Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Peningkatan ibu muda di Malaysia membimbangkan

Friday, November 29, 2013 0 Komen

Peningkatan ibu muda dan remaja di Malaysia membimbangkan

Jumlah ibu muda yang semakin meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

Tahun lepas sahaja, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya oleh remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.

Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle Gyles-McDonnough berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai wanita kehilangan peluang untuk mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan langsung terhadap ekonomi negara.

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai isu, daripada menamatkan  serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 "Menjadi Ibu Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja" di sini pada Khamisi.

Beliau berkata oleh itu, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan seks ketika usia muda.

Gyles-McDonnough berkata pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.

Katanya menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.

Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan masing-masing.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.

"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan remaja. ~ Bernama

Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013

Wednesday, May 22, 2013 0 Komen

Kem Remaja Ramadan sempena Festival Ramadan 2013

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Festival Ramadan 2013 pada 10 Julai sehingga 4 Ogos 2013 di sekitar Kuala Lumpur. Festival ini bertujuan untuk meningkatkan aspirasi rakyat Malaysia di dalam menghayati dan meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadan di samping memupuk kesedaran nilai-nilai murni melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian berteraskan Islam. Kem Remaja Ramadan merupakan salah satu daripada 10 program yang akan dilaksanakan sepanjang festival tersebut.
 
Kem Remaja Ramadan merupakan program anjuran JKKN dengan kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur. Kem ini akan diadakan pada 26 sehingga 28 Julai 2013. Kem ini akan melibatkan 40 orang remaja yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun. Peserta diwajibkan bermalam di Masjid Negara dengan membawa keperluan masing-masing. Pelaksanaan kem akan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman daripada Masjid Negara. Beberapa aktiviti akan diadakan seperti Tadaraus Al-Quran,ceramah agama, Qiamulail, motivasi dan aktiviti komuniti.

Untuk borang penyertaan dan maklumat lanjut, sila klik sini

Rawatan kecantikan tamparan payudara obsesi masyarakat Thailand

Friday, March 01, 2013 0 Komen

Obsesi pada kecantikan bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat dunia era ini. Daripada suntikan botox kepada pembedahan plastik, hampir semuanya tidak mustahil untuk tampil cantik jika wang bukan taruhannya.

Namun, masyarakat Thailand membawa obsesi itu ke satu tahap lain di mana tamparan payudara dan suntikan emas untuk menegangkan wajah hinggalah ke sabun pemutihan faraj menjadi antara rejim kecantikan terkini di negara itu.

Pengasas spa tamparan payudara, Khunyingtobnom atau dipanggil Madam berkata, teknik luar biasanya itu membolehkan pelanggan membesarkan lagi payudara mereka sekurang-kurangnya satu saiz tanpa memerlukan pembedahan.

"Ia kecantikan semula jadi sejuta peratus dijamin!" ujar wanita berusia 46 tahun itu.

Kerjayanya itu mendatangkan hasil lumayan dengan bayaran AS$600 (RM1,857) untuk dua sesi selama 15 minit untuk keduadua payu-dara, di samping perkhidmatan premium menampar muka yang didakwanya boleh mengecilkan wajah dan melangsing tubuh pada harga AS$1,000 (RM3,095).

Khunyingtobnom melakukan perniagaan ini sejak 28 tahun lalu selepas didorong mendiang neneknya yang menurunkan ilmu tamparan ini susulan keadaan payudara Khunyingtobnom yang agak kecil ketika melangkah usia 21 tahun.

Kini, Khunyingtobnom melakukan rawatan tamparan itu sekurang-kurangnya 20 kali sehari.

Di negara yang memandang tinggi kecantikan luaran dan yakin hanya kecantikan mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka, bukan saja wanita Thai yang berusaha mendapatkan rawatan serta melakukan kaedah kecantikan terkini di pasaran.

Mengejutkan apabila golongan lelakinya juga mula berminat melakukan rawatan seperti suntikan minyak zaitun, silikon, melilin (waxing), malah parafin pada alat sulit mereka dengan harapan ia lebih besar dan panjang.

Profesor Suwirakorn Ophaswongse daripada Persatuan Dermatologi Thailand berkata, impian untuk mendapatkan kecantikan ideal mempunyai sejarah yang panjang di negara itu.

"Ia bermula dengan kepercayaan lampau bahawa golongan aristokrat berkulit putih dan licin manakala mereka yang berkulit gelap datang daripada kelas bawahan," katanya.

Pengaruh budaya pop Amerika Syarikat dan Korea juga menggalakkan lagi kecenderungan ini, malah makin berkembang saban hari. Ramai wanita muda seawal usia 15 tahun berani menjalani pembedahan plastik kerana mengimpikan penampilan seperti bintang idola mereka.

Disebabkan itu, klinik pembedahan plastik haram tubuh bagai cendawan selepas hujan dan mampu menarik perhatian wanita dengan tawaran pembedahan pada harga rendah.

Oktober lalu, seorang mak nyah yang bekerja sebagai jurujual produk solekan dilaporkan meninggal dunia selepas menyuntik sejenis gel pada saluran darah di pung gungnya kerana inginkan bentuk yang lebih seksi.

Rakannya, juga mak nyah, Nutchanunt Angkuttarothum, 25, berkata, tragedi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menjalani beberapa pembedahan lagi selepas melakukannya pada payudara dan hidung.

"Kami perlu sentiasa kelihatan cantik dan menarik, jika tidak penampilan kami tiada bezanya dengan yang lain," katanya.

Bagi wanita, permintaan untuk membesarkan mata, payudara, punggung dan mengubah hidung mula menjadi perkara wajib kala akil baligh.

Bermacam produk kecantikan pelik juga mula memenuhi pasaran antaranya krim pemutih faraj yang dipercayai berkaitan dengan tahap kebersihan wanita ketika melakukan seks. Keadaan alat sulit yang cerah juga mula menjadi tanda aras kepada taraf hidup wanita di sana.

Imej ini diperkukuhkan lagi oleh barisan selebriti yang menghiasi papan iklan di Bangkok, selain berkembangnya industri filem di negara itu.

Untuk golongan elit yang lebih dikenali sebagai HiSos (High Society), rawatan yang dijalankan lebih mewah serta boleh didapati secara meluas.

Klinik popular menyediakan rawatan berharga AS$13,000 (RM40,235) sehingga AS$200,000 (RM618,996) untuk implan benang emas di muka yang dulunya diamalkan oleh wanita Mesir purba bagi menegang dan mencerahkan wajah.

Ketika ditemui di salah sebuah klinik mewah di Bangkok, pasangan suami isteri, Patcharat dan Itsaraporn Rattanasuthaphaboon mengatakan mereka melakukan implan itu bersama-sama.

"Kedutan mula ketara di wajah dan saya mengalami masalah kulit kering di bawah mata. Tapi keadaan itu semakin baik selepas saya melakukan implan ini," kata Itsaraporn.

Suaminya pula tidak kisah mengeluarkan wang untuk prosedur itu.

"Ok bagi saya. Saya mahu isteri sentiasa kelihatan cantik," kata Patcharat.

Rawatan ini membabitkan jalur emas separa tulen dijahit ke dalam kulit untuk membentuk jaringan yang merangsang badan menghasilkan kolagen, sekali gus mengekalkan kulit lembut, kata Maciej Lichaj, pakar kulit dari Poland yang mengusahakan klinik kecantikan di Thailand.

"Masyarakat Asia sukakan emas. Kalau boleh, mereka mahu memakai emas di luar dan dalam tubuh mereka," ujarnya sambil menegaskan hasil prosedur itu boleh dilihat dalam tempoh sebulan.

Tapi tidak semua yang yakin dengan prosedur kecantikan `gila' seperti ini.

"Anda tidak semestinya perlu berkulit cerah untuk diiktiraf cantik. Personaliti menarik, berpengetahuan luas dan berkebolehan dalam pelbagai bidang lebih penting daripada kecantikan luaran.

"Lebih baik cantik dari dalam lalu terserlah pada luaran berbanding sekadar mengharapkan kecantikan fizikal," tegas Profesor Suwirakorn.

Susunan Nor Faizah Mohamed

`Super Syafiq' budak Superman

Wednesday, February 27, 2013 0 Komen

`Super Syafiq'

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendapat julukan `budak Superman' berikutan masih hidup dan mampu berjalan walaupun selepas buah pinggang, limpa, tulang rusuk dan paru-parunya cedera teruk akibat dilenyek traktor mengangkut buah kelapa sawit.

Muhd Syafiq Abdul Hamid, 10, digilis traktor mengangkut buah sawit seberat lebih tiga tan ketika dalam perjalanan menuju pusat pengumpulan sawit Changkat Lobak, Alor Pongsu, di sini, jam 2.30 petang, 29 Januari lalu.


Pemeriksaan doktor mendapati Muhd Syafiq mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk menyebabkan dia ditahan untuk menerima rawatan di hospital selama 26 hari termasuk 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Bagaimanapun, bapanya, Abdul Hamid Dahaman, 48, berkata, keanehan berlaku kerana anak bongsunya itu bukan saja tidak menunjukkan kesan kecederaan fizikal teruk sejurus kejadian, malah kini mampu berjalan.

"Doktor turut menganggap apa yang berlaku ke atas Muhd Syafiq satu keajaiban daripada Tuhan kerana dia masih hidup biarpun banyak organ dalamannya cedera teruk," katanya.

Menurut Abdul Hamid, tragedi menimpa anaknya itu berlaku ketika dia memandu traktor menuju pusat pengumpulan buah kelapa sawit terletak satu kilometer dari rumahnya.

"Ketika itu Muhd Syafiq duduk di atas traktor, namun dia tergelincir dan jatuh sebelum tubuhnya digilis tayar belakang traktor yang membawa buah sawit.

"Saya memberhentikan kenderaan dan mendapatkannya yang ketika itu dalam keadaan terbaring, namun saya terkejut besar apabila dia mampu bangkit tanpa menunjukkan reaksi sakit atau cedera serius," katanya.

Abdul Hamid berkata, walaupun Muhd Syafiq tidak menunjukkan kecederaan serius dia segera membawa anaknya ke Hospital Selama untuk mendapatkan rawatan susulan.

"Doktor pakar yang melakukan imbasan X-ray terkejut apabila mendapati tulang rusuk anak saya lari dari kedudukan asal selain beberapa kecederaan pada organ dalaman lain. Muhd Syafiq dipindahkan ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.

"Namun anak bongsu saya itu langsung tidak mengadu sakit menyebabkan saya semakin keliru mengenai keadaan kesihatannya," katanya.

Menurutnya, sebaik sampai di Hospital Taiping, Muhd Syafiq sekali lagi melalui imbasan X-ray sebelum doktor mengesahkan kecederaan anak saya parah.

"Kami sekeluarga sukar menerima kenyataan apabila doktor mengesahkan buah pinggang, limpa dan paru-parunya rosak manakala tulang bahu sebelah kanan turut patah.

"Ini kerana dia kelihatan seperti biasa, namun untuk keselamatan doktor menahannya di hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut serta pemantauan," katanya.

Abdul Hamid berkata, Muhd Syafiq terlantar 16 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping dan 10 hari di wad pesakit biasa.

"Dia baru dibenarkan keluar dari hospital (kelmarin) dan keadaannya kini stabil. Namun kami sekeluarga sentiasa memerhatikannya setiap masa. Ini kerana doktor berpesan, sebarang kemalangan kecil seperti terjatuh sudah cukup untuk membahayakan nyawanya," katanya. 

13 tahun anak koma, ibu tak berhenti berharap

Thursday, August 02, 2012

"Bangunlah Along, emak teringin beraya dengan Along," rintih seorang ibu, Maziah Jusoh, 48, yang terus menaruh harapan supaya anaknya yang terlantar koma akibat dirempuh kereta 13 tahun lalu, kembali sedar untuk menyambut Aidilfitri.

Siti Suzaini Jailani yang kini berusia 20 tahun, koma selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat mengaji al-Quran ketika berusia tujuh tahun.

Sejak kejadian itu, zaman kanak-kanak Siti Suzaini atau lebih mesra dengan panggilan Along terus hilang kerana tubuhnya tidak lagi dapat bergerak dan hanya terlantar di tempat tidur.

Maziah berkata, Along hanya menggerakkan mata memerhatikan ahli keluarganya dan setiap kali tiba 1 Syawal sejak 13 tahun lalu, dia sebak melihat nasib anak sulungnya itu.

Menurutnya, sebelum kemalangan menimpanya, Along amat ceria pada Aidilfitri terutama apabila menjamah sate ayam dengan kuah kacang serta air laici kegemarannya.

"Setiap kali teringat gelagatnya itu, saya tidak dapat menahan sebak kerana merindui keadaannya yang normal. Sekarang dia hanya boleh menggerakkan mata kerana koma," katanya.

Mengimbas kemalangan yang menimpanya pada Julai 1999, Along ketika itu bersama seorang rakan sebaya berjalan ke tempat mengaji al-Quran di hadapan rumahnya di Kampung Daramain, di sini.

Mereka sepatutnya melintas jalan bersama, namun Siti Suzaini tertinggal di belakang menyebabkannya cuba mengikut rakannya dengan segera meluru ke seberang jalan, namun dirempuh kereta sehingga melambung.

Akibat kemalangan itu, Along yang anak sulung daripada tiga beradik parah di kepala dan menerima rawatan selama tiga bulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

Maziah berkata, sejurus selepas kemalangan, dia dimaklumkan doktor bahawa peluang untuk anaknya hidup amat tipis, namun bersyukur apabila Along dipanjangkan usia sehingga kini.

"Walaupun Along mungkin terlantar kaku sepanjang hayat, saya tidak patah semangat dan melakukan apa saja untuk membantunya pulih. Dia kini menjalani fisioterapi di hospital selain berubat secara tradisional termasuk akupuntur dan air penawar.

"Along mula menggerakkan mata, batuk dan bersin sejak tujuh tahun lalu. Itu perubahan positif yang boleh dilihat setakat ini," katanya yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

Menurutnya, Along perlu diberi perhatian rapi kerana makan, minum serta pakaiannya perlu diuruskan selain memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan bersih.

"Makanan Along hanya susu tepung khas yang perlu diberikan setiap tiga jam dan disalurkan menerusi tiub yang dipasang melalui mulutnya. Selain itu, saya perlu memastikan dia diberi tujuh jenis ubat setiap hari.

"Along juga tak dapat membuang air besar seperti biasa dan terpaksa menggunakan sejenis ubat. Saya tidak kisah walaupun mengeluarkan sendiri najisnya," katanya.

Maziah berkata, doktor pernah mencadangkan supaya perut anaknya ditebuk supaya dia boleh membuang air besar melalui perut, tetapi keluarga tidak setuju kerana yakin Along sembuh satu hari nanti.

"Sedaya upaya saya akan pastikan Along berada dalam keadaan baik dan setiap lima hari sekali saya mandikan dan bersihkan tubuhnya. Jika mula-mula dulu, memang ada masalah kerana banyak yang saya tidak tahu.

"Kalau dia mengalami kekejangan, saya terpaksa membawanya ke hospital biarpun di tengah malam. Tetapi, sekarang saya sudah belajar menjaganya dan tiub makanan juga dipasang sendiri. Saya tidak boleh berpisah dengannya kerana dia memerlukan perhatian setiap masa," katanya.

Menurutnya, lebih RM1,000 diperlukannya setiap bulan untuk membeli lampin pakai buang, susu tepung dan tiub untuk Along.

Hasil perkahwinan dengan Mohd Hamzan Mohd, 47, Maziah dikurniakan dua anak Mohd Shahrizan, 8, dan Mohd Shahrulnizam, 6, manakala Along dan dua adiknya, Siti Suzaini iaitu Siti Suhaini, 19, dan Mohd Safuan, 17, adalah hasil perkahwinannya sebelum ini.

Lunch Actually: Cari jodoh makan tengah hari bersama

Wednesday, November 30, 2011 0 Komen

Anda masih solo dan tiada pasangan hidup. Alasan yang sering diberikan adalah kesukaran mencari pasangan sesuai atau terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak punya waktu terluang untuk memikirkan tentang cinta. Namun, anda masih berhasrat untuk merasai keseronokan hidup berpasangan seperti orang lain.

Kebimbangan seperti itu tidak perlu dipanjangkan kerana terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menemui teman istimewa yang boleh disunting sebagai cinta sejati.

Lunch Actually

Kesibukan kerjaya di kota besar seperti Kuala Lumpur yang pantas membangun secara tidak langsung mempengaruhi ketinggian cita rasa diri golongan profesional. Berikutan itu, cabaran bagi golongan yang 'gila' bekerja untuk mencari teman sesuai semakin meningkat.

Kebanyakan golongan profesional muda hari ini terlalu 'leka' dengan kerjaya masing-masing hingga menyebabkan mereka terlupa untuk meluangkan masa mencari teman hidup.

Walaupun janji temu dengan rakan atau teman yang baru dikenali menjadi sebahagian gaya hidup hari ini namun, ia sering kali tidak berkesudahan dengan baik dan tidak membawa makna dalam mencari pasangan hidup.

Menyedari senario itu, syarikat janji temu pertama di Asia Tenggara, Lunch Actually, mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengah hari bagi golongan profesional yang 'gila' bekerja tetapi masih berhasrat mencari cinta.

Kisah seorang pegawai bank, Ian Wong, 30, yang dipertemukan dengan Dr. Vanessa Chin, 30, melalui alam maya sehingga membawa mereka ke alam perkahwinan adalah sesuatu yang pasti dikenang sepanjang hayat mereka.

"Kami tidak pernah bayangkan bahawa kami akan bertemu antara satu sama lain melalui agensi janji temu alam maya yang diaturkan Lunch Actually.

"Tetapi pertemuan kami menjadi realiti dengan bantuannya. Terima kasih atas perkhidmatan profesional dan susun atur janji temu yang sempurna untuk kami sehingga hubungan kami sampai ke peringkat ini," kata Ian.

Tambah pasangan itu, model perniagaan dan janji temu makan tengah hari tersebut adalah luar biasa. Vanessa memberitahu, pekerja syarikat laman web janji temu itu sangat komited dalam menjalankan tugas mereka.

"Kakitangan Lunch Actually bagus dan bersemangat. Mereka benar-benar cuba melakukan yang terbaik untuk menjayakan janji temu yang berpotensi.

"Kami bermula dengan baik pada janji temu makan tengah hari yang pertama. Ia merupakan janji temu yang sangat bernilai dalam hidup dan tidak dapat dilupakan," kata Vanessa dan Ian.

Keserasian diatur

Seorang peguam, Christy Chong, 31, berkata, dia pada mulanya tidak pernah percaya dengan soal pencarian jodoh. Dia selama ini percaya bahawa jodoh akan hadir sendiri dalam hidup seseorang.

Namun selepas 'mengaku kalah' pada keadaan semasa dan kesibukan kerja, Christy telah menyertai Lunch Actually dan amat berterima kasih dengan pengasas agensi mencari jodoh terbaik Asia Tenggara itu.

"Dalam kesibukan bidang pekerjaan saya ini, saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan ramai orang. Pada masa yang sama, ramai orang cuba melamar saya. Namun, tiada seorangpun daripada mereka memenuhi kriteria yang saya inginkan hinggalah saya berjumpa dengan seseorang yang telah diaturkan.

"Kami mempunyai banyak persamaan dan mula menyukai antara satu sama lain. Semuanya kerana Lunch Actually," katanya yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Ben CK Leong, 32.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lunch Actually, Violet Lim, berkata, perkhidmatan janji temu makan tengah hari untuk mencari teman hidup yang bermula di Singapura pada April 2004 itu sudah terbukti berjaya di republik tersebut.

Menurutnya, Lunch Actually yang beroperasi secara maya menjadi platform yang sesuai bagi golongan bujang berkerjaya yang terlalu sibuk untuk bertemu pasangan ideal melalui cara yang selamat, mudah dan selesa.

Laman maya yang secara rasmi diperkenalkan di Malaysia pada September 2005 dan diasaskan bersama suaminya, Jamie Lee, itu disahkan oleh Matchmaking Institute di New York.

Katanya, syarikat itu kini bersedia untuk melaksanakan kaedah janji temu yang dipraktikkan secara meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di negara ini.

"Melalui pemerhatian, saya dapati rata-rata golongan muda profesional mempunyai rutin jadual yang sibuk.

"Selain itu, mereka yang berkahwin pada usia sepatutnya sudahpun berkenalan dengan teman hidup mereka ketika di sekolah atau di universiti. Namun, jika bernasib baik, perhubungan berkenaan dapat berkekalan," jelas Violet.

Bagaimanapun, dakwa pengasas laman web itu, apabila golongan bujang sudah bekerja, mereka akan mula sibuk sehingga terlupa soal teman hidup. Tanpa disedari, usia mereka terus meningkat tua.

Violet yang juga penulis buku Lessons from 15,000 First Dates itu berpendapat bahawa pendekatan mengadakan pertemuan santai pada waktu makan tengah hari merupakan idea yang menarik untuk mencari pasangan.

Berbanding mengadakan temu janji makan malam, mungkin ada yang menganggap ia terlalu romantik atau terlalu terikat dengan hasrat asas mencari jodoh.

Cara baharu

Violet menambah, zaman yang berubah menyaksikan ramai individu berkerjaya kini lebih cenderung mengambil pendekatan lebih realistik dalam bercinta berbanding cara lama.

"Cara lama iaitu ibu bapa yang memain peranan menjodohkan anak mereka kini semakin kurang diamalkan. Justeru, Lunch Actually memperkenalkan satu usaha alternatif," ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Violet berkata, dari tinjauan tabiat janji temu yang dilakukan ke atas kira-kira 2,000 orang responden, kaum lelaki di Malaysia kini berfikiran lebih terbuka berkenaan teman wanita mereka.

Sementara itu, sebaliknya, wanita di negara ini masih inginkan teman lelaki yang lebih tinggi, berpelajaran dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding diri mereka.

"Hasil tinjauan yang dilakukan syarikat saya mendapati 70 peratus wanita Malaysia tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki yang lebih rendah daripada mereka," dedah Violet.

Sementara itu, 55 peratus lelaki di Malaysia pula berkata mereka hanya akan menjalin hubungan dengan wanita yang lebih tinggi.

Penemuan itu didedahkan oleh satu tinjauan yang telah dilaksanakan oleh agensi janji temu, Lunch Actually, membabitkan 1,895 responden dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Tinjauan yang dijalankan atas talian dari 25 Ogos sehingga 14 September 2011, melibatkan 654 orang rakyat Malaysia, dengan 76.1 peratus daripadanya berusia di antara 26 hingga 40 tahun. Sejumlah 75.1 peratus daripada mereka merupakan lepasan ijazah sarjana muda atau lebih.

Menurut statistik itu, lelaki pada hari ini bersifat lebih terbuka dan akan mempertimbangkan menjalin hubungan dengan wanita yang lebih tinggi, berpelajaran dan memperoleh pendapatan yang lebih banyak daripada mereka.

Ciri pilihan wanita

"Bagaimanapun, keadaan yang berbeza dapat dilihat dalam kalangan wanita Malaysia. Mereka menolak lelaki yang lebih rendah, kurang berpelajaran dan berpendapatan lebih rendah daripada diri mereka," kata Pengasas Bersama Lunch Actually, Jamie Lee.

Tinjauan itu juga mendapati wanita di negara ini semakin fokus terhadap wang dan kuasa pendapatan teman lelaki mereka yang berpotensi.

Menurutnya, 60 peratus daripada mereka berkata bahawa mereka tidak akan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang berpendapatan kurang daripada mereka.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi berbanding wanita Singapura sebanyak 47 peratus dan Hong Kong sebanyak 27 peratus.

Jelasnya, sungguhpun perkahwinan dilihat sebagai satu perkara penting dalam kalangan sebahagian besar lelaki, namun sebanyak 72 peratus lelaki ramai mengakui bahawa mereka takut dengan komitmen kerana bimbang dikongkong dan mengalami masalah kewangan.

Terang Violet, tinjauan itu turut mendapati, satu perkara yang akan menarik perhatian lelaki serta-merta terhadap wanita tidak berubah iaitu muka yang cantik, sementara bagi wanita, ialah keyakinan dan perwatakan lelaki terbabit.

"Di Malaysia, Singapura dan Hong Kong, golongan lelaki dan wanita bujang berpendapat bahawa usaha menjadikan penampilan diri mereka lebih menarik berkait rapat dengan mencari cinta.

"Berbanding tahun-tahun sebelum ini, terdapat peningkatan ketara dalam bilangan individu yang menggunakan kaedah janji temu dalam talian Internet bagi mencari cinta. Ini boleh disebabkan oleh peningkatan keyakinan terhadap janji temu dalam talian dan sifat celik Internet," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web www.lunchactually.com.

Belajar daripada keterlanjuran

Sunday, April 11, 2010 0 Komen

Kami datang dengan harapan, kami pulang dengan kejayaan. Itulah moto Kompleks Dar-Assa'adah (KDS) yang kini sedang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada seramai 37 gadis bermasalah. KDS yang beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu, hakikatnya menyimpan rahsia pelbagai peristiwa hitam para penghuninya.

Tina (bukan nama sebenar) tidak menyangka tempoh dua tahunnya sudah sampai ke penghujung. Dia akan keluar pada minggu ini.

Itulah detik keramat dalam diri Tina, kerana dia kini bukan Tina dulu tetapi Tina yang baru.

Kalau dahulu, Tina mudah termakan pujuk rayu lelaki tidak bertanggungjawab. Sekarang sudah tidak lagi, kerana Tina sudah tahu batasan agama, mana yang baik, mana yang buruk, mana dosa dan mana pahala.

Tambahan pula, air mata keinsafan ketika berdua-dua dengan Allah SWT dalam setiap solat lima waktu dan sujud tawaduk ketika solat sunat taubat, tahajud, hajat dan istikharah, telah menjadi kekuatan buat Tina menempuh masa depan yang lebih mencabar.

"Bohonglah kalau saya katakan saya tidak gementar. Sebenarnya, bermacam-macam perasaan bermain dalam benak saya ini. Namun, wajah comel anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu serta harapan menggunung keluarga, telah mengembalikan semangat diri saya.

"Saya tidak mahu lagi kecewakan ibu. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Saya mahu menjadi anak yang bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada orang tua yang telah banyak berkorban selama ini.

"Malah, kini saya telah bergelar ibu kepada bayi lelaki yang tidak berdosa. Saya mesti pastikan anak itu terbela dan terpelihara masa depannya. Saya tidak mahu lagi lakukan kesilapan yang bodoh itu," cerita Tina anak kelima dari tujuh adik-beradik yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Berkongsi kisah hitam lebih dua tahun lalu, Tina tidak menyangka teman sekerja lelaki sanggup meletakkan bahan yang telah membuatkannya tidak sedarkan diri, sebelum melakukan perbuatan terkutuk ke atas dirinya.

Selang beberapa bulan sejak insiden itu, Tina dapat merasakan yang dia sudah berbadan dua, namun merahsiakannya kerana bimbang dengan penerimaan keluarga, terutamanya ibu.

Namun, lama-kelamaan perutnya semakin membesar dan sukar disembunyikan. Lantas dia pergi ke pejabat agama dan meminta dirujuk ke mana-mana pusat penjagaan untuk wanita mengandung luar nikah.

Menjejakkan kaki di KDS dengan keazaman untuk berubah dan mendalami agama demi persediaan mengharungi masa depan, memudahkan penghijrahan diri Tina sepanjang dua tahun di KDS.

"Saya lebih kenal Allah SWT. Segala apa yang dilakukan di sini adalah perkara-perkara yang bermanfaat. Pada sebelah malam pula, diisi dengan ceramah agama, mengaji al-Quran dan solat malam.

"Kalau dahulu, saya cuma tahu pergi kerja, balik kerja tetapi di sini saya sudah tahu menjahit dan insya-Allah akan menjadikan bidang ini kerjaya tetap bila keluar kelak dan cukup modalnya," katanya.

Nasihat Tina agar gadis-gadis di luar sana lebih berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.

Sementara itu, Linda, 25 tahun, (bukan nama sebenar) pernah berusaha membunuh bayi yang tidak berdosa ketika usia kandungannya antara tiga hingga enam bulan.

Kata gadis kelahiran negeri di selatan tanah air itu lagi, dia sanggup minum air tapai, makan jamu dan makanan yang tajam-tajam dan berbahaya bagi wanita mengandung, dengan harapan janin tersebut akan jatuh.

"Semuanya kerana saya bertemu semula dengan bekas kekasih saya. Saya cuba larikan diri daripadanya tetapi tidak berjaya. Tambah memburukkan keadaan, bila saya disahkan mengandung anak daripada benihnya. Selama lapan bulan saya cuba sembunyikan kandungan.

"Bila emak suruh pulang ke kampung, pelbagai alasan yang saya berikan, semuanya gara-gara takut rahsia saya terbongkar. Namun, apabila ayah jatuh sakit, saya sudah tidak ada cara lain untuk mengelak. Saya pulang tetapi berusaha menyembunyikannya, waima ibu mula curiga.

"Apabila kembali semula ke rumah sewa, saya macam hendak gila memikirkan keadaan saya yang semakin genting. Saya bagai hilang arah. Saya hubungi ibu menerusi telefon dan akhirnya membuat pengakuan. Sayangnya, pengakuan itu tidak meringankan tetapi tambah membebankan," kata Linda yang mula mendaftarkan diri di KDS pada Ogos 2008.

Akui Linda, pesanan ibu sebelum pulang selepas menghantarnya ke KDS menjadi azimat dan pegangannya sampai bila-bila. Kata ibu: "Sebelum emak balik, emak tidak buang awak. Anggaplah duduk di sini sebagai belajar".

"Banyak hikmah yang saya peroleh di sini. Saya sudah boleh melakukan hafalan, tilawah dan tadarus. Sesungguhnya, banyak baik daripada buruk sepanjang berada di sini.

"Saya hendak mula hidup baru, buka buku baru. Saya ingat kata-kata emak dan ayah. Saya tidak mungkin akan kembali semula kepada teman lelaki, kerana dia sendiri pernah memberi kata dua kepada saya iaitu keluarga atau dia. Cincang air tidak akan putus, saya pilih keluarga.

"Bagaimanapun, Allah mungkin telah memberi pengajaran paling bermakna kepada saya. Ketika melahirkan, saya terpaksa bertarung sembilan hari sembilan malam kerana bersalin secara pembedahan. Saat itu, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan insan bernama ibu," kata Linda yang melahirkan anak lelaki pada Oktober 2008.

Didikan agama yang diperoleh Anum (bukan nama sebenar) sehingga tahap Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak menjamin keselamatan diri seseorang dalam berhadapan kerakusan jenayah sosial yang tidak mengenal mangsanya.

Sekali alpa, selamanya kita terpaksa menanggung dosa yang dilakukan. Walaupun bukan atas kerelaan diri atau termakan tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia.

"Sambutan kemerdekaan negara mencatat detik hitam kepada saya. Apa tidaknya, kerana terlalu percayakan kawan baik yang dikenali sejak di bangku sekolah, akhirnya mahkota diri saya diragut jantan durjana. Saya dikhianati teman sejenis.

"Malangnya, semua perbuatan keji itu dilakukan ke atas saya ketika saya sendiri tidak sedarkan diri. Perkara akhir yang saya ingat, saya minum air mineral yang diberikan teman itu tadi. Selepas itu, dunia saya gelap.

"Sedar pada paginya, saya di dalam bilik seorang teman perempuan yang juga turut sama meraikan detik kemerdekaan itu. Saya cuma rasa sakit di bahagian alat sulit dan ada kesan darah di seluar dalam. Tetapi tidak terlintas langsung, yang saya sebenarnya telah diperkosa," cerita Anum, anak sulung daripada empat adik-beradik.

Kata gadis kelahiran negeri Melaka ini lagi, sejak kejadian itu dia mula tidak datang haid. Pada awalnya, perubahan itu dianggap biasa kerana memang tidak mengesyaki dirinya mengandung.

"Tetapi apabila perut semakin membesar, nenek cuba merasa perut saya. Dia kata saya mengandung. Apa lagi, seluruh ahli keluarga terkejut. Saya dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan kehamilan tersebut dan usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.

"Saya minta keluarga hantar saya ke mana-mana pusat. Pada bulan Februari 2009 saya mula mendaftar sebagai pelatih KDS dan empat bulan kemudian melahirkan bayi perempuan. Bayi itu sekarang berada dalam jagaan keluarga saya.

"Saya tidak pernah menyalahkan bayi tersebut. Sebaliknya, saya berharap pengajaran yang saya lalui ini dapat menjadi iktibar kepada gadis di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan," kata Anum yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang perbualan kami, lewat petang itu.

Nita (bukan nama sebenar), 20, gadis yang berasal dari Pahang ini sedang mengandung empat bulan memberitahu dia melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar suka sama suka dengan pasangan yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi.

Apa yang dilakukan ini mungkin satu tanda memberontak terhadap bapanya yang tidak mahu membenarkan mereka berkahwin dengan alasan usia yang masih terlalu muda.

"Saya sebelum ini pernah dimasukkan ke sebuah rumah khas untuk gadis-gadis yang terlanjur tetapi ia tidak bertahan lama kerana pengisian agamanya amat kurang dan kebajikan gadis-gadis di situ tidak terbela langsung.

"Alhamdulillah, sungguhpun belum sebulan tinggal di KDS, jiwa saya tenang. Kawan-kawan pun ramai serta banyak bimbingan dan motivasi yang disalurkan, secara tidak langsung membuat saya rasa tidak terasing," kata Nita yang berazam mahu mendalami al-Quran di KDS.

Oleh ZUARIDA MOHYIN

Bahaya mencintai suami orang

Thursday, March 11, 2010 0 Komen

Saya rasa semua orang setuju kalau saya katakan tidak seorang wanita yang waras otaknya bersedia untuk berkahwin dengan suami orang. Betul tak? Sanggup digelar perampas suami orang, rela dituduh gila jantan dan macam-macam lagi gelaran yang menyakitkan telinga sesiapa sahaja mendengarnya.

''Bukan setakat berkahwin, bercinta pun tidak ada wanita yang suka. Tetapi siapa yang boleh menghalang jika ia sudah ditakdirkan? Setiap gadis mahukan lelaki bujang. Tetapi persoalannya amat besar, pertama adakah lelaki bujang yang sesuai dibuat suami, kedua adakah umurnya sebaya. Kalau umur kita dah lebih 30 tahun takkan nak kahwin dengan lelaki yang baru berumur 22 tahun?

''Sedangkan lelaki sebaya itu sedang asyik bercinta dengan gadis sebaya atau yang lebih muda dari usianya? Inilah masalah yang sedang saya hadapi.'' Demikian Rosynaida dalam emelnya berkongsi masalahnya bercinta dengan suami orang.

''Akhirnya calon yang layak pasti yang sebaya atau berumur lebih 40 tahun. Sedangkan lelaki seusia itu biasanya sudah berkeluarga. Sanggupkah kita berpoligami atau bersedia dengan perisai, keris dan tombak menghadapi serangan bakal madu diiringi bom, roket, peluru berpandu dan sebagainya?

''Sebenarnya itulah masalah yang saya hadapi sepanjang tiga tahun bercinta dengan suami orang. Dia tidak kaya, jika itu yang pembaca dakwa. Malah gaji saya lebih besar daripadanya. Tetapi seperti yang saya katakan segalanya adalah ketentuan Allah juga.

''Jikalah saya diberi pilihan untuk memilih pasangan hidup sudah tentu suami orang tiada langsung dalam senarai saya. Tetapi bila kita minta dijauhi, semakin ia datang mendekati kita. Mungkin kak Mona tak percaya, saya pernah berikrar dengan kawan bahawa saya tidak akan jatuh cinta apa lagi berkahwin dengan suami orang tetapi dalam ramai lelaki, suami orang jugalah saya jumpa. Jadi salah siapa, adakah kerana saya bernasib malang?

''Dulu memang saya pernah bercinta dengan orang bujang, kami sebaya baru 25 tahun. Sedang asyik bercinta, tiba-tiba dia hilang setengah tahun. Waktu itu saya macam nak mati mencarinya, tau-tau dia kahwin senyap-senyap kerana dia sudah bertunang dengan gadis pilihan emaknya di kampung. Merananya saya tak boleh nak cerita.

''Empat tahun saya kecewa, menyepi diri. Diam tak diam umur pun semakin meningkat ketika itu saya bercinta pulak dengan seorang lagi jejaka tiga tahun muda daripada saya. Nasib malang menimpa lagi sedang asyik bercinta selama dua tahun.

"Tetapi siapa sangka ketika usia saya menjangkau 37 tahun saya jatuh cinta lagi kali ini memang parah, dengan suami orang. Orang yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini.

''Saya tahu Eddy dah berkeluarga, tapi dia baik sangat dengan saya. Saya cuba jauhi dia, tapi katanya tak salahkan berkawan! Itu janjinya, kami berkawan baik. Lagi pun kami satu pejabat. Nak elak macam mana bila bekerja kami saling berjumpa dan bertanya.

''Lama kelamaan persahabatan kami menjadi begitu erat dah jadi macam sedara. Saya pernah ke kampungnya dengan kawan-kawan bila musim buah. Pernah hadir majlis kenduri kahwin adiknya. Malah saya kenal dengan ramai keluarganya. Tapi saya tak pernah terfikir untuk berkahwin.

Cara buang stress sebelum hubungan intim

Sunday, December 06, 2009 0 Komen

Stres sudah diketahui bukan saja boleh menganggu emosi dan mental individu tapi juga boleh menjejaskan aspek kehidupan seksual. Stres atau tekanan akibat masalah di tempat kerja, masalah peribadi kewangan yang dihadapi oleh suami isteri boleh mengakibatkan kegagalan hubungan seksual.

Oleh sebab itu ramai kaunselor rumah tangga menasihatkan supaya pasangan suami isteri meredakan stres yang mereka alami sebelum naik ke ranjang. Ia bertujuan untuk menjamin suasana hubungan seks yang berlangsung lebih indah dan menarik sekali gus mengharmonikan lagi hubungan suami isteri.

Terdapat banyak cara atau kaedah yang boleh dilakukan oleh suami isteri untuk mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi. Sebagai contoh sekiranya anda ber­hajat untuk melakukan hubungan seks pada malam harinya, ajaklah pasangan anda ber­santai untuk menenangkan fikiran di petang hari. Ketepikan segala masalah yang sedang anda hadapi ketika itu dan berikan sepenuh tumpuan pada pasangan anda. elain daripada cara ini, pakar seksologi, juga menyarankan beberapa cara khusus yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri untuk meredakan stres sebelum melaku­kan hubungan intim.

1. Kaedah untuk suami
Isteri boleh melakukan urutan di kaki suami. Menurut pakar Shiatsu, urutan ringan di tumit dan kemudiannya ke seluruh kaki akan meningkatkan kecergasan dan juga memberi kekuatan tenaga batin.

2. Kaedah untuk isteri
Giliran suami untuk memberi urutan pada isteri. Mulakan dengan mene­kan telapak kaki pada titik antara ibu jari kaki dengan jari-jari yang lain. Tekan selama lebih kurang 10 saat pada setiap kaki sebanyak 12 kali. Tekanan di titik ini akan memberi dorongan untuk meningkatkan tenaga seks. Laku­kan kaedah ini setelah anda mengurut kaki pasangan anda dan lakukan dengan penuh perasaan untuk mendapat kesan yang lebih maksimum. Bagi menimbulkan kesan sensual, lakukan urutan dengan menggunakan minyak aromaterapi.

3. Kaedah bersama
Cara lain untuk menghilangkan stres atau­pun aura negatif yang ada di tubuh anda ber­dua adalah dengan hidroterapi. Anda boleh mandi bersama dengan air wangi atau air bunga. Cara mandi ini akan membuatkan per­jalanan darah di bawah permukaan kulit anda selalu bergetar. Selain itu mandi bersama juga boleh menaikkan ghairah untuk melakukan seks.

4. Buang stres dari kamar tidur
Memikirkan masalah di kerja di pejabat ketika pasangan anda sedang berusaha mem­anaskan ranjang boleh menjadi punca utama ghairah seks menurun. Perkara ini menyebab­kan kepekaan kulit menurun dan seterusnya mengurangkan perasaan ghairah. Oleh sebab itu adalah lebih baik sekiranya anda membuang segala kekusutan fikiran sebelum berbaring di ranjang. Bayangkan segala masalah anda di masukkan dalam beg plastik dan buangkan ke dalam tong sampah.

5. Jaga pemakanan
Tahukah anda makanan bukan saja boleh membangkitkan nafsu seseorang tapi juga menurunkannya. Menurut pakar pemakanan sekiranya anda ingin memasti­kan suami sentiasa bersedia untuk hubungan intim, jangan terlalu banyak menyediakan makanan atau masakan yang menggunakan daging merah, susu ataupun aiskrim. Makanan ini dikatakan akan memberi kesan negatif kepada tenaga seks suami.

Menuruti aturan makanan yang sesuai bukan setakat akan meningkatkan stamina dalam hubungan seksual tapi juga akan mem­buatkan anda berdua lebih sensitif dan sen­sual. Bagi memastikan nafsu seks anda dan suami sentiasa menggebu amalkan beberapa alternatif makanan berikut;

• Cendawan shitake, kubis, lobak merah, sup bihun, nasi dan tiram - semua makanan ini mengandungi mineral yang diperlukan dan vitamin yang membuat tenaga dalam tubuh seimbang dan mampu meningkatkan perasaan sensual. Makanan tersebut juga boleh memberikan stamina untuk melaksanakan hubungan seks.
• Air anggur dan juga air halia – sedia­kan minuman istimewa ini kepada suami ketika bercadang melakukan hubungan seks. Masyarakat roman kuno menyediakan air ini untuk meningkatkan ghairah seksual.
• Hindari keju masin – sekiranya wanita mahu mencapai orgasma dalam setiap hubun­gan seks yang dilakukan, elakkan dari mema­kan keju masin. Bahan makanan ini dikatakan akan membawa kesan negatif pada kemam­puan wanita untuk mencapai orgasma.

- MINGGUAN WANITA

Skandal suami dan janda

Wednesday, November 25, 2009 0 Komen

Skandal suami dan janda

Saya isteri yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Saya berkahwin dengan suami atas dasar cinta sejak dua tahun lalu dan kini ada seorang anak lelaki berusia setahun.

Suami saya baik hati dan penyayang kepada saya serta anak. Selalunya, selepas sahaja waktu pejabat, dia akan balik kerumah. pada hujung minggu, dia akan bawa saya dan anak bersiar-siar. Seronoknya ketika itu. Dia pula kakitangan kerajaan yang mempunyai waktu kerja yang tetap.

Namun, baru-baru ini saya mendapat tahu daripada kawan karibnya, suami saya mempunyai skandal dengan seorang janda. Dia bekerja sebagai pramugari dan tinggal bersama keluarganya.

Saya dimaklumkan, seminggu wanita itu akan datang berjumpa suami saya. Perkara ini berlaku pada waktu siang ketika saya di pejabat. Suami saya juga tidak memberi wang atau barangan untuk dia.

Selepas mendapat tahu hal ini, saya bertanya kepada suami dan dia mengakui kesalahannya. Dia memberitahu saya dia sebenarnya tidak mencintai perempuan itu, tetapi cuma untuk berseronok.

Dia berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya dan mengatakan saya dan anak sangat penting dalam hidupnya. Kini, saya tak pasti sama ada hubungan mereka tetap berterusan. Apa patut saya buat? Perlukah saya percayakan suami saya?

-----------------
Masalah suami menjalin hubungan dengan wanita lain boleh berlaku kepada setiap isteri, tidak kira jika suaminya dianggap dalam golongan baik atausebaliknya.

Ada juga golongan lelaki yang dicabar oleh rakan-rakannya, lalu sekadar suka-suka dia menerima cabaran itu. Namun, ada juga suami yang mencari wanita lain kerana merasakan dia tidak bahagia bersama isteri.

Justeru itu, isteri jangan melatah. Cuba cari punca dan selesaikan secara baik. Dalam hal ini, suami puan sekadar ingin mencuba dan suka-suka. Tetapi sekiranya dia berbuat demikian kerana ada masalah dalam perhubungan dengan puan, mungkin puan perlu menilai semula hubungan puan dengan suami selama ini. Maaf, jika Putri silap menilai tetapi sekiranya berlaku, sebagai isteri puan perlu muhasabah diri.

Puan seharusnya bersyukur kerana suami puan baik dan penyayang serta selalu meluangkan masa bersama keluarga.

Namun, adakah puan pasti perhatian serta layanan yang puan berikan kepadanya mencukupi?

Setiap malam selepas dia pulang daripada kerja, adakah puan melayannya dengan mesra? Mungkin suami puan tidak berniat meninggalkan puan dan kehadiran janda itu satu kebetulan tatkala dia kesepian. Jangan risau, masih banyak peluang dan perbincangan adalah jalan yang sebaik-baiknya. Kekuatan perempuan ialah kelembutannya menyelesaikan masalah. Selesaikan masalah ini secara baik dan jauhilah perasaan syak wasangka yang boleh mengeruhkan perhubungan.

Kekasih menghilang isteri bawa haluan sendiri

Friday, October 02, 2009 0 Komen

Kekasih menghilang isteri bawa haluan sendiri

Dari kejauhan kelihatan orang ramai mengarak pasangan pengantin memasuki kawasan rumah. Namun, aku sedikit pun tidak berkutik dari tempat duduk. Sengaja aku memilih sudut yang tersembunyi kerana bimbang ada yang mengenali diriku datang menegur. Walaupun pada awalnya aku enggan datang namun, aku keraskan juga hati untuk menyaksikan insan yang paling aku sayangi menaiki pelamin dengan orang lain. Hatiku berbolak-balik untuk melangkah ke depan untuk melihat bagaimana reaksi wanita sanjungan hati tatkala melihat wajahku, namun aku sabarkan diri.

Yang pasti, cinta tak semestinya bersatu, semuanya salah diriku yang begitu tamak untuk membolot semua kasih sayang dan akhirnya aku yang terkontang-kanting sendirian. Wajah Ima (bukan nama sebenar), bekas isteri yang sempat hidup sebumbung denganku selama enam bulan kembali menerjah di mindaku. Apakah yang dilakukan oleh Ima sekarang? Mungkin dia sudah menemui kebahagiaannya setelah membawa diri ke luar negara. Perasaan bersalah sehingga kini masih berbekas di hatiku kerana sanggup melukakan hati Ima.

Ima, pilihan kedua orang tuaku memandangkan mereka berkawan baik dengan keluarga Ima. Sebagai anak bongsu aku tidak mampu menolak cadangan tersebut. Sejak dahulu lagi, aku memang seorang anak yang mendengar kata, tidak seperti abang atau kakak aku yang lain. Mereka lebih suka mengikut haluan sendiri dan mungkin juga kerana itu, aku begitu disayangi dan di manja oleh kedua orang tuaku. Kerana itu juga, apabila aku dijodohkan dengan Ima, dengan berat hati aku terima walaupun ketika itu aku sudah mempunyai pilihan sendiri. Mieza (bukan nama sebenar), yang sama-sama menuntut di luar negara denganku.

Duit raya, ikhlas atau terpaksa?

Thursday, October 01, 2009 0 Komen

Duit raya, ikhlas atau terpaksa?

Jika diingat kembali zaman kanak-kanak dulu, penulis tidak pernah merungut begitu juga dengan kawan-kawan lain, malah kami senyum dengan ikhlas apabila dihulur duit raya lima sen atau 10 sen oleh tuan-tuan rumah yang kami ziarahi.

Duit raya paling banyak yang penulis dapat waktu itu ialah 50 sen yang disedekahkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Hormat Rafiee, yang kebetulan tinggal sekampung dengan penulis.

Sehinggalah di penghujung hari, setelah seharian puas berhari raya dari satu rumah ke rumah yang lain, di tangan hanya ada RM1 atau paling banyak RM1.50. Dengan jumlah itu pun penulis sudah senyum lebar kerana seperti beroleh 'kekayaan'!

Sebenarnya duit raya bukanlah motif utama penulis dan rakan-rakan lain seharian meredah tidak sahaja rumah jiran tetangga tetapi sehingga ke hujung kampung. Sebaliknya, ia semata-mata kerana seronok hendak berhari raya di rumah rakan-rakan sedarjah, terutama sekali guru-guru sekolah, malah ketua kampung, imam masjid sehinggalah rumah mak bidan.

Ketika itu duit raya bukan soalnya, jika tidak diberi pun tidak mengapa. Asal sahaja terhidang air dan pelbagai jenis kuih muih untuk dijamah.

Berbeza pula pada hari ini apabila pemberian duit raya itu semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri.

Daripada sekadar untuk 'suka-suka,' ia kini seolah-olah menjadi satu kemestian yang kadang kala membebankan kerana jumlahnya bukan lagi lima atau 10 sen sebaliknya paling rendah RM2 sehinggalah yang paling tinggi RM10 sehinggalah RM50 bagi seorang budak.

Malah kadang kala tanpa perlu 'merayap' atau pergi ke mana-mana, sekadar memerap duduk di rumah kerana ralit dengan pelbagai rancangan istimewa di televisyen, mudah-mudah sahaja mereka menerima 'angpau' raya itu.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis, Mohammad Ismail berkata, penyediaan duit raya itu kini menjadi satu 'kemestian' oleh masyarakat Melayu setiap kali hari raya.

Ini sebagaimana mereka menyediakan pelbagai keperluan-keperluan lain seperti kasut, baju raya dan juadah-juadah raya.

Psikologi Perkahwinan - Bila Suami Berduka

Tuesday, September 22, 2009 0 Komen

Semua manusia tidak dapat lari daripada masalah, apatah lagi buat lelaki yang bergelar suami yang menjadi ketua keluarga. Namun begitu, kaum adam ini tidak seperti wanita, mereka tidak betah meluahkan masalah yang dihadapinya dengan terus terang. Sebaliknya lebih rela menyimpan kesemuanya sendirian.

Bagi isteri pula, melihat suami berhadapan dengan masalah dan kekecewaan ada kalanya mereka kehilangan kata-kata. Tidak tahu kalimat apakah yang harus dikeluarkan untuk meredakan perasaan suami yang dirundung duka. Sedangkan ketika itulah kata-kata hikmat daripada isteri amat diperlukan.

Berikut adalah antara keadaan sukar yang mungkin dialami oleh suami anda. Dengan kalimat penuh kasih sayang yang keluar daripada mulut anda, setidak-tidaknya pasangan tidak akan terbeban dengan masalah yang membelenggu dirinya.

Suami kehilangan pekerjaan

Suami pulang dari pejabat dengan wajah muram dan kecewa. Rupa-rupanya dia baru saja kehilangan pekerjaan apabila namanya termasuk dalam senarai nama pekerja yang diberhentikan oleh syarikat. Suami kecewa kerana perkara ini seharusnya tidak berlaku, memandangkan anda baru saja menambah bilangan ahli keluarga.

Penyelesaian – Bagi seorang lelaki, pekerjaan merupakan pserkara utama dalam hidup mereka. Selain sebagai sumber kewangan untuk menyara keluarga, pekerjaan juga buat lelaki adalah simbol harga dirinya. Kehilangan pekerjaan Apatah lagi secara tiba-tiba pasti akan membuatkan seorang lelaki berasa takut tidak lagi dihormati oleh isteri, keluarga dan juga orang di sekelilingnya. Untuk membangkitkan kembali semangatnya, pilihlah kata-kata yang membuatkan dirinya berasa tidak terancam.

Katakan:

1. “Saya akan sentiasa bersama abang.”
2. “Abang, saya faham apa yang abang hadapi sekarang. Insya Allah, akan ada rezeki lain untuk kita.”


Kurang berjaya berbanding rakan

Selepas bertemu dengan rakan-rakan lama dalam satu Majlis ‘reunion’ teman sekampus, suami asyik mengeluh. Setelah disiasat, rupanya suami terasa rendah diri kerana kurang berjaya berbanding rakan-rakan lain yang kini sudah memiliki kereta mewah dna juga rumah besar. Sementara dirinya pula hanya sekadar berkereta kecil dan rumah pula masih menyewa lagi.

Penyelesaiannya – Simbol sebuah kejayaan selalunya dilihat daripada jumlah harta dan juga kejayaan karier. Oleh itu ramai lelaki akan berasa tertekan malah tidak bererti jika apa yang dimilikinya lebih rendah jika dibandingkan dengan orang di persekitarannya.

Faktor lain yang menimbulkan rasa tertekan adalah keinginan untuk memberi yang terbaik untuk orang-orang yang dikasihi terutama keluarganya. Dalam keadaan ini, suami berasa tidak hebat seperti rakan-rakannya dalam membahagiakan keluarganya. Sebaiknya ketika ini, ucaplah kalimat yang menunjukkan betapa bahagianya anda bersamanya. Kata-kata ini akan membuatkan dirinya lebih bersyukur dengan apa yang ada di depan matanya.

Katakan:

1. “Mungkin kawan-kawan abang kerjanya lebih hebat tapi kita tidak kekurangan apa-apapun.”
2. “Saya tetap bangga dengan apa yang abang ada sekarang.”


Suami mengalami kerugian besar

Suami mengakui ditipu dan kerugian wang yang besar akibat terlalu percayakan seorang rakan. Wang yang dipinjamkan itu tidak dikembalikan pada tempoh yang ditetapkan setelah rakan yang dipercayai itu menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Lebih malang lagi, wang tersebut sebenarnya adalah wang simpanan untuk kegunaan pendidikan anak yang bakal memasuki kolej tidak lama lagi. Anda memang Tersangat kecewa dengan hal tersebut, namun pada masa yang sama tidak mahu hubungan menjadi keruh kerana perkara ini.

Penyelesaian – Biasanya lelaki lebih banyak menggunakan logik akal dalam membuat keputusan termasuklah dalam menentukan langkah hidup dan kariernya. Jadi boleh bayangkan betapa kecewanya suami jika ditiup sebegini, sedangkan dirinya sudah melakukan pertimbangan yang sewajarnya. Yang menbuatkan dirinya lebih kecewa adalah kerana diperlakukan sebegitu oleh rakannya sendiri.

Oleh sebab kerugian tersebut berpunca daripada dirinya, maka si dia akan berasa sangat bersalah, sekalipun anda tidak berkata sedemikian padanya. Kalimat yang mengatakan bahawa anda akan sama-sama menanggung masalah tersebut akan membuatkan suami berasa lebih lega dan optimis untuk bangkit kembali.

Katakan:

1. “Mari kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya.”
2. “Tak mengapa sayang, saya yakin kita akan dapat kumpul kembali wang itu.”


Suami disahkan tidak subur

Setelah tida tahun berkahwin dan masih tidak dikurniakan cahaya mata, anda membuat pemeriksaan pakar. Setelah ujian dilakukan, doktor mengesahkan bahawa suami anda tidak subur dan berkemungkinan besar tidak dapat memebrikan anda zuriat.

Sejak perkara itu diketahui, suami mula menjauhkan diri daripada anda. Dia menolak langsung cadangan untuk menjalani rawatan kesuburan, agar anda dapat memb=perolehi cahaya mata.

Penyelesaian – Ketidakmampuan memberikan keturunan pastinya merupakan pukulan yang cukup besar bagi seorang lelaki. Mereka akan berasa hidup tidak bererti kerana tidak dapat membahagiakan pasangannya.

Rasa tertekannya semakin besar apabila keluarga pula sering melontarkan pertanyaan menjurus tentang anak seperti, “bila lagi nak timang anak” atau “siapa yang tidak subur antara kamu berdua” dan sebagainya.

Dalam keadaan sebegini, anda sebagai isteri sebaiknya cuba membuatkan dirinya brasa lebih berharga. Ucapkan kalimat yang menunjukkan anda menerima dirinya seadanya. Hindari daripada bertanya tentang apakah dia berasa sedih atau bertanya sesedih manakah dirinya. Tunda dulu perbincangan tentang kemungkinan mengambil anak angat atau rawatan kesuburan kerana kedua hal ini akan menbuatkan dirinya makin ‘down’.

Katakan:

1. “Pedulikan apa yang orang cakap.”
2. “Apapun keadaan abang, saya akan tetap bersama abang.”


Sertakan dengan tindakan

Mengucapkan kata-kata yang memberikan semangat buat suami untuk menghadapi masalahnya, sebenarnya masih belum cukup. Ia harus disertakan dengan tidakan yang konsisten dengan kata-kata semangat anda.

Sebagai contoh bila anda berkata, “Abang, saya faham apa yang abang hadapi sekarang. Insya Allah, akan ada rezeki lain untuk kita” setelah suami diberhentikan kerja, maka ia harus disertai dengan sikap berhemat dan tidak melakukan pembaziran. Sia-sia saja anda menyakinkan suami jika di saat suami kehilangan kerja dan keadaan kewangan keluarga mendesak, anda membuat pembaziran pula.

Sekiranya ini yang anda lakukan, maka suami akan sukar mempercayai kata-kata anda lagi. Selain kata-kata semangat, sentuhan juga mampu mengungkapkan perasaan cinta dan sokongan anda, terutama ketika suami tdak mampu berkata apa-apa lagi pada anda. Dalam keadaan ini, dakaplah dirinya dan biarkan hatinya tenang. Elakkan dari memaksa suami bercerita kerana ia akan membuatkan dirinya makin tertekan.

Sukar mengandung

Monday, September 21, 2009 0 Komen

Sukar mengandung

Saya berusia 23 tahun dan berkahwin sejak empat tahun lalu tetapi tiada anak. Saya ada masalah senggugut dan mencuba pelbagai posisi ketika bersama suami.

Baru-baru ini saya mengalami masalah pada vagina saya, ia seolah-olah radang (terasa panas bila disentuh dengan tangan dan rasa seperti miang) dan berlanjutan beberapa hari.

Ia berlaku dua kali dan saya bimbang jika menghidap radang vagina. Apa harus saya lakukan?

JAWAPAN


Merancang untuk mendapat cahaya mata bukan sekadar mengubah posisi dalam persetubuhan. Ia lebih daripada itu apabila jangka masa perkahwinan itu sudah lama, terutama macam anda yang berkahwin empat tahun dan sepatutnya sudah ada anak.

Anda ada nyatakan mengalami senggugut. Ini bukan petanda tidak subur yang biasa dikaitkan. Kebetulan anda menghidap senggugut seperti lebih 20 hingga 30 peratus wanita mengalaminya.

Hanya dengan pemeriksaan kesuburan yang komprehensif, anda dapat mengetahui masalah sebenar yang anda lewat hamil. Jadi anda dan pasangan perlu menjalani pemeriksaan kesuburan bersama.

Ujian awal ialah untuk mengenal pasti kemampuan anda menghasilkan telur melalui sukatan hormon Progesterone pada hari ke 21-23 putaran haid anda dan sama anda suami anda menghasilkan benih yang mencukupi, aktif dan berbentuk normal.

Jika kedua-duanya baik, pemeriksaan susulan ditumpukan kepada anda, iaitu anda menjalani ujian untuk mengenal pasti keadaan rahim dan salur telur anda.

Ini boleh dilakukan melalui ujian x-ray rahim yang bergelar HSG. Jadi jangan lengah-lengahkan lagi untuk berjumpa doktor.

Mengenai masalah faraj miang dan rasa pijar atau radang, ini masalah kesihatan dan perlu dirujuk kepada doktor. Jarang jangkitan kulat yis menyebabkan permukaan faraj dan bibir kecil anggota kelamin perempuan merah, gatal dan radang.

Jika dibiarkan, keradangan ini merosakkan kulit anggota kelamin dan mendedahkannya kepada jangkitan kuman yang lebih dahsyat.

Jumpa doktor untuk kedua-dua masalah itu. Mudah-mudahan anda dapat penyelesaiannya daripada mendiamkan diri.

~ Dr Ismail Thamby

Meninggalkan anak sendirian di rumah

Saturday, September 19, 2009 0 Komen

Meninggalkan anak sendirian di rumah

Apakah tip untuk ibu bapa yang ingin membiarkan anak berdikari seorang diri di rumah?

Pada usia berapakah, anda berasa cukup selamat untuk membiarkan anak seorang diri di rumah? Adakah mereka terlalu muda untuk dibiarkan tanpa pengawasan seorang penjaga atau sebaliknya?

Dalam sesetengah kes, ibu bapa mahu menghabiskan masa berdua-duaan tanpa kehadiran anak. Pada ketika itu, timbul persoalan sama ada anak selamat ditinggalkan seorang diri di rumah.

Ada ketika persoalan seperti itu menimbulkan perasaan bimbang sehinggakan ibu bapa terpaksa bergegas pulang biarpun sedang menghadiri mesyuarat.

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan apabila memutuskan untuk membiarkan anak seorang diri di rumah tanpa penjaga:

Cemburu kerana isteri lebihkan anak

Thursday, September 17, 2009 0 Komen

Di pagi raya, hati aku sudah pasti akan terasa tersentuh apabila meliht kanak-kanak berjalan berkumpulan mengutip duit raya. gelak tawa mereka membuatkan aku teringat kepada anak-anak yang berada di dalam Jagaan bekas isteri ku.

Bagaimanakah keadaan anak-anakku? Adakah mereka juga segembira kanak-kanak yang lain? Aku harapkan mereka gembira walaupun aku tidak ada di sisi mereka bagi meraikan hari kemenangan umat Islam ini. Apa yang berlaku pada diriku ini bermula daripada salah faham antara aku dan bekas isteri. Sesungguhnya aku tidak boleh menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Aku juga penyebab kepada salah faham tersebut.

Jika aku yang berada di tempat bekas isteriku, sudah tentu aku juga akan bertindak sama seperti apa yang dilakukan. Perkahwinan aku dulu atas dasar suka sama suka dan direstui keluarga. Sepanjang enam tahun, kami hidup bahagia. Namun begitu, tipulah jika tidak ada pertengkaran dalam kehidupan rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri.

Namun begitu, pertengkaran kami hanyalah berkaitan perkara remeh-temeh dan selalunya akan berakhir dengan baik. Apabila anak kedua kami lahir, aku mula rasakan perubahan dalam kehidupan rumah tangga kami. Isteriku lebih banyak menghabiskan masanya ke atas anak kedua kami daripada melayan aku.

Sepatutnya aku tidak perlu cemburu kerana bukannya isteri ku melayan lelaki lain sebaliknya anakku sendiri tapi entah kenapa hatiku tetap terasa. Atas alasan ‘kekurangan’ kasih sayang, aku mula berani mencari cinta lain. Alasan yang lemah, tetapi keegoan telah menguasai diriku. Aku sudah mula pandai keluar malam bersama rakan sekerja yang masih bujang mencari hiburan di luar. Tanpa pengetahuan isteri, aku sering juga ke pusat hiburan.

Kadang kala kerja ‘overtime’ aku jadikan alasan untuk balik lambat. Isteriku tidak pernah bertanya malah dia memberi sepenuh kepercayaan diberikan kepadaku. Itulah yang membuatkan ku semakin berani. Semasa bersosial inilah salah seorang dari pada rakan sekerja ku telah memperkenalkan ku dengan seorang wanita. Aku tidak menolak kerana tidak salah berkawan. Aku sudah berkahwin dan tidak ada hajat untuk mencari teman wanita.

Rahsia terbongkar
Tapi anggapan ku salah, hubungan dari kawan kemudian nya semakin intim. Kami berjumpa dan saling berbalas pesanan ringkas membuatkan hubungan kami lebih daripada teman biasa. Isteri ku tidak mengesyaki apa-apa. Itu lebih memudahkanku untuk keluar dengan teman wanita baruku. Perangaiku turut berubah. Jika dahulu aku tidak tahu minum, ia kemudian menjadi perkara biasa buatku. Semuanya atas ‘jasa’ teman wanitaku. Pada suatu hari, tanpa ku sedari, tabiat minum ku telah memakan diriku. Disebabkan mabuk, aku tidak sedar bahawa aku telah melakukan hubungan terlarang dengan teman wanitaku. Pertama kali ber sama wanita lain, aku rasa bersalah. Tetapi sesungguhnya syaitan telah menguasai diriku.

Selepas itu, aku semakin ketagih untuk bersama dengan teman wanitaku. Apabila ada masa, kami akan bersama. Selalunya kami akan melakukan perbuatan terkutuk itu di hotel. Semuanya kerana tidak mahu rahsia tersebut terbongkar. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tembelang ku pecah, aku dan teman wanitaku telah ditangkap setelah pihak polis dan pegawai pencegah maksiat melakukan serbuan di hotel tempat kami menginap.

Pulang ke rumah ibu bapa
Berita yang sampai ke telinga isteri memang menghiris hatinya. Apabila balik ke rumah, aku terkejut kerana isteri dan anak-anakku tidak ada. Rupa-rupanya, isteriku sudah balik ke rumah ibu bapanya. Aku cuba memujuk isteriku, tetapi ternyata isteri ku tidak dapat menerimaku. Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat bahawa isteriku telah memohon perceraian. Aku cuba juga untuk memujuk tapi tidak berjaya. Setelah turun naik mahkamah, akhirnya aku gagal dan terpaksa melepaskan isteri ku dengan talak satu. Pihak mahkamah telah memberikan hak penjagaan kepada isteri ku.

Nasi sudah menjadi bubur. Menyesal sekarang sudah tidak berguna. Memang padan muka aku. Menangis air mata darah pun, aku tidak dapat mengembalikan semula kepercayaan isteri terhadap ku. Sepatutnya aku bersyukur kerana walaupun di hari raya aku tidak dapat berhari raya dengan dua orang anak-anak ku, namun pada hari-hari yang telah ditentukan oleh mahkamah, aku masih dapat berjumpa dengan mereka.

Bagaimana elak suami miang atau curang?

Tuesday, September 15, 2009 0 Komen

Elak suami miang atau curang

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.

Tips # 1 - Selalu Berpenampilan Menarik


Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

Tips # 2 - Kehidupan Seks Yang Sihat


Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

Tips # 3 - Persamaan

Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

Tips # 4 - Waspada


Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

Tips # 5 - Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

Tips # 6 - Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

Tips # 7 - Menghargai Pasangan


Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Tips # 8 - Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.

Temukan penawarnya


Bukan hanya isteri idaman, tetapi isteri yang berani menegakkan kebenaran, bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul dan peranan secara aktif menjadi isteri mithali. Kesilapan kecil dan dosa-dosa ringan jangan dipandang remeh kerana ia boleh menyulut api dosa yang lebih besar. Kalau suami bermain mata, elok palingkan pandangannya ke tempat terindah dalam diri anda. Penampilan, perkataan, kelembutan dan perhatian anda boleh mengubat gelojak nafsu syahwatnya.

Binalah benteng yang paling kukuh di dalam hati suami agar dia tidak diserang oleh penyakit syahwat yang keji. Benteng itu ialah ilmu agama dan cuba aplikasikannya bersama dengan suami. Tidak mahu suami menjadi miang, maka ajaklah dia mendalami ilmu agama Islam, beribadah sambil melancong ke Makkah untuk mengerjakan umrah atau haji, rajin berusaha dan gemar bersedekah. Jaga masa dan disiplin kerja dengan baik, pastikan lingkungan yang berada disekeliling anda dan suami, sihat dan tidak tercemar dengan unsur-unsur maksiat. Terutama dalam rumah dan bilik tidur hendaklah istimewa dengan haruman amal ibadah di dalamnya, cahaya tasbih dan doa para malaikat menjadi ketenteraman di hati suami dan isteri yang beriman. Pencegahan lebih mudah daripada pengubatan. Cegahlah suami anda daripada melakukan maksiat dengan cara paling lembut dan berhikmah, jangan tunggu penyakit yang bertenggek menjadi parah, barulah anda sibuk mencari ubatnya.

Jika semuanya telah anda lakukan, namun masih gagal merubah sikap suami yang menjengkelkan, maka sudah tiba masanya anda fokuskan perhatian kepada diri sendiri dengan mendekatkan diri kepada-Nya, sambil tidak mengabaikan hak-hak suami. Anda akan lebih tenang nanti, insya Allah.

Isteri Curang Guna Ilmu Hitam

Friday, September 11, 2009 0 Komen

Isteri curang & guna ilmu hitam

PEJAM CELIK PEJAM CELIK HAMPIR SETAHUN AKU BERPISAH DENGAN SALINA, wANITA yANG KUKAHwINI 10 TAHUN yANG LALU. APA yANG KU SESALI BILA JODOH KAMI TERPAKSA BERAKHIR DENGAN CARA BEGINI. CARA PERPISAHAN yANG MENERBITKAN RASA KECEwA, MARAH DAN TIDAK DI HARGAI. HINGGA KE HARI INI PERSOALAN DEMI PERSOALAN MENERJAH KE RUANG INGATAN. APA KURANGNyA AKU? DI MANA PULA LEBIHNyA DIA? MAAfKAN ABANG SALINA… KAU TERPAKSA KULEPASKAN WALAU HATI MASIH MENEBAL RASA CINTA.

Sikapmu mula berubah empat tahun, semenjak anak kedua kita dilahirkan dan setelah dirimu menjadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun menyedari dirimu berubah namun semuanya ku sembunyikan demi menjaga hati dan perasaanmu. Sehabis daya kucuba elakkan dari membuat kau berkecil hati tetapi semuanya sia-sia belaka. Mengapa tergamak kau nodai cinta kita demi seorang lelaki yang baru tiga bulan kau kenali?

Aku langsung tidak menyangka kau akan mencintai lelaki selain suamimu. Namun setelah melihatkan dirimu yang semakin rancak keluar rumah tak kira siang atau malam, kecurigaan mula menjengah. Alasan yang kau berikan, keluar bersama kawan untuk melakukan kerja-kerja persatuan yang kau sertai. Aku mengangguk lemah biarpun hati tidak mempercayainya.

Dua bulan kemudian, aku menemui satu bunjut hitam dalam laci meja soleknya. Apabila kubuka ikatannya terlihat beberapa helai rambut, sekeping gambar pasportku dan entah apa benda yang tak kutahu namanya. Saat itu kepalaku menerawang memikirkan perkara-perkara buruk tentang Salina.

Kepada Mak Mah kuaju soalan mengenai Salina. Sebagai pembantu rumah, sudah tentulah dia arif benar dengan aktiviti yang dilakukan oleh isterinya memandangkan sepenuh masa dia berada di rumah. Satu demi satu ayat pengakuan keluar dari mulutnya dan yang paling mengejutkan ialah dia pernah ternampak Salina membuat nasi kangkang pada suatu malam.

Aku terduduk mendengar cerita yang disampaikan Mak Mah. Mengapa Salina begitu? Syaitan manakah yang merasuknya hingga dia berubah sedemikian rupa. Patutlah selama ini aku jadi diam dan mengangguk sahaja apabila dia bersuara. Sampai hati Salina memperbodohkan suami sendiri demi mengejar hasrat hatinya.

Meskipun mengetahui perkara sebenar, aku tetap mendiamkan diri. Apa yang ku inginkan adalah pengakuan ikhlas dari Salina mengenai kecurangan serta perbuatan ‘bodoh’ yang dilakukan. Bagaimanapun Salina masih membatukan diri, bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku biarpun menyedari ‘bunjut hitamnya’ telah dibuka orang.

Ucapan yang ditunggu

Dua minggu kemudian, Salina mengadu turun darah sedangkan sudah berbulan-bulan kami tidak pernah bersama. Bila dibawa berjumpa doktor, Salina disahkan mengandung namun kandungannya terpaksa digugurkan kerana berlakunya jangkitan kelamin (siflis). Ya Allah, hanya Engkau yang tahu perasaanku ketika itu. Dengan hati yang hancur, Salina ku bawa pulang ke rumah. Sepanjang tempoh berpantang, aku menjaganya bagai menatang minyak yang penuh biarpun madu yang diberi dibalas racun.

Sungguhpun berat untuk menerima namun aku percaya inilah ketentuan yang diberi oleh-Nya. Naluri lelakiku mula memberontak apabila memikirkan kecurangan serta sikap Salina yang melampau. Sebaik sahaja dia habis dari pantang dan pulih sepenuhnya, aku duduk berbincang dan meluahkan rasa hati padanya. Dengan suara yang tersekat-sekat, lafaz cerai keluar dari mulutku. Namun begitu wajah Salina tetap begitu selamba, tidak menangis atau merayu. Mungkin itulah ucapan yang ditunggu-tunggu.

Keesokan harinya, Salina keluar dari rumah bersama sebuah beg besar meninggalkan aku tanpa sebarang kata-kata akhir atau pun kata maaf. Tinggallah aku bersama dua anakku. Setelah hampir setahun bergelar duda aku mula dapat menyesuaikan diri dengan dunia baru.

Suatu hari sedang aku membelek akhbar, terpampang berita di muka depan Wanita Maut Dalam Kemalangan. Membaca keseluruhan artikel nyata mem buatkan aku terkejut kerana mangsanya ialah Salina, bekas isteriku. Paling menyedihkan apa bila mayatnya ditemui bersama seorang lelaki dan di dalam kereta kelihatan beberapa botol alkohol. Mungkin itulah balasan tuhan pada hamba-hamba-Nya yang ingkar dan sombong di muka bumi.

Sumber: Mingguan Wanita

Penyusuan Bayi Di Bulan Puasa

Thursday, September 10, 2009 0 Komen

Keupayaan untuk melahirkan anak dan menyusu badan adalah kelebihan yang ada pada setiap wanita. Susu badan merupakan sumber yang paling berkhasiat untuk bayi.

Bagaimanapun apabila tiba bulan Ramadan, ramai ibu tertanya-tanya sama ada susu mereka masih lagi memiliki khasiat yang sama.

Antara persoalan yang ada dalam diri ibu yang berpuasa ialah sama ada pengambilan makanan yang kurang akan memberi kesan kepada kualiti dan jumlah susu mereka.

Adakah kekurangan air semasa waktu siang mengubah susu mereka, susu berkurangan dan menyebabkan bayi kelaparan? Adakah saya perlu berhenti menyusu badan dalam bulan Ramadan dan bertukar kepada rumusan bayi?

Jika soalan-soalan ini ditanya kepada perunding pediatrik dan perunding laktasi, Dr. Koe Swee Lee, jawapannya adalah "tidak".

Tidak memberi kesan

Menurut Dr. Swee Lee, berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak memberi kesan langsung kepada kualiti atau jumlah susu badan ibu melainkan jika si ibu mengalami malnutrisi atau ketidakseimbangan makanan yang jarang berlaku di Malaysia.

"Badan ibu mempunyai simpanan nutrien yang cukup untuk susu badan," katanya.

Beliau menambah, walaupun kekurangan air boleh memberi kesan kepada susu ibu kerana tidak minum air semasa berpuasa, ia tidak mempengaruhi susu badan.

"Kebanyakan wanita bukan kekurangan air walaupun mereka mungkin terasa dahaga semasa berpuasa.

"Apabila tidak minum air kerana puasa, tubuh secara automatik tidak menghasilkan urin dan peluh yang banyak untuk mengekalkan cecair dalam badan.

"Tidak perlu risau masalah kekurangan air semasa berpuasa melainkan anda menjalankan aktiviti memerlukan tenaga yang menyebabkan anda kehilangan air yang banyak," katanya.

Sebenarnya pengambilan makanan tidak memberi kesan yang besar kepada pengeluaran susu badan. Jumlah susu badan yang dihasilkan sebenarnya bergantung kepada berapa banyak yang bayi menyusu dan perlukan.

"Apabila bayi mula menghisap puting ibu, satu deria rasa akan ke otak ibu. Otak kemudiannya melepaskan dua jenis hormon - prolaktin iaitu hormon pengeluaran susu dan oksitosin hormon yang membolehkan pengaliran susu.

"Secara ringkasnya lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi, lebih banyak mereka menyusu dan lebih banyak susu akan dikeluarkan," jelas Dr. Swee Lee.

Oleh itu, seorang ibu boleh memenuhi kewajipan berpuasa dan pada masa yang sama memastikan si manja mendapat khasiat yang secukupnya daripada susu badan.

Jangan berhenti menyusu

"Mungkin ada ibu yang mahu berhenti menyusu badan semasa berpuasa kerana merasakan tubuh mereka tidak dapat menanggung kedua-dua beban pada masa yang sama. Nasihat saya ialah ibu patut meneruskan penyusuan semasa berpuasa walaupun keputusan tersebut bergantung sepenuhnya kepada mereka.

"Jika ibu merasa badannya letih kerana berpuasa dan menyusu pada masa yang sama, saya cadangkan agar mereka berpuasa selang sehari atau tidak berpuasa.

"Penyusuan badan patut diteruskan," katanya. Ini kerana pengeluaran susu badan bukanlah sesuatu yang boleh dihentikan dan dimulakan semula oleh ibu sesuka hati.

Beliau menjelaskan bahawa apabila bayi berhenti menyusu selama sebulan dan bertukar kepada rumusan bayi, mereka mungkin tidak mahu lagi menyusu susu badan.

Tubuh ibu pula akhirnya akan berhenti menghasilkan susu kerana tiada lagi susu yang dikeluarkan. Oleh itu sekiranya ibu mahu kembali menyusu badan selepas bulan puasa, ibu mungkin ketiadaan susu untuk bayinya.

Sesetengah ibu mungkin merasakan berhenti menyusu untuk anak mereka adalah baik kerana mereka tidak boleh menyusu bayi mereka terlalu lama.

Walau bagaimanapun para pakar berpendapat mereka wajar meneruskan penyusuan.

"Susu ibu adalah nutrien terbaik untuk bayi dan tidak boleh diganti oleh sumber lain. Melalui penyusuan badan, bayi mendapat perkembangan fizikal dan mental yang sihat, sokongan emosi yang penuh kasih sayang dan antibodi yang kuat untuk melawan jangkitan.

"Dengan susu badan, bayi tidak memerlukan sebarang susu lain, laktogen, puting atau air. Semuanya ini disediakan secukupnya dalam susu ibu," jelas Dr Koe.

Menghentikan penyusuan badan semasa bulan puasa bermakna bayi tidak mendapat kebaikan semula jadi yang diperlukan untuk membesar secara menyeluruh dan dilindungi daripada penyakit.

"Tidak wajar untuk berbuat demikian. Menggantikan susu badan dengan rumusan bayi adalah seumpama menggantikan buah pinggang anda yang sihat dengan buah pinggang tiruan," jelas pakar laktasi ini.

Bukan sahaja kesihatan bayi terjejas, malah ibu juga turut terjejas jika mereka berhenti menyusu badan serta-merta.

Salah satu masalah yang mungkin dihadapi oleh ibu ialah pembesaran payudara atau bengkak. Ini berlaku apabila badan ibu mengeluarkan susu seperti biasa tetapi tidak dikeluarkan. Susu baru yang dibekalkan ke payudara akhirnya menyebabkan urat-urat membesar.

"Bengkak boleh menyebabkan jangkitan payu dara yang dikenali sebagai mastitis. Kadang kala ia menyebabkan pembentukan nanah dan bengkak nanah payudara (tisu di kawasan jangkitan mengeras yang menyebabkan sakit dan simptom seperti selesema)," katanya memberi amaran.

Menyusu badan adalah masa untuk mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Menyusu badan menggalakkan pelepasan oksitosin, yang juga dipanggil 'hormon kasih'. Dalam erti kata lain, ibu yang menyusu akan menikmati perasaan kasih sayang terhadap bayi mereka. Bayi pula akan merasa selamat dan terbelai oleh ibu mereka.

Jika ibu berhenti menyusu walaupun pada bulan Ramadan, bayi mungkin kehilangan minat untuk menyusu badan. Oleh itu saat-saat hubungan ibu dan anak ini mungkin hilang begitu sahaja.

Walaupun berpuasa tidak memberi kesan secara langsung kepada amalan penyusuan oleh ibu, informasi, sokongan dan keyakinan boleh membantu.

Akhir sekali, perunding laktasi ini menggalakkan para ibu bahawa sekiranya mereka mempunyai keyakinan diri dan keazaman untuk menyusu badan, mereka akan dapat memberikan khasiat yang secukupnya kepada bayi mereka.

"Paling penting sekali ialah untuk memastikan penghasilan susu yang cukup semasa bulan puasa, ibu perlu meneruskan penyusuan badan untuk mengekalkan pengeluaran susu," katanya.

Panduan keselamatan ketika memandikan anak

Tuesday, August 25, 2009 0 Komen

Panduan keselamatan ketika memandikan anak:

  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi anda bersendirian ketika mandi.
  • Jangan letakkan bayi anda ke dalam tab mandian ketika air sedang diisi.
  • Pastikan bilik mandi keluarga selamat dan letakkan alas getah dan pasangkan penutup paip.
  • Jangan benarkan kanak-kanak menyentuh paip.
  • Didiklah anda anda supaya sentiasa duduk ketika mandi.

 

ZONFINITI