Showing posts with label Budaya. Show all posts
Showing posts with label Budaya. Show all posts

Amalan Tradisi Memindahkan Rumah (Usung Rumah) Bakal Lenyap

Wednesday, March 25, 2015 0 Komen

Amalan Tradisi Memindahkan Rumah (Usung Rumah) Bakal Lenyap

Amalan memindahkan rumah menggunakan kudrat manusia atau lebih dikenali sebagai "usung rumah" pernah mewarnai budaya masyarakat Melayu negara ini terutama di kawasan kampung.

Sejak zaman penjajah, hampir saban minggu kegiatan yang memperlihatkan semangat bergotong-royong masyarakat itu berlangsung namun amalan tradisi itu kini hampir lenyap akibat arus modenisasi.

Kewujudan perumahan moden dan pembinaan rumah-rumah konkrit di kawasan kampung menjadi faktor kegiatan usung rumah semakin lenyap meskipun semangat gotong-royong masih segar.

Lagipun kegiatan usung rumah hanya membabitkan rumah papan yang bertiang dan tidak boleh dilakukan bagi rumah batu dan konkrit.

PINDAH BERSAMA RUMAH

Seorang budayawan, Mokhtar Abdul Karim, 74, berkata, kegiatan usung rumah lazimnya membabitkan perpindahan penduduk dalam jarak dekat.

Apa pula yang mendorong mereka untuk turut membawa bersama rumah mereka ke lokasi baru?

"Ada penduduk yang teramat sayang rumahnya. Bila dia pindah, dia mahu bawa rumah sekali," katanya kepada Bernama.

Mokhtar, seorang novelis veteran yang mengguna nama pena Mokhtar AK, berkata faktor lain ialah struktur rumah itu dibeli oleh pihak lain menyebabkan ia diusung keluar ke lokasi baru yang ditetapkan pembeli.

Sebahagian besar generasi muda bukan sahaja tidak pernah mendengar perkataan usung rumah apatah lagi menyaksikan kegiatan itu.

Bagi warga emas, Sum Sanapi, 81, rumahnya juga pernah diusung sejauh lebih 500 meter dari tapak asalnya di Kampung Belanga Pudak, Perlis lebih 40 tahun lepas.

Rumahnya yang tersorok di pinggir hutan buluh dan tanah perkuburan dipindahkan ke tapak baharu yang lebih strategik.

"Rumah diusung menyeberangi tali air ke tapak baharu dan selepas itu diusung pula 'jelapang padi' (tempat menyimpan padi) ke tempat sama," kata wanita yang kini menetap di Telok Kachang.

BINA JAMBATAN BATANG KELAPA

Baginya tapak baharu lebih strategik kerana berhampiran tali air yang mempunyai banyak ikan selain terdapat hutan nipah yang memberi sumber rezeki.

Persiapan bermula dengan bergotong-royong membina jambatan menggunakan batang kelapa bagi membolehkan rumah itu diusung menyeberangi tali air.

"Masa itu tak ada jentera moden dan semua dilakukan dengan kudrat gotong- royong termasuk menebang dan mengusung batang nyoq (kelapa) satu demi satu," katanya mengimbau kisah silam.

Berdasarkan penelitian penulis, biasanya jarak usungan rumah tidak melebihi dua kilometer kerana untuk jarak yang lebih jauh, rumah berkenaan perlu diceraikan bahagian-bahagiannya dan dipindahkan dengan lori dan dipasang semula di tapak yang baharu.

Proses usung rumah bermula dengan hebahan kepada masyarakat termasuk melalui imam masjid selepas solat Jumaat mengenai gotong-royong itu.

Penganjur kegiatan usung rumah akan berdiri di sisi imam ketika pengumuman itu dibuat bagi membolehkan jemaah masjid mengenalinya.

Lazimnya kegiatan usung rumah dilakukan kira-kira seminggu selepas pengumuman dibuat dan ada yang dilangsungkan lebih awal.

Selain pengumuman di masjid, penganjur juga akan mendapatkan kerjasama ketua kampung atau pemimpin komuniti serta jiran-jiran bagi menjayakan kegiatan itu.

BULUH USUNGAN

Antara persiapan penting sebelum rumah diusung adalah penyediaan pengalas usungan daripada buluh bagi memudahkan kerja-kerja mengusung rumah.

Buluh-buluh yang ditebang secara bergotong-royong itu diikat ke rasuk rumah dan jumlah buluh yang digunakan bergantung kepada saiz rumah.

Rumah yang bakal diusung perlu dikosongkan daripada segala perabot dan barangan supaya mengurangkan berat kepada pengusungnya.

Penulis yang pernah melihat dan menyertai kegiatan usung rumah mendapati rumah yang berat pun dapat diusung secara mudah tetapi perlu diusung dengan berhati-hati.

Ini kerana jika pengusung terjatuh semasa bergerak beliau mungkin dipijak oleh pengusung lain memandangkan pergerakan rumah tidak boleh dihentikan secara mengejut.

Jika kegiatan itu dilihat dari lokasi tinggi, ia persis sekumpulan semut yang mengusung cebisan makanan dan pergerakannya perlahan serta dilakukan secara berhati-hati.

Biasanya sekurang-kurangnya 50 orang diperlukan bagi mengusung sebuah rumah bersaiz kecil dan angka itu lebih tinggi bagi rumah bersaiz besar.

PERANAN TEKONG

Selain pengusung rumah, turut berperanan penting dalam kegiatan itu ialah tekong atau penunjuk arah yang akan bertanggungjawab memastikan rumah yang diusung tidak melanggar pokok atau halangan lain.

Beliau akan memaklumkan jika terdapat halangan di hadapan termasuk bonggol, tunggul pokok atau kubang dan parit supaya para pengusung lebih berhati-hati.

Tempik sorak para pengusung adalah perkara biasa semasa kerja-kerja mengusung rumah namun suara tekong biasanya lebih lantang supaya boleh didengari mereka yang menyertai gotong-royong itu.

Tekong juga akan memaklumkan apabila rumah yang diusung tiba di tapak baharu dan beberapa orang telah bersedia menyelaraskan pelapik tiang sebelum rumah diletakkan secara tepat di lokasi.

Tradisi Usung Rumah

MENIKMATI JAMUAN SANTAI

Selepas berakhir kegiatan usung rumah, para peserta gotong-royong biasanya akan dijamu dengan bubur kacang atau bihun goreng selain minuman kopi.

Kepuasan dapat dirasakan oleh para pengusung dan tuan rumah selepas melihat rumah yang diusung dengan penyatuan kudrat, kerjasama dan toleransi itu tiba di tapak baharu dengan sempurna.

Sementara itu, beberapa kegiatan usung rumah dikesan di Perlis sejak 2010 termasuk di kampung Wang Belimbing, Kampung Sena, Kampung Jarak dan Kampung Katong.

Selain kegiatan usung rumah, para penduduk pernah bergotong-royong mengusung "jelapang padi" dan yang terbaru berlangsung di Gial, Perlis pada awal Mac.

Pastinya kegiatan ini akan tinggal sejarah tidak lama lagi jika rumah-rumah papan yang bertiang telah berganti dengan rumah batu dan konkrit.

Oleh Adnan Jahaya

- BERNAMA

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Tampilkan Tiga Elemen Budaya

Tuesday, March 03, 2015 0 Komen

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Tampilkan Tiga Elemen Budaya

Eksklusif, penuh budaya dan gilang gemilang adalah antara elemen istiadat kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bakal diadakan pada 23 Mac ini.

Bakal menampilkan tiga jenis kebudayaan iaitu budaya Melayu, Barat dan Islam, acara itu amat dinantikan segenap lapisan rakyat Johor yang mahu melihat tradisi itu, yang sejak kali terakhir dipersembahkan 55 tahun lepas.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat kemahkotaan kali ini bertempat di Bilik Singgahsana, Istana Besar, yang bakal dipertontonkan secara langsung kepada rakyat melalui RTM.

"Kali terakhir istiadat kemahkotaan ini ialah bagi Almarhum Sultan Ismail pada 10 Feb 1960. Saya percaya rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia menunggu untuk menyaksikan satu istiadat yang penuh gilang gemilang dengan budaya warisan Johor bagi kemahkotaan Sultan Ibrahim," kata beliau dalam satu temuramah di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

MENGAPA PENTINGNYA ISTIADAT KEMAHKOTAAN

Abdul Rahim berkata kalau mengikut peraturan undang-undang negeri Johor, Sultan Johor dipilih, dilantik dan dimasyhurkan sebagai raja menggantikan Almarhum raja yang mangkat.

Kemudiannya, bakal raja akan mengangkat sumpah dan dimasyhurkan oleh Menteri Besar sebelum keranda diraja diusung untuk dimakamkan, yang mana ia mengesahkan perlantikan raja sebagai Raja Johor.

"Di Johor tiada pertabalan sebagaimana di negeri lain sebab kita anggapkan dengan pemilihan, perlantikan, mengangkat sumpah dan pemasyhuran itu memadai untuk mengesahkan Sultan Ibrahim sebagai Raja Johor," kata beliau.

Bagaimanapun, mengikut tradisi warisan Johor, istiadat kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa yang Sultan kehendakinya selepas baginda naik takhta.

Istiadat kemahkotaan, menurut Abdul Rahim, adalah satu tradisi diraja Johor, yang penting kerana ia memperkasakan kedaulatan Raja.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN TONJOL BUDAYA MELAYU, BARAT DAN ISLAM

Bagi menyerikan istiadat kemahkotaan itu, terdapat sembilan istiadat yang berlainan tetapi berkaitan yang akan bermula 16 Mac ini, yang menampilkan adunan tiga kebudayaan iaitu budaya Melayu, Islam dan Barat.

Misalnya, istiadat Siram Tabal yang akan diadakan pada 21 Mac, mempunyai ciri-ciri adat istiadat Melayu, yang menggunakan air dari ulu sungai dari 10 buah daerah dalam negeri Johor.

"Adat istiadat yang kita gunakan adalah mengikut warisan iaitu berdoa, bertepung tawar, bersiram dan lain-lain lagi," kata beliau.

Sehari sebelum itu, satu majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar dan semua masjid-masjid jamek di daerah, bagi memberi peluang rakyat untuk mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta mendoakan agar istiadat kemahkotaan baginda berjalan dengan lancar.

Selain itu, pemakaian mahkota kepada Sultan Ibrahim serta istiadat Menghadap Takzim adalah mengikut budaya barat, kata beliau.

MAHKOTA SEBAGAI LAMBANG KEMODENAN DIRAJA JOHOR

Mengenai mahkota, Abdul Rahim mengimbas kembali tindakan berani Almarhum Sultan Abu Bakar yang membawa kemodenan kepada Johor melalui mahkota ini.

"Kalau kita perhatikan di negeri lain, raja-raja Melayu memakai tengkolok atau tanjak, tetapi di Johor tiada. Oleh sebab langkah Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memodenkan kerajaan negeri Johor, maka kita gunakan mahkota," kata beliau.

Selain mahkota, Almarhum membawa elemen kemodenan yang lain seperti darjah-darjah kebesaran, inovasi teknikal dan inovasi pentadbiran.

Mahkota itu yang diilhamkan Almarhum pada tahun 1886, direkabentuk oleh satu-satunya syarikat yang membuat barang-barang kemas diraja British iaitu JW Benson, yang berpengkalan di London.

"Berat mahkota ialah 1.6 kilogram dan rekabentuknya adalah oriental iaitu mengikut kebudayaan Timur dan dipersinarkan dengan intan berlian dan batu-batu permata," kata Abdul Rahim.

Selain itu, terdapat empat bulan bintang bercantum yang melambangkan agama Islam di sebelah kemuncak takhta dan ada tulisan perkataan Allah dan Muhammad, yang membawa makna Sultan turut menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi bagi negeri Johor.

KEUNIKAN TRADISI KEMAHKOTAAN PENUH WARISAN

Selain mahkota, keunikan istiadat kemahkotaan ini adalah penggunaan kain pelayang diraja, yang bakal digunakan oleh Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah, pada upacara itu.

Kain pelayang diraja itu dibuat menggunakan kain sutera khas, direka bentuk dari bahu sampai meleret ke belakang dan akan dijinjit oleh putera puteri kecil ketika istiadat.

"Ia direka khas daripada kain sutera biru yang dibuat di London, dihiasi dengan lakaran lada hitam dan gambir bersulamkan benang emas dan mempunyai tulisan Jawi yang membawa maksud Sultan Johor," kata beliau.

Beliau berkata Sultan Ibrahim gemar menghidupkan kembali tradisi-tradisi lama yang kian dilupakan bagi tatapan rakyat jelata terutama generasi muda.

"Titah Tuanku ialah agar istiadat kemahkotaan baginda dibuat secara istimewa agar menjadi kenangan untuk rakyat kita turun temurun.

"Disebabkan keistimewaan inilah, hanya raja-raja Melayu dan gabenor, Sultan Brunei dan orang kenamaan tertentu sahaja dijemput bagi memastikan status istiadat kemahkotaan ini dipandang tinggi," kata Abdul Rahim.

Oleh Nor Baizura Basri
~BERNAMA

Sajian ‘makan besar’ sempena Tahun Baru Cina

Friday, February 13, 2015 0 Komen

Sajian ‘makan besar’ sempena Tahun Baharu Cina

Makan malam atau ‘makan besar’ bersama ahli keluarga merupakan acara wajib pada sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu ini peluangnya untuk berkumpul bagi bertanya khabar dan mengukuhkan silaturahim sesama ahli keluarga selepas setahun sibuk dengan urusan kehidupan dan kerja masing-masing.

Kalau dahulu, makan besar diadakan di rumah ahli keluarga yang paling tua dengan semua ahli keluarga bersama-sama menyediakan hidangan.

Namun, kini banyak keluarga memilih untuk mengadakannya di restoran atau hotel kerana lebih mudah.


Banyak restoran atau hotel menawarkan promosi-promosi menarik, termasuk di Hotel Palm Garden, Putrajaya, yang tampil setahun sekali dengan sajian istimewa di dua restoran utamanya, Aroi Dee Thai dan Palm Cafe, sempena Tahun Kambing kali ini.

Chef Baquet dan Kateringnya, Sin Jee Yip berkata, terdapat dua sajian istimewa yang hanya dibuat dan disajikan setahun sekali di hotel tersebut, iaitu Yee Sang dan kuih bakul goreng.

Katanya, kedua-dua makanan tersebut boleh dikatakan sajian wajib yang mesti ada di atas meja ketika makan besar.

“Apa yang diutamakan dalam menyajikan sajian untuk Tahun Baharu Cina adalah kepelbagaian warna dalam sajian kerana menjadi tradisi masyarakat Cina yang sukakan warna-warna ceria seperti merah dan oren ketika menyambut perayaan.

“Warna-warna tersebut saya adun dalam sajian Yee Sang dengan penggunaan sehingga 13 ramuan. Lebih banyak ramuan lebih bagus kerana Yee Sang dikatakan simbol kepada kemakmuran dan kekayaan,” kata chef yang mempunyai 13 tahun pengalaman itu.

Dalam pada itu sempena Tahun Baharu Cina ini, tiga set menu boleh dipilih pengunjung bagi sajian Prosperity New Year di Aroi Dee Thai pada harga bermula RM688 hingga RM988 untuk 10 orang bagi makan tengah hari atau malam.

Antara sajian yang boleh dinikmati sup makanan laut bersama ikan roe, ayam panggang bijan ala Kantonis, ikan siakap kukus dengan sos soya, nasi kukus daun teratai dan banyak lagi. Tidak ketinggalan bubur labu bersama sagu dan bebola tepung beras serta kuih bakul goreng sebagai pencuci mulut.

Jika ingin lebih santai boleh juga ke Palms Cafe yang menyediakan bufet Tahun Baharu Cina, dengan tawaran pelbagai sajian lazim seperti sup sirip ikan yu bersama isi ketam, udang mentega bersama sos keju, itik panggang ala Cina, daging rusa goreng bersama halia dan daun bawang, dan banyak lagi. Bufet untuk makan malam (RM78++) dan makan tengah hari (RM68++).

Puak Hazda: Suku kaum yang dilupakan masa

Tuesday, February 10, 2015 0 Komen

Puak Hazda: Suku kaum yang dilupakan masa

Di tebing Tasik Eyasi, utara Tanzania, wujud satu puak yang terpisah daripada kemodenan dan hidup dengan cara purba-mungkin puak terakhir seumpamanya di dunia.

Mereka tidak bercucuk tanam, menternak atau membina rumah. Kehidupan mereka tidak berubah sejak lebih 10,000 tahun lalu.

Dunia mereka adalah satu gambaran kebebasan mutlak yang mungkin manusia moden kini tidak mampu bayangkan, apatah lagi merasainya. Mereka hanya berbekalkan kemahiran untuk kekal hidup.

Tiada pekerjaan, bos, jadual mahupun struktur sosial atau agama.


Tanpa undang-undang, cukai dan hidup tanpa duit perkara paling hampir dengan wang bagi mereka ialah pertukaran barangan untuk mendapatkan seluar atau sandal dengan puak yang berjiran dengan mereka.

Sekumpulan pengkaji bertemu dengan puak Haz­da itu. Mereka mengikuti kaum lelaki Hazda pergi memburu babun dalam cuaca panas terik.

Keadaan persekitaran kehidupan puak Hazda dikelilingi bahaya dengan semak berduri, ular berbisa dan singa yang sedia membaham bila-bila masa. Namun, pemburuan tetap dilakukan demi kalangsungan hidup.

Kira-kira 1,000 puak Hazda masih mendiami gua di sekitar kawasan Tasik Eyasi.

Mereka kekal tersisih dan boleh dianggap kaum yang dilupakan masa.

Mereka tidak pernah terbabit dalam konflik dan tidak pernah mengalami penyebaran wabak berjang­kit atau kebuluran. Populasi mereka tidak pernah melebihi jumlah yang mampu diberi makan melalui hasil buruan.

Makanan puak Hazda ringkas, daging termasuk burung, babun, kijang dan kerbau-yang diburu meng­gunakan panah buatan sendiri.

Bahasa pertuturan mereka dipercayai yang tertua yang masih digunakan sehingga hari ini.

Tidak seperti kehidupan kita hari ini yang dibelenggu beban kerja, puak Hazda menikmati banyak masa lapang. Mereka ha­nya memburu apabila ingin makan dan ia mangambil masa kira-kira lima jam sehari.

Sepanjang kewujudan mereka sejak ribuan tahun lalu, mereka meninggalkan lebih daripada sekadar kesan jejak.

Puak Hazda mewakili sebahagian pembentukan budaya dunia yang sudah hilang, malah mereka juga mungkin mewakili apa yang hilang daripada masyarakat hari ini.

Senarai acara Istana Budaya sepanjang tahun 2015

Friday, February 06, 2015 0 Komen

Senarai acara Istana Budaya sepanjang tahun 2015


Jom tengok aktiviti-aktiviti dan acara menarik di Istana Budaya!

Di sini disenaraikan acara sepanjang tahun 2015 di Istana Budaya.

1. Tahajjud Cinta – Sirah Rasulullah (3-7 Januari)

2. Guan Yin Pusa A Musical (16-25 Januari)

3. OTM Bersama Bintang (30-31 Januari)

4. Teater Diari Wanita (11-16 Februari)

5. 9th ATN Awards (23 Februari)

6. The Royal Gala Mek Mulong (28 Februari-1 Mac)

7. Konsert Malam Aku, Dia dan Lagu (6-7 Mac)

8. Konsert Nusantara (13-14 Mac)

9. Puteri Gunung Ledang Reunion Concert (20-24 Mac)

10. Teater Kena Main (27 Mac-5 April)

11. Rejang The Musical (14 April-2 Mei)

12. Dramatari Matah Ati (7-10 Mei)

13. Taiji Atlas World Tour In Malaysia (29-30 Mei)

14. Konsert A. Rahman Hassan (5-7 Jun)

15. Muzikal Bongkar (12-16 Jun)

16. La Bayaadere Ballet (25-26 Julai)

17. Sound of Wisdom Imee Ooi Concert (30 Julai-2 Ogos)

18. Teater Laksamana Cheng Ho (10-16 Ogos)

19. Y Sebuah Muzikal (22-30 Ogos)

20. Saturday Night Fever The Musical (5-15 September)

21. Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (26 September-3 Oktober)

22. Asean Musical Extravaganza (6-7 Oktober)

23. Muzikal Seniman Jalanan (10-14 Oktober)

24. Spirit of the Lotus (22 Oktober-8 November)

25. Muzikal Siti (14-22 November)

26. Teater Laila Majnun (29 November-7 Disember)

27. Muzikal The Rock Oo! (28 Disember-3 Januari 2016)

Elak mercun ragut nikmat Ramadan

Wednesday, July 09, 2014 0 Komen

Saban tahun kita disajikan dengan berita kecederaan angkara bermain mercun dengan pelbagai berita kecederaan dan musibah angkara bermain mercun seperti jari tangan hancur dan hampir putus, malah ada yang hilang jari serta nyaris buta, namun anak kita tetap tidak serik dan masih gagal untuk mengambil iktibar seolah-olah Ramadan dan Aidilfitri tidak lengkap jika tidak dihiasi dengan dentuman bunga api dan mercun.

Hakikatnya mereka lupa bahawa saban tahun pesta mercun dan bunga api ini pasti membawa khabar pilu dan derita kepada anak kita. Lebih malang anak kita memperagakan daya kreativiti mereka pada tempat yang salah dan merugikan dengan mengubahsuai mahu pun membuat sendiri mercun mengikut kehendak masing-masing.

Antara punca berlaku insiden sebegini ialah kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menjual bahan terlarang itu walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk membendung dan menghalangnya.

Hakikatnya kerancakan Ramadan dan Aidilfitri juga sekali gus mencetuskan kerancakan dalam aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan.

Walaupun serbuan dan tangkapan demi tangkapan dibuat pihak berkuasa tetapi sindiket penyeludupan masih bergerak aktif, terutama menjelang musim perayaan utama seperti ini.

Misalnya baru-baru ini, kastam Perak melalui Kastam Cawangan Penguatkuasaan Pengkalan Hulu merampas mercun dan bunga api di sebuah premis tidak berpenghuni di Taiping dan hasil pemeriksaan terhadap 10 kontena mendapati tiga daripadanya mengandungi 327 karton mercun dan bunga api bernilai RM88,935.

Di samping itu, serbuan juga dilakukan di sebuah stor tidak berpenghuni di kawasan perindustrian Taiping dan pemeriksaan menemui 1,623 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1,260,600. Ini baru di Perak dan belum lagi kita teliti tangkapan di negeri lain yang juga pastinya tidak kurang hebatnya.

Kita percaya ini hanya permulaan kerana kebiasaannya menjelang Aidilfitri pasti lebih banyak usaha dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyeludup demi meraih keuntungan berlipat ganda dalam jangka pendek.

Ini membuktikan betapa kumpulan ini tidak pernah berputus asa, malah sentiasa menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh. Walaupun pihak Kastam dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sentiasa menggiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan, terutama menjelang musim perayaan, namun aktiviti penyeludupan dan penjualan mercun ini tetap tidak dapat dibendung sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Pihak tidak bertanggungjawab masih memperhebatkan kegiatan penyeludupan mereka kerana perniagaan itu menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Persoalannya, apakah mereka bahagia dengan rezeki yang diperoleh hasil penjualan mercun yang kemudian memudaratkan anak kita? Di mana rasa simpati, keprihatinan dan tanggungjawab peniaga yang tidak berhati perut seperti ini? Hanya peniaga yang mampu menjawab persoalan itu.

Apapun perkara yang lebih membimbangkan kita ialah pesta mercun dan bunga api ini saban tahun meningkatkan jumlah kemalangan dan kecacatan fizikal dalam kalangan kanak-kanak di negara kita. Bilangan anak yang kudung, buta dan cacat anggota badan lain secara kekal akibat penggunaan mercun dan bunga api dilihat semakin bertambah dan merisaukan semua pihak.

Justeru, semua pihak perlu berganding bahu dan melakukan sesuatu agar kita dapat perangi mercun habis-habisan. Ia tidak mustahil kerana kita perlu ingat bahawa tidak akan ada penawaran andai tiada permintaan. Jualan mercun berleluasa kerana anak kita mahukannya.

Walaupun pihak berkuasa berusaha keras untuk membanteras penyeludupan dan penjualan mercun, namun tanpa kerjasama dan komitmen ibu bapa dan masyarakat masalah ini semakin sukar untuk ditangani.

Di samping pihak berkuasa, peranan ibu bapa dan masyarakat juga ditagih dalam mengatasi kemelut ini. Ibu bapa dan masyarakat perlu lebih agresif dan aktif dalam mengawal anak daripada terjebak pesta mercun.

Kita perlu memastikan anak kita tidak membazir dengan membeli mercun yang boleh mengancam nyawa mereka. Tiada salahnya dalam hal sebegini kita berkeras dan tegas demi kebaikan dan masa depan mereka sendiri.

Biar kita sambut Ramadan dan Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Jangan biarkan mercun dan bunga api meragut kegembiraan itu.

Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
Penulis Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM

Super Mokh sebuah Muzikal

Thursday, October 17, 2013 0 Komen

Teater Komedi Super Mokh sebuah Muzikal

Awie main bola
Muzikal ini akan sekali lagi menampilkan Awie sebagai Mokhtar Dahari. Kita mengetahui yang Awie adalah seorang yang berbakat besar di dalam bidang nyanyian, lakonan dan yang terkini, sebagai seorang pelakon komedi.

Saksikan pula bagaimana Awie menimbang bola.


Tiket-tiket boleh dibeli sekarang di Istana Budaya dan juga melalui laman web http://www.ticket2u.biz/

Tarian Sumazau - tarian tradisi rakyat Sabah

Thursday, June 06, 2013 0 Komen

Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.


Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Budaya Pelik: Pengantin perempuan miliki 5 suami adik beradik

Wednesday, March 20, 2013 0 Komen

Memang terdapat adat dan budaya pelik di sesetengah daerah di India. Seorang pengantin perempuan berkongsi lima pengantin lelaki yang terdiri daripada adik beradik.

Tetapi bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya.

Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.
Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.



“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya.

“Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.

Ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.

Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.

Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.

Muzium Adat Jelebu, Negeri sembilan

Monday, February 04, 2013 0 Komen

Muzium adat Jelebu

Muzium Adat, yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Kuala Lumpur, adalah muzium pertama, yang menghimpunkan maklumat pelbagai amalan adat masyarakat di Malaysia.

Sebaik melangkah masuk ke muzium ini, pelawat akan disambut oleh replika tengkolok gergasi, yang dipakai oleh raja dan sultan Melayu sejak dahulu.

Kurator Muzium Adat, Suhaimi Basiron, berkata sehingga ke hari ini, masih ramai yang mengamalkan adat dan tradisi yang dipamerkan dalam muzium berkenaan.

Adat merujuk kepada amalan hidup yang dimurnikan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat secara turun temurun yang membawa pelbagai nilai untuk tamadun masyarakat itu.

Orang Melayu juga lumrah mengungkapkan "Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah".


Muzium Adat Jelebu, Negeri sembilan

Nafas baru
Justeru, adat adalah pelakuan dan peraturan hidup yang bernas dan diterima pakai oleh sebahagian besar khalayak sesuatu masyarakat dan yang turut menyumbang kepada tamadun bangsa atau suku kaum.

Beliau berkata, manusia hidup dalam dakapan adatnya dan adat pula hidup melalui amalan manusianya.

"Setiap adat berpayung di bawah peradaban besarnya. Maka dalam peradaban itu terdapat pelbagai bentuk adat yang berbeza. Pinjam meminjam antara adat adalah perkara biasa, sesungguhnya saling memperkaya. Ubahsuai tidak dapat dielak, memberi adat nafas baru untuk terus hidup sepanjang masa," katanya kepada Bernama.

Di Malaysia, kepelbagaian adat sangat luar biasa kerana rakyatnya berbilang seni budaya, agama dan bangsa.

Biar pun berbeza punca peradabannya, namun adunan kepelbagaian ini membuatkan budaya masyarakat negara ini sebagai sesuatu yang unik.

Kewujudan Muzium Adat di Negeri Sembilan, juga bersesuaian dan bertepatan dengan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat". Muzium ini dirasmikan pembukaannya oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Musa Wahab pada 2 Feb, 2008.

Suhaimi berkata, Muzium Adat berperanan menyelidik, mengumpul, mempamer dan menyebarkan ilmu pengetahuan mengenai bahan-bahan warisan adat masyarakat Malaysia.

Penubuhan muzium ini adalah hasil cetusan idea Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Empat tingkat

Muzium ini terletak dalam bangunan empat tingkat di mana ia mempunyai empat buah galeri pameran iaitu galeri aras bawah, galeri aras satu, galeri aras dua dan galeri aras tiga manakala aras empat adalah pejabat.

Galeri aras bawah memberi tumpuan kepada pengenalan adat di Malaysia, manakala galeri aras satu memaparkan kitaran hidup iaitu mengenai adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran kehidupan manusia termasuklah kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual.

Galeri aras dua pula ialah galeri tradisi intelektual, kerajaan dan kuasa di mana ia mempamerkan artifak seperti manuskrip Sejarah Melayu, Batu Bersurat Terengganu, cerita-cerita rakyat serta institusi pemerintahan.

Di galeri aras tiga, pengunjung berpeluang mendalami keunikan adat orang Negeri Sembilan menerusi galeri Adat Perpatih.

Adat Perpatih atau undang-undang berkaitan perkahwinan adalah unik di Negeri Sembilan di mana kaum hawa boleh membuat keputusan berhubung pewarisan ke atas harta benda dan hal-hal berhubung kekeluargaan.

Menurut Suhaimi, Muzium Adat memperagakan sebanyak 258 buah koleksi yang terdiri daripada artifak kebudayaan yang dikategori mengikut fungsi seperti kegunaan harian, kegunaan pertanian, upacara ritual, adat kelahiran, perkahwinan, adat berkhatan, adat cukur jambul, adat kematian dan muzik tradisional.

Upacara pelantikan pemimpin, alatan pemerintahan dan koleksi adalah juga unik berasaskan identiti sesuatu kaum.

Pusat sumber

Muzium ini juga memiliki pusat sumber yang antara lain mengandungi koleksi buku mengenai adat pelbagai etnik di Malaysia.

Antara koleksi unggul yang dipamerkan di galeri Muzium Adat ini ialah replika Batu Bertikam dan Batu Baling.

"Kedua-dua batu ini menjadi simbol kewujudan dua adat utama di alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Selain itu, terdapat keris panjang dan keris pendek diraja, kerusi singgahsana Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Bujam epok, gubahan nasi besar dan nasi manco, tengkolok diraja serta keranda kanak-kanak masyarakat Iban.

"Secara keseluruhannya, muzium ini boleh menjadi satu tarikan kepada masyarakat yang ingin belajar mengenai adat dalam negara ini. Malah, ia boleh menjadi pusat rujukan adat di rantau ini," katanya.

Muzium Adat dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Masuk adalah percuma.

Bagi lawatan berpandu boleh dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan dan rombongan dengan menghubungi 06-6136586/6136588. — BERNAMA

Senarai Perkampungan Orang Asli Negeri Perak

Friday, November 30, 2012 0 Komen

Antara Senarai PERKAMPUNGAN ORANG ASLI di Negeri Perak

Kampung Orang Asli Sungai Chenein , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Lembing , Behrang Stesen 35950 Perak
Kampung Kuala Senta , Bidor 35500 Perak
Ulu Bidor , Bidor 35000 Perak
Kampung Kinyang Lama , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Bilek , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Landor , Chenderiang 35300 Perak
Sungai Milu , Chenderiang 35300 Perak
Kampung Sungai Raba , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Temin , Gerik 33300 Perak
RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Sungai Tekam , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Sungai Malela , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Sarok , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
Kampung Akei , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Bal , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Cuwau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Jarau Baru , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Katong , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Rantau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Tiang , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
Kampung Ulu Geruntum , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Groh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Ulu Kampar , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh , Gopeng 31600 Perak
Kampung Orang Asli Batu Berangkai , Kampar 31900 Perak
Kampung Sungai Peria , Sungai Siput , Kampar 31920 Perak
Kampung Batu 7 sahom Sungai Siput selatan Kampar 31920 Perak
Sungai Sinju , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pawong , Pos Slim , Kampung Kepayang 31300 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Raya , Keramat Pulai , Kampung Kepayang 31300 Perak
Sungai Pelawan]] , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Redang Punggor , Langkap 36700 Perak
Kampung Orang Asli Air Bah , Lenggong 33410 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Perah , Parit 32800 Perak
Kampung Tibang Slim Village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kampung Pisang Rasau , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Bil , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Kuala Keding , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Bersih , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Pos Tenau , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Ulu Rasau Slim village Slim River 35800 Perak
Kampung Orang Asli Gesau Ulu slim Slim River 35800 Perak
Kampung Kelah , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Kenang Baru , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Langkor , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Landap , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Ganteh , Pos Piah , Sungai Siput (u) 31100 Perak
Kampung Menderang , Sungkai 35600 Perak
Kampung Sat , RPS Jernang , Sungkai 35600 Perak
Chenderong Kelubi]] , Changkat Pinggan , Air Kuning , Tanjong Tualang 31920 Perak
Kampung Orang Asli Chinggong , Behrang Ulu Bt 8 Tanjung Malim 35950 Perak
Kampung Sungai Tunggang , Tanjung Rambutan 31250 Perak
Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Sungai Chedok]] Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Kuala Telum Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 19 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 5 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 17 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 3 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 8 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Batu 14 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Pos Woh , Kuala Woh , Tapah 35000 Perak
Kampung Orang Asli Temoh 35350 Perak
Kampung Air Denak , Teronoh 31750 Perak
Kampung Orang Asli Bukit Ganggai , Trolak Timur , Trolak 35700 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Jentong , Trolak 35700 Perak
Kampung Changkat Kereta , Erong , Ulu Bernam 35650 Perak
Kampung Orang Asli Makmur , Kinta Intake , Ulu Kinta 31150 Perak
Kampung Orang Asli Sungai Chadak , Ulu Kinta 31150 Perak

Orang Asli

Cina Kelantan bukan hasil kahwin campur

Sunday, August 12, 2012 0 Komen

Tak ada bukti sejarah yang jelas mengaitkan kewujudan Cina Kampung atau Peranakan di Kelantan. Pelbagai cerita sejarah hanya menghuraikan kebanyakan masyarakat Cina berada di Kelantan kerana peluang perdagangan selain mencari kehidupan lebih selesa selepas berlaku pelbagai kemelut di China.

Namun, Kebanyakan kisah kemasukan mereka ke Kelantan lebih 600 tahun dulu sedikit sebanyak merujuk kewujudan Cina Peranakan di tebing sungai yang kini menjadi tempat bermaustatin Cina Kampung.

Menurut penulis sejarah Kelantan, Saad Shukri Muda, pada awal abad kelima (500 Masihi), wujud Kerajaan Srivijaya pertama di Kelantan yang banyak mengeluarkan emas dan berpusat di Kuala Krai (Kilu Kirai). Kerajaan itu turut dikenali sebagai San Fo Tsi oleh orang Tionghua, khususnya pedagang kerana urusan perdagangan di antara Tiongkak (negeri di China) dan San Fo Tsi sudah lama wujud.

Kilu Kirai atau Kuala Krai kini terletak di Ulu Sungai Kelantan. Sumber emas dipercayai terdapat sehingga Sungai Galas di bahagian paling ulu sungai berkenaan. Atas sebab itu jugalah yang menguatkan hujah mengapa Pulai di Gua Musang menjadi penempatan pertama orang Cina di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Kebanyakan penempatan orang Cina, khususnya peranakan (yang mungkin juga serpihan daripada pedagang Tiongkok) berada di sepanjang Sungai Kelantan seperti di Sungai Pinang, Tendong, Kasar dan Panji, sekali gus menguatkan tanggapan urusan perdagangan dulu melalui laluan air.

Dalam versi lain, penulis buku Sepintas Lalu Sejarah Kelantan dan Asal Usul Masyarakat Cina Kelantan, T E Tan turut menjelaskan kurangnya rekod mengenai kedatangan orang Cina di Kelantan meskipun nama seperti 'Tan-tan', Kuo-la-tan', 'Ho-lo-tan' dan 'Chih-tu' yang dilafazkan pedagang Cina sejak 700 tahun dulu adalah nama Kelantan sebenarnya.

Menurutnya, ketika pemerintahan Sultan Long Yunus, Kelantan diduduki beribu orang Tiongkok di merata tempat terutama di sepanjang Sungai Kelantan termasuk Kampung Pasir Parit.

Pada akhir Dinasti Ching, proses migrasi di kalangan orang China semakin hangat akibat tercetusnya huru-hara di tanah besar itu. Rakyat melarikan diri menyeberang Lautan China dengan tongkang menuju ke selatan. Dalam pelayaran itu, mereka membawa bersama tokong seperti Kuan Tir, Kuan Yin, Hock Teck dan Ma Chor supaya perjalanan selamat daripada kecelakaan.

Sebagai mengenang jasa, mereka mendirikan tempat ibadat seperti Tokong Kuan Ying di Pulai berusia 400 tahun, Tokong Ma Chor di Kampung Tok Kong dan Kampung Cina berusia lebih 200 tahun.

Kedatangan kaum Cina ke pedalaman Kelantan mengikut laluan air iaitu Sungai Kemasin, Sungai Pasir Tumbuh dan Sungai Kelantan. Banyak perkampungan asal Cina bertaburan di Sungai Kemasin seperti Kampung Pulau Gajah, Sering, Pulau Belanga dan Pulau Lohol.

Di sekitar Sungai Pasir Tumbuh pula, wujud perkampungan Cina Peranakan seperti Kampung Chepa, Pasir Ara dan Peringat manakala di Sungai Kelantan ada berpuluh kampung seperti Kampung China, Kota Bharu, Kampung Kutan, Salor, Gaung, Tendong, Kasar, Pasir Mas, Aur Duri, Keladang, Chetok, Tok Kong, Kemubu, Pasir Parit, Kampung Salak, Mata Ayer, Kampung Joh, Pulau Raya, Maka, Tanah Merah, Kusial, Panji, Temangan, Pasir Besar, Pasir Sena, Kuala Krai, Gua Musang dan Kampung Pulai.

Dalam semua perkampungan Cina Peranakan itu, Kampung Pasir Parit adalah penempatan terbesar dengan anggaran 145 rumah. Orang yang bertanggungjawab membawa tiga patung tokong (Kuan Tir Kun, Hock Teck dan Ngor Kok) sejak 180 tahun dulu ke Pasir Parit dari wilayah Fukien ialah Pek Ang Kor.

Sebelum itu, Pasir Parit hanya didiami 15 keluarga masyarakat Cina. Mereka dipercayai berkahwin dengan wanita Thai tempatan dan hidup sebagai petani selain menternak di kawasan tepi sungai.

Kedatangan Pek Ang Kor bersama tiga tokong itu dipercayai berjaya mengurangkan gangguan makhluk halus, sekali gus membolehkan lebih ramai orang Cina meneroka ke kawasan lebih dalam untuk menanam getah, kopi, ubi, tebu, durian dan kelapa.

Pengerusi Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Cina Kelantan, Wee Chong Joi, 80, berkata Cina Peranakan dapat dikaitkan dengan orang Hokkien dan Canton di China dan berhijrah ke negeri itu lebih 300 tahun dulu.

"Penghijrahan ini kerana mahu membina kehidupan lebih selesa akibat perang dan bencana alam yang kerap berlaku di China. Ketika itu, sudah berlaku aktiviti perdagangan di Kelantan. Ia menarik minat ramai orang China ke sini dan selepas menyedari Kelantan sesuai dijadikan stesen jualan barang, ramai terus tinggal di sini.

"Ketika mereka menetap di Kelantan, sebenarnya sudah ramai orang Siam di sini. Perkahwinan campur dengan orang Siam punca awal wujudnya Cina Kampung. Difahamkan sebelum kedatangan Islam di sini, ada juga yang berkahwin dengan orang Melayu.

"Namun, bukan semua yang berkahwin dengan orang tempatan dikenali Cina Peranakan. Ada juga yang membawa isteri dari China turut dikenali Cina Peranakan. Sebenarnya, istilah peranakan di sini tidak sama dengan di Pulau Pinang atau Singapura. Di Kelantan lebih kepada percampuran budaya dan sosial, bukan darah keturunan.

"Cina di Kelantan, jika ayah dia lahir di Kelantan, layak digelar Cina Peranakan. Dia mesti mengamalkan budaya Cina Kampung, bukan sebab perkahwinan dengan orang Siam atau Melayu," katanya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Tanah Perkuburan Cina Kelantan, Wee Pock Soon, 50, berkata jika merujuk definisi Cina Peranakan iaitu berkebudayaan Cina Kampung, boleh dikatakan masyarakat ini semakin kecil dan terancam. Generasi baru sukar dikaitkan sebagai Cina Peranakan kerana bukan darah keturunan yang mendefinisikan mereka tetapi budaya dan cara hidup.

"Dulu memang semua Cina Peranakan bertutur dialek Kelantan, tidak seperti sekarang. Justeru, susah untuk mengaitkan mereka dengan Cina Peranakan. Namun, tidak dapat ditolak kemungkinan perkahwinan juga boleh dikaitkan sebagai kewujudan masyarakat ini kerana wajah Cina Kampung berbeza dengan Cina Pekan," tambahnya.

Beliau berkata, meskipun perkahwinan campur bukan ciri utama kewujudan Cina Peranakan, majoriti masyarakat yang ada kini terbentuk melalui perkahwinan antara orang Cina dengan Siam.

Meskipun kebanyakan Cina Peranakan boleh berbahasa Hokkien, nahunya tidak sama dengan Hokkien lain, sekali gus menyebabkan mereka lebih selesa berbahasa Melayu Kelantan, tidak kira dengan orang Melayu atau sesama sendiri.

Dirumuskan, cara hidup dan budaya mereka lebih dekat dengan orang Siam dan Melayu manakala cara beragama saja yang mengikut ajaran Buddha atau Cina. Malah, kepercayaan juga nampak lebih dekat dengan Melayu termasuk perubatan tradisional.

Palu geduk diraja isyarat mula upacara

SEMEMANGNYA ada bukti jelas wujud hubungan rapat antara orang Melayu dengan Cina di Kelantan terbina sejak ratusan tahun dulu, malah peninggalan sejarahnya masih gah terpamer di sebuah kuil lama di perkampungan Cina Peranakan, Kota Bharu.

Sejak 1834 dan mungkin lebih awal lagi, Cina Peranakan diberi hak memimpin di sesetengah kawasan atas lantikan Sultan Kelantan dan diberi gelaran Kapitan. Namun, hanya Kapitan Wee Chai dapat dikenal pasti memimpin pada 1834 meskipun ada lagi yang lebih awal daripada itu.

"Sama era dengan Wee Chai, Kapitan Gan Chu Li turut menguruskan pentadbiran kaum Cina di Kelantan sejak 1833. Seorang berkuasa di bahagian atas Kelantan dan seorang lagi di bahagian bawah. Tugasnya lebih kepada mengutip cukai dan berkuasa mewakili orang Cina," kata Wee Chong Joi.

Berbalik kepada sejarah perhubungan erat orang Melayu dengan Cina Peranakan, ia bermula daripada kisah Sultan Kelantan menghantar ufti (bunga emas) kepada kerajaan Siam setiap tiga tahun.

"Pada 1877, ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Kedua, berlaku malapetaka apabila sejurus rombongan yang menghantar ufti meninggalkan Kelantan, ribut dan taufan melanda dengan dahsyat. Selepas sebulan, tiada khabar berita daripada rombongan itu.

"Baginda risau memikirkan nasib rombongan itu dan adakah ufti sudah diserahkan kepada Raja Siam. Akhirnya, baginda mendapatkan bantuan tukang tilik raja iaitu Tok Ubi, seorang Cina yang juga mempunyai hubungan rapat dengan istana.

"Tok Ubi menemui Tokong Mek untuk mendapatkan isyarat sama ada rombongan itu masih selamat. Selepas tilikan, satu petanda baik diperoleh iaitu rombongan itu akan pulang dengan selamat, lantas berita itu disampaikan kepada Sultan.

"Namun, selepas sekian lama, rombongan itu belum tiba dan dua kali juga Tok Ubi berjumpa Tokong Mek untuk mendapatkan kepastian. Setiap kali berjumpa, isyaratnya tetap sama iaitu rombongan itu pasti tiba," katanya.

Selepas tiga kali bertemu Tokong Mek, beliau menemui sultan dan menyampaikan berita gembira iaitu rombongan itu sudah sampai di kuala. Sebagai tanda terima kasih, sultan bertanya sama ada masyarakat Cina di situ perlukan sesuatu sebagai hadiah kepada usaha Tok Ubi dan mereka sepakat meminta geduk untuk dibunyikan sebagai isyarat sembahyang dan majlis tertentu tokong di situ. Permintaan mereka ditunaikan dengan Sultan mengarahkan satu beduk khas ditempah untuk dihadiahkan kepada komuniti di Kampung Cina.

"Kapten yang mengetuai rombongan menghantar ufti itu pun orang Cina, dikenali sebagai Awang. Ia menunjukkan betapa eratnya hubungan orang Melayu dengan Cina ketika itu. Malah, boleh dikatakan ketika peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada langsung masalah di kalangan Melayu dan Cina di sini. Mereka saling membantu dan tidak berbalah," tambah beliau.

Oleh Azrul Affandi Sobry

Republik Estonia, negara kecil kaya keindahan semulajadi

Wednesday, June 13, 2012 0 Komen

Republik Estonia (Estonia) adalah sebuah negara kecil, kira-kira 80 kilometer (km) dari Finland.

Ia mempunyai 1.3 juta penduduk dan daripada jumlah itu, 400,000 menetap di Tallinn iaitu ibu negara Estonia.

Bandar Tallinn dijadikan ibu kota budaya Eropah sejak 2011.

Tallin

Estonia mempunyai lebih 1,500 pulau termasuk pulau terpencil. Justeru, anda masih boleh mencari tempat untuk bersendirian tanpa gangguan orang ramai pada musim panas.

Walaupun kebanyakan pulau yang ada kecil dan terpencil, ia menawarkan ketenangan dan keindahan alam semula jadi.

Apa yang menarik, terdapat perkhidmatan feri ke Tallinn dari Helsinki, Finland atau Stockholm, Sweden.

Estonia

Separuh muka bumi Estonia berhutan. Oleh itu, aktiviti seperti mendaki, menjelajah hutan serta melawat taman negara antara yang popular di negara itu.

Percaya atau tidak, pada musim sejuk akan terbentuk jalan ais antara tanah besar dan pulau. Justeru, saat memandu di laut yang beku adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan dan pasti menjadi kenangan terindah.

Selain itu, berjuta-juta burung menjadikan Estonia persinggahan serta laluan penghijrahan.

Dulunya, Estonia pernah diduduki Russia, Sweden dan Jerman. Oleh kerana itu, tinggalan sejarah ketiga-tiga negara berkenaan dapat dilihat di Estonia terutama landskap dan budayanya.

Banyak istana lama yang runtuh dipulihkan untuk tatapan pelancong.

Keindahan landskap Estonia menjadikan ia sebagai syurga haiwan dan burung pelbagai spesies.

Dengan mengalami empat musim iaitu luruh, sejuk,bunga dan panas, ia ibarat cahaya baru yang membuatkan pelancong terutama yang sukakan alam semula jadi berkunjung ke Estonia sepanjang tahun.

Salji memutih bagaikan permaidani di sepanjang jalan di Estonia ketika musim salji. Ia sesuai untuk meluncur dan bermain ski.

Musim panas adalah masa yang paling sesuai untuk berjalan di dalam hutan, memancing, pelancongan air dan berenang di perairan dalam di Estonia serta melihat kawah meteorit.

Alam semula jadi dan warisan budaya Estonia sangat berkait rapat. Oleh kerana itu, bagi yang sukakan aktiviti luar, anda boleh melawat rumah Manor, kampung bersejarah ataupun muzium.

Anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti rekreasi di Estonia atau memanjakan diri dengan urutan terbaik di spa.

Info Republik Estonia

NAMA: Republik Estonia
IBU NEGARA: Tallinn
SISTEM POLITIK: Republik
JUMLAH PENDUDUK: 1.3 juta
BAHASA: Estonia, bahasa Inggeris, bahasa Finland, bahasa republik Baltik, Latvia, Lithuania dan bahasa Russia.
MATA WANG: Euro
IKLIM: Luruh, sejuk, bunga, panas

Budaya perkahwinan masyarakat Bengalee

Tuesday, May 24, 2011 0 Komen

Sama tapi tidak serupa. Begitulah gambarannya jika mahu diperincikan budaya perkahwinan dalam masyarakat Bengalee berbanding kaum India lain. Mereka juga Hindu seperti kebanyakan India lainnya, namun dalam soal perkahwinan ada beberapa amalan budaya yang nampak berbeza.

Selain tidak memakai thali iaitu ikatan tali di leher yang dipakai penganut Hindu sebagai tanda perkahwinan, orang Bengalee juga tidak menyempurnakan perkahwinan di kuil. Bagi mereka, rumah adalah segala-galanya. Bermula hari sebelum perkahwinan sampai ikatan itu disempurnakan, semuanya berlaku di rumah.

Bercerita mengenai thali, orang Bengalee menggunakan kaedah lain sebagai lambang seorang wanita itu sudah berumah tangga. Beberapa gelang khas yang diberi semasa ikatan perkahwinan disempurnakan menjadi tanda khusus yang menghiasi pergelangan tangan wanita Bengalee. Ia perlu dipakai sentiasa sehingga ikatan itu terungkai sama ada akibat kematian suami atau berlaku perpisahan.

Memperincikan upacara perkahwinan orang Bengalee, keunikannya bermula seawal sehari sebelum majlis. Ia dikenali sebagai Aiburobhat, iaitu upacara khusus di mana lelaki dan wanita yang bakal berkahwin dijamu makanan paling mereka sukai sebagai santapan terakhir seorang yang masih bujang.

"Apa saja mereka (bakal suami dan isteri) nak makan, kita jamu. Tidak kira apa saja, keluarganya akan sedaya upaya sediakan. Ia penting dalam dalam masyarakat ini sebagai tanda keluarganya meraikan apa yang bakal berlaku keesokan harinya iaitu lelaki dan wanita itu akan hilang status bujang mereka.

"Upacara itu berlaku berasingan. Lelaki dijamu di rumahnya sendiri begitu juga wanita. Upacara tidaklah sebesar mana, hanya membabitkan keluarga terdekat. Namun, ia meriah kerana ketika itu semuanya sudah berkumpul dan makan bersama," kata jurulatih kesenian Bengalee, Ranjita Roy, 41.

Hari perkahwinan yang ditunggu-tunggu bermula seawal jam 4 pagi, di mana bakal pengantin bangun awal dan perlu menjamah sedikit makanan. Pada hari itu mereka perlu berpuasa sehingga majlis perkahwinan selesai, selalunya lewat malam.

Berpuasa bagi mereka ialah tidak boleh makan tetapi boleh minum. Selepas makan, kedua-dua mereka akan mandi kunyit tetapi proses itu hanya bermula selepas mereka menerima hantaran kunyit dan minyak daripada pihak lain. Ini bermakna, pihak lelaki perlu hantar minyak dan kunyit ke rumah wanita dan begitu juga sebaliknya.

Kedua-dua bahan itu perlu digaul bersama dan seterusnya dilumur ke seluruh badan bakal pengantin. Ia dilakukan semua keluarga yang ada ketika itu. Adat sebegini rasanya tidak asing dalam kalangan penggemar filem Hindi kerana sering digambarkan sebegitu.

"Kunyit adalah satu bahan yang dianggap boleh menyucikan diri pasangan itu. Kedua-dua pihak perlu buat. Ketika menghantar kunyit dan minyak itu, pihak lelaki juga beri sedikit hantaran kecil seperti manisan dan pakaian. Dalam hantaran kepada pihak wanita, disertakan bersama hadiah untuk keluarga terhampir iaitu ibu bapa, adik beradik, sepupu, datuk dan nenek.

"Satu hantaran paling penting dalam masyarakat Bengalee ialah ikan. Ia bukan sebarangan hantaran kerana ikan itu akan dihias cantik dan kreatif. Tidak kisah nak sarungkan baju atau apa saja yang difikirkan perlu. Ia sebagai satu lagi bukti kukuh masyarakat ini sangat mengutamakan ikan, bukan saja untuk makan tapi juga dalam perkahwinan.

"Kunjungan rasmi untuk memulakan majlis sudah bermula awal petang di mana keluarga lelaki akan hadir ke rumah wanita. Ia permulaan majlis dengan bakal pengantin akan mendapatkan restu semua keluarga. Biasanya, rombongan pihak lelaki disertai keluarga terdekat dan rakan taulan.

"Ketika direstui, bakal pengantin bertukar hadiah seperti emas dan berlian, bergantung kepada kemampuan mereka. Ketika itu, pasangan belum boleh berjumpa. Tidak boleh tengok muka pun. Lelaki dalam bilik lain, begitu juga wanita. Keluarga yang mahu merestui mereka perlu masuk ke bilik berbeza," katanya lagi.

Selepas semua upacara adat itu selesai, majlis perkahwinan rasmi dimulakan dengan memohon restu daripada dewa. Dalam upacara perkahwinan, penyembahan kepada Dewa Ganesha dilakukan terlebih dulu sebagai pemula majlis. Ia tidak berlaku di kuil tetapi semuanya diselesaikan di rumah.

Jika rumah cukup besar dan selesa untuk menyempurnakan majlis itu, ia dilaksanakan di rumah saja tetapi jika sempit, majlis itu diselesaikan di dewan tetapi mestilah berhampiran rumah pihak perempuan.

Selebihnya, kebanyakan amalan majlis perkahwinan Bengalee sama seperti penganut Hindu lainnya seperti mengelilingi api dan pembacaan mantera oleh sami atau Purohit. Bagi mereka juga api itu suci. Cuma, dalam perkahwinan mereka tidak ada membelah kelapa.

Pusingan tujuh kali mengelilingi api adalah satu kewajipan sebagai pelengkap upacara. Ia dilaksanakan selepas kedua-dua pasangan bergilir mengalungkan bunga ke leher pasangan masing-masing. Dalam budaya mereka, upacara kalungan bunga ini dianggap sangat penting

Amalan unik untuk ibu, bayi

TIDAK banyak kepercayaan, pantang larang mahupun petua yang diamalkan masyarakat Bengalee dalam kehidupan seharian mereka, mungkin disebabkan sudah banyak diasak arus kemodenan, namun apabila diselongkar, ada juga rupanya amalan itu yang dianggap unik terutama jika dibandingkan masyarakat India lain.

Antaranya, 'Mukhe Baht' (makan nasi) iaitu satu amalan khusus kepada bayi perempuan yang memasuki usia lima bulan, manakala bayi lelaki pula selepas usianya enam bulan. Dalam amalan itu, bapa saudara daripada sebelah ibu anak itu atau datuknya mendokong bayi berkenaan dan diberi makan sedikit nasi.

Selepas itu, baru dia membawa bayi itu berjumpa semua yang ada dalam majlis itu untuk turut sama menyuapkan nasi. Keutamaan yang diberikan kepada keluarga sebelah ibu bayi itu disebabkan selepas berkahwin, pengantin perempuan tinggal di rumah mentuanya dan majlis ini memberi peluang kepada keluarga sebelah ibu untuk melaksanakan majlis.

Mukhe Baht adalah hari di mana bayi diberi makan makanan pejal untuk kali pertama dalam seumur hidupnya selepas hanya minum susu sejak lahir. Pada majlis itu juga, satu kitab suci, emas, dakwat, pen dan bekasnya diletak dalam satu dulang dan dihulurkan kepada bayi itu.

Ia satu simbolik. Jika bayi itu menyentuh kitab, ia petanda bayi itu menjadi orang alim, jika menyentuh dakwat atau pen, ia bakal menjadi seorang terpelajar tetapi jika menyentuh emas, ia menunjukkan bayi itu bakal hidup mewah.

Kepercayaan dan amalan membabitkan ibu dan bayi sebenarnya sudah dimulakan sejak bayi dalam kandungan. Ia biasanya dibuat ketika usia kandungan tujuh bulan. Pada majlis yang dikenali sebagai Shadh Bokhon ini, bakal ibu akan diberi keistimewaan untuk meminta apa saja makanan yang disukainya.

Dalam kepercayaan masyarakat Bengalee sejak dulu, ibu mengandung dianggap berdepan risiko mati ketika melahirkan.

Justeru, sebagai tanda penghargaan terhadap ibu, majlis itu dibuat. Ia juga bertujuan membolehkan bakal ibu merasai makanan digemarinya sebelum sesuatu berlaku. Wujud kebimbangan kemungkinan bakal ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak dan tidak sempat merasai makanan kegemarannya dan akan berganda kesedihan keluarga.

Oleh Azrul Affandi Sobry

Warisan Budaya: Tarian Reyog cerminan tradisi seni Ponorogo

Thursday, December 16, 2010 0 Komen

Budaya mencerminkan bangsa. Seni tradisi membentuk jati diri. Itulah yang mencerminkan identiti dan rupa masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bagi membezakan mereka dengan etnik lain. Selain bahasa yang nyata jauh berbeza, kepelbagaian budaya turut mewarnai keunikan masyarakat ini yang kebanyakan ada di Batu Pahat, Muar dan sekitar Selangor.

Meskipun mereka mengakui hakikat semua seni budaya yang diamalkan masyarakat ini berakar dari Pulau Jawa, Indonesia, namun mereka tegas menafikan berlaku peniruan budaya seperti didakwa segelintir pihak di republik itu.

Bagi mereka, apa yang diamal masyarakat dari Jawa Timur ini ialah kesinambungan budaya nenek moyang yang dibawa sejak mereka berhijrah ke negara ini. Hakikatnya, asal usul mereka memang dari sana. Justeru, tidak dapat tidak, budaya mereka dengan masyarakat Jawa Indonesia pastinya sama.

Malah, hampir semua watak dan elemen dalam seni budaya masyarakat Jawa Ponorogo boleh dikatakan seratus peratus sama dengan Indonesia. Cuma untuk membezakannya, mereka cuba mencipta sedikit kelainan dari segi pakaian dan rentak gerak tari untuk diadun dalam rumpun masyarakat Malaysia.

Jika di Indonesia, ada pesta Reyog yang diadakan setiap kali Awal Muharam, ia tidak diamalkan di sini. Semua elemen budaya yang ada dalam pesta itu aktif digerakkan pada hampir semua kampung Jawa Ponorogo di Batu Pahat, terutama di Parit Baru dan Parit Bingan.

Mereka juga ada permainan, tarian kuda kepang dan gamelan. Malah, mereka tahu bagaimana menggayakan watak Warok, satu karakter pahlawan masyarakat Jawa Ponorogo di Jawa Timur yang diangkat sebagai pejuang hebat mereka ketika zaman pemerintahan kerajaan Majapahit.

Jurulatih budaya di Parit Bingan, Mohamad Marji, 56, berkata dalam pesta Reyog di Jawa Timur, ada tiga elemen yang dipersembahkan iaitu barongan, pentol (watak pahlawan) dan kuda kepang diiringi paluan gendang dalam tiga versi irama iaitu kebogiro, ponoragan dan sampak.

"Kebogiro biasanya menjadi muzik pemula untuk menarik perhatian orang ramai bahawa suatu persembahan itu bakal dimulakan. Ia menandakan pesta Reyog akan bermula. Ponoragan pula adalah muzik utama yang mengiringi rentak tarian kuda kepang dan pentol, manakala sampak pula pengiring aksi peperangan membabitkan watak Singo Barong (kepala harimau dalam barongan).

"Semua itu sebenarnya ada juga di sini (Malaysia). Ia diteruskan tanpa ada sebarang perubahan dalam paluan muzik dan iramanya. Ia menunjukkan masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bukan sekadar membawa masuk tarian, malah muziknya sekali. Alat gamelan seperti gendang, gong, tipung, angklung dan kenong juga sama seperti di Indonesia.

"Sebelum tarian atau persembahan wayang kulit dimulakan, biasanya ada persembahan nyanyian lagu Jawa. Lagunya bebas tetapi selalunya kami membawa lagu tertentu seperti Cicak Rowo, Caping Gunung, Bakul Lemper dan Perahu Layar," katanya sambil menyanyikan serangkap lagu yang langsung tidak difahami.

Sebagai permulaan sesebuah persembahan, tarian kuda kepang dimulakan. Penarinya mengikut rentak gendang seperti yang sudah diajar jurulatih. Ia persembahan tarian biasa, bukan seperti kuda kepang yang dimasukkan elemen pemujaan dan rasukan. Tarian ini sebenarnya penuh kelembutan dan penarinya wanita.

Difahamkan, dulu penari kuda kepang adalah lelaki dipakaikan pakaian wanita, tetapi disebabkan kini lebih mudah untuk mendapat penari wanita, watak itu sudah diberi kepada mereka, sekali gus lebih menyerlahkan kelembutan tarian itu sendiri.

"Biasanya kuda kepang ditarikan empat gadis. Jumlah sebanyak itu juga bukan sekadar diadakan, tetapi berdasarkan cerita sejarah atau legenda yang dikaitkan dengan masyarakat itu satu ketika dulu.

"Cerita asalnya membabitkan pertembungan dua negeri, iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah. Pada awalnya, ada 144 tentera berkuda dari Puteri Kediri yang dipimpin seorang puteri, Samidah Songgolangit. Puteri itu mempunyai ramai murid dalam ilmu kepahlawanan.

"Masalahnya, setiap kali mereka mengadakan latihan, akan ada gangguan Singa Barong yang dikatakan singa jadian yang garang, jahat dan tiada siapapun dapat menandingi kehebatannya.

"Kerana tidak tahan lagi diganggu, Puteri Samidah mengerahkan semua 144 tentera berkuda menyerang Singa Barong itu, tetapi tewas sehingga tinggal hanya empat orang tentera. Semua 144 tentera itu sebenarnya khunsa, sekali gus menjelaskan mengapa dulu watak penari kuda kepang adalah lelaki berpakaian wanita.

"Empat tentera berkuda itu sempat menyelamatkan diri dan pulang menemui Puteri Samidah. Baginda masih tidak berpuas hati lantas menghebahkan kepada umum ada singa jahat di Hutan Roban yang masih ada di Indonesia," cerita Mohamad Marji.

Ceritanya lagi, berita itu sampai ke telinga dua pemuda di Ponorogo, iaitu Bujang Ganong dan Kelono Siwandono yang berpakat untuk cuba menewaskan Singa Barong. Bujang Ganong hebat dengan ilmu belut putih, manakala rakannya mempunyai senjata dikenali sebagai pecut saman diman.

Ilmu Bujang membolehkan mereka sampai ke lokasi melalui laluan bawah tanah yang dibuat cepat, manakala pecut saman diman adalah satu cemeti yang sangat ajaib.

Pertempuran itu membawa kemenangan kepada dua pemuda ini yang dapat memenggal kepala Singa Barong. Kepalanya dihias dengan bulu merak untuk dipersembahkan kepada Puteri Samidah. Bujang Ganong dapat berkahwin dengan puteri itu, tetapi selepas 100 hari berkahwin, dia tidak dapat tidur bersama kerana rupa-rupanya puteri itu khunsa.

Oleh kerana itulah Kelono Siwandono mencipta tarian Reyog menggabungkan pelbagai watak termasuk Singa Barong (barongan), kuda kepang dan pentol (watak hero) sebagai hiburan mengubati kesedihan rakannya.

Selain semua kebudayaan tadi, masyarakat Jawa Ponorogo juga aktif dalam seni mempertahankan diri dengan menggerakkan Silat Cimande, sejenis ilmu persilatan yang dikatakan dibawa masuk dari Indonesia.

Sebar dakwah melalui wayang kulit

WAYANG kulit dalam masyarakat Jawa Ponorogo sebenarnya bukan sekadar hiburan. Ia berkait rapat sebagai agen penyebar dakwah masyarakat itu yang digerakkan secara aktif sejak zaman pendakwahan Wali Songo, Sunan Kalijaga.

Orang Jawa dulu memang gemar hiburan dan kebetulannya pengaruh Hindu begitu kuat ketika itu. Wayang kulit sendiri mempunyai dua versi cerita, iaitu Ramayana dan Mahabratta kedua-duanya mempunyai elemen watak Hindu yang begitu kuat.

Pengamal wayang kulit yang juga Tok Dalang di Parit Baru, Misrin Misman, 61, berkata wayang kulit di Jawa memang dibawa dari India. Di Jawa Timur, cerita Mahabratta dijadikan asas cerita wayang kulit.

"Cuma pengisian dalam cerita wayang kulit itu diubah dan diolah menggunakan watak Pendawa Lima (pendakwah) yang bertindak sebagai penyampai mesej dakwah dalam skrip wayang kulit. Pendawa Lima ini sebenarnya lima beradik dari negeri Ngestina iaitu Punto Dewa, Proto Seno, Arjuno, Nangkulo dan Sedewa.

"Cerita dalam wayang kulit ada berkait rapat dengan cerita dari Ngestina membabitkan pertelingkahan antara dua beradik, Pandu dan Desto Rasto. Kematian Pandu mencetuskan konflik baru di mana berlaku pula perang Brata Yuda (berebut takhta) kerana tidak diwarisi lima beradik tadi.

"Ia adalah cerita asal dari India, tetapi apabila apabila sampai ke zaman Sunan Kalijaga, ia dimasukkan elemen Islam. Malah, pembawa cerita dari India juga sudah diIslamkan. Diceritakan dalam wayang kulit, kehebatan Pendawa Lima menggunakan Azimat Kalimah Syahadah," ceritanya ketika bersama penulis menonton persembahan wayang kulit dalam satu majlis perkahwinan.

Malah, diceritakan, Sunan Kalijaga sendiri bertindak sebagai dalang yang membawa cerita wayang kulit dalam versi dakwah. Penggunaan bentuk patung wayang kulit yang sebelumnya menyerupai orang sebenar ditukar kepada satu bentuk abstrak dengan hidung panjang dan tidak lagi sama seperti manusia.

Tindakan itu dibuat supaya wayang kulit tidak diharamkan sebagai satu persembahan. Penggunaan warna juga memainkan peranan sebagai gambaran watak. Jika watak jahat, ia diwarnakan merah.

Dalam wayang kulit, selain lima watak utama tadi sebagai hero, mereka berdepan dengan seorang raja jahat, Kurawa yang dibantu orang kanannya, Patih Sangguni.

Watak lain yang turut membantu raja itu ialah Degawan Durno sebagai pawang serta beberapa perajurit seperti Dursosono, Kerto Marmo dan Durmo Gati.

Ketika menonton persembahan wayang kulit pada majlis perkahwinan itu, jelas ia banyak menyuntik unsur dakwah dalam skripnya, termasuk memulakan persembahan dengan puji-pujian kepada Allah, tuhan semesta alam. Ayat suci al-Quran banyak digunakan, termasuk menyeru supaya penonton takutkan Allah.

Namun, disebabkan bahasa Jawa Ponorogo halus banyak digunakan dalam persembahan, kebanyakan penonton hanya mampu terdiam menghayati irama gendang dan intonasi Tok Dalang yang kadangkala mengubah bahasa ke bahasa Melayu. Apa yang pasti, banyak jenaka dalam skripnya kerana ramai orang tua yang faham bahasa halus lebih kerap tertawa. - Bersambung

Oleh Azrul Affandi Sobry

Cina Semarang

Sunday, August 15, 2010 0 Komen

Pengaruh budaya Melayu dalam masyarakat Cina di Semarang, Indonesia sehingga mempengaruhi pembentukan ciri budaya dan sosial etnik terbabit didedahkan pada wacana Institut Alam dan Tama dun Melayu (ATMA) di ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.
Pensyarah Pusat Studi Asia (PSA), Fakulti Kemanusiaan, Universiti Diponegoro, Dra Titiek Suliyati, berkata perwatakan orang Melayu dalam berinteraksi dengan masyarakat berlainan jenis lebih cenderung untuk berbuat demikian secara damai dan mengelakkan konflik.

"Masyarakat Melayu berbudi halus terutama dalam menyampaikan hal yang dikhuatirkan mungkin menimbulkan salah faham sehingga mereka biasanya menggunakan syair dan pantun, sekali gus membezakan bangsa lain yang kurang mengembangkannya.

"Masyarakat Melayu juga tidak terlalu menonjolkan kepandaian dan kekayaan selain mempunyai perasaan yang halus yang dicerminkan daripada lagu Melayu yang sangat mengalun dan mengharukan perasaan," katanya pada wacana Pengaruh Budaya Melayu di Pecinan Semarang yang dipengerusikan Pengarah ATMA, Prof Dr Abdul Latif Samian.

Titiek Suliyati berkata, kecenderungan masyarakat Melayu yang sangat toleransi dalam lingkungan mempengaruhi masyarakat Cina terutama Cina Peranakan didorong faktor mereka peranakan daripada hasil perkahwinan masyarakat Cina dengan penduduk setempat sehingga banyak unsur tradisi Melayu memasuki dan mempengaruhi perilaku mereka.

Antara unsur budaya terpenting yang mempengaruhi masyarakat Cina ialah bahasa Melayu kerana ia menjadi salah satu unsur paling penting untuk berkomunikasi dan saling berinteraksi antara etnik berbeza.

"Tidak hairanlah apabila orang Cina yang datang ke Indonesia terutama di Semarang pada awalnya, tidak aktif menggunakan bahasa ibunda mereka, sebaliknya belajar bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu dengan cepat. Bahasa Melayu yang digunakan masyarakat Cina juga unik, berbeza dengan bahasa Melayu Riau," katanya pada wacana yang turut dihadiri Timbalan Pengarah ATMA, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman; Ketua PSA, Universiti Diponegoro, Dr Yetty Rochwulaningsih; Ketua Pengurusan Kualiti ATMA, Dr Chong Shin dan Felo Penyelidik Kanan ATMA, Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah.

Selain itu, bahasa Melayu masyarakat Cina bersifat sederhana dengan menggabungkan unsur bahasa Cina, daerah dan Melayu, sekali gus mempercepatkan perkembangan bahasa itu dalam lingkungan masyarakat mereka.

"Bahasa yang digunakan masyarakat Cina itu diakui pakar bahasa sebagai bahasa Melayu rendah dan penelitian sedang giat dilakukan untuk melihat kepentingan bahasa Melayu pasar dalam perkembangan kebahasaan dan kesusasteraan Indonesia," katanya.

Titiek Suliyati mengakui pada awal penubuhan Balai Pustaka oleh pemerintah Belanda pada 1917, ada kecenderungan untuk menghilangkan bahasa Melayu Cina itu meskipun banyak karya sastera seperti roman, prosa, terjemahan dan cerita rakyat dalam bahasa berkenaan berperanan memberi pendidikan kepada masyarakat.

Dalam konteks agama pula, masyarakat Cina di Semarang sangat menghormati Laksamana Cheng Ho sehingga membina patung dewa Cheng Ho kerana menganggap laksamana terbabit sebagai moyang yang berjasa dan mempunyai kedudukan setaraf dewa lain yang mesti dihormati.

"Bagaimanapun, apabila upacara menjamu makanan berdasarkan makanan kesukaan dewa ketika mereka hidup, ada perbezaan pada Cheng Ho kerana mereka menyajikan makanan orang Islam. Oleh itu, tiada masakan daripada babi atau sebarang bahan yang diharamkan dalam Islam disajikan pada patung Cheng Ho," katanya.

Titiek Suliyati turut menyarankan kajian dilakukan terhadap sistem pendidikan anak kerana orang Cina yang datang ke Semarang pada awalnya hanya dari kalangan lelaki sehingga mereka memilih untuk berkahwin dengan wanita tempatan, iaitu Melayu.

"Mungkin ada pengaruh daripada tradisi Melayu kerana ibu sangat berperanan besar dalam masyarakat Cina Peranakan terutama unsur pendidikan yang berkaitan agama dan etika. Begitu juga, cara perdagangan yang mungkin juga ada sistem perdagangan termasuk sistem kredit yang mempunyai pengaruh daripada masyarakat Melayu," katanya.

Dalam konteks perkahwinan, beliau turut mengesan pengaruh budaya Melayu dalam perkahwinan masyarakat Cina di Semarang, iaitu upacara sekapur sirih dan menabur beras kuning dengan tanggapan dapat menolak bala atau mencapai kebahagiaan.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Adat masyarakat keturunan Rawa (Rao)

Tuesday, August 10, 2010 0 Komen

Perak yang mempunyai sebilangan masyarakat keturunan Rawa (Rao) juga mempunyai upacara sendiri yang diamalkan sejak sekian lama.

Keturunan Rao yang juga berasal dari Sumatera Barat seperti orang Minang hingga ke hari ini masih melakukan adat `berjojak' atau secara mudahnya `berjijak' atau `berjejak'. Majlis itu tanda berakhirnya tempoh larangan memijak tanah atau terkena tanah bagi kanak-kanak.

Selain larangan memijak tanah, kanak-kanak keturunan Rao juga ditegah memegang bunga atau terkena bunga pada mana-mana bahagian badan sepanjang tempoh berpantang.

Berdasarkan cerita lisan masyarakat Rao, kanak-kanak yang melanggar pantang akibat terkena tanah atau bunga sebelum bermulanya upacara `berjojak' akan muntah-muntah, cirit-birit, gatal-gatal dan beberapa perkara negatif lain.

Kanak-kanak Rao yang tidak `berjojak' pula didakwa akan mengalami masalah fizikal seperti tidak mampu berjalan, kurang sempurna akalnya atau akan menghadapi masalah gagal mendapat pekerjaan yang baik seperti kanak-kanak yang sudah `berjojak'.

Adat `berjojak' dilakukan ke atas bayi lelaki atau perempuan yang sudah menjangkau usia 14 bulan atau sekurang-kurangnya setahun selepas mereka `pantang tanah' dan sudah pandai berjalan. Selagi upacara itu belum diadakan, bayi juga dilarang memakan ayam dan memakai perhiasan emas.

Upacara itu dilakukan seorang lelaki yang dirujuk sebagai bomoh oleh penduduk kampung kerana beliau juga biasanya mempunyai keupayaan mengubati penyakit secara tradisional.

Ali Mat Kasa, 59, yang sudah melakukan adat `berjojak' sejak hampir 20 tahun lalu untuk penduduk di Kampung Batu Masjid, dekat Tapah berkata, amalan itu tidak membabitkan sebarang perbuatan menyeru jin atau syaitan.

"Saya membaca selawat, al-Fatihah dan jampi khusus. Mantera ini tidak boleh diberitahu kepada orang lain, bimbang akan dipermain-mainkan," katanya.

Antara bahan yang diperlukan untuk `berjojak' ialah sedikit emas yang belum diproses, tiga jenis tanah liat (tanah putih, tanah hitam dan tanah kuning), beras kunyit, beras biasa, bertih, 44 jenis bunga dan daun gelenggang serta tiga biji limau.

Ali berkata, biasanya hanya tujuh jenis bunga sudah memadai kerana sukar mencari terlalu banyak bunga sekarang. Emas mentah pula kini kebanyakannya diganti dengan cincin emas.

Tempat `berjojak' diletakkan kain kuning di atasnya atau sekarang hanya ditukar kepada payung kuning.

Penulis menghadiri majlis `berjojak' untuk Arif Wafiq Azizul Azrin di Kampung Batu Masjid yang menjangkau usia 14 bulan, baru-baru ini.

* Majlis bermula dengan Ali membaca dan menghembus doa di ubun-ubun Arif.

* Beliau kemudian menyapu emas ke tangan, dahi atau tapak tangan Arif.

* Perbuatan itu diulang dengan tiga jenis tanah liat, iaitu tanah putih, tanah hitam dan tanah kuning.

* Kanak-kanak itu kemudian dijejak di atas taburan bunga-bungaan dan daun gelenggang.

* Majlis berakhir dengan Arif dimandikan dengan air perahan limau.

Arif adalah anak ketiga pasangan Azizul Azrin Mahmor, 34, dan Hasnizah Amran, 33, yang bertugas sebagai penjawat awam di Putrajaya. Azizul berkata, isterinya keturunan Rao, manakala beliau pula Melayu berasal dari Ayer Molek, Melaka.

Katanya, adat itu pernah dilakukan ke atas isterinya ketika kanak-kanak dan anak mereka yang sulung dan kedua juga menjalani adat `berjojak'.

"Sebelum `berjojak', kami memakaikan stokin pada Arif jika anak dibawa ke taman permainan.

"Arif memang didukung sepanjang masa di taman permainan kerana dia tidak pernah terkena tanah atau bunga," katanya.

'Berjojak' dikatakan perlu dilakukan oleh keturunan Rawa kerana mereka meninggalkan tanah Pagar Ruyung di Sumatera.

Ada juga yang mendakwa, adat itu bermula selepas seorang hamba bersumpah akan mendukung Raja Pagar Ruyung selama 14 bulan jika anak beliau sembuh daripada penyakit selepas diubati rajanya.

Mengikut catatan buku Sekondak Hati suntingan Jari Basurek, adat `berjojak' Rao tidak jauh bezanya dengan adat orang Mandailing iaitu Upa-Upa Tondi (mengambil semangat) sekali gus membuktikan hubungan rapat antara etnik Rao, Mandailing dan Minangkabau yang bermula di tanah seberang sebelum merantau ke Tanah Melayu.

Hanifah Ibrahim yang memberikan pandangannya mengenai adat `berjojak' mengikut perspektifnya sebagai orang Mandaling mengatakan, bidan atau bomoh akan menyediakan barangan untuk `merambas' sebelum memulakan upacara.

Ikatan daun itu akan dimasukkan ke dalam mangkuk jeluk berwarna putih berisi air beras giling dan diletakkan di atas dulang, manakala dulang lain diisi pulut kuning, ayam golek panggang dan sebiji telur rebus dan bertih.

Kanak-kanak itu akan dimandikan bidan dengan air limau dan bunga boleh dicampurkan wangian) yang sudah dijampi. Selepas mandi, kanak-kanak akan dipakaikan pakaian tradisional berwarna kuning dan disuruh duduk berhampiran dulang.

Bidan akan mengambil daun di dalam mangkuk jeluk dan merenjiskan air tepung tawar ke badan kanak-kanak.

INFO

Adat berjojak

* Diadakan pada waktu pagi kerana bayi masih segar dan tidak panas.

* Tarikh: pada 1 hingga 15 hari bulan mengikut kalendar Islam.

* Sebelum majlis, bomoh atau bidan akan menyediakan bahan untuk 'merambas' iaitu:

- Daun Sepenuh

- Daun Sedingin

- Daun Senjuang

- Daun Setawar

- Daun Sugi

- Rumput Sambau

Syair Siti Fatimah

Monday, August 09, 2010 0 Komen

Syair Siti Fatimah
Syair ini mengisahkan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung selama sembilan bulan, kepayahan ibu melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Di samping itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutarna agar tidak rnelupakan jasa kedua ibu dan bapa. Lirik dendangan Syair Siti Fatirnah yang sering diperdengarkan adalah seperti berikut :

Jawab :
Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam

Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Alib :
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.

Syair :
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

Alib :
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

Alib :
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.



Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

Layari : Zonfiniti

Bongai - Seni Persembahan Tradisi Minang

Monday, August 09, 2010 0 Komen

Sesuai dengan peredaran zaman, sebahagian penggiat bongai kini menggunakan lirik-lirik lagu irama Minangkabau seperti Mudiak Arau dan Ayam Den Lapeh dengan iringan peralatan muzik moden seperti akordion serta gitar.



Menurut Lembaga Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, istilah bongai berasal daripada cantuman perkataan 'abong' iaitu panggilan manja masyarakat Minangkabau untuk anak perempuan serta partikel 'ai'.

Beliau berkata, bongai yang juga dikenali sebagai 'rentak kuda' merupakan satu bentuk hiburan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.

Jelasnya, pada zaman dahulu, penduduk kampung yang berada di lokasi majlis perkahwinan berbalas pantun antara satu sama lain sambil memainkan biola dan 'tumbuk kallang'.

''Tema pantun yang dinyanyikan berkisar tentang kasih sayang, keindahan alam serta nasihat," kata Khalid kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Program Jejak Budaya 2 anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar di Kampung Lonek dekat sini baru-baru ini.

Beliau menambah, selain majlis perkahwinan, bongai turut dimainkan dalam majlis berkhatan serta majlis menyambut kelahiran anak.

Jelas Khalid, rentak irama muzik bongai yang mengiringi seloka pantun dimainkan mengikut kesesuaian majlis dan kreativiti pemain alat muzik.

Katanya lagi, persembahan bongai yang pernah sepi seketika dihidupkan kembali selepas kerajaan negeri memulakan penganjuran Pesta Persekutuan Adat Perpatih pada 1999.

Menurut Khalid, sejak itu, usaha menjejak penggiat-penggiat bongai berpengalaman di sekitar negeri ini dijalankan bagi membantu mengaktifkan semula seni persembahan tersebut.

''Pesta Persekutuan Adat Perpatih 1999 turut mengenengahkan persembahan penggiat bongai terkenal iaitu Pak Din Bongai," jelas beliau.

Sementara itu, Khalid berharap lebih ramai golongan muda akan tampil mempelajari seni persembahan warisan masyarakat Minangkabau tersebut.

Kata beliau, langkah berkenaan akan membantu memberi nafas serta tenaga baru yang boleh melonjakkan populariti 'bongai' di kalangan masyarakat.

''Namun, sebaik-baiknya keaslian bongai perlu dipelihara agar identiti seni persembahan tersebut dapat dikekalkan.

''Penggiat-penggiat bongai generasi baru digalak menggunakan peralatan muzik asal seperti biola dan tumbuk kallang serta pantun-pantun tradisional," katanya.

Menurut Khalid lagi, sekiranya perlu, penggiat bongai boleh menambah peralatan muzik caklempong seperti bonang, 'gereteh' dan tingkah serta tetawak.

Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.
Layari : Zonfiniti

Koleksi Peribahasa Melayu - Maksud

Saturday, August 07, 2010 0 Komen

Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.
Kita yang berusaha, orang lain yang senang.



Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya.


Ikan di hulu tuba di hilir.
Perbuatan yang sia-sia

Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh

Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.


Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.


Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.




Layari : Zonfiniti

 

ZONFINITI