BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan,majoriti 238 undi

Saturday, May 31, 2014 0 Komen

BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan

Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi.

Terdahulu, Gerakan menjangkakan akan berlaku pengiraan semula susulan keputusan tidak rasmi yang diumumkan sekitar pukul 8 malam. Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho berkata kepada penyokong mereka di ibu pejabat Gerakan di Teluk Intan yang mereka telah menang tipis sekitar lebih kurang 100 undi.

PRK Teluk Intan mencatat rekod jumlah yang keluar mengundi  kedua terendah pada PRK yang telah berlangsung sejak PRU-13.

Seramai 40,236 pengundi keluar mengundi hari ini iaitu sebanyak 66.67 peratus.

Pada PRU-13, seramai 48,839 pengundi atau 80.7% keluar membuang undi di Teluk Intan.

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-57 TAHUN 1435H/2014M

Sunday, May 18, 2014 0 Komen

KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-57 TAHUN 1435H/2014M

BAHAGIAN LELAKI/QARI

TEMPAT PERTAMA : Ahmad Tirmizi bin Ali
NEGERI : Terengganu
MARKAH : 91.67%

TEMPAT KEDUA : Amirahman Bin Abas
NEGERI : Negeri Sembilan
MARKAH : 90.33%

TEMPAT KETIGA : Wan Fakhrul Razi Bin Wan Mohamad
NEGERI : Wilayah Persekutuan
MARKAH : 87.00%

BAHAGIAN WANITA/QARIAH

TEMPAT PERTAMA : Hanimzah Binti Hj. Jalaluddin
NEGERI : Johan Menunggu
MARKAH : 88.67%

TEMPAT KEDUA : Nor Faizah Binti Panut
NEGERI : Selangor
MARKAH : 85.68%

TEMPAT KETIGA : Hajah Nor Azrah Binti Ayub
NEGERI : Johor
MARKAH : 85.67%

JOHAN KESELURUHAN : Terengganu
MARKAH : 85.17%

Tahniah dan Syabas Johan Qari iaitu Ahmad Tirmizi Bin Hj Ali dari Negeri Terengganu & Johan Qariah Puan Hanimzah bt Hj Jalaluddin (Johan Menunggu/Negeri Pahang)

Semoga Kejayaan diteruskan mewakili negara di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) pada 16-21 Jun nanti.

Program khas KPJUC untuk lepasan SPM

Sunday, May 18, 2014 0 Komen

Program khas KPJUC untuk lepasan SPM

Asasi Sains adalah program komprehensif ditawarkan Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC). Program sepenuh masa ini direka khas bagi memberi peluang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pelajaran bagi persediaan ke peringkat lebih tinggi di mana-mana universiti diiktiraf.

Program Asasi Sains KPJUC dijalankan dalam jangka masa satu tahun merangkumi dua semester. Program yang dirancang dengan penuh ketelitian sama ada dari segi sukatan pelajaran mahu pun penilaian, mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penarafan MyQuest

Malahan KPJUC mendapat penilaian lima bintang dalam penarafan MyQuest iaitu suatu sistem penilaian prestasi kolej swasta dalam pengendalian pendidikan tinggi yang berkualiti.

Pelajar yang mendapat sijil dari program ini berpeluang mengikuti program ijazah sarjana muda di pelbagai bidang termasuk Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Pergigian dan Kejuruteraan di pelbagai universiti.

Malah KPJUC sendiri menyediakan pelbagai program ijazah dan diploma berkualiti untuk pelajar meneruskan pembelajaran mereka. KPJUC menerapkan budaya kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar memperoleh ilmu yang mantap di dalam subjek dipelajari dan mengaplikasikan dengan baik pada peringkat seterusnya.

Kawasan kehijauan

KPJUC terletak di kawasan yang lapang penuh kehijauan di Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Timbalan Presiden Kolej Universiti KPJ Healthcare, Profesor Dr Durrishah Idrus, pemilihan Nilai sebagai lokasi kampus induk KPJUC berdasarkan perkembangan kawasan ini sebagai hub atau pusat pendidikan di Malaysia.

Kawasan ini juga menempatkan pusat pengajian lain seperti Institut Aminuddin Baki, USIM, INTI dan Universiti Antarabangsa Manipal.

KPJUC menyediakan prasarana dan kemudahan pembelajaran kondusif dan selamat akademik seperti bilik kuliah dan auditorium berhawa dingin, pusat sumber dan kemudahan internet. Pelajar berpeluang menjalani amali di makmal serba lengkap.

Kemudahan asrama dan kantin juga turut disediakan untuk keselesaan pelajar. Program ini melaksanakan pengajaran melalui kuliah, amali, tutoran dan kerja khusus dan ia berdasarkan sistem mentor.



Wanita bersolat atas jejambat tiada keluarga melawat

Sunday, May 18, 2014 0 Komen

Tiada seorang pun ahli keluarga wanita bersolat atas jejambat melawatnya

Tiada seorang pun ahli keluarga wanita yang dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka semalam, telah datang melawatnya setakat ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pekerja di Wad Psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur yang enggan dinamakan.

Menurutnya, sejak dimasukkan ke wad itu, wanita tersebut tidak menerima sebarang pengunjung dan pekerja-pekerja wad tersebut telah menerima arahan dari pihak Hospital untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang wanita itu kepada pihak media.

Wanita itu menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat itu, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak semalam.

MStar melaporkan bahawa maklumat awal mendapati wanita yang bernama Anita Shiar, 27, itu mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Calon DAP, Dyana Sofya dapat restu ibu

Sunday, May 18, 2014 0 Komen

Calon DAP, Dyana Sofya dapat restu ibu

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat restu ibunya, Yammy Samat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei ini, lapor Roketkini.

Yammy berkata keputusan DAP menamakan Dyana Sofya sebagai calon membuktikan parti itu berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua.

“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.

Dyana Sofya

“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,” katanya selepas majlis pengumuman Dyana Sofya sebagai calon di pusat operasi pilihanraya DAP disini, pada Sabtu.

Yammy juga dilaporkan menyeru pengundi Teluk Intan terutama golongan veretan supaya membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengundi.

Dyana Sofya

“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.

“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.

Akhbar Mingguan Malaysia pula dalam laporannya menyebut Yammy menyifatkan DAP bakal berdepan risiko besar dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calon.

Yammy dilaporkan sebagai berkata DAP bakal berhadapan risiko kehialngan sokongan pengundi lain berikutan meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi Cina.

"“Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.

“Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini.

Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya," Yammy dipetik sebagai berkata oleh Mingguan Malaysia ketika mengiringi Dyana Sofya.

Yammy juga dilaporkan akan memberi sokongan kepada Dyana Sofya atas kapasitinya sebadai ibu kepada wanita muda itu biarpun berbeza parti politik.

“"Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' kata ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat itu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan akibat kematian penyandangnya Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu.

Dyana Sofya bakal berdepan cabaran Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, yang pernah memenangi kerusi Teluk Intan selama dua penggal. ~ awani

Mohamed Nabi Bux bukan ahli PAS - Mustafa Ali

Saturday, May 17, 2014 0 Komen

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar adalah bukan anggota PAS dan tidak pernah menjadi ahli parti itu.

"Dia (Mohamed Nabi Bux) bukan ahli PAS...bukan anggota PAS sejak dari peringkat awal. Keahliannya tiada dalam rekod," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Ditanya mengenai sijil keahlian PAS yang dimiliki Mohamed Nabi Bux serta 58 anggota PAS Gombak yang mempunyai sijil sama, Mustafa berkata: "Itu semua tidak betul".

Isu kesahihan keanggotaan Mohamed Nabi Bux di dalam PAS mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020.

Sementara itu, Mohamed Nabi Bux tetap bertegas bahawa beliau adalah anggota PAS Gombak yang sah dan sijil keanggotaannya bukan palsu.

Sehubungan itu, calon Bebas yang menggunakan simbol bunga itu mahu pemimpin PAS tampil dan menemuinya bagi membuktikan bahawa beliau bukan anggota parti itu yang sah.

"Mereka (pemimpin PAS pusat) kata nama saya tidak ada dalam senarai PAS pusat, hari ini saya nak jelaskan bahawa bahawa saya memang ahli PAS Gombak, buktinya PAS Gombak telah beri sijil yang ditandatangani oleh setiausaha parti ketika itu Ustaz Radzi Yusof.

Kalau mereka masih nak nafikan, suruh pemimpin-pemimpin tertinggi itu jumpa saya dan buktikan bahawa saya bukan ahli parti dan bagaimana pula dengan 58 anggota parti PAS di Gombak yang mempunyai sijil akuan sama seperti saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru, Air Itam di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima surat pemecatan daripada PAS selepas menjadi calon Bebas pada PRK Parlimen Bukit Gelogor, Mohamed Nabi Bux berkata sehingga hari ini tiada pemimpin PAS pusat atau bahagian Gombak menghantar surat pemecatannya, apatah lagi menghubunginya dan mereka hanya berani bercakap kepada media.

Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini Mohamed Nabi Bux akan berhadapan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan serta seorang calon Bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

Pada pilihan raya umum ke-13, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. ~ awani

Jangan Tinggalkan Laptop Di Atas Katil, Bantal

Friday, May 16, 2014 0 Komen

Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran.

Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan letak beg di tempat duduk penumpang

Friday, May 16, 2014 0 Komen

Jangan letak beg di tempat duduk penumpang

Polis menasihatkan orang ramai khususnya pemandu wanita tidak meletak beg tangan di tempat duduk penumpang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata, sepanjang dua minggu ini sudah 10 laporan diterimanya di mana cermin kereta dipecah dan beg tangan mangsa disamun.

Menurutnya, modus operandi samun sebegini adalah ketika keadaan trafik sesak sama ada ketika hujan lebat atau di lampu isyarat dan paling kerap menjadi mangsa adalah wanita.

“Bila pemandu (wanita) meletakkan beg tangan di tempat penumpang , ia akan memudahkan suspek datang dan memecah cermin kereta tersebut.

“Suspek akan datang menaiki motosikal sebelum salah seorang memecahkan cermin kereta berkenaan,” katanya.


Kemelut Terengganu berlaku kerana salah faham

Thursday, May 15, 2014 0 Komen

Kemelut Terengganu berlaku kerana salah faham

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemelut politik di Terengganu berlaku berikutan salah faham komunikasi di antaranya dan Datuk Seri Ahmad Said.

Memetik laporan sebuah portal media, Najib bagaimanapun bersyukur kerana konflik itu akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik.

Ini adalah komen pertama Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sejak kemelut berkenaan tercetus pada Isnin lalu.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Ahmad Said kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya.

Katanya, beliau turut berjanji akan hadir pada majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad Said pada 17 Mei ini di Kemaman.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Auto Forum 2014 di sini, sebentar tadi.

Cinta FB (Facebook) bawa ke hotel bajet

Thursday, May 15, 2014 0 Komen

Cinta FB bawa ke hotel bajet

Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.

Malah, dia bagaimanapun memberikan alasan terpaksa menginap di hotel bajet terbabit untuk menjimatkan wang, malah mendakwa baru sahaja memasuki bilik itu.

Namun, teman lelakinya berusia 23 tahun bertindak menyembunyikan diri di bawah katil hotel berkenaan semasa serbuan sehingga memaksa penguatkuasa mengangkat katil itu.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, pasukan penguatkuasa Jaik turut menahan beberapa pasangan termasuk seorang kanak-kanak di hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Bawa anak OKU berkhalwat

Dalam perkembangan sama, seorang ibu muda sanggup membawa anak perempuannya berusia tujuh tahun semata-mata untuk bermadu kasih bersama teman lelakinya yang berusia 23 tahun.

Difahamkan, wanita berusia 25 tahun dari Teluk Kechai, dekat sini, dalam proses penceraian bersama suaminya, bagaimanapun masih memegang status isteri orang.

Ibu muda terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya yang bekerja di sebuah pasaraya mendakwa hubungan dia bersama wanita terbabit hanyalah kakak angkat semata-mata.

Manakala, wanita terbabit mendakwa keluar dari kediaman mereka bersama anak perempuan orang kurang upaya (OKU) kerana tiada tempat berlindung selepas dihalau keluar.

Turut ditahan, suami orang berusia 32 tahun dari Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, bersama anggota sukarelawan wanita sebuah jabatan dari Pulau Pinang.

50 penguatkuasa sertai Ops Khalwat

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud, 50, berkata, penguatkuasa menyertai operasi demi membendung perbuatan tidak bermoral terbabit.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi seperti di Jalan Lencong Barat, Seberang Perak, Lebuhraya Darul Aman dan sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

“Dalam operasi kali ini, ada pasangan dikesan sudah beberapa kali ditahan termasuk di Lorong Petani sebelum ini. Tidak ketinggalan, pasangan tukang masak dan jurujual,” katanya.

Jika sabit kesalahan, mereka dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

“Ibu bapa dinasihatkan mengawal penggunaan laman sosial anak-anak mereka. Dari Facebook boleh membawa maksiat apabila mereka melakukan pertemuan di hotel,” katanya.

Malah, katanya, dia meminta masyarakat tempatan memandang serius isu sedemikian meskipun ia tanggungjawab pihak tertentu kerana ia amanah Allah SWT kepada semua

Teknik terbaru rompak bagasi dibongkar

Wednesday, May 14, 2014 0 Komen

Teknik terbaru rompak bagasi dibongkar

Seorang pakar kunci dan pengembara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bagaimana bagasi baju begitu mudah dibuka tanpa menjejaskan mangga kunci yang dipasang kepada bagasi dengan hanya menggunakan sebatang pen.

“Jika anda berfikir dengan mengunci beg dapat menghalang pencuri membuka bagasi anda dan seterusnya mencuri barangan berharga di dalamnya, maka anda salah," katanya.

Portal berita dailymail.com dalam satu rakaman video yang menggemparkan mendedahkan betapa mudahnya sesebuah bagasi itu dibuka dan mencuri barangan di dalamnya atau memasukkan sesuatu yang mencurigakan ke dalam bagasi itu tanpa diketahui pemilik hanya dengan menggunakan sebatang pen.



Lebih mengejutkan sesebuah bagasi berkunci itu kemudian ditutup kembali dalam keadaan sediakala seperti tidak pernah disentuh oleh sesiapa, tanpa pengetahuan pemiliknya.

Pakar kunci itu yang hanya dikenali sebagai bosnianbill membuat pendedahan itu selepas bagasi seorang rakannya dipecah dan beberapa barangan berharga milik rakannya dicuri ketika dia dalam penerbangan dari Afrika ke Amerika Syarikat.

Teknik terbaharu yang mengejutkan itu menunjukkan bagaimana bagasi seseorang penumpang boleh dibuka tanpa diketahui pemiliknya sehingga penumpang itu meninggalkan lapangan terbang.

Adalah amat sukar bagi seseorang mangsa untuk membuat tuntutan jika berlaku kehilangan sesuatu barangannya di dalam bagasi, sejurus selepas seseorang penumpang itu meninggalkan premis lapangan terbang.

Bagi mengatasi masalah itu, bosnianbill mencadangkan penumpang atau pengembara menggunakan bagasi berkulit keras yang menggunakan mangga kunci demi keselamatan selain membawa bagasi mereka bersama untuk imbasan serta pemeriksaan lanjut jika diminta. ~

Amalan sedekah dan si miskin yang sombong

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Si miskin yang sombong

Saya pernah terdengar bahawa orang kaya dilarang bersifat sombong. Malah orang kaya yang sombong, ibarat Qarun yang dilaknati Allah SWT. Namun, di tempat tinggal saya, ada juga kedapatan orang miskin yang merupakan asnaf zakat tetapi mereka juga sombong. Contohnya, mereka enggan bergaul dengan masyarakat, malah sukar ke masjid atau menghadiri program-program kemasyarakatan serta bersifat mementingkan diri sendiri. Apakah yang perlu kita lakukan untuk menyedarkan mereka?

Jawapan

Terima kasih kerana mahu mengemukakan persoalan seperti ini, yang saya yakin ia bukanlah fenomena setempat, malah ada di mana-mana. Ini kerana, semasa menghadiri jemputan pihak masjid dan komuniti, sering juga terdengar rungutan masyarakat mengenai sikap segelintir asnaf zakat, khususnya dalam kalangan fakir dan miskin yang tidak mahu memesrai komunitinya.

Hakikatnya, di dalam Islam perbuatan menyombongkan diri bukanlah sesuatu yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika kita rajin membuka al-Quran, kita pasti akan terjumpa kisah keangkuhan dan kesombongan yang dipamerkan oleh iblis, sehingga melayakkan dia akhirnya dimurkai dan dihumban ke dalam neraka Allah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api sedang dia, Engkau jadikan daripada tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina. (al-A’raff: 12-13)

Sungguh, kesombongan adalah pakaian ahli neraka, justeru orang yang memberikan hartanya sebagai sedekah sekali pun, namun jika diiringi dengan kesombongan, maka pahala amalnya akan menjadi kosong.

Firman Allah SWT lagi: Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah ia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai (memperoleh) sesuatu pun daripada apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang kafir. (al-Baqarah: 264)

Jika seorang yang kaya, berkuasa dan terhormat pun ditegah daripada bersifat dengan kesombongan, maka apatah lagi bagi orang miskin yang tidak mempunyai harta, tiada pangkat kebesaran dan kedudukan yang tinggi, maka pastilah menjadi suatu kejelikan jika mereka pula bersifat sombong. Ibarat kata pepatah, ‘lonjak sebagai labu dibenam’ dan ‘cacing hendak menjadi naga’, maka pastilah mustahillah jadinya.

Nota: Disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sebarang pertanyaan atau pandangan, sila emelkan kepada hamizul@e-zakat.com.my dan untuk maklumat lanjut sila layari media sosial LZS di www.e-zakat.com.my, http://blog.e-zakat.com.my atau Facebook.com/lembagazakatselangor.MAIS

ADUN Bukit Besi keluar UMNO, jadi wakil Bebas

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

ADUN Bukit Besi keluar UMNO, jadi wakil Bebas

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: “Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas, masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.

Surat Roslee dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (satu). - Bernama

Datuk Ahmad Razif mungkin Menteri Besar paling singkat?

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Razif MB paling singkat?

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi politik yang makin memuncak.

Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah peralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya umum lalu tidak mampu lagi bertahan.

Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak 14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir pasti dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu membentuk kerajaan bersama dengan pembangkang. - UTUSAN ONLINE

Ahmad Razif angkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang baru

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Ahmad Razif angkat sumpah Menteri Besar Terengganu yang baru

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam ini.

Terdahulu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said berkuatkuasa mulai tarikh mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda.

Perkara tersebut disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  awal petang ini dilaporkan sah telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini dan disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada The Star Online.

Tengku Adnan berkata Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Terengganu, pada pukul 8 malam ini.

Topik penggantian Menteri Besar ini sebelum ini tersebar dengan luas ekoran penulisan Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya Bisik-Bisik Awang Selamat, yang mendakwa dua Menteri Besar di negeri yang ditadbir Barisan Nasional akan ditukar tidak lama lagi.

Ahmad pula telah menyifatkan khabar angin itu sebagai sengaja dihebohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelahkan perpaduan UMNO di negeri itu.

Katanya, desas-desus itu bukan satu perkara baru sebaliknya tidak pernah berhenti sejak beliau menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Turut menegaskan perkara itu adalah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Abdul Rahman Bakar yang berkata Ahmad akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 25 April lepas.

Abdul Rahman mendakwa Najib telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional. ~awani

(PRK) Parlimen Bukit Gelugor: Tanpa BN, DAP dijangka menang mudah - penganalisis

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

(PRK) Parlimen Bukit Gelugor: Tanpa BN, DAP dijangka menang mudah - penganalisis

Tanpa penyertaan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, DAP dijangka mampu menang mudah.

Namun, penganalisis politik Khoo Kay Peng mengakui, calon DAP, Ramkarpal Singh yang juga muka baru dijangka ditentang sengit seorang calon Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon bebas.

“Pada masa ini pengundi-pengundi akan melihat dari segi, pertama beliau bukan diketahui pengundi-pengundi akan memberi peluang kepada Ramkarpal kerana tidak ada saingan sengit dari BN, kedua mereka akan beri peluang kepadanya sebagai anak Karpal Singh untuk mewakili kawasan tersebut dan prestasi beliau akan dapat diukur dalam masa 4 tahun dari sekarang,” ujar Khoo lagi.

Khoo juga percaya tanpa pembabitan wakil BN sama ada MCA atau Gerakan dalam PRK kali ini, isu hukum hudud dibangkitkan PAS yang juga anggota Pakatan Rakyat sebelum ini, tidak akan mendominasi kempen itu nanti.

“Jadi lebih aktif sekiranya calon MCA bertanding dan membawa isu itu untuk mendesak supaya komponen-komponen Pakatan Rakyat membuat satu pendirian tetapi sekarang kita tidak melihat bahawa calon BN dapat mewakili isu tersebut dan di antara tentangan lain saya tidak dapat merasakan bahawa mereka mampu mengenengahkan isu ini dengan efektif.” tambahnya lagi.

Data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2013 menunjukkan, Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 82,042 pengundi.

Kawasan itu mempunyai 74.49 peratus atau 61,112 pengundi Cina, 14.48 peratus atau 11,880 pengundi Melayu, 8,660 pengundi India serta 390 pengundi lain-lain kaum. ~ awani

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

Beberapa selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Datuk Abdul Samah Mat Ketua Polis Selangor Baru

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Datuk Abdul Samah Mat Ketua Polis Selangor Baru

Datuk Abdul Samah Mat menjadi Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa Rabu ini, menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahlan yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas antara mereka itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun.

Abdul Samah, 57, sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh bulan dan pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Undang-undang dan Penyiasatan) Bukit Aman dari tahun 2012 hingga Oktober 2013.

Mohd Shukri pula sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak sebelum berpindah ke Selangor dan berkhidmat selama hampir lapan bulan.

Datuk Abdul Samah Mat

"Saya akan memberi lebih fokus kepada keselamatan awam dan pencegahan jenayah selain meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya rakyat mendapat layanan yang mesra dan anggota pula dapat bertugas dengan selesa," katanya kepada pemberita kemudiannya.

Mohd Shukri pula berkata sepanjang berkhidmat, sebanyak 11.73 peratus kadar jenayah dapat diturunkan dan menganggap ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan sebelum beliau meninggalkan dunia kepolisan. `mstar

Doa Hindari Api Neraka

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

Doa Hindari Api Neraka

Dari Muslim bin Haris Tamimi r.a berkata bahawa satu ketika baginda Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasalam berkata secara senyap-senyap kepadaku: Selepas kamu bersolat Maghrib hendaklah kamu membaca ''Allahumma Ajirni Minan-naar'' (Wahai Allah, hindarilah aku daripada api neraka). Dan apabila kamu membacanya selepas solat Subuh, sebanyak tujuh kali dan jika kamu ditakdirkan mati pada hari itu, nescaya Allah akan hindarkan kamu daripada api neraka. (Hadith Riwayat Abu Daud)

Zikir Doa

Dinyatakan pula dalam sebuah hadith, ”Apabila kamu selesai solat subuh, bacalah doa berikut sebelum kamu berbicara dengan orang lain: ’Allahumma Ajirni Minan-naar’ 7 kali. Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahwa kamu jauh dari neraka. Jika kamu selesai solat maghrib, ucapkanlah doa ini sebelum kamu berbicara dengan orang lain: ’Allahumma Ajirni Minan naar’ 7 kali. Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahwa kamu jauh dari neraka.”

Hadith ini diriwayatkan Imam Ahmad r.a dalam musnadnya no. 18054, Abu Daud no. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari jalur Al-Harits bin Muslim.

"ALLAHUMMA AJIRNI MINAN-NAAR"..
Maksudnya : Wahai ALLAH hindarilah aku dari api neraka..

"ALLAHUMMA AJIRNA MINAN-NAAR"..
Maksudnya : Wahai ALLAH hindarilah kami dari api neraka..

Pesan seorang guru mulia, alangkah baik kita mendoakan untuk semua umat Islam agar terhindar dari api neraka hatta kita bersolat sendirian pun

Bayi kembar lahir berpegang tangan

Tuesday, May 13, 2014 0 Komen

OHIO,AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.


Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya. 

Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

FESTIVAL HARI GURU 2014 - JOM KE PWTC KUALA LUMPUR

Saturday, May 10, 2014 0 Komen


Jom kita meriahkan FESTIVAL HARI GURU 2014 yang berlangsung pada pada 14 Mei 2014 hingga 16 Mei 2014 di Dewan Tun Razak 3 PWTC Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang ini. Pelbagai acara menarik menanti anda!

Ramesh kagum lihat negara laksana hudud

Saturday, May 10, 2014 0 Komen

Ramesh kagum lihat negara laksana hudud

"Pengalaman menyaksikan bagaimana pelaksanaan hukum hudud di Arab Saudi menyebabkan saya terdorong untuk menyokong hukum hudud supaya dilaksanakan di Malaysia".

Demikian menurut Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao apabila diajukan persoalan mengenai isu huhud yang kembali diperdebatkan.

"Bagi saya, saya menyokong hudud.

"Sebab pengalaman saya ke Arab Saudi (Jeddah), hati saya begitu tersentuh tatkala melihat bagaimana keberkesanan perlaksanaan hukum hudud di sana.

"Ketika di sana (hari Jumaat), saya cukup terpegun, bayangkan tatkala umat Islam menunaikan solat Jumaat, semua kedai tidak ditutup, dibiarkan terbuka, tanpa takut dicuri atau dirompak.

"Kemudian saya bertanya kepada orang di sana tentang suasana tersebut, dan mereka katakan kepada saya inilah hudud," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menyentuh perkara yang sama, Ramesh berkata banyak kebaikannya sekiranya hudud dilaksanakan di negara kita.

"Jika negara kita laksanakan hudud, negara kita  bebas maksiat, tiada kelab malam, rumah urut,dengan itu ianya akan mewujudkan suasana yang  aman damai.

"Oleh itu, sebab apa kita perlu takut dengan hudud,lagipun undang-undang yang sedia ada banyak kelonggaran, penjenayah begitu bebas.

"Sebab penjenayah boleh lantik peguam untuk membela mereka,jadi penjenayah tidak serik untuk ulangi kesilapan mereka.

"Bayangkan ada satu kes (di Malaysia), apabila seorang penjenayah itu ditangkap, apabila diselidik penjenayah itu mempunyai 16 rekod jenayah sebelum ini, itu sebabnya hudud perlu dilaksanakan," jelasnya lagi.  SH

Penulis blog dihukum 1,000 sebatan, 10 tahun penjara

Saturday, May 10, 2014 0 Komen

Penulis blog dihukum 1,000 sebatan, 10 tahun penjara

RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.

Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.
blogger

Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).

Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.

Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.

Wanita ditumbuk, ditampar sejam pertahan maruah dari dirogol

Wednesday, May 07, 2014 0 Komen

Wanita ditumbuk sejam pertahan maruah dari dirogol

Seorang wanita terpaksa bergelut dan ditumbuk berulang kali di dalam kereta hampir satu jam untuk mempertahankan kesucian dirinya daripada dinoda seorang lelaki tidak dikenalinya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa berusia 32 tahun dikatakan sedang menunggu bas di perhentian berhampiran sebuah pasar raya sebelum dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, seorang lelaki memberhentikan kenderaan berkenaan tidak jauh dari tempat mangsa berdiri sebelum berpura-pura bertanyakan arah jalan.

Sumber polis itu berkata, suspek menarik dan menolak mangsa masuk ke dalam keretanya sebelum mengunci pintu kenderaan itu.

Katanya, suspek memandu kenderaannya menuju ke pusat bandar sambil memukul mangsa dengan menampar serta menumbuknya berulang kali di kepala.

“Suspek memberitahu kononnya dia sudah memerhatikan gerak-geri mangsa sejak sekian lama selain mengetahui rumah dan tempat kerja mangsa.

“Suspek memberhentikan kenderaannya di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah di Kepong sebelum cuba memperkosa mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek juga mengugut akan memanggil 15 orang rakannya untuk merogol mangsa..

selain mendakwa kawasan Kepong adalah ‘jajahannya’.

“Suspek yang gagal membuka baju mangsa terus memandu kenderaannya meninggalkan lokasi terbabit sebelum meminta mangsa menyerahkan subang emas, rantai emas dan wang tunai RM1,500,” katanya.

Kronologi kehilangan pesawat MH370

Wednesday, May 07, 2014 0 Komen

Kronologi kehilangan pesawat MH370

Pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 memasuki hari ke-59 hari ini, yang menyaksikan Malaysia dan beberapa negara mempertimbang fasa baharu operasi di dasar Lautan Hindi.
  
Fokus pencarian kini beralih ke dasar laut selepas usaha pencarian dari udara, permukaan dan dalam air gagal menjumpai pesawat malang itu. 
  
Berikut kronologi insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370: 
     
* 8 Mac (Hari 1) - Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di Laut China Selatan. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
- Penumpang terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), India (lima), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
  
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat jenis Boeing 777-200ER digerak pada 5.30 pagi dengan fokus di kawasan Laut China Selatan.  

* 9 Mac (Hari 2) - Radar tentera menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang tidak dapat dikenal pasti melakukan 'air turn back'.
  
- Satelit negara China mencerap imej objek berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan.

- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai tompokan minyak yang besar 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
  
- Dua penumpang pesawat malang itu didapati menggunakan pasport palsu Itali dan Austria.
  

* 10 Mac (Hari 3) - APMM mengesahkan tompokan minyak yang ditemui adalah minyak tangki bagi kapal kargo dan bukan minyak pesawat.
  

* 11 Mac (Hari 4) - Operasi SAR diperluas ke Selat Melaka berikutan terdapat kemungkinan pesawat itu melakukan 'air turn back'.
  
- Polis Diraja Malaysia dan Interpol mendedahkan dua penumpang lelaki yang menggunakan pasport curi adalah warga Iran iaitu Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, yang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

  

* 12 Mac (Hari 5) - Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

 
* 13 Mac (Hari 6) - Tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan yang imejnya dicerap satelit China pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China turut berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej berkenaan.
   

* 14 Mac (Hari 7)- Operasi SAR diperluas ke Lautan Hindi.
  

* 15 Mac (Hari 8) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat yang dikesan melakukan 'air turn back' oleh radar utama ialah Penerbangan MH370.
  
- Operasi SAR memfokus kepada koridor utara, yang merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand, dan koridor selatan, yang merentangi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

- Transponder dan sistem komunikasi Penerbangan MH370 ditutup ketika pesawat itu tiba di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia di antara kawasan kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam.

- SAR menamatkan operasi di Laut China Selatan.
   

* 16 Mac (Hari 9) - Tiada wang tebusan diminta oleh mana-mana pihak.
  
- Polis menyiasat semua kakitangan dan jurutera MAS yang mengendali pesawat MH370.
  
- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan insiden kehilangan pesawat itu memfokus kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi mereka.
  
- Polis merampas sebuah simulator penerbangan buatan sendiri dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370.
     

* 17 Mac (Hari 10) - Operasi besar-besaran SAR yang membabitkan 26 negara bermula di koridor utara dan selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika.

 
* 18 Mac (Hari 11) - Operasi SAR memfokus kepada empat tugasan iaitu mengumpul maklumat pemantauan satelit; analisis pemantauan data radar; menambah aset udara dan permukaan laut serta jumlah pakar teknikal dan subjek berkaitan.
  
- Laporan berita asing mendakwa pesawat yang hilang dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
  

* 19 Mac (Hari 12) - Pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan itu.
   

