Wanita bersolat atas jejambat tiada keluarga melawat

Sunday, May 18, 2014

Tiada seorang pun ahli keluarga wanita bersolat atas jejambat melawatnya

Tiada seorang pun ahli keluarga wanita yang dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran di jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka semalam, telah datang melawatnya setakat ini.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pekerja di Wad Psikiatri, Hospital Besar Kuala Lumpur yang enggan dinamakan.

Menurutnya, sejak dimasukkan ke wad itu, wanita tersebut tidak menerima sebarang pengunjung dan pekerja-pekerja wad tersebut telah menerima arahan dari pihak Hospital untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat tentang wanita itu kepada pihak media.

Wanita itu menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat itu, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak semalam.

MStar melaporkan bahawa maklumat awal mendapati wanita yang bernama Anita Shiar, 27, itu mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI