Album Aku Zikirkan Nama-Mu kumpulan nasyid Far East
Aku Zikirkan Nama-Mu adalah album yang cukup 'personal' bagi kumpulan nasyid Far East.
Menampilkan 17 lagu, kos pembikinan album ketujuh mereka ini bukan saja dibiayai anggota kumpulan Far East sendiri, tetapi setiap lagu berkisar mengenai pengalaman mereka sendiri.
Ahmad Fadzli Bakar selaku ketua kumpulan berkata, berbanding enam album yang dihasilkan sebelum ini, Aku Zikirkan Nama-Mu mengetengahkan konsep zikir dialun dalam nuansa taranum, Melayu Asli juga muzik India.
"Bercakap mengenai album keagamaan yang mendapat tempat ketika ini terdiri daripada album alunan zikir terapi. Kita juga meÂnjurus ke arah itu, tetapi diadun mengikut acuan muzik dan cara kami.
"Bukan sekadar bacaan zikir saja, tetapi dalam setiap syahadah diselitkan cerita berkaitan dengan pengalaman hidup kami yang disesuaikan dengan pengÂgunaan zikir itu," katanya.
Menurut Ahmad Fadzli, antara pengalaman yang dimuatkan ialah mengenai dirinya yang masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lapan tahun berkahwin.
"Dalam dendangan zikir itu mengajar kita untuk bersabar khususnya bagi yang bertanya soal zuriat dengan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata,"katanya.
Selain itu, ia juga mengetengahkan kisah seorang lagi anggota Fareast, Shairiman Badzri yang merindui pemergian Allahyarham ibuÂnya dalam lagu berjudul Doa Buat Ibu.
"Menerusi persembahan yang pernah kami jayakan, mesej yang ingin kami sampaikan membuatÂkan penonton terdiam dan menangis khususnya bagi mereka yang sudah ketiadaan ibu,"katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, album Aku Zikirkan Nama-Mu mencatat jualan membanggakan apabila terjual 5,000 unit dalam tempoh dua bulan selepas dipasarkan.
Menampilkan irama yang menangkap, Aku Zikirkan Nama-Mu edaran Inteam Records mempunyai sentuhan tersendiri deÂngan lagu seperti Ya Tawwab, Syahadah, Asma Allah, Ya Latif dan banyak lagi.
Selain Ahmad Fadzli dan Shairiman, Fareast turut dianggotai Nabil Azhar dan Azwan Ibrahim di mana semuaÂnya lulusan dari universiti tempatan dan luar negara. ~ metro

0 Komen:
Post a Comment