Kaunter pembaharuan PLKS dibuka semula sehingga 28 Februari - KP Imigresen

Friday, January 23, 2015

Kaunter pembaharuan PLKS dibuka semula sehingga 28 Februari - KP Imigresen

Jabatan Imigresen akan membuka semula kaunter penerimaan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 28 Februari.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata, kaunter terbabit dibuka serta merta berkuatkuasa hari ini selepas ditutup pada 5 Januari lalu.

"Pembukaan buat sementara waktu sehingga tarikh terbabit bertujuan memberi tempoh penyesuaian kepada majikan untuk membiasakan diri dengan proses PLKS secara dalam talian.

"Selepas tamat tempoh penyesuaian ini perkhidmatan PLKS secara dalam talian akan dilaksanakan sepenuhnya," katanya

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI