Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Monday, February 23, 2015 0 Komen

Johan menang 3 trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Pelawak dan penyampai radio Johan menggondol tiga trofi termasuk kategori utama Top Top MeleTOP (Lelaki) pada Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015) yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada malam Ahad.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, turut memenangi menerusi kategori iaitu Penyampai Radio MeleTOP dan Pelawak MeleTOP.

Dengan kemenangan itu, Johan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)

Manakala aktres Ayda Jebat dipilih penerima trofi Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Baharu MeleTOP.

Ayda berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuktikan beliau masih mempunyai pengikut yang kuat apabila menerima dua trofi AME 2015 iaitu dalam kategori Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP.

Manakala Akim & The Majistret membawa pulang dua trofi menerusi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Mewangi).

Bagi setiap kategori setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Datuk AC Mizal menerima trofi menerusi kategori Hos TV MeleTOP manakala Zul Ariffin dipilih sebagai pemenang Pelakon TV MeleTOP.

Pelakon Nelydia Senrose mencipta kejutan apabila diumumkan pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem Abang Long Fadil diumumkan sebagai Filem MeleTOP.

AME 2015 dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad, Noor Neelofa dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Acara pada malam tersebut turut diserikan dengan persembahan daripada Wings, Joe Flizzow, SonaOne, Nico, Repvblik, Hazama, Dayuk Ramli Sarip dan Datuk Siti Nurhaliza.

Ia turut disiarkan di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Berikut adalah senarai penuh AME 2015: 

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Nur Fazura

4. Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Scha Al Yahya & Awal Ashaari

7. Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestrit

9. Penyanyi MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

10. Lagu MeleTOP - Mewangi (Akim & The Majestrit)

11. Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak 2014

12. Drama TV MeleTOP - Bukan Kerana Aku Tak Cinta

13. Host TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

14. Artis Lawak MeleTOP - Johan

15. Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin

16. Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose

17. Filem MeleTOP - Abang Long Fadil

18. Penyampai Radio MeleTOP - Johan

Azmil Mentor Legend jadi juara

Monday, February 23, 2015 0 Komen

Azmil Mentor Legend jadi juara

Protoge Azmil telah dinobatkan sebagai juara program realiti Mentor Legend yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentor Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.
Azmil Mentor Legend jadi juara

Manakala tempat ketiga disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan tiga lagu secara solo serta berduet dengan artis jemputan dan mentor masing-masing.

Aina bersama Ella berduet dalam lagu Layar Impian. Dia kemudian secara solo menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu sebelum berduet dengan Mila Jirin dalam lagu Fallin.

Azmil bersama Dayang Nurfaizah berduet Aku Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok diikuti persembahan solo Menanti Sebuah Jawapan dan duet bersama Mimi One Nation Emcees dalam lagu Naluri Lelaki.

Sarah pula berganding dengan Amy Search dalam medley lagu Isabella dan Pawana. Dia kemudian menyampaikan lagu medley Dangerously In Love dan Tanpa Kekasihku secara solo dan diakhiri dengan Ikut Rentakku dan Mercy duet bersama Atilia.

Turut memeriahkan pentas final Mentor Legend adalah penyanyi popular Indonesia Cakra Khan yang turut hadir sebagai juri undangan menggantikan Datuk Ramli MS.

Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album

Monday, February 09, 2015 0 Komen

Eminem grabs record sixth Best Rap Album

Eminem won the Grammy today for Best Rap Album for “The Marshall Mathers LP 2”, beating out newcomers to cement his role as the most awarded and top-selling rapper ever.

With the win, Eminem has won a record six Grammys for Best Rap Album.

“The Marshall Mathers LP 2” was his eighth studio album, and was considered a sequel to his largely autobiographical “The Marshall Mathers LP” from 2000, which remains the fastest-selling album by a solo artist in the United States.

The now 42-year-old Eminem beat out a field that included Iggy Azalea, who would have been the first solo woman to win in the category.

Eminem raised controversy with a recent song in which the rapper — or, he says, a character he is playing — threatens to rape Azalea.

Azalea hit back by charging that Eminem was old and could not think of anything new other than to threaten a young woman.

Eminem did not appear to accept the award, presented at a ceremony ahead of the main televised Grammy gala that features major pop performers.

On “The Marshall Mathers LP 2”, Eminem teamed up with veteran producer Rick Rubin, who brought in hard rock elements, as well as his veteran mentor Dr. Dre.

Erica Campbell holds the award for Best Gospel Album for 'Help' backstage during the awards pre-telecast at the 57th annual Grammy Awards in Los Angeles, California February 9, 2015. — Reuters pic
The album features the hit “The Monster”, in which Eminem again collaborated with singer Rihanna.

Eminem – who is sober after a long history of substance use – on the album reflected at length on his trajectory into superstardom from his troubled youth in Detroit, where he grew up as Marshall Bruce Mathers III in a largely African American community.

But Eminem also encountered further controversy on the album by using anti-gay slurs. Eminem had for years tried to battle accusations of homophobia, going so far as to perform at the 2001 Grammys in a duet with Elton John, who is gay.

Eminem argued that he supports gay rights but that he uses the slur as a narrative device.

On “The Marshall Mathers LP 2,” Eminem also patches up with his mother after a notoriously difficult relationship, including past lyrics in which he hinted at violence against the “selfish bitch.” — AFP

Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Saturday, February 07, 2015 0 Komen

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) milik Kumpulan Zero

Kumpulan Zero yang menjadi pilihan ramai pihak sebelum ini menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2014, Dato` AC Mizal dalam di Gelanggang Akhir MLM 2014 yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kumpulan Zero

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Juara tahun lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib juga boleh berpuas hati di mana rezeki terus berpihak kepada mereka untuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Satu-satunya peserta solo, Nabil pula terus gah di pentas Maharaja Lawak apabila dia menduduki tempat ketiga kali ini dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Ajak dah Shahrol yang membentuk kumpulan Shiro pula menghuni tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Untuk peringkat akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis di mana untuk pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir telah disiarkan di Astro Ria (104), Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Juri-juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi seperti biasa ialah Dato` Jalaluddin Hassan, Farah Quin, Fazura dan Taufik Batisah yang turut membuat persembahan istimewa di atas pentas.

Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal

Sunday, January 25, 2015 0 Komen


Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal

Penyanyi Zamani mengulas dakwaan mengatakan memaki jurugambar selepas ditahan polis. Zamani mendakwa ia berlaku secara tidak disengajakan kerana berada di bawah pengaruh dadah pada ketika itu.


"Ketika itu saya berada dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit. Jadi tanpa disengajakan saya tertinggi suara.

"Saya benar-benar memohon maaf kepada jurugambar berkenaan kerana sukar mengawal perasaan pada ketika itu akibat terlalu tertekan," kata Zamani.

Zamani yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.

Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sudah dua kali beliau berikhtiar ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana mengakui malu kehadirannya dikenali.

Bagaimanapun kini, dia menyerahkan kepada keluarganya untuk membuat keputusan dan akur dengan apa saja tindakan yang bakal diambil mereka.

Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram

Sunday, January 25, 2015 0 Komen

Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram

Gambar bikini Taylor Swift hangat diperkatakan apabila penyanyi itu memuat naik gambar seksi tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Gambar tersebut mendapat lebih sejuta 'like' termasuk beribu-ribu komen di gambar tersebut yang memuji kecantikan penyanyi lagu Shake It Off itu.

Ia juga merupakan gambar seksi pertama yang dikongsi kepada umum sepanjang bergelar artis popular.

Gambar itu menunjukkan dia bersama tiga rakan wanitanya sedang bercuti di sebuah pantai.

Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas

Sunday, January 25, 2015 0 Komen

Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas

Susulan penyebaran klip video penyanyi lelaki menyanyi dalam keadaan bergari ketika dalam tahanan. Empat anggota polis dikaitkan rakaman dan penyebaran klip berkenaan telah ditukarkan ke bahagian operasi pejabat.



Luahan Zamani (Slam)

"Sejak terbabit dengan gejala dadah 10 tahun lalu, sudah dua kali saya pergi secara sukarela ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan pada 2010 dan 2012. Tapi, saya gagal pulih sepenuhnya. Sebagai orang yang dikenali masyarakat, sukar untuk saya pergi ke pusat pemulihan tanpa diketahui ramai. Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tanggapan orang ramai. Namun, sekarang orang semua sudah tahu dan ini akan lebih mudahkan saya mendapatkan pemulihan." - Zamani

Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan

Thursday, January 22, 2015 0 Komen

Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan

 "Ini perbuatan mengaibkan dan tidak bertanggungjawab. Pengurusan akan ambil tindakan terhadap pihak terbabit."

Itu pendirian Johan Aziz, komposer dan pengurus kepada penyanyi Zamani Slam berikutan tindakan pihak tertentu yang merakam dan menyebarkan video penyanyi itu yang bergari dan dipaksa menyanyi.

Johan yang dihubungi berkata, perkara itu sudah diserahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Memang saya takkan berdiam diri. Saya sudah berbincang dengan peguam dan minta dia jalankan tugas untuk meneliti perkara ini.

"Kalau dapat dibuktikan perkara itu, kita akan teruskan dan ambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan," katanya yang menguruskan Zamani sejak 1994.

Penyebaran video berdurasi 1 minit 23 saat pada hari ini yang menunjukkan Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 44, duduk dalam keadaan bergari dan dipaksa menyanyi dalam balai polis mencetuskan kemarahan kepada orang ramai.

Berikutan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan kepada individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman berkenaan.~ Metro

Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29

Thursday, January 22, 2015 0 Komen

Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya gara-gara terlibat sebagai penaja dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebagai penaja yang melaburkan wang RM3 juta untuk rancangan tersebut, beliau mempunyai hak untuk mempromosikan produk berkenaan selepas mencapai persetujuan dengan pihak TV3.

“Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.

“Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya.

Chef Wan memuat naik gambarnya dengan bedak putih sambil mengkritik iklan Qu Puteh dalam Instagram miliknya. Bagimanapun status ini telah dipadamkan.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.

Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu.

Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.

Selain siaran langsung AJL 29, Dr Vida turut menaja pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada 4 Januari lalu.

Kata Dr Vida, 44, banyak wang dikeluarkan untuk TV3 termasuklah membeli iklan menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromsosikan produk masing-masing apatah lagi jika melibatkan jutaan ringgit.

Oleh sebab itu ujarnya, selepas rancangan tersebut beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan sama ada ia berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas AJL 29, penjualan produk-produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingat, produk saya untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu," katanya.

Tambah Dr Vida, dengan pelaburan sebanyak RM3 juta itu, beliau berjaya mendapat peluang mempromosikan produknya tanpa berkongsi dengan mana-mana produk lain dalam AJl 29 itu.

Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.

Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap

Thursday, January 22, 2015 0 Komen

Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap

Sudah heboh di media sosial tentang sebuah rakaman video yang menunjukkan Zamani Slam telah dipaksa menyanyi oleh seorang anggota polis ketika dalam tahanan lokap. Menerusi video itu Zamani dilihat menyanyikan lagu Gerimis Mengundang atas paksaan pihak polis.

Semalam, berita penahanan Zamani Slam atas tuduhan memiliki dan salah guna dadah mendapat perhatian ramai dan hari ini orang ramai mula membantah tindakan pihak polis yang dilihat seakan membuli penyanyi popular itu ketika ditahan dalam lokap.

Kami rasa ini sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas sesiapa pun dalam tahanan mereka kerana bukan sahaja mengaibkan malah seakan memperkecilkan mereka sebagai manusia biasa yang hanya kerana melakukan kesalahan undang undang.


Pihak polis perlu segera melihat perkara ini lebih serius & memberikan jawapan kepada masyarakat yang ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. ~ Rotikaya




Tonton Video Apa Khabar (AJL29) Anugerah Juara Lagu 29 - Joe Flizzow & Sona One

Monday, January 19, 2015 0 Komen

Tonton Video Apa Khabar (AJL29) Anugerah Juara Lagu 29 - Joe Flizzow & Sona One 

Lagu ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone berjudul Apa Khabar muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, Sonaone juara AJL29

Monday, January 19, 2015 0 Komen

Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, Sonaone juara AJL29

Lagu Apa Khabar ciptaan Sonaone dan Joe Flizzow yang didendangkan oleh mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukil Jalil, sebentar tadi.


Manakala tempat ketiga memihak kepada lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik Iman Imran yang disampaikan oleh Dayang Nurfaizah. Mereka membawa pulang RM20,000 juga trofi kemenangan.

Vokal Terbaik turut menyaksikan kejayaan Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Persembahan Terbaik pula menjadi milik kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.

Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Rozana Misbun terima hak penjagaan tiga anak penyanyi Rock Awie

Thursday, January 15, 2015 0 Komen

Rozana Misbun terima hak tiga anak

Kuala Lumpur: Hak penjagaan tiga anak penyanyi Rock Awie kini diserahkan kepada isterinya, Rozana Misbun selepas Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam membatalkan perintah hak penjagaan anak sementara sebelah pihak (ex-parte) yang sebelum ini diperoleh Awie.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rozana, 37, untuk mengetepikan perintah itu.

Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk hak penjagaan kekal yang difailkan Awie dibatalkan.

Rozana Misbun

Justeru, mahkamah memerintahkan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, membayar kos mahkamah RM5,000.

Terdahulu, dalam penghakimannya Mohd Amran berkata, selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan ketika membuat permohonan penjagaan anak sementara ex-parte di Mahkamah Tinggi Syariah, Julai tahun lalu.

Sebaliknya, dia menggunakan alamat permastautinan seperti tercatat dalam kad pengenalannya di Ukay Perdana, Ampang, Selangor.

Top 5 Lelaki Perfect 10 Ikut Kriteria Khairy Jamaluddin

Wednesday, January 14, 2015 0 Komen

Top 5 Lelaki Perfect 10 Mengikut Kriteria Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) memuat naik satu status  mengenai ciri-ciri lelaki sejati di akaun Twitter yang telah menarik perhatian ribuan pengikut laman sosialnya.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu Bukan lelaki sejati.” tulisnya.

Jadi mungkinkah ciri-ciri yang ditulis oleh KJ ini merupakan ‘Mr. Perfect 10’ yang sepatutnya dicari oleh gadis-gadis Melayu di Malaysia?

Siapa pula selebriti tempatan yang menjadi igauan peminat mengikut kriteria yang digambarkan oleh KJ?

Jom lihat calon-calon top 5 lelaki ‘Perfect 10’ mengikut kriteria KJ:

Zul Ariffin


Zul Ariffin kini semakin digilai wanita selepas membintangi drama ‘Rindu Awak 200%’ bersama Ayda Jebat. Dengan susk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan  Zul  menjadi perhatian para gadis.

Sharnaaz Ahmad

Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam Bukan Aku Tak Cinta telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu.

Keith Foo
Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini adalah kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbarunya.

Kamal Adli

Mungkin Kamal Adli menepati beberapa ciri-ciri yang disebutkan oleh KJ. Selain tinggi dan berkulit agak gelap, Kamal juga merupakan seorang lelaki yang sangat ‘sweet’.

Nazim Othman

Rupa paras yang kacak, tinggi dan juga berkulit agak gelap, nampaknya pelakon Nazim Othman lengkap dengan pakej tersebut.

Malah, wajah Nazim juga dikatakan menyerupai dengan seorang aktor Korea iaitu Choi Jin Hyuk.

Selain berlakon, Nazim Othman juga mempunyai bakat menyanyi dan menari. Siapa yang tidak cair sekiranya ‘Mr. Perfect 10’ mereka mempunyai kriteria sama seperti Nazim kan?

Album Aku Zikirkan Nama-Mu kumpulan nasyid Far East

Saturday, January 10, 2015 0 Komen

Album Aku Zikirkan Nama-Mu kumpulan nasyid Far East

Aku Zikirkan Nama-Mu adalah album yang cukup 'personal' bagi kumpulan nasyid Far East.

Menampilkan 17 lagu, kos pembikinan album ketujuh mereka ini bukan saja dibiayai anggota kumpulan Far East sendiri, tetapi setiap lagu berkisar mengenai pengalaman mereka sendiri.

Ahmad Fadzli Bakar selaku ketua kumpulan berkata, berbanding enam album yang dihasilkan sebelum ini, Aku Zikirkan Nama-Mu mengetengahkan konsep zikir dialun dalam nuansa taranum, Melayu Asli juga muzik India.

"Bercakap mengenai album keagamaan yang mendapat tempat ketika ini terdiri daripada album alunan zikir terapi. Kita juga me­njurus ke arah itu, tetapi diadun mengikut acuan muzik dan cara kami.

"Bukan sekadar bacaan zikir saja, tetapi dalam setiap syahadah diselitkan cerita berkaitan dengan pengalaman hidup kami yang disesuaikan dengan peng­gunaan zikir itu," katanya.

Menurut Ahmad Fadzli, antara pengalaman yang dimuatkan ialah mengenai dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lapan tahun berkahwin.

"Dalam dendangan zikir itu mengajar kita untuk bersabar khususnya bagi yang bertanya soal zuriat dengan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata,"katanya.

Selain itu, ia juga mengetengahkan kisah seorang lagi anggota Fareast, Shairiman Badzri yang merindui pemergian Allahyarham ibu­nya dalam lagu berjudul Doa Buat Ibu.

"Menerusi persembahan yang pernah kami jayakan, mesej yang ingin kami sampaikan membuat­kan penonton terdiam dan menangis khususnya bagi mereka yang sudah ketiadaan ibu,"katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, album Aku Zikirkan Nama-Mu mencatat jualan membanggakan apabila terjual 5,000 unit dalam tempoh dua bulan selepas dipasarkan.

Menampilkan irama yang menangkap, Aku Zikirkan Nama-Mu edaran Inteam Records mempunyai sentuhan tersendiri de­ngan lagu seperti Ya Tawwab, Syahadah, Asma Allah, Ya Latif dan banyak lagi.

Selain Ahmad Fadzli dan Shairiman, Fareast turut dianggotai Nabil Azhar dan Azwan Ibrahim di mana semua­nya lulusan dari universiti tempatan dan luar negara. ~ metro

Punca Perpisahan Zizan Razak & Emma Emma Maembong

Thursday, January 08, 2015 0 Komen

Punca Perpisahan Zizan Razak & Emma Emma Maembong

Baru-baru ini, industri seni tanah air dikejutkan apabila cinta antara pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dengan pelakon Emma Maembong disahkan telah menemui titik noktah.

Emma yang membuka mulut kepada media mengakui membuat keputusan untuk meninggalkan Zizan gara-gara tidak tahan dengan sikap pelawak itu.

“Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lalui.

Zizan Razak & Emma Emma Maembong

“Jika asyik berendam air mata saja, buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.

Sementara itu, memetik laporan Utusan Malaysia, Zizan menjelaskan keinginannya untuk membeli kereta mewah telah mendapat bantahan Emma sekaligus membawa kepada sebab perpisahan mereka.

Berita perpisahan ini dilihat agak mengejutkan memandangkan pasangan ini tidak menunjukkan sebarang tanda mengalami masalah dalam hubungan mereka.

Tambahan pula, pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
 ~ Media Hiburan

Isu putus cinta dgn Emma , Zizan mohon diberi ruang

Thursday, January 08, 2015 0 Komen

Isu putus cinta dgn Emma , Zizan mohon diberi ruang



"Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap.

"Apa-apa saya akan beritahu kemudian. Cuma buat masa sekarang saya tak merancang untuk memberi apa-apa komen.

"Saya tahu awak buat kerja (merujuk kepada wartawan). Setakat ini memang saya tak boleh jawab apa-apa. Saya ok," katanya yang ternyata mahu mengelak memberikan reaksi perpisahan yang diumumkan Emma Maembong.

Di saat kisah peribadinya menjadi perhatian pada awal tahun baharu 2015, kesnya dengan bekas syarikat turut berjalan saat ini di mahkamah.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, Zizan diuji dengan dugaan demi dugaan. Akuinya beliau percaya semua ini aturan daripada Yang Maha Esa.

"Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah tertentu. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya.

"Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya," katanya.

Mengenai kes mahkamahnya dengan bekas syarikat pengurusan, beliau memberitahu mahu cari jalan penyelesaian terbaik.
Zizan Razak

"Kalau boleh saya tak nak panjangkan cerita. Kita nak selesai cari baik tapi pihaknya (bekas pengurusan) masih nak bawa hal ini ke mahkamah.

"Ada perkara sulit dan peribadi yang tak boleh saya cerita. Dulu masa buka syarikat bersama sama tak heboh pun jadi kenapa timbul hal begini perlu dikecohkan.

"Saya tak berhak cakap lebih. Ikut saja cakap yang lebih arif iaitu pihak peguam," katanya. ~ BH

Hisyam Hamid Biodata dan Profil + Gambar Hisyam Hamid

Wednesday, January 07, 2015 0 Komen

Biodata Profil Hisyam Hamid


Nama Komersial : Hisyam Hamid
Asal: Singapura
Umur: 30 tahun (2015)
Status : Berkahwin
Anak: 2 orang
Kerjaya: Model dan pelakon
Nama isteri: Rosmawati Hanafi

Facebook : https://www.facebook.com/HisyamHamidFC (Fan page)
Twitter : https://twitter.com/HisyamHamid7
Instgram : Hisyamhamid7

Gambar Hisyam Hamid


Gambar keluarga Hisyam Hamid


Kamal Adli harap jangan kait dirinya dgn perpisahan Zizan dan Emma Maembong

Wednesday, January 07, 2015 0 Komen

Kamal Adli harap jangan kait dirinya dgn perpisahan Zizan dan Emma Maembong

Pelakon Kamal Adli menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan yang mengatakan dia adalah punca berakhirnya hubungan cinta antara aktres Emma Maembong dan Zizan Razak.

Kamal akui terkejut dengan berita tersebut dan menegaskan bahawa dia dan Emma tidak mempunyai sebarang hubungan.

“Sungguh! Saya tidak mempunyai sebarang ikatan cinta dengan Emma dan saya tidak tahu dari mana datangnya gosip tersebut.

"Mengapa nak tuduh saya sebagai orang ketiga sedangkan saya sendiri tidak tahu menahu apa yang terjadi kepada mereka.

“Tentang hubungan mereka, saya tidak boleh beri komen kerana saya tidak terlibat dan saya percaya mereka mempunyai alasan yang tersendiri.

“Jadi tolong jangan kaitkan nama saya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan Emma dan Zizan,” tegasnya.

Tambah Kamal lagi, buat masa ini dia tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dan lebih fokus terhadap kerjaya.

“Sudah-sudahlah, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan sesiapa dan apa yang penting bagi saya untuk tahun ini ialah fokus terhadap kerjaya saya,” ujarnya pendek.

Dalam pada itu, Kamal juga diminta untuk mengulas mengenai spekulasi  yang mengatakan dia pernah menghantar pelakon cantik itu ke lapangan terbang.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya  dakwaan tersebut, saya juga tak tahu apa yang  mereka inginkan daripada saya sehingga timbul cerita rekaan seperti itu.

“Demi tuhan, saya tidak pernah  menghantar dia ke ‘airport’ seperti mana dakwaan tersebut.

“Jika benar apa yang dikatakan oleh ‘pembawa cerita’ itu, sila kemukakan bukti kepada saya.

“Jangan membuat andaian sewenang-wenangnya tanpa sebarang bukti kerana itu akan lebih memburukkan keadaan.” katanya mengakhiri perbualan.

Sebelum ini timbul desas-desus yang mengatakan wujudnya cinta lokasi antara Kamal dan Emma ketika berlakon dalam drama 'Cinta Tanpa Syurga' namun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut. ~ Astro

Ten TV series to look out for in 2015

Tuesday, January 06, 2015 0 Komen

Ten TV series to look out for in 2015

With leading names behind the camera and in front of it, these new series already have people talking, long before their arrival on the air. For those whose New Year's resolutions do not include spending less time in front of the small screen, here is a selection of ten new must-see series to look forward to throughout 2015.

Better Call Saul

After bidding farewell to their favorite program in September 2013, "Breaking Bad" fans will soon reunite with some of its characters in a spin-off. Walter White and Jesse Pinkman will not necessarily be in the picture, but their shady lawyer Saul Goodman, played by Bob Odenkirk, should help to make up for their absence. Viewers will learn about his life prior to meeting the two meth dealers, starting six years earlier, when his name was still Jimmy McGill.


The dramatic comedy premieres February 8 on AMC, just after "The Walking Dead," and will then air on Monday nights from February 9.

Battle Creek

There is some impressive star power in this new CBS police series, both behind the scenes and on the screen. Hailing from Vince Gilligan and David Shore (the creators of "Breaking Bad" and "House MD," respectively), the show will debut with an episode directed by Bryan Singer. Josh Duhamel and Dean Winters co-star as two detectives who have opposing worldviews but are forced to work together to tackle crime in Battle Creek, Michigan.

The show premieres March 1 on CBS.

Bloodline

An introspective psychological thriller, this new production from the creators of "Damages" revolves around themes of competition, jealousy and betrayal among brothers and sisters. The siblings' secrets and private wounds come to light when one of their own, the black sheep of the family, returns to the fold. Netflix has compiled an all-star cast for the drama, including Kyle Chandler, Sam Shepard and Sissy Spacek.

The drama is due to premiere in March on Netflix.

Wayward Pines

Following in the footsteps of "Twin Peaks," M. Night Shyamalan's first small-screen project will combine suspense and crime drama with fantasy elements. Matt Dillon, Melissa Leo, Terrence Howard, Juliette Lewis, Carla Gugino and Toby Jones are cast in this miniseries, which will center on a federal agent's complex investigation into the disappearance of two colleagues in a strange town in Idaho. Soon after his arrival, Agent Ethan Burke comes to realize that getting out of Wayward Pines will not be an easy task.
The drama will debut May 14 on Fox and simultaneously in 125 countries worldwide.

Daredevil

The first series resulting from Marvel and Netflix's recent tie-up, "Daredevil" will join a growing roster of superhero productions for the small screen. Following in the footsteps of Ben Affleck, who starred in a movie adaptation of the comic, Charlie Cox portrays Matt Murdoch, a blind lawyer by day who by night becomes Daredevil, a superhero with enhanced senses. Vincent D'Onofrio and Rosario Dawson also feature in the series, which will be followed in the coming years by three others dedicated to other Marvel heroes -- Jessica Jones, Luke Cage, Iron Fist -- and an event mini-series on "The Defenders," a group that will likely unite the four superheroes.

The drama is scheduled to arrive on Netflix in May.

True Detective - Season Two

While not a new series, technically speaking, HBO's crime anthology show will take on an entirely new cast and setting for its second cycle, echoing the format of "American Horror Story," among others. The decor has moved from Louisiana to California, and Matthew McConaughey and Woody Harrelson have given way to a cast with similarly renowned names. Colin Farrell, Vince Vaughn, Rachel McAdams, Kelly Reilly and Taylor Kitsch will pick up the baton with a new investigation in 2015.

The second season premieres this summer on HBO.

Scream

The new spin-off on Wes Craven's franchise reflects two separate trends taking over the American airwaves: movie-to-series adaptations and horror series. So far, no plot details have been revealed regarding the 10 episodes ordered so far. But fans of the "Scream" movies shouldn't be disappointed, as the project is headed up by Wes Craven himself, who is a producer of the project.

The series is due to debut close to Halloween on MTV.

Martin Scorsese's rock 'n' roll series

When Martin Scorsese, Mick Jagger, Terence Winter and HBO work hand in hand on a new musical series, the result is bound to be interesting, to say the least. Their untitled project has piqued the curiosity of viewers and critics alike. Set in the music industry of the 1970s, the drama will center on Richie, the founder and president of a New York record label with an ear for fresh, promising talent. Bobby Cannavale plays this title character and is joined by Olivia Wilde, Ray Romano, Juno Temple and James Jagger, the son of the Rolling Stones front man. With its star-studded cast and top-notch production team, it's no surprise the show is among the most eagerly anticipated of 2015.

The rock 'n' roll drama is due to arrive on HBO before the end of the year.

Sense8

Sci-fi fans are likely to be more interested in the latest project from Lana and Andy Wachowski, the directors of "The Matrix" and "Cloud Atlas." The story will follow eight strangers in different locations around the world, who find themselves mentally and emotionally linked to one another after a tragic death. While attempting to understand what is happening to them, these individuals must also escape from the organization trying to eliminate them. The drama will feature Daryl Hannah, who played the mermaid in "Splash" and Elle Driver in "Kill Bill I & II," and Naveen Andrews, known for playing Sayid on "Lost."

The sci-fi drama is set to premiere on Netflix before the end of 2015.

Westworld

J.J. Abrams, Jonathan Nolan, Anthony Hopkins, Ed Harris, Evan Rachel Wood, Thandie Newton, James Mardsen, Miranda Otto and Jeffrey Wright... there is no shortage of prestige in the credits of this HBO project. Inspired by Michael Crichton's 1973 feature, the series will be based on the same premise, depicting a futuristic theme park where life-like robots allow visitors to time-travel virtually.

HBO will debut the series sometime in 2015.

 

ZONFINITI