MH17: Barat lupa siasatan MH17 – Rusia
Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov mahu laporan awal berhubung siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lalu, disiarkan selepas pihak Barat dilihat melupakan insiden yang mengorbankan 298 nyawa itu.
Portal berita tempatan, RT yang memetik kenyataan Lavrov berkata, pihak Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS), bertindak mengenakan sekatan ke atas Moscow dengan menyalahkan Rusia berhubung tragedi di timur Ukraine itu.
“Tetapi kini mereka (Barat) telah lupa sepenuhnya terhadap insiden tersebut dan Rusia mahu bahawa setidak-tidaknya beberapa laporan awal berhubung siasatan kejadian itu disiarkan.
“Moscow juga mahu penjelasan kenapa siasatan berkenaan dijalankan tidak mengikut peraturan asas yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam kes-kes tertentu,” katanya.
Kali terakhir laporan rasmi berhubung siasatan tragedi MH17 dikeluarkan pada September lalu selepas pasukan penyiasat Belanda merumuskan bahawa pesawat penumpang itu ditembak jatuh berdasarkan kesan lubang pada serpihan pesawat yang ditembusi objek berkelajuan tinggi.
Tetapi laporan itu tidak menjelaskan sama ada objek berkenaan adalah peluru berpandu milik jet tempur atau sistem pertahanan udara.
Laporan penuh hanya akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini bagi merungkai misteri pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas tersebut.
Pada Disember lalu, Moscow memulakan siasatan tentang laporan akhbar tempatan yang mendakwa pesawat tempur Ukraine jenis SU-25 menembak jatuh pesawat MH17 yang disangka adalah pesawat tentera.
Bagaimanapun Ukraine yang disokong pihak Barat menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia menembak jatuh pesawat terbabit menggunakan sistem pertahanan udara BUK yang dilengkapi peluru berpandu darat ke udara (SAM).

0 Komen:
Post a Comment