Lagu Apa Khabar Joe Flizzow, Sonaone juara AJL29
Lagu Apa Khabar ciptaan Sonaone dan Joe Flizzow yang didendangkan oleh mereka dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukil Jalil, sebentar tadi.
Manakala tempat ketiga memihak kepada lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik Iman Imran yang disampaikan oleh Dayang Nurfaizah. Mereka membawa pulang RM20,000 juga trofi kemenangan.
Vokal Terbaik turut menyaksikan kejayaan Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Persembahan Terbaik pula menjadi milik kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.
Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini dan diserikan persembahan selingan hebat antaranya dari kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.
Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

0 Komen:
Post a Comment