Tak mudah untuk menjadi isteri pemain bola sepak ternama. Nama James Rodriguez menjadi sebutan apabila mempamerkan aksi mengagumkan pada Piala Dunia lalu.
Selepas itu kelibatnya mula mendapat perhatian malah isterinya, Daniela Ospina turut terasa tempiasnya.
Daniela yang mengahwini Rodriguez pada 2011 adalah alet bola tampar Colombia namun dia dikecam apabila peminat Rodriguez di Real Madrid menyifatkan wajahnya sebagai ‘hodoh’ dan ‘plastik’, kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat kelab itu kepada Daniela yang dikenali Rodriguez ketika berusia 17 tahun.
Perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan emosi dirinya sehingga dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan dirinya dengan berkata: “Maaf jika saya tidak memenuhi kehendak kamu, keutamaan adalah kehendak saya.”
Ketika suaminya dipindahkan ke kelab itu Julai lalu, kecantikan wanita Colombia tulen terserlah pada wajah Daniela yang muncul di sisi suaminya dalam foto yang dikongsikan 45,000 peminat Real di media sosial.
Namun peminat melabelkan dirinya ‘hodoh’ dan ‘plastik’ dan beberapa bulan kemudian, wanita Colombia itu muncul semula selepas melakukan pembedahan kosmetik hingga mendapat reaksi blog sukan Sepanyol Elbalon Rosa yang dengan ungkapan: ‘Itik hodoh bertukar menjadi angsa’.
Pakar Pembedahan Plastik Sepanyol, Federico Mayo berkata, Daniela menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ menukar hidungnya agar kelihatan ‘mancung dan tinggi’.
Perkara itu bagaimanapun tidak pernah menggugat hubungan rumah tangga mereka malah lebih bahagia dengan kehadiran anak perempuan sulung yang diberi nama Salome pada 29 Mei 2013.
Beraksi untuk pasukan bola tampar Antioquia sehingga 2013, Daniela adalah adik kepada penjaga gol Colombia dan Arsenal, David Ospina.
Cinta mereka adalah cinta pandang pertama dan Rodriguez ketika itu tidak menyangka Daniela adik sahabat dan juga rakan dalam pasukan kebangsaan.
Rodriguez dan Daniela mula bertemu pada 2008. Ketika itu Rodriguez hanyalah seorang remaja nakal berusia 18 tahun bertemu gadis lincah yang berusia 17 tahun ketika itu.
Tidak seperti pemain bintang lain yang sering bertukar teman wanita seperti menukar baju, Rodriguez mengakui keputusan untuk berkahwin tepat dan dia sudah cukup puas menikmati kehidupan zaman bujangnya.
Biarpun pada usia muda mereka tidak berasa berkahwin sebagai satu beban malah menganggapnya sebagai bukti cinta sejati.
Pasangan itu menjalani kehidupan yang tenang dan selesa dan sering menghabiskan masa terluang di rumah apabila masing-masing tidak bekerja.
“Setiap hari saya akan bangun pada 8 pagi untuk menyiapkan sarapan manakala James akan bersedia untuk turun menjalani latihan pada 9.30 pagi dan latihan akan bermula tepat jam 10.30 pagi. Dia kemudian akan pulang pada 1.30 petang.
“Pada jam dua 2 petang saya akan memastikan makanan tengah hari siap terhidang. Dia kemudiannya akan tidur sekejap, bangun dan kembali turun berlatih dan jika dia tidak begitu penat kami akan keluar untuk makan malam.”
Kehidupan mereka itu hanyalah untuk keluarga dan sukan. Dengan penuh dedikasi, profesional dan seorang yang pendiam dan mempunyai kehidupan keluarga stabil, bintang Colombia itu mempunyai sikap yang cukup profesional.
Rodriguez mencetus kejutan apabila muncul penjaring terbanyak pada Piala Dunia di Brazil baru-baru ini sekali gus menjadi penerima anugerah Kasut Emas mengatasi Thomas Mueller, Lionel Messi dan Neymar.
Dia yang sebelum itu pernah beraksi untuk Monaco membuktikan kepada dunia bahawa pemain latin berkemampuan untuk menakluk permainan bola sepak.
Bagi David dia melihat Rodriguez seorang lelaki yang baik dan sepanjang empat tahun perkahwinan adiknya, David berkata Rodriguez tidak pernah membuat adik kesayangannya sedih. ~ Metro

0 Komen:
Post a Comment