QZ8501: Perakam data penerbangan pesawat berjaya diangkat keluar
JAKARTA: Perakam data penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya diangkat keluar dari dasar Laut Jawa pagi ini sambil penyelam Tentera Laut Indonesia sedang meneruskan pencarian terhadap perakam suara kokpit, kata pegawai kerajaan hari ini.
"Pagi ini saya mendapat laporan rasmi dari Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan. Pada jam 7.11 pagi (waktu tempatan) kami berjaya mengangkat keluar sebahagian daripada kotak hitam dikenali sebagai perakam data penerbangan," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), F Henry Bambang Soelistyo.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini.
Sehubungan itu, katanya, usaha untuk mencari perakam suara kokpit masih diteruskan.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hilang dari skrin radar ketika berada di ruang udara di utara Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
Kapal terbang itu berada pada kedudukan kurang daripada separuh jarak penerbangan selama dua jam dari Surabaya menuju Singapura. - Reuters

0 Komen:
Post a Comment