Restoran Nasi Kandar Line Clear diserbu MPPP
Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear terus panas apabila Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja dan kerusi serta meja membuat air tanpa sebarang notis di Jalan Penang, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pada 4 pagi itu apabila sepasukan 40 pegawai dan anggota menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mengambil meja membancuh teh, meja dan kerusi serta memasukkannya ke dalam lori.
Selain itu, MPPP cuba mengambil pelbagai barangan lain tetapi berjaya dihalang.
Anak pemilik, Salim Madinah berkata, tindakan itu yang dianggap cukup mengejutkan itu dilakukan tanpa sebarang notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik restoran berkenaan.
Beliau berkata, tindakan itu cukup zalim kerana apa yang terjadi adalah masalah keluarga dan MPPP seharusnya membantu mereka sebagai orang tengah, bukannya bertindak sedemikian rupa dan tindakan mereka turut dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

0 Komen:
Post a Comment