* 20 Mac (Hari 13) - Perdana Menteri Australia Tony Abbott memaklumkan Najib berkaitan objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370, telah dikesan di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
   

* 21 Mac (Hari 14) - Australia meneruskan pencarian dua objek yang gambarnya diambil oleh sebuah satelit.
   

* 22 Mac (Hari 15) - Satelit China mengesan satu objek terapung berukuran 22.5 meter kali 13 meter di Lautan Hindi.

  
- Tiada objek dikesan pihak berkuasa Australia kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
   

* 23 Mac (Hari 16) - Imej baharu satelit milik pihak berkuasa Perancis menunjukkan objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di koridor selatan.
   

* 24 Mac (Hari 17) - Najib mengumumkan data yang dikeluarkan satelit Inmarsat milik Britain merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi iaitu di barat Perth.
  
- Tiada bukti objek berpotensi yang dicerap satelit Perancis adalah serpihan pesawat MH370.
   

*  25 Mac (Hari 18) - Operasi SAR memfokus di selatan Lautan Hindi berikutan petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan. 


*  26 Mac (Hari 19) - Imej baharu satelit mencerap 122 objek berpotensi yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.
   

* 27 Mac (Hari 20) - Satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
   

* 28 Mac (Hari 21) - Operasi SAR dipergiat bagi mengesan serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
   
  
* 29 Mac (Hari 22) - Kementerian Pengangkutan mewujudkan panel antarabangsa bagi menyiasat insiden kehilangan MH370.
       
  
* 30 Mac (Hari 23) - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata beberapa objek yang diperoleh Kapal HMAS Success dan Haixun 01 telah diperiksa dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.

 
* 31 Mac (Hari 24) - Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".
   
  
* 1 April (Hari 25) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur, yang tidak menunjukkan terdapat sebarang keganjilan.
       
  
* 2 April (Hari 26) - Polis mendapati kesemua penumpang pesawat yang hilang "bersih" daripada elemen rampasan, sabotaj dan masalah psikologi serta peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
   
  
* 3 April (Hari 27) - Najib berkunjung ke Australia bagi mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatan beliau dan mereka yang terbabit dalam operasi mencari bangkai pesawat itu.
   
  
* 4 April (Hari 28) - Pencarian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan operasi dalam air di selatan Lautan Hindi bagi mengesan pinger kotak hitam pesawat MH370.
 
  
* 5 April (Hari 29) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bebas terdiri daripada kumpulan layak terbang, kumpulan operasi dan kumpulan perubatan serta faktor manusia, bagi menyiasat kehilangan Penerbangan MH370.
  
- Kerajaan Malaysia mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri bagi memperkemas dan memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat.
  
-Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01,mengesan dua isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
   
   
* 6 April (Hari 30) - Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan Haixun 01.
   
  
* 7 April (Hari 31) - Ocean Sheild mengesan dua isyarat detik dengan yang pertama selama dua jam 20 minit dan yang kedua, 13 minit.
 
   
* 8 April (Hari 32) - Pencarian dipergiat susulan petunjuk baharu.
   
  
* 9 April (Hari 33) - Pakar Amerika dan Australia mengesahkan isyarat detik yang dikesan di selatan Lautan Hindi adalah daripada sejenis alat buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi dari laut berikutan frekuensinya.
       
  
* 10 April (Hari 34) - Sebuah pesawat Australia mengesan satu isyarat berpotensi ketika mengendali pencarian akustik bagi pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.
   
 
* 11 April (Hari 35) - Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan bahawa isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion milik Australia semalam di kawasan pencarian selatan Lautan Hindi tidak mempunyai kaitan dengan alat pengesan mata arah bawah air sebuah pesawat.
   
  
* 12 April (Hari 36) - Ocean Shield meneruskan pencarian di dasar laut menggunakan alat pengesan pinger bagi mengesan isyarat lanjut yang mempunyai kaitan dengan kotak hitam pesawat.

      
* 13 April (Hari 37) - Ocean Sheild mengesan tompokan minyak di selatan Lautan Hindi.
   
  
* 14 April (Hari 38) - Kenderaan dalam air autonomous (AUV) Bluefin-21 digunakan dalam operasi pencarian pesawat MH370.
   
  
* 15 April (Hari 39) - Data yang dikumpul selama kira-kira enam jam oleh Bluefin-21 diambil dan dianalisis.
   
  
* 16 April (Hari 40) - Tiada objek yang mempunyai kepentingan ditemui daripada data yang dikumpul Bluefin-21 dalam misi pertamanya pada 14 April bagi membantu mengesan bangkai pesawat MH370, kata JACC.
   

* 17 April (Hari 41) - Tompokan minyak yang dikesan Ocean Shield didapati bukan cecair hidrolik atau enjin pesawat, kata JACC.


* 18 April (Hari 42) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
   
  
* 19 April (Hari 43) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
   
  
* 20 April (Hari 44) - Tiada objek yang mempunyai kaitan ditemui, kata JACC
   
  
* 21 April (Hari 45) - Pencarian secara visual disambung dengan pesawat serta kapal digerakkan semula ke selatan Lautan Hindi manakala Bluefin-21 meneruskan misinya.
   

* 22 April (Hari 46) - Pencarian udara diteruskan meskipun Taufan Tropika Jack melanda selatan Lautan Hindi.
 
  
* 23 April (Hari 47) - Bahan yang tidak dikenali dijumpai di pantai kira-kira 10 kilometer di timur Augusta, 322 kilometer di selatan Perth.
  
- Pencarian udara ditangguh berikutan cuaca buruk.
       
  
* 24 April (Hari 48) - Bahan yang ditemui di Augusta disahkan bukan daripada bangkai pesawat MH370.
   
  
* 25 April (Hari 49) - Pencarian udara dan dalam air diteruskan.
   
  
* 26 April (Hari 50) - Bluefin-21 berdepan masalah teknikal
   
  
* 27 April (Hari 51) - Tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.

  
* 28 April (Hari 52) - Operasi pencarian bawah air memasuki fasa baharu dengan tumpuan kepada kawasan di dasar laut diperluas.
   
 
* 29 April (Hari 53) - Terdapat dakwaan bangkai pesawat MH370 mungkin ditemui di Teluk Benggala, Bangladesh.
   
  
* 30 April (Hari 54) - Hishammuddin mengumumkan laporan awal berhubung kehilangan Penerbangan MH370 akan dikeluarkan esok.
   
  
* 1 Mei (Hari 55) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal berhubung kehilangan Penerbangan MH370 termasuk senarai kargonya dan rakaman audio antara kokpit pesawat itu dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur.
   
  
* 2 Mei (Hari 56) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia, China dan Australia akan mengadakan mesyuarat tiga hala di Canberra pada 5 Mei.

- MAS mengumumkan syarikat penerbangan itu akan memulakan proses pembayaran pampasan pendahuluan kepada anggota keluarga penumpang yang menaiki Penerbangan MH370.
  
- JACC mengesahkan tiada apa-apa yang ditemui di Teluk Benggala.
   
  
* 3 Mei (Hari 57) - Tiada perkembangan baharu.
   
  
* 4 Mei (Hari 58) - Tiada perkembangan baharu.
   
  
* 5 Mei (Hari 59) - Pencarian memasuki fasa baharu dengan operasi dipergiat di dasar selatan Lautan Hindi. - Bernama

Wanita dakwa ada bom dalam pesawat Malindo ditahan

Wednesday, May 07, 2014 0 Komen

Wanita dakwa ada bom dalam pesawat Malindo ditahan

Seorang wanita ditahan oleh polis selepas mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 ke Kuching, Sarawak petang tadi. 
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, siasatan awal polis mendapati wanita berusia 41 tahun yang berasal dari Kuching dan bekerja di Semenanjung itu dalam perjalanan pulang ke kampung atas urusan keluarga.
  
"Kejadian berlaku pada 2.20 petang tadi ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.
  
"Pramugari telah menegur wanita terbabit agar meletakkan beg yang berada di hujung kakinya di tempat menyimpan barang di bahagian atas, namun wanita itu terus memarahi pramugari tersebut dengan mengeluarkan perkataan ugutan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
  
Menurut Zaldino, pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.

"Penerbangan yang dijadualkan ke Kuching itu tertangguh selama 2 jam 22 minit dan pesawat itu selamat berlepas pada 4.42 petang tadi," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.
  
Sementara itu, Ketua Pegawai Komunikasi Malindo Air Raja Sa'aadi Raja Amrin ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian.
  
"Wanita itu mula marah-marah sebelum menaiki pesawat lagi dan memaki hamun pramugari selain menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu," katanya kepada Bernama.  - Bernama

Sewa rahim (perkhidmatan ibu tumpang) di India menguntungkan

Wednesday, May 07, 2014 0 Komen

Sewa rahim (perkhidmatan ibu tumpang) di India menguntungkan

Siapa sangka perkhidmatan ibu tumpang kini menjadi industri komersial paling menguntungkan di India walaupun dikritik banyak pihak kerana dianggap sebagai kegiatan mengeksploitasi wanita miskin di negara itu.

Semakin ramai pasangan dari luar India terutamanya dari Barat tertarik dengan ‘perkhidmatan’ tersebut kerana kosnya  jauh lebih murah selain peraturan dan undang-undang yang longgar di negara terbabit.

Ibu tumpang

Bayaran dikenakan untuk melakukan proses persenyawaan in-vitro (IVF) itu adalah kira-kira AS$20,000 (RM65,300) berbanding AS$50,000 (RM163,300) jika dilakukan di Amerika Syarikat (AS).

Isu besar membabitkan soal etika mula timbul selepas golongan kaya didakwa mengambil kesempatan terhadap wanita miskin di India bagi mendapatkan zuriat untuk mereka hingga menyebabkan negara itu digelar sebagai ‘kilang bayi’ pada masa ini.

Tahun lalu, New Delhi bertindak mengenakan peraturan melarang pasangan homoseksual dan individu belum berkahwin mendapatkan perkhidmatan tersebut selepas undang-undang negara itu membenarkan prosedur itu pada 2002.

Sehingga kini, tiada angka rasmi berhubung jumlah sebenar hasil diperoleh daripada industri itu.

Bagaimanapun, hasil laporan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, perkhidmatan ibu tumpang di India mampu menjana hasil keuntungan secara anggaran AS$2.5 bilion (RM8 bilion) pada setiap tahun.

Pada masa ini, lebih 3,000 pusat ibu tumpang sedang beroperasi dan ribuan bayi telah dilahirkan hasil daripada prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) yang semakin popular di India.

Kesemua pusat terbabit turut menyediakan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan tersebut selain memberi panduan untuk persediaan mental selepas bersalin.

 

ZONFINITI