QZ8501: Misi mencari diteruskan sehingga 27 Januari
Jakarta: Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah hampir mencecah minggu keempat.
Meski kerja mencari mayat dan mengosongkan pesawat dijadualkan hingga Selasa depan, namun Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) masih memantau keadaan serta perkembangan di lokasi pencarian.
Menurut Ketuanya, Bambang Soelistyo, BASARNAS memang merancang jadual SAR sehingga 27 Januari ini, namun keputusan menghentikan pencarian masih bergantung kepada perkembangan semasa.
Jelas Soelistyo, pihaknya perlu memantau setiap perubahan serta perkembangan baru sebelum keputusan akhir dibuat.
“Dengan keadaan laut dan situasi pencarian yang berubah-ubah, apa saja kemungkinan boleh berlaku,”katanya.
Tegas beliau, walaupun masih belum boleh memastikan sama ada operasi SAR pesawat Airbus 320 itu akan diteruskan atau tidak selepas 27 Januari nanti, BASARNAS tetap fokus mencari mayat mangsa nahas.
“Kita akan terus fokus kepada usaha mencari dan memindahkan mayat serta pesawat. Ini lebih penting memandangkan kita baru menemui enam lagi jenazah di rangka utama pesawat.
“Isu memindahkan badan pesawat juga diketepikan buat sementara waktu untuk kerja menyelamat mayat nahas. Buat masa ini, anggota SAR juga sibuk memindahkan mangsa,” katanya.
Terdahulu, enam mayat berjaya dibawa keluar pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia (TNI) daripada timbunan badan pesawat.
Ketika ditemui, semua mayat dalam keadaan terhimpit dan ditimbus lumpur.
Keenam-enam mayat kini sudah dibawa ke Pangkalan Bun untuk dikenal pasti.-detik.com

0 Komen:
Post a Comment