Ragam manusia: Simpan 226kg syiling 1 sen di bank

Thursday, January 22, 2015

Simpan 226kg syiling 1 sen di bank

Seorang warga emas berusia 81 tahun akhirnya membuat keputusan untuk menyimpan wang syilingnya di Bank Prosperity di Slaton setelah 65 tahun memenuhkan tabung syiling.

Ira Keys, berasal dari Slaton dikatakan membawa timbunan wang syiling 1 sen yang mencecah berat sehingga 226 kilogram ke bank.

Memetik laporan daripada portal berita Metro.co.uk, dia menyimpan wang syiling tersebut sejak berusia 17 tahun selepas mendengar nasihat daripada orang tuanya.

“Saya berhenti belanjakan wang syiling pada tahun 1952 setelah mengikut nasihat bapa. Bapa saya pernah berpesan, apa pun yang kita lakukan, kita perlu menyimpan wang yang kita ada.

“Pada masa itu saya tidak mempunyai banyak wang, jadi saya simpan sahaja wang syiling yang saya ada dan masih mengamalkan tabiat tersebut sehingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Difahamkan, pegawai bank terpaksa mengambil masa sehingga satu jam untuk memproses penyimpanan wang warga emas itu.

Keys mengumpul sehingga $816 (RM2952.62) ketika usianya mencecah 80 tahun.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI