Akta Hasutan: Untuk maslahah agama Islam
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Islam agama yang datang daripada ALLAH amat mulia dan terpuji. Setiap umat Islam diminta untuk memelihara Islam dan mempertahankannya daripada musuh-musuh Islam yang jahil dan kufur.
Namun sedih, kerana hari ini wujud pelbagai konflik yang ditimbulkan daripada isu agama. Berlakunya penghinaan dan kritikan terhadap agama Islam oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah lebih parah isu agama dipermainkan oleh mereka beragama Islam sendiri.
Di laman media, seperti akhbar, media sosial, dan pentas politik, ada sahaja yang menggunakan isu agama untuk mencipta konflik dengan sengaja, untuk meraih perhatian masyarakat. Mereka ini sungguh keji.
Oleh itu, usaha baik kerajaan perlu dilaksanakan, untuk membanteras dan menghapuskan semua perkara yang mampu mencetus konflik dan sensitiviti agama dan masyarakat.
Sebagai masyarakat yang cintakan agama, keamanan, keharmonian, bangsa dan negara, wajib memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam melaksanakan Akta Hasutan ini, demi menjaga kesucian agama dan bangsa kita di tanah air merdeka ini.
Isu yang menyentuh sensitiviti agama banyak dimainkan sama ada agama Islam mahupun agama lain. Hal ini telah menimbulkan banyak konflik.
Di sini kita perlu sedar mengenai setiap pihak berhak mempertahankan agama masing-masing, sebagaimana hak kita dalam mempertahankan Islam.
Cuma, apa yang kurang menyenangkan apabila kita cuba mempertahankan Islam, tetapi dilihat dan dilabel ‘rasis’ iaitu cuba bersifat perkauman. Namun apabila mereka mengkritik agama kita, mereka berhujah kononnya mereka mempunyai hak kebebasan bersuara.
Akta Hasutan ditekankan
Di manakah keadilan dalam penilaian? Pendapat saya, Akta Hasutan ditekan secara jelas oleh Perdana Menteri Malaysia kita, ia adalah memastikan dan menjaga kesucian agama Islam dan tidak mengganggu mana-mana agama lain di Malaysia.
Sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan polemik yang menyentuh sensitiviti beragama dalam negara ini, ia perlu diambil tindakan dengan tegas.
Sesungguhnya Islam adalah agama suci yang mengajar dan memberikan garis panduan jelas dalam melarang umatnya daripada menghina agama dan kepercayaan orang lain.
Jika kita menghina dan mengkritik agama lain, ia mendorong mereka untuk melakukan tindak balas sama dan merugikan umat Islam. Islam adalah agama yang penuh berhemah, dan bukannya pencetus kepada permusuhan.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada ALLAH, kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.
Demikianlah Kami memperelok pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah An’am: 108)
Ternyata, garis panduan yang diberikan dalam agama melarang umat Islam menghina agama lain. Begitu juga agama lain, mereka tidak berhak menghina atau memperkatakan sesuatu yang tidak baik tentang agama Islam kita.
Daripada Ibnu Abbas berkata, orang musyrik Makkah berkata kepada Rasulullah SAW: “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina tuhan kamu.”
Maka ALLAH SWT menurunkan larangan-Nya ini. Kita dilarang mencela agama mereka kerana kita khuatir mereka mencela agama ALLAH dalam keadaan jahil dan melampaui batas. Ini kerana mereka tidak mengetahui tentang kebesaran dan keagungan ALLAH SWT.
Menjaga kesucian agama
Pendapat saya, tindakan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, amat baik dan harus disokong oleh semua lapisan masyarakat dalam menjaga kesucian agama Islam dan agama lain di Malaysia.
Ia juga dapat mengelakkan konflik dan isu agama dipermainkan dan dipolitikkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan melampau.
Malaysia sebuah Negara Islam yang rasmi, dan pemerintah kita juga beragama Islam. Maka berhak dan wajiblah bagi kita menyokong usul yang boleh mempertahankan agama Islam kita.
Kita perlu bersyukur kerana pemerintah negara kita berani mengatakan hal ini dan telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam di Negara Islam.
Kita tidak reda apabila agama suci kita dijadikan bahan untuk dipermainkan demi kepentingan pihak tertentu. Siapa yang meredai agamanya dipermainkan, sudah pasti mereka adalah manusia yang akan mendapat murka ALLAH SWT.
Firman ALLAH SWT: “Dan jauhkanlah diri daripada orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan ingatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari ALLAH.
Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.
Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).” (Surah An-am: 70)
Pemimpin pemegang amanah
Pemimpin adalah pemegang amanah dan tanggungjawab. Apa yang dilakukan olehnya baik atau buruk akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Tanggungjawab pemimpin adalah mengajak manusia melakukan kebaikan sesungguhnya kepada agama ALLAH SWT, dengan kewajiban ibadah, memakmurkan bumi ALLAH SWT, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat, agama dan negara.
1. Wajib taat perkara yang baik
Daripada Abdallah bin Umar RA, daripada Rasulullah SAW bersabda: “Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (pemerintah) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab ALLAH (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah An-Nisa’: 59)
2. Islam agama yang diberkati
Sesungguhnya Islam agama yang suci dan indah. Islam adalah satu-satunya agama yang diredai ALLAH. “Sesungguhnya agama (yang diredai) disisi ALLAH hanyalah Islam." (Surah Ali Imran: 19)
“Sesiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi”. (Surah Ali Imran: 85)
Maka berpegang teguhlah kita kepada agama ALLAH. Dan jangan sesekali kita melakukan sesuatu yang mampu mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT ke atas kita. Janganlah kita menghina kepercayaan agama lain, kerana dengan berbuat demikian akan mendatangkan hinaan dari penganut agama lain terhadap ALLAH SWT yang Maha Agung.
3. Pertahankan agama
Firman ALLAH SWT: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Surah Ali Imran: 102)
Maka marilah kita wahai saudara seagama ku, berikan sokongan padu kepada pemimpin dalam melaksanakan akta hasutan ini demi menjaga kesucian agama Islam kita dari diperlekeh, dipermainkan dan dinodai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan keji.
Oleh Dr Fathul Bari Mat Jahya

0 Komen:
Post a Comment