Pembayaran pertama BR1M 2015 mulai Khamis

Wednesday, January 14, 2015

Pembayaran pertama BR1M 2015 mulai Khamis

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebaran mesej bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diagihkan sebelum 15 Januari adalah palsu.

Ahmad berkata, mesej palsu menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Urusan dengan bank-bank komersial hanya selesai pada esok dan BR1M akan diagihkan pada 15 Januari (Khamis ini),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI