilih 2012 yang mengejutkan pemain tegar game itu.

Penerbit game terkemuka, Blizzard Entertainment melancarkan versi ketiga Diablo iaitu permainan aksi moden antara terbaik yang menjanjikan kehebatan dengan banyak ciri tambahan.

Diablo III bakal menyambung kisah asal permainan ini, membawa kita dari kawasan fantasi jauh ke ruang pertempuran maya yang dijangka mengambil masa berjam-jam pada tahap kesukaran paling tinggi untuk dihabiskan.

Antara tambahan menarik ialah set kemahiran perang menggunakan api dan ais, fungsi Auction House baru serta pertempuran Sanctuary Dark World dalam usaha membantu menyelamatkan kemusnahan besar terhadap kumpulan musuh melalui serangan yang meningkatkan kuasa senjata asas.

E-DAGANG

BILANGAN usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memiliki laman web sendiri masih rendah meskipun anggaran nilai dagangan menerusi e-dagang global dijangka mencecah RM3 trilion tahun ini.

Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, ketika ini kira-kira 700,000 syarikat PKS berdaftar di negara ini, tetapi jumlah yang mempunyai laman web sendiri amat mengecewakan iaitu hanya kira-kira 100,000 syarikat PKS.

Menurutnya, industri e-dagang tempatan menawarkan potensi besar kepada syarikat PKS susulan jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang kerana mengikut rekod, Malaysia mencatatkan 17.5 juta pengguna Internet.

Beliau berkata, angka terbabit sepatutnya dimanfaatkan PKS termasuk perniagaan mikro dengan membangunkan laman web perniagaan masing-masing.

Menurutnya, jumlah pengguna Internet di Malaysia akan terus meningkat, disokong inovasi dalam teknologi atas talian yang akan mengubah landskap hubungan pembeli dan penjual malah Matrade turut menyasarkan peningkatan 15 peratus syarikat PKS berdaftar online menjelang akhir tahun ini.

Pertumbuhan laman PKS turut didorong aktiviti yang disokong industri seperti program Get Malaysian Business Online (GMBO) yang diterajui Google Malaysia dan Matrade. GMBO mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan MyDomain Registry menawarkan program itu kepada 800,000 usahawan PKS seluruh negara.

KEBANGKITAN SYARIKAT CHINA, ZTE DAN HUAWEI

RAMAI yang menjangkakan teknologi di sebelah Barat bakal menghangatkan suasana tetapi dalam diam, dua syarikat China iaitu ZTE dan Huawei berjaya menembusi pasaran sehingga ada di kalangan mereka menjadi pelopor beberapa teknologi di dunia.

Malah, menurut sumber beberapa penyelidik, ZTE kini diiktiraf pembuat telefon bimbit keempat terbesar di dunia yang mempunyai pasaran meluas di China dan Amerika Syarikat.

Menurut tiga penyelidik pasaran iaitu IDC, ABI Research dan Strategy Analytics, ZTE adalah pembuat telefon bimbit keempat terbesar tapi laporan firma Gartner menunjukkan ZTE berada di kedudukan kelima di belakang Nokia, Samsung, LG dan Apple.

Huawei pula mengejutkan dunia dengan memperkenalkan tablet saiz 10 inci berkuasakan quad core pertama di dunia pada Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) 2012 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Tablet dinamakan MediaPad 10 FHD terbabit lengkap dengan ciri hiburan yang tiada tandingannya termasuk audio visual serta pemprosesan Huawei 1.5GHz quad core, sistem operasi Google Android 4.0 dan skrin paparan definisi tinggi 10 inci.

Selain mampu memainkan permainan jenis tiga dimensi (3D), tablet terbabit turut membolehkan akses tanpa wayar berkelajuan tinggi sehingga 84Mbps (HSPA + 21/42/84Mbps) serta menyokong piawaian rangkaian LTE.

KERETA BERINTERNET

PROTON Holdings Bhd (Proton), pengeluar kereta nasional pertama negara muncul syarikat kenderaan pertama di Malaysia yang melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.

Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).

Pengarah Urusan Kumpulan Proton ketika itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton sedia memberi nilai tambah dalam kenderaan keluaran mereka pada masa depan bagi memenuhi permintaan pengguna kerana industri automotif bukan lagi tertumpu pada rekaan semata-mata, tetapi mahukan nilai tambah.

Proton bekerjasama dengan YTL Communications selama setahun bagi membangunkan teknologi dalam kenderaan yang mengandungi modem jenis Huddle dan tiga slot bagi peranti mudah alih, iPad.

Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

FACEBOOK BELI INSTAGRAM

FACEBOOK memeterai perjanjian untuk memperoleh syarikat yang mengeluarkan aplikasi terkenal, Instagram bernilai kira-kira RM3 bilion.

Walau bagaimanapun, Facebook menjamin, Instagram akan kekal sebagai aplikasi berasingan dari Facebook tetapi hubungan perkhidmatan itu akan dipertingkatkan antara satu sama lain.

Dengan 27 juta pengguna yang berdaftar pada platform iOS saja, Instagram semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian sosial dalam cara sendiri, bukan hanya aplikasi perkongsian foto tapi ia mampu melakukan lebih banyak aktiviti dengan pelbagai perkongsian harian.

Dalam kenyataannya di Timeline Facebook, Mark Zuckerberg berkata, beliau teruja untuk berkongsi berita gembira terbabit dan mengesahkan Facebook bersetuju untuk memperoleh Instagram dan pasukan kerja yang berbakat mereka akan menyertai Facebook.

SURFACE SAINGI IPAD

SYARIKAT perisian terkemuka, Microsoft mendedahkan tablet pertama mereka iaitu Surface dalam usaha menyaingi iPad yang popular di pasaran.

Ketua Eksekutifnya, Steve Ballmer berkata, tablet yang direka dengan penyelidikan terperinci dan lengkap itu disifatkan sebagai pencabar Apple paling dekat.

Menurutnya, Surface dilengkapi penutup yang juga berfungsi sebagai papan kekunci bermakna tablet terbabit bakal berfungsi untuk tujuan kerja dan bermain-main.

"Surface juga menjadi nama kepada komputer skrin sesentuh yang dikeluarkan Microsoft untuk pasaran bisnes di restoran, kedai, bar serta tempat lain," katanya.

Produk Surface dibangunkan berdasarkan dua jenis tablet iaitu Windows 8 RT beroperasi pada pemprosesan ARM NVidia dan Windows 8 Pro dengan kekuatan Intel Ivy Bridge (cip i5).

Windows 8 RT seberat 676 gram, setebal 9.3 milimeter (mm) berbeza dengan iPad seberat 652 gram dan tebal 9.4mm.

Ia menggunakan paparan ClearType HD 10.6 inci di samping kelengkapan port USB 2.0, MicroHD, dan microSD untuk pilihan penyambungan.

Manakala antena 2×2 MIMO memberikan keupayaan WiFi yang kuat berbanding tablet lain.

Menurut Ketua Windowsnya pula, Steve Sinofsky, Surface Windows 8 Pro mempunyai berat 903 gram dan setebal 13.5mm.

"Ia juga memiliki paparan ClearType 10.6 inci tetapi spesifikasinya adalah HD Penuh di samping ciri lain ditonjolkan termasuk USB 3.0 bersama-sama slot microSD dan mini DisplayPort Video, jadi pengguna boleh menghantar video ke skrin penuh atau paparan serasi yang lain," katanya.

Paparannya menggunakan Gorilla Corning Glass dengan kelengkapan kamera bersudut 22 darjah yang dikatakan Sinofsky sebagai kemudahan individu di meja dimuatkan dalam skrin tablet ketika sidang video dilaksanakan.

ASTRO ON THE GO, CARA BARU MENONTON TV

ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) merealisasikan hiburan mudah alih dengan membolehkan pengguna menonton salurannya di telefon atau tablet sempena Piala UEFA 2012 yang berlangsung Jun lalu.

Astro On The Go boleh diakses menggunakan laptop menerusi laman web www.astro.com.my atau iPad yang perlu dipasang dengan aplikasi terlebih dulu dan perlu dipindah turun dari Apps Store Apple.

Sebanyak 11 saluran ditawarkan secara percuma hingga 31 Ogos ini manakala perkhidmatan sama turut menawarkan video atas permintaan (VOD) serta TV Ulangan (Catch Up TV).

Perkhidmatan diperkenalkan secara berfasa dengan fasa pertama bermula Jun manakala fasa kedua bermula pada 1 September membabitkan pelanggan B.yond IPTV serta pengenalan platform Android.

Kini, fasa ketiga pula disasarkan kepada semua pelanggan Astro sedia ada dan baru.

APLIKASI DRAW SOMETHING CETUS FENOMENA

APLIKASI lukis dan teka, Draw Something mencetuskan fenomena baru dalam dunia aplikasi sehingga mencatatkan dua juta pindah turun hanya dalam masa beberapa jam.

Disebabkan kepopularan mereka, pembuat aplikasi game yang popular dengan Words With Friends dan Farmville, Zynga membeli satu lagi syarikat yang mengeluarkan aplikasi hangat sekarang, Draw Something daripada syarikat OMGPOP.

Perjanjian itu tidak mendedahkan nilai perjanjian terbabit.

Namun ada laporan mengatakan Zynga membayar sehingga RM540 juta untuk OMGPOP ditambah RM120 juta lagi untuk mengekalkan lebih 40 pekerja OMGPOP.

"OMGPOP ini mencipta satu permainan yang menyeronokkan, ekspresif dan berinteraksi pada dunia sosial sebenar," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zynga, Mark Pincus.

Zynga adalah studio yang membangunkan game hits seperti Farmville dan Cityville yang menarik 60 juta pengguna setiap hari dan lebih 230 juta pengguna sebulan di seluruh dunia.

PERANG PATEN APPLE-SAMSUNG

PERANG paten antara dua gergasi elektronik popular, Apple dan Samsung berakhir dengan keputusan yang memihak syarikat dari Cupertino, Amerika Syarikat itu apabila menerima ganti rugi lebih RM3 bilion selepas menang dalam kes pelanggaran hak cipta menentang Samsung.

Sembilan juri memutuskan kebanyakan ciri telefon pintar dan peranti mudah alih seperti tablet Samsung melanggar hak cipta rekaan Apple seperti inovasi paparan yang membolehkan pengguna memfokus dekat dan jauh apabila menyentuh skrin.

Selain itu, juri juga memutuskan pelanggaran paten oleh Samsung yang dikatakan sengaja dilakukan dan mereka memaklumkan saman balas yang dikemukakan syarikat Korea sebanyak RM1 bilion itu disifatkan tanpa merit.

Kes terbabit bermula apabila Apple mendakwa Samsung menciplak telefon mereka dengan pengeluaran Galaxy.

Ia menyaksikan Apple dengan nama rasmi syarikat, Apple Corp memfailkan saman pada April 2011 dan membabitkan peguam hak cipta paling mahal untuk menuntut RM8 bilion daripada pesaingnya yang biasa dengan sistem operasi Android.

Apple mendakwa Samsung mengakibatkan syarikat Cupertino kerugian jualan apabila pasarannya terpecah kepada dua dengan inovasi Apple.

Tindakan itu juga mendorong Samsung di bawah Samsung Electronics Co bertindak balas dengan mengemukakan saman balas.

Namun, pertembungan paten itu dijangka tidak akan berakhir dalam hanya selepas Samsung membayar jumlah yang ditetapkan apabila kes terbabit hanya disebut di satu mahkamah di Amerika Syarikat.

Oleh Afiq Hanif

Akaun Twitter Datuk Seri Najib popular di Asia dan dunia

Saturday, July 28, 2012

Kekerapan Datuk Seri Najib menggunakan media sosial untuk berkomunikasi dengan orang ramai meletakkan akaun beliau paling popular di Asia dan dunia khasnya.

Ia berdasarkan laporan dikeluarkan sebuah firma perhubungan awam dan pemasaran antarabangsa - Burson Marsteller.

Menerusi laporan dikenali Twiplomacy, akaun Twitter Datuk Seri Najib kini mempunyai seramai 750 ribu pengikut dan semakin meningkat.

Atau dalam erti kata lain, jumlah itu meletakkan akaun Twitter Perdana Menteri pada kedudukan kedua di Asia dan ke-17 di dunia dari kalangan 254 ketua kerajaan dan negeri.

Paling popular di dunia - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Namun yang paling penting, Datuk Seri Najib adalah pemimpin ke-enam paling popular di dunia yang menggunakan Twitter secara teratur.

Laporan Twiplomacy juga mengiktiraf Datuk Seri Najib antara pengguna terawal Twitter.

Kajian oleh Universiti Oxford juga menunjukkan Malaysia kini mendahului dari segi penggunaan medium komunikasi itu di dunia dan berada pada kedudukan ke-enam tertinggi di dunia dari keseluruhan pengguna.

Datuk Seri Najib menggunakan kemudahan media sosial untuk berkomunikasi dengan lebih rapat dengan pengikutnya.

Ini termasuk menjawab soalan secara terus menerusi laman Facebook beliau yang kini lebih sejuta orang menyukainya.

Pada masa sama, Datuk Seri Najib juga meluangkan masa bertemu dengan rakan Facebook beliau di seluruh negara.

Menerusi media sosial ini juga, Perdana Menteri mempelawa orang ramai untuk memberi maklum balas dan idea untuk dimasukkan dalam Bajet 2013 selain Akta Keharmonian Nasional yang baru diperkenalkan.

Google lancar Projek Bahasa Terancam: endangeredlanguages.com

Friday, June 22, 2012 0 Komen

Google semalam melancarkan Projek Bahasa Terancam untuk menyelamatkan pelbagai bahasa di dunia ini daripada dilupakan.

Syarikat aplikasi enjin carian terbesar itu melancarkan laman web Projek Bahasa Terancam dengan kerjasama ahli akademik dan pakar bahasa.

Ia membolehkan pengguna mencari, berkongsi dan menyimpan maklumat mengenai dialek yang semakin dilupakan.

"Orang ramai boleh berkongsi pengetahuan dan kajian mereka secara langsung melalui laman web ini dan membantu mengemas kini kandungannya.

"Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah mula menyumbang kandungan daripada bahasa dalam manuskrip kurun ke-18 sehinggalah bahasa moden seperti sampel bahasa video dan audio selain artikel,'' kata pengurus projek itu, Ciara Rivera Rodriguez dan Jason Rissman dalam blog Google.



Laman web endangeredlanguages.com itu direka dengan membenarkan pengguna memuat naik video, audio atau fail teks dan menggalakkan mereka menghafal rakaman dialek yang jarang didengari.

Menurut laman web itu, hanya separuh daripada 7,000 bahasa yang digunakan hari ini dijangka kekal sehingga akhir kurun ini.

"Mendokumenkan bahasa terutama yang hampir pupus merupakan langkah penting dalam memulihara kepelbagaian budaya, menghormati pengetahuan warisan dan memperkasakan golongan muda,'' kata Rissman. - AFP

Facebook minta nombor telefon penggunanya

Wednesday, June 20, 2012 0 Komen

Facebook elak akaun pengguna digodam

Facebook bakal meminta pengguna aktifnya yang berjumlah lebih 900 juta orang supaya memberikan nombor telefon bimbit masing-masing bagi mengelak akaun mereka digodam.

Ia sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan laman sosial itu digodam seperti yang dihadapi oleh jaringan sosial lain termasuk LinkedIn dan eHarmony.

Berjuta-juta pengguna Facebook sudah boleh melihat satu pautan di laman akaun mereka meminta mengikut 'kaedah keselamatan mudah'.

Mereka yang klik pautan tersebut akan dibawa ke laman keselamatan Facebook di mana mereka akan diminta memilih kata laluan unik dan diberikan tutorial bagaimana untuk mengenali penipuan melalui talian.

Pengguna kemudian akan diminta untuk menyediakan nombor telefon bimbit bagi membolehkan pemulihan keselamatan akaun.

Facebook mendakwa tindakan terbaru itu berkesan kerana apabila pengguna mengesahkan nombor telefon mereka, ia akan membenarkan laman web itu untuk memadamkan kata laluan mereka jika akaun itu digodam.

Laman web itu kemudian akan menghantar satu mesej teks kepada pengguna bahawa kata laluan mereka telah ditukar.

Tindakan terbaru itu dipilih berbanding penghantaran emel kerana kebanyakan pengguna tidak mengendahkan dan hanya akan memadamkannya. - AGENSI

 

ZONFINITI