QZ8501: Lokasi Kokpit Pesawat QZ8501 Dikesan

Friday, January 16, 2015

QZ8501: Lokasi Kokpit Pesawat QZ8501 Dikesan

Imbasan yang dilakukan pihak berkuasa operasi mencari dan menyelamat tragedi penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 mengesan bahagian kokpit pesawat itu.

Ia penemuan terkini selepas bahagian ekor, kotak hitam dan badan utama ditemui beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Badan SAR Nasional (Basarnas) belum dapat mengesahkan perkara itu, lapor media Indonesia.

"Pemeriksaan lanjut masil dilakukan, ketika ini masih di peringkat imbasan sisi dan ia mungkin bahagian kokpit," kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi di sini, Jumaat.

Supriyadi berkata, objek yang dipercayai kokpit pesawat jenis Airbus tersebut berada pada kira-kira 500 meter dari jarak penemuan badan pesawat.

"Sebahagiannya tenggelam dalam lumpur. Perlu tunggu hingga penyelam turun, ini hasil imbasan sisi dari kapal GeoSurvey," kata Supriyadi.

"Sebenarnya penemuan sudah dari dua hari yang lalu tapi belum dapat dibuktikan, kerana itu tidak diumumkan," katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI