Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal

Sunday, January 25, 2015


Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal

Penyanyi Zamani mengulas dakwaan mengatakan memaki jurugambar selepas ditahan polis. Zamani mendakwa ia berlaku secara tidak disengajakan kerana berada di bawah pengaruh dadah pada ketika itu.


"Ketika itu saya berada dalam keadaan khayal, badan pula sakit-sakit dan tangan pula bergari. Saya juga berada dalam keadaan tertekan kerana risaukan kakak yang sakit. Jadi tanpa disengajakan saya tertinggi suara.

"Saya benar-benar memohon maaf kepada jurugambar berkenaan kerana sukar mengawal perasaan pada ketika itu akibat terlalu tertekan," kata Zamani.

Zamani yang ditahan Rabu lalu di sebuah rumah di Taman Keramat, Ampang bersama seorang wanita berusia 33 tahun bersedia menjalani pemulihan bagi mengatasi ketagihannya.

Sepanjang 10 tahun terbabit dengan penyalahgunaan dadah, sudah dua kali beliau berikhtiar ke pusat pemulihan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) namun tidak berhasil kerana mengakui malu kehadirannya dikenali.

Bagaimanapun kini, dia menyerahkan kepada keluarganya untuk membuat keputusan dan akur dengan apa saja tindakan yang bakal diambil mereka.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